CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33961|Reply: 140

Golongan Anti-Hadith Siapa boleh tolong jawabkan?

[Copy link]
Post time 2-2-2009 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Disini ada keterangan-keterangan seseorang yang anti hadith merujuk kepada pengumpulan hadith-hadith itu sendiri. Sesiapa ada masa silalahkan menyanggah keterangan berkenaan dan bentangkan jawapan anda dalam forum ini.  Semoga ALLAH merahmati usaha kita semua.

Sila lihat video:
http://www.youtube.com/watch?v=ZtlZGyQebwY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2009 07:55 AM | Show all posts
keterangan:

Quran ayat 5:65-66
"If only the people of the scripture believe and lead a righteous life, we will then remit their sins, and admit them into the Garden of Bliss. If only they would uphold the Torah and the Gospel and what is sent down to them herein (Quran) from their Lord, they will be showered with blessings from above them and from beneath their feet. Some of them are righteous but many of them are evil doers". (no mention of Mishnah, Gemarrah, Hadith,Sunna or Trinity here.Only Torah, Gospel, Al Quran)

Prophet Muhammad forbids the writing of hadiths. Ibn Saeed Al-Khudry reported that the messenger of God had said, "Do not write anything from me except Quran. Anyone who wrote anything other than the Quran shall erase it. The following historical incident happened about 30 years after the death of porphet Muhammad and shows that the prophet never canceled his order not to write anything but the Quran. From Ibn Hanbal:Zaid Ibn Thabit (the Prophet's closest revelation writer) visited  the Khalifa Muawiyah (more than 30 years after prophet's death) and told him a story about the prophet. Muawiyah liked the story and ordered someone to write it down. But Zayd said. "The messenger of GOd ordered us never to write anything of his hadith". The famous book, "Ulum Al-Hadith" by Ibn Al-Salah, reports a hadith by Abu Hurayrain which Abu Hurayra said. the Messenger of God came out to us while we were writing his hadiths and said; "What are you writing?" We said, "Hadiths that we hear from you, Messenger of God". He said, " A book other than the book of God?!" We said, "Should we talk about you?" He said, "Talk about me, that would be fine, but those who lie will go to hell" Abu Hurayra said, we collected what we wrote of hadiths and burned them in fire. In the famous book, "Taqyeed Al-Ilm", Abu Hurayra said,"The messenger of God was informed that some people are writing his hadiths. He took to the pulpit of the mosque and said, "What are these books that I heard you wrote? I am just a human being. Anyone who has any of these writings should bring it here". Abu Hurayra said, "We collected all these and burned them in fire." Again in the book "Taqyeed Al-Ilm" Abu Saeed Al-Khudry said, "I asked the messenger of God permission to write his hadiths, but he refused to give me permission.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 10:25 AM | Show all posts
aku bukan pakar........ tapi berminat nak dalami ilmu......

tapi aku tgk hadis ada yg sahih & palsu....... camne nak kenal pasti yg palsu & yg sahih?

adakah hanya rujuk al-quran tu dikatakan anti hadis?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 03:36 PM | Show all posts

Balas #2 kalalah007\ catat

tumpang tanye.....yer....

..tulisan tentang tidak boleh menulis hadis juga adalah satu hadis.....camane?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by kalalah007 at 2-2-2009 07:55 AM
Ibn Saeed Al-Khudry reported that the messenger of God had said, "Donot write anything from me except Quran. Anyone who wrote anythingother than the Quran shall erase it.



geng anti hadith tu penuh dengan tipu daya untuk mengelirukan. Depa belajaq hadith tanpa melihat pada syarahnya, dan pandai2 nak terjemah hadith itu ikut acuan depa. Depa guna hadith untuk sokong pegangan anti hadith mereka, tidakkah OXY MORON namanya? Kononnya intellectual..

