CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26592|Reply: 91

Zaman Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam

[Copy link]
Post time 6-11-2008 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran...

Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian.

Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide ber璵aksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula... kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia...

Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api...

Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu 揵erita rutin.?

Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut.

Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.

Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.

Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu 搈akanan?untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.

Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagai璵ana璸un,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:

Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: 揧a Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu.?(An-Nisaa? 75)

...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)


Tujuan utama penulisan ini adalah untuk mendedahkan penderitaan umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia, dan juga untuk menyeru mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya. Ini bukan masanya untuk kekal membisu, bersifat tidak kisah, mengejar kesenangan kecil dunia ini, dan membuang masa dengan perdebatan dan pertengkaran yang sia-sia. Ketika berjuta-juta umat Islam menderita disebabkan oleh kekejaman dahsyat tersebut, kita adalah manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri sendiri jika enggan memikul sebarang tanggungjawab untuk menegakkan agama Islam. Tidak menjadi satu keraguan bahawa perbuatan tersebut hanya menyebabkan kita menerima akibat yang pedih di akhirat nanti.

[ Last edited by  anakencana at 18-11-2008 05:18 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2008 11:36 AM | Show all posts

CHECHNYA (1)



Penindasan yang dilakukan di mata dunia...

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet kira-kira sedekad yang lalu, zaman kepayahan masih dirasakan oleh banyak negara yang dahulunya merupakan sebahagian daripadanya. Kesan dari polisi perluasan kuasa Rusia di Kazakhstan, Turkmenistan, Azerbaijan, Uz璪e璳istan, Kyrgyztan dan Dagesten masih belum dapat dipadamkan. Negara-negara ini, yang percaya bahawa mereka mampu membina keamanan dan memupuk persaudaraan selepas bebas daripada penindasan rejim Soviet, kemu璬iannya mendapati mereka terpaksa ber璳onfrontasi dengan penindasan Rusia dalam bentuk yang agak berlainan sedikit. Sebaliknya, ada juga satu bangsa yang masih belum bebas daripada perjuangan 400 tahun untuk men璬apatkan kemerdekaan daripada Rusia. Negara itu ialah Chechnya, yang mana keberanian dan hasrat mereka untuk mendapatkan ke璵erde璳a璦n telah tercatat di dalam sejarah.



Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawa璶an dan seterusnya pembunuhan yang di璴akukan terhadap Imam Mansur, seorang pe璲uang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia. Pada tahun 1816, selepas Czar (Pent: gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam. Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber璲uang hebat untuk men璬apatkan kemerdekaan, yang seterusnya di璸er璽urunkan dari satu ge璶e璻asi ke satu gene璻asi berikutnya se環ing璯a璴ah ke hari ini.

Pasukan tentera Sheikh Shamil dengan gagahnya menentang dasar perluasan wilayah oleh pihak Rusia selama suku abad, dari 1834 sehingga 1859. Namun demikian pada akhirnya, Rusia berjaya menawan wilayah tersebut dan terus berada di situ sehingga hari ini. Perjuangan orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini sebenarnya adalah sambungan dari pergerakan yang dimulakan oleh Sheikh Shamil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 11:48 AM | Show all posts

CHECHNYA (2)

Bagaimanakah Situasi Semasa Tercetus?



Ada berbagai-bagai sebab, faktor-faktor sejarah dan ekonomi tertentu, yang terselindung di sebalik penindasan kejam dan keganasan yang dilakukan terhadap orang-orang Chechen oleh pihak Rusia. Chechnya sebenarnya mempunyai kepentingan besar kepada Rusia berbanding republik-republik Caucasian yang lain. Wilayah ini mengandungi simpanan tenaga yang sangat banyak, terutamanya minyak dan gas asli. Semasa Perang Dingin, pihak Komunis Rusia mendapatkan segala keperluan bahan mentahnya dengan harga yang begitu murah daripada Chechnya, dan juga turut menggunakan negara tersebut untuk kepentingannya sendiri. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, walau bagaimanapun, deklarasi kemerdekaan yang dituntut oleh Chechnya - sumber bahan mentah terbesar - dan juga bekas-bekas republik Soviet yang lain telah meletakkan Rusia di dalam ke璪imbangan.