Hadith riwayat Imam Muslim yang penuh macam ni:

http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/muslim/042.smt.html

Book 042, Number 7147:
Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took downanything from me except the Qur'an, he should efface that and narratefrom me, for there is no harm in it and he who attributed any falsehoodto me-and Hammam said: I think he also said:" deliberately" -he shouldin fact find his abode in the Hell-Fire.
Terjemahan Melayu:
Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (mencatat) dari aku selain al-Qur抋n, hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah (hadis) dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.

Apa yang dimaksudkan oleh Nabi saw dalam hadith riwayat Ibn Saeed Al Khudry itu adalah Nabi melarang para sahabat dari menulis hadith dengan tujuan disebarluaskan dalam bentuk tulisan kerana dengan kekurangan resource ketika itu, jika tiada pembezaan yang jelas antara keduanya, pasti akan menyebabkan kekeliruan dan percampuran antara quran dan hadith.

Mustahil Nabi melarang penyampaian hadith, kerana baginda saw juga pernah berkata "Sampaikan dariku walau sepotong ayat.", Baginda menggalakkan para sahabatNya menyampaikan ajarannya, jika tidak masakan agama Islam dapat berkembang ke merata pelusuk rantau tanah Arab, cuba fikirkan tengok!! Nabi suruh sampaikan hadith tapi guna cara verbal, bukan guna tulisan, dan larangan itu bukanlah larangan yang absolute kerana ada hadith2 lain yang merakamkan Nabi menyuruh sahabat menulis hadithnya.

Jadi para sahabatpun mengikut suruhan Nabi itu dan menulis hadith pada lembaran berbeza dari Al Quran untuk tujuan rujukan mereka sahaja, dan tidak menyebarluaskan tulisan2 hadith sepertimana mereka menyebarkan tulisan-tulisan al quran.. Ini tidak bermakna mereka dilarang menyebarluaskan hadith, cuma mereka melakukannya lebih dengan secara verbal atau kata-kata.

Walaupun pada mulanya hadith tidak disebarluaskan dalam bentuk tulisan, maka setelah beberapa lama Al Quran dibukukan, dijilidkan dan disempurnakan dalam bentuk tulisan dan ramai pakar2 pengkaji quran memahirkan diri mereka dalam ilmu-ilmu penghafalan, kupasan dan tafsiran, kajian gaya bahasa seperti nahu dan sorof dsbgnya (sehingga 200 tahun!), barulah mula kegiatan pembukuan hadith bermula untuk tujuan penyebarluasan, kerana ianya juga adalah salah satu sumber hukum ugama yang penting yang perlu dikekalkan dalam bentuk manuskrip.

Ulama di zaman terkemudian membuat ijtihad bahawa ketika itu sudah ada pembahagian yang jelas antara yang mana Al Quran dan yang mana al Hadith, maka pembukuan itu pun diteruskan. Sehingga kini, kita boleh mengenal dengan mudah yang mana hadith Nabi dan yang mana Al Quran, tidak ada sebarang keraguan atau kekeliruan, hatta di kalangan golongan anti-hadith sendiri!!

[ Last edited by  always_typo at 2-2-2009 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 08:22 PM | Show all posts
Salaam,

Jika baginda nabi mengarahkan agar disampaikan selain Al Quran maka nabi akan melanggar akur janjinya kepada Allah;

AQ 6:19. Katakanlah (Muhammad), " Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamumenyekutukan."

Baginda Nabi Muhammad angkat sumpah/akur janji dan disaksikan oleh Allah bahwa baginda hanya menyampaikan Al Quran satu-satunya dalam penyampaian dakwahnya tiada yang selainnya. Kalau baginda dah bersumpah hanya menyampaikan Al Quran satu-satunya dan dalam masa yang sama baginda menyampaikan yang disebut Hadis/Sunnah maka baginda telah melanggar akur janjinya dan saya tidak percaya sama sekali baginda Nabi akan berbuat demikian melainkan ada orang lainlah yang mendakwa bahwa baginda menyampaikan selain dari Al Quran.

Terjemahan Melayu:
Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (mencatat) dari aku selain al-Qur抋n, hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah (hadis