Di samping faktor ekonomi, polisi perluasan kuasa Rusia yang berabad-abad lamanya menjadi faktor sejarah yang membawa kepada huru-hara yang baru-baru ini berlaku di Asia Tengah dan Caucasus. Selepas Kesatuan Soviet tumbang, Moscow mengalami waktu-waktu yang tidak stabil, tetapi kemudian cuba keluar dari situasi tersebut, dan mengambil inisiatif-inisiatif jangka panjang untuk mewujudkan semula penguasaan ke atas republik-republiknya yang dahulu. Tanda pertama yang membuktikan apa yang sedang Rusia lakukan ke atas republik-republik ini telah disampaikan di dalam satu ucapan oleh Presiden Boris Yeltsin pada tahun 1993. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa Rusia akan sekali lagi memenangi status kuasa super dengan mendapatkan semula semua kedudukan-kedudukan yang telah hilang. Dengan kata lain, Rusia enggan menerima sebarang deklarasi kemerdekaan negara-negara tersebut, kemenangan mereka untuk mendapatkan kebebasan, dan kebolehan mereka untuk berdiri di atas kedua-dua kaki sendiri. Sebaliknya, Rusia melihat negara-negara tersebut sebagai "kedudukan yang mesti dirampas kembali."




Kesannya, wujud sesetengah komuniti umat Islam yang masih gagal mendapatkan kebebasan dan terus berada di bawah persekutuan Rusia. Salah satu daripadanya ialah Chechnya, yang telah menjadi sasaran utama tekanan, dan dengan sebab itu ia berhadapan dengan pelbagai jenis kekejaman yang maha dahsyat.

Untuk memahami dengan tepat apa yang sedang berlaku di Chechnya kini, kita perlu menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara penting. Peperangan yang tercetus di Chechnya bukanlah konflik yang mana kedua-dua pihak mengangkat senjata kerana konflik yang berlaku di antara mereka sudah sampai ke tahap yang sudah tidak boleh diselesaikan dengan jalan damai lagi, iaitu jenis perang yang boleh dijumpai di mana-mana sahaja di dunia ini. Keadilan yang dituntut oleh orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan telah diperdebatkan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, dan pelbagai pendapat telah diajukan. Kesemua pendapat-pendapat tersebut boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun perkara yang kesemua pihak bersetuju ialah Rusia telah melampaui batas dan menyerang penduduk yang tidak bersalah, menukarkan peperangan yang pada mulanya hanya melibatkan askar kepada usaha untuk menghapuskan seluruh populasi Chechnya. Hal ini tidak dapat diterima, dan ia akan menjadi pokok perbincangan penting di dalam bab ini.

[ Last edited by  anakencana at 6-11-2008 11:59 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 11:57 AM | Show all posts

CHECHNYA (3)



Dalam usaha Rusia untuk memperlihatkan dirinya berada di pihak yang benar di persada arena antarabangsa, Rusia memberitahu bahawa perang yang berlaku di Chechnya hanyalah satu "perkara domestik", dengan harapan ia akan menutup mata masyarakat terhadap keganasan yang berlaku di sana. Namun, alasan itu tidak mencukupi untuk menerangkan tentang perihal pemuda-pemuda Chechen yang dikumpul di jalanan dan seterusnya dihantar ke pusat-pusat seksaan, mereka yang dipenjara diikat kakinya pada kereta kebal dan seterusnya diseret, bayi-bayi yang masih kecil ditembak dan harta penduduk dirompak. Ramai ahli sains falsafah dan pakar-pakar yang bersetuju bahawa Rusia terlibat melakukan genocide di wilayah tersebut dan melakukan kekejaman yang jarang dilihat sebelum ini, kesemuanya dilakukan untuk memastikan Chechnya terus berada di dalam genggamannya.

Sebaliknya, serangan-serangan yang dilakukan oleh sesetengah golongan Chechen terhadap penduduk awam Rusia juga mesti dikecam dengan jelas. Orang-orang Chechen secara asasnya berjustifikasi mahukan sebuah kehidupan yang bebas dan mulia. Namun, tindakan-tindakan sedemikian telah menconteng arang terhadap kehendak yang telah dijustifikasikan dan seterusnya menyulitkan lagi usaha untuk membela tindak-tanduk orang-orang Chechen.

Sebagai tambahan, haruslah diingat bahawa menyerang orang awam yang tidak bersalah adalah secara terang-terangan melanggar prinsip-prinsip Islam. Sepanjang hidup Nabi Muhammad s.a.w., Baginda sentiasa membela hak-hak orang awam, walaupun ketika pergaduhan yang dahsyat, dan mengarahkan semua umat Islam agar bersikap sederhana dan tidak fanatik. Inilah kehendak moral yang dituntut oleh al-Quran. Di dalam al-Quran, Allah telah mengarahkan umat Islam agar bersikap pemaaf dan bertoleransi dan juga untuk bersikap adil, walaupun ketika peperangan. Seorang Muslim mesti menjadi orang pertama yang memberi makan kepada orang tawanannya walaupun dia sendiri sedang kelaparan, selalu bersifat sederhana walaupun di tengah-tengah peperangan, membela hak mereka yang ditindas dan tidak pernah terpesong dari jalan kejujuran dan keadilan.




Atas sebab inilah, orang-orang Chechen mesti sentiasa ingat kepada peringatan Allah..

"Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sering menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Maaidah, 5)

...walaupun ketika menentang penindasan Rusia, dan mesti tidak menjadikan orang awam yang tidak bersalah dan tidak bersenjata sebagai sasaran mereka.

Harapan kami adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap perbezaan di antara orang-orang Chechen dan pentadbiran Rusia dengan berdasarkan cara yang aman dan sederhana, seperti juga yang akan dilakukan terhadap kes-kes lain yang berlaku di kawasan dunia Islam yang lain.

[ Last edited by  anakencana at 6-11-2008 12:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:06 PM | Show all posts
bagus2..teruskan...suka sgt baca..kadang2 kita perlu belajar sejarah untuk amik pedoman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 12:26 PM | Show all posts

Reply #5 tucci's post

makasih.. sharing is caring konsepnyer...:handshake: :flower:

Kita umat Islam... terpana dengan keindahan kota Alhambra di Granada tapi, disebalik keindahan itu kita jugak mempelajari sejarahnya yang merobek hati... apabila pemimpinnya lemah maka satu negaranya hancur. Kerana kalah politik, rakyat turun temurun murtad. Diberikan tiga pilihan; memilih Islam lalu mati, dibuang negara atau tinggal sebagai Kristian. Sungguh sistematik sekali 慹thnic cleansing
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2008 12:36 PM | Show all posts

CHECHNYA (4)

Perjuangan Berterusan Orang-orang Chechen yang Tidak Bersenjata



Terdapat banyak contoh di dalam polisi-polisi Rusia yang lebih cenderung kepada keganasan berbanding keamanan. Rusia sudah menjalankan pelan-pelan sulitnya di Chechnya, terutama sekali pada permulaan 1990-an. Rusia berpendapat bahawa mereka tidak boleh menghapuskan orang-orang Chechen yang kesatuan mereka tidak mudah untuk dipecahkan, dengan menggunakan kuasa ketenteraan semata-mata. Jadi Rusia cuba melemahkan Chechnya dari dalam dan mencuba berbagai-bagai cara untuk melakukannya. Rusia memulakan langkah pertamanya dengan memusnahkan perpaduan mereka dan mencetuskan kekacauan di Chechnya dengan masuk campur di dalam pilihan raya, membeli ahli-ahli politik, melakukan penculikan dan tindakan-tindakan terorisme, menggunakan paderi-paderi pro-Rusia dan seterusnya mencetuskan perbezaan-perbezaan agama, termasuklah mengenakan tekanan ekonomi dan politik. Namun, segala usaha tersebut tidak mencapai apa yang di環arap璳an.

Pendudukan Rusia ke atas Chech璶ya pada 1991 telah ditamatkan oleh Dzhokar Dudayev. Kemudian satu ke璳acauan serius pada bulan November 1994 bertukar menjadi sebuah pe璸e璻angan pada 11 Disember tahun yang sama. Lebih 100,000 orang-orang Che璫hen hilang tempat tinggal, dan beratus-ratus ribu yang lain terpaksa menjadi pelarian. Penggunaan senjata kimia yang diharamkan telah membawa kepada genocide. Selain itu, oleh kerana Rusia sudah memberitahu bahawa Chechnya hanyalah satu "masalah dalaman", tiada sebarang reaksi serius dari dunia luar. Tiada bantuan yang dihulurkan kepada kepada orang-orang Chechen, melainkan beberapa negara-negara Eropah.

Peperangan tersebut berakhir pada Ogos 1996 apabila Rusia mengakui kekalahannya. Kejayaan orang-orang Chechen ke atas Rusia telah memberi kesan mendalam kepada republik-republik yang lain di Caucasus. Pada tahun 1998, penduduk di utara Cacasus telah berhimpun dalam "Konvensyen Penduduk Cacasus Utara" di Grozny, ibu negara Chechnya. Kesemua negara-negara peserta bersetuju dengan posisi masing-masing untuk mengelakkan dari tercetusnya sebarang konflik yang mampu memecah-belahkan penduduk di utara Caucasus, dan saling memberi perlindungan di dalam serangan yang dilancarkan oleh Rusia. Kesatuan ini memberi mimpi ngeri kepada Rusia. Apa yang ditakuti selama ini telah menjadi kenyataan. Jika Rusia membenarkan ia berlaku, sebuah kesatuan Islam yang ditakuti akan muncul. Inilah sebabnya mengapa Rusia melakukan operasi keduanya untuk menentang Chechnya. Kali ini, cara yang lebih kejam dilakukan, dan siksaan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas orang-orang yang tidak bersenjata di mata dunia. Namun atas sebab yang sama, kebuasan yang berlaku hanya dianggap sebagai "hubungan dalaman" Rusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 12:47 PM | Show all posts

CHECHNYA (5)

Situasi yang Dihadapi oleh Pelarian Chechen



Peperangan kedua sebenar yang berlaku di antara orang-orang Chechen dan Rusia bermula apabila Rusia mengepung dan mengebom beberapa perkampungan di Dagestan pada awal 1999. Lebih kurang 1,500 penduduk di perkampungan tersebut meminta bantuan daripada Chechnya, yang mana mereka menganggapnya sebagai pemimpin. Shamil Basayev, yang mula mendapat perhatian atas kejayaannya di dalam peperangan, telah memberikan bantuan kepada penduduk Dagestan pada musim panas 1999. Hanya dua buah kampung sahaja yang telah diserang oleh Rusia berjaya diselamatkan. Penyembelihan dahsyat telah berlaku di kampung-kampung tersebut, dan penduduk yang tidak bersalah telah dibunuh kejam. Peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Chechnya, yang masih berlaku pada hari ini, telah tercetus lagi menerusi insiden ini.

Kuasa Rusia menceroboh Chechnya pada tanggal 2 Oktober 1999 dan telah melakukan siri pembunuhan yang sangat kejam kepada sesiapa sahaja yang mereka temui, tanpa mengira wanita, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka mula menyerang penduduk awam. Senjata-senjata kimia, peluru berpandu scud dan napalm (Pent: iaitu sejenis bahan petrol seperti agar-agar yang digunakan untuk membuat bom) telah digunakan di dalam serangan-serangan tersebut. Manakala hospital-hospital, wad-wad bersalin, kawasan membeli-belah dan kem-kem tahanan dijadikan sebagai sasaran serangan.

Salah satu daripada serangan-serangan tidak berperikemanusiaan Rusia terhadap penduduk awam ialah dengan meracun Sungai Argun yang merupakan sumber air kepada beberapa buah kampung di Chechen. Ramai wanita dan juga kanak-kanak yang minum air dari sungai tersebut mati, manakala beratus-ratus yang lain menderita sakit dalam tempoh yang panjang. Chechnya kehilangan tiga perempat populasinya dalam masa dua tahun sahaja. Sekarang ini pun, orang-orang Chechen masih cuba untuk terus hidup di dalam negara-negara jiran dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Chechen oleh pihak Rusia, yang mana masih kekal di dalam ruang lingkup mentaliti komunis lama, menyerupai tindakan Firaun yang dilakukan berabad-abad yang lampau. Pada zaman tersebut, Firaun juga turut menyerang golongan yang lemah dan yang tidak bersenjata (dalam kes ini, mereka ialah kaum Bani Israel), dan dengan kejam membunuh mereka semua. Allah telah menceritakan tentang kekejaman Firaun di dalam ayat-ayat yang berikut:

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya:


"Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu sewaktu Dia menye璴amatkan kamu dari (Firaun dan) para pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak lelakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu, dan pada yang demikian itu ada ujian yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah juga) sewaktu Tuhanmu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih". (Ibrahim, 6-7)




Mentaliti yang membenarkan berlakunya pembunuhan kanak-kanak, membelah perut wanita-wanita mengandung, memusnahkan rumah-rumah penduduk dengan menggunakan kereta kebal, dan berbagai-bagai lagi kedahsyatan, telah lari jauh dari sebarang sensitiviti moral, perasaan perikamunusiaan, belas kasihan, cinta atau simpati. Ramai di kalangan mereka yang tidak mengetahui sebab-musabab kepada kekejaman yang dilakukan, tetapi oleh kerana ada sifat jahat yang dibawa oleh ateisme, mereka dengan mudah melakukan pelbagai jenis tindakan syaitan. Apa yang diharapkan dari Rusia ialah mereka mesti meninggalkan mentaliti hitam tersebut, yang merupakan saki-baki dari Kesatuan Soviet, yang memandu mereka kepada penggubalan polisi-polisi ke atas Chechen, kepada suatu perubahan yang membawa kepada penggubalan polisi yang lebih bersifat sederhana yang seterusnya akan membawa keamanan dan keselamatan, baik kepada Rusia mahupun orang-orang Chechen.

Sesungguhnya Firaun telah melakukan sewenang-wenang璶ya di muka bumi dan menjadikan penduduknya ber璸ecah-belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup. Sesungghnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang me璴akukan kerosakan. (Al-Qashash, 4)

[ Last edited by  anakencana at 6-11-2008 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2008 12:57 PM | Show all posts

CHECHNYA (6)



Sebilangan besar organisasi hak asasi manusia yang menjalankan kajian ke atas pelarian Chechen melaporkan bahawa hak-hak asasi mereka telah dilanggar dalam satu skala yang cukup besar. Kira-kira 250,000 orang-orang Chechen yang lari akibat peperangan kini berada di Ingushetia, dan bakinya boleh dijumpai di kawasan-kawasan jiran.

Orang-orang Chechen sedang berhadapan dengan kebuluran, kehausan dan penyakit-penyakit berjangkit. Wanita dan kanak-kanak, orang muda dan tua yang terpaksa bermigrasi, kini sedang bergelut untuk terus hidup dalam keadaan yang sangat sejuk dan hujan, dua atau tiga keluarga berada di dalam gerabak keretapi lama yang ditinggal璳an, ataupun dalam bangsal-bangsal kuda di kampung-kampung tempat mereka berlindung.

Sebagai contoh, orang-orang Chechen di kem pelarian Znamens璳oye di utara Chechnya kini tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana tidak memiliki baju panas. Hampir separuh di antara mereka yang mendapatkan perlindungan di situ telah jatuh sakit disebabkan oleh keadaan yang sangat menyedihkan dan kesejukan yang amat sangat.7 Penyakit-penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering) dan hepatitis sedang merebak di kem-kem pelarian Chechen, yang tidak memiliki apa-apa yang panas untuk dimakan selama berminggu-minggu pada sesuatu masa dan badan mereka pula tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Angka kematian sedang meningkat.

Mungkin perkara yang paling mengejutkan ialah majoriti bangsa Barat, yang mendakwa mereka berdiri di barisan hadapan untuk melindungi hak-hak asasi manusia, tidak berusaha untuk menolong para pelarian tersebut. Bahagian signifikan pandangan-pandangan masyarakat awam dunia ialah mereka tidak betul-betul tahu tentang penderitaan yang sedang orang-orang Chechen alami dan kadang-kala mengabaikan kekejaman yang dikenakan ke atas beratus-ribu orang-orang Chechen yang lari dari kekejaman Rusia. Bantuan dari negara-negara lain disekat, dan mereka yang sedang kelaparan, kehausan dan kesejukan yang mencengkam amat sukar untuk bertemu walau dengan kerak roti sekalipun. Kesedihan yang dialami oleh pelarian-pelarian tersebut mesti dipandang sebagai satu perkara yang memerlukan tindakan pantas.....

[ Last edited by  anakencana at 6-11-2008 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 01:18 PM | Show all posts

CHECHNYA (7)

Bagaimana Jalan Penyelesaiannya Dapat Diperoleh?



Jalan penyelesaian terletak di atas bahu Rusia dan juga para pejuang Chechen. Kedamaian yang dicari mesti berlandaskan pendekatan cintakan keamanan dan bersikap sederhana seperti yang dituntut oleh Allah. Moscow mesti mengelakkan diri dari terus beranggapan bahawa kewujudan dan aspirasi nasional umat Islam Caucasus sebagai satu ancaman, dan mereka mesti meredakan konflik dan tekanan ke paras yang minimum dengan mengambil konsep bersederhana dan polisi yang aman. Seperti yang telah kita lihat, keganasan Rusia di Chechnya tidak dapat diterima sama sekali. Walau bagaimanapun di sebaliknya, pejuang Chechen yang terlibat dalam serangan ke atas penduduk awam Rusia turut mengambil jalan yang salah. Kedua-dua pihak mesti mengelakkan diri dari terus melakukan pertumpahan darah, dan seterusnya berusaha untuk membina kedamaian.

Adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat Islam sedunia untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang Chechen yang sedang menderita ditindas. Cukup jelas bahawa tiada seseorang pun yang benar-benar takutkan Allah dan memiliki konsep keadilan yang digariskan oleh-Nya di dalam al-Quran untuk terus berdiri bodoh melihat kekejaman yang dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah. Seorang mukmin sejati selalu membantu orang-orang miskin, mereka yang memerlukan, mereka yang diusir dari rumah, dan akan bersedia berkorban apa sahaja untuk mereka. Sikap sanggup berkorban dan toleransi umat Islam ketika zaman Nabi s.a.w. yang mana mereka telah diusir dan terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka telah dicatatkan di dalam al-Quran:

(Juga) bagi para fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.....

Dan orang-orang yang telah mendiami kota Madinah dan telah beriman (golongan Ansar) sebelum (ketibaan) mereka (golongan Muhajirin), mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak mempunyai keinginan dalam hati terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka; dan, mereka mengutamakan (golongan Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr, 8-9)

Secara lumrahnya, penyebaran nilai-nilai moral yang agung ini hanya dapat berlaku dengan penyebaran agama. Sebab itulah, apa yang perlu dijadikan proriti utama oleh mereka yang memiliki kesedaran ialah mencari jalan terbaik untuk menyebarkan moral-moral al-Quran dan juga mengamalkan isi-isi kandungannya. Allah memberi janji yang baik kepada sesiapa yang menolong agama-Nya....[color]
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 01:22 PM | Show all posts
Koleksi karya beliau telahmembongkar dan memusnahkan ideologi yang dipertahankan dengan kedegilanyang bersifat setimen lebih daripada akal yang rasional sehingga keakar umbinya. Seluruh pergerakan atau organisasi yang menjadikan konsepmenolak agama sebagai teras pada hakikatnya telah pun ditumpaskan olehsetiap koleksi hasil karya Harun Yahya.
Suatu yang jelas, semua ciri-ciri ini adalah terhasil dari kebijaksanaan dan kebenaran Al-Quran sendiri.


setuju..harus ada penulis yang tampil dengan karya sebegini harus ada untuk memberi kesedaran terhadap kekejaman yang sbenarnye dan pada masa ynag sama berpandukan kepada Al-quran yang merupakan rujukan utama umat islam
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 01:36 PM | Show all posts
pada pendapat tucci,

rasanya mereka yang dari golongan bangsa penjajah dari dulu lagi memang merupakn bangsa yang ganas dan tidak berperi kemanusiaan..tengok aje la kuasa2 besar yang ada..

mungkin disebabkan mentaliti bangsa penjajah yang ada dalam mind set dieorang, jadi apabila sesuatu bangsa lain cuba untuk bangkit dan berdiri sendiri, mereka akan rasa terancam dan cuba memusnahkan tamadun tersebut (cth plg jelas antara amerika dan iraq serta iran) selain tu, disebabkan mentaliti penjajah dieorang, sikit demi sedikit mereka cuba merampas kembali wilayah yang kaya untuk mendapatkan sumber2 tertentu yang mungkin rasanya untuk menampung 'kekayaan' dan status sebagai bangsa penjajah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 01:41 PM | Show all posts

Reply #11 tucci's post

Bongkar pula sejarah Islam di nusantara. Rasanya kisah2 perjuangan dengan keris/tombak pahlawan-pahlawan dahulu perlu revisi... pastinya ada lagi yang sangat membanggakan boleh dicerita...;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 01:45 PM | Show all posts

Balas #13 anakencana\ catat

insyaallah..kalo ade..nak jugak kongsi2 kan skali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #12 tucci's post

gitu larr...sekadar berkongsi apa yg penulis nie tuliskan/gambarkan dalam artikel2nyer..

Kekadang kita mengalami dilema yg sama...stuck in a machinery world.. macam citer The Matrix... Bila kita sedar matlamat utama setiap muslim adalah akhirat, menganggap setiap pekerjaan adalah ibadat, praktikal kita jadi berkat dengan sendirinya ia tersebar ke segenap masyarakat...

sebabnyer..untuk "bermain" dengan manusia menuntut ilmu untuk berhadapan dengan manusia...

selagi perlembagaan sedia ada disemua negara Islam tu tidak di tukar kepada Al-Quran dan Sunnah selagi itulah naik turun dan silih bergantinya antara pejuang Islamism dan sekularism, Aljeria, Sudan, Pakistan, Mesir, India, Brunei dan bekas-bekas negara Islam yg dijajah dan dipaksakan dgn perlembagaan sekularis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 02:32 PM | Show all posts

Reply #14 tucci's post

Semoga negara kita tidak akan menjadi kalut seperti itu. Moga Allah akan sentiasa memelihara Islam di negara kita nie kann..

...pengasingan agama dari politik adalah kesan ketakutan insan akibat kekejaman dan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa di Eropah. Mereka berfikir tentang perkara ini semasa 憀ying foundation for country
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2008 04:09 PM | Show all posts

UZBEKISTAN (1)

Bekas Komunis Terus Menindas Umat Islam



Caucasus baru-baru ini telah menjadi tumpuan utama dalam perkembangan dunia Islam. Republik Islam Turki yang mula berjuang untuk kemerdekaan selepas tumbangnya Kesatuan Soviet, mendapati bahawa mereka sedang menentang dasar perluasan kuasa oleh Rusia. Rusia masih diperintah oleh mereka yang berfahaman komunis yang masih memiliki mentaliti yang sama, dan negara tersebut terus menganggap negara-negara di Asia Tengah sebagai miliknya. Oleh itu, untuk menjadikan negara-negara di Asia Tengah tunduk kepadanya, Rusia telah memilih untuk membentuk perikatan dengan pentadbiran-pentadbiran anti-Islam di kawasan tersebut.




Hari ini, umat Islam di Caucasus dan Asia Tengah hidup dalam ancaman perluasan kuasa Rusia dan pentadbiran mereka sendiri yang dengan aktif bersubahat dengan Moscow. Ketika peperangan di Chechnya sedang ber璽erusan, Persekutuan Rusia dengan aktif terlibat dalam penindasan dan pencerobohan ke atas umat Islam di beberapa republik yang memiliki umat Islam sebagai penduduk majoriti. Rusia kadang-kala melakukannya secara terang-terangan, dan sekali-sekala melalui pentadbiran tempatan yang pro-Rusia. Uzbekistan telah mengikuti jejak langkah negara-negara yang telah pun mengalami kesengsaraan seperti Azer璪aijan, Dagestan, Chechnya dan juga Tadjikstan.

[ Last edited by  anakencana at 6-11-2008 04:29 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 04:15 PM | Show all posts

UZBEKISTAN (2)

Tekanan Anti-Islam di Uzbekistan



Uzbekistan sedang bergelut dengan masalah domes璽ik璶ya selama ber璽ahun-tahun. Ekonomi negara itu betul-betul meleset dan penduduk awam sedang menderita teruk. Peme璻intahan Kerimov yang enggan membenarkan wujudnya walau satu puak penentang yang bersifat sangat bersederhana, terus menambahkan masalah yang sedia ada, dan tidak pula mahu menyelesaikannya.




Sekiranya Kerimov membenarkan polisi sederhana dengan memberi laluan kepada berbagai-bagai pendapat disuarakan, tanpa ragu lagi ia akan menuju ke jalan kebaikan, bukan sahaja kepada rakyat Uzbekistan, tetapi juga kepada pemerintahannya sendiri. Namun, beliau lebih suka mengambil tindakan terburu-buru. Negara tersebut telah memenjarakan lebih dari 50,000 orang baru-baru ini kesan dari polisi menindas yang dijalankan. Selepas bom-bom meletup di pusat-pusat bandar, pentadbiran Uzbekistan telah menahan beribu-ribu orang di seluruh dunia, mengenal pasti mereka yang memiliki kecenderungan beragama sebagai teroris, dan menubuhkan sebuah sistem pemerintahan yang secara total menafikan hak-hak ke璵anusiaan dan juga kebebasan. Namun, polisi menindas itu sebenarnya lebih mengajak kepada persengketaan berbanding pencegahannya, dan berakhir dengan menjadikan puak penentang lebih kuat lagi. Untuk menjadikan Uzbekistan aman dan stabil, adalah penting untuk mengadakan dialog di antara pemerintahan Kerimov dan puak penentang. Dialog juga dapat menjadikan puak penentang mengambil sikap lebih sederhana di masa hadapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 04:25 PM | Show all posts

UZBEKISTAN (3)

Sikap Tidak Senang Rusia Terhadap Kebangkitan Islam di Asia Tengah


Samarkand

Kebangkitan agama yang bermula di Turki telah mengejutkan Kremlin. Kerajaan Mikhail Gorbachev terutamanya, sangat bimbang dengan angin perubahan itu. Perkara ini sering-kali mendapat tempat di dada-dada akhbar waktu itu, dan Kremlin mula merancang tindakan-tindakan yang patut dilakukan. Menurut akhbar harian Uzbekistan, Pravda Vostoka, Gorbachev telah berucap kepada para pegawai parti tempatan yang dipanggilnya untuk "perjuangan penuh tegas dan tanpa kompromi menentang fenomena beragama." Kemudian beliau berkata, "Kita mesti tegas terhadap semua pegawai-pegawai kanan dan komunis, terutama sekali terhadap mereka yang mendakwa mempertahankan idea dan moral kita, tetapi sebenarnya mereka memiliki pandangan yang berbeza dan menghadiri pula upacara-upacara keagamaan."

Berkenaan dengan ketegasan Gorbachev dalam menentang agama, majalah Times melaporkan:


Sesungguhnya amatlah jarang bagi Sekretari Awam Soviet untuk menentang agama dengan cara yang sangat jelas; tugas yang biasanya dilakukan oleh orang-orang bawahan. Di sebalik semua itu, Kremlin sedang bimbang kalau-kalau tindakan menentang agama itu tidak mencapai sasaran sebenar. Akhir sekali, hakikat bahawa Gorbachev memilih Tashkent sebagai tempat untuk melakukan serangan agama menandakan bahawa kepimpinan Soviet sangat takut dengan perkembangan terkini...menyapu bersih dunia Islam, yang mana mungkin pada akhirnya menyebabkan kebangkitan semangat Islam di Asia Tengah Soviet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 04:40 PM | Show all posts

UZBEKISTAN (4)


Buzkashi Kupkari

Semenjak 1918, rejim tersebut telah meletakkan syarat-syarat ketat ke atas gereja, synagogues dan masjid, dan seterusnya melancarkan kempen penindasan menentang mereka yang beriman. Latihan ke atas pemimpin-pemimpin agama sangat dilarang, dan pendidikan ke璦gamaan ke atas mereka yang berusia bawah 18 tahun telah diharamkan. Pada masa yang sama, semua kanak-kanak sekolah didoktrinkan dengan fahaman ateisme.

Islam mendapat masalah besar, dan perhatian khusus. Umat Islam Soviet ditempatkan di kawasan sempadan strategik U.S.S.R dan mereka meneruskan perhubungan dengan umat Islam di negara-negara jiran....

Tiada sebarang statistik yang boleh dipercayai tentang berapa ramai umat Islam Soviet yang mengamalkan agama mereka. Namun, berdasarkan kepada laporan politik tahun lepas yang diterima oleh Kongres Parti Komunis Kazakhstan ke-16 melaporkan bahawa Islam "masih kuat dan terus berkembang"... Perjumpaan tidak rasmi menganggarkan bahawa jumlah mereka yang beriman adalah jauh melepasi kapasiti masjid-masjid yang didaftarkan secara sah, iaitu dalam 300 ke 500 buah (Terdapat kira-kira 24,000 masjid sebelum Komunis mengambil alih).

Apa yang sedihnya, mentaliti ini yang ditinggalkan sejak zaman Soviet, terus mempengaruhi di satu kawasan birokrasi Rusia dan beberapa badan di Republik Turki. Ketegangan terjadi di antara kawasan yang memiliki penduduk yang beriman dan pusat autoriti. Contoh paling jelas yang dapat membuktikan semua ini ialah 1 dalam 500 penduduk Uzbekistan berada di dalam penjara disebabkan oleh identiti Islam mereka.[size]




Ketegangan di Uzbekistan meningkat setiap hari, menunjukkan bahawa kekacauan akan terus berlaku buat masa yang lama jika polisi yang bersifat sederhana tidak dilaksanakan. Apabila kita melihat fenomena-fenomena seperti keganasan, kekurangan bekalan air, kekacauan dalaman, kepayahan ekonomi, bermacam-macam peraturan dan kezaliman terhadap hak-hak asasi manusia secara keseluruhan璶ya, jelaslah bahawa situasi sedemikian hanya dapat diubah secara radikal. Antaranya, puak penentang di negara terbabit mestilah diberikan peluang untuk melontarkan pandangan, menghentikan penahanan politik dan pemenjaraan, dan mereda ketegangan dengan mewujudkan atmosfera yang saling bertoleransi.

[ Last edited by  anakencana at 6-11-2008 05:21 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 23693 Replies : 10
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 53719 Replies : 228
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 1376 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 311336 Replies : 8974
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 1890 Replies : 14
PADU:Rafizi kata jika anda bimbang kebocoran data lebih baik anda kembali duduk dalam gua
YgBenarPADU:Rafizi kata jika anda bimbang keboc
Views : 57048 Replies : 43
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 17243 Replies : 4
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50855 Replies : 194
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 36623 Replies : 61
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 41408 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.219323 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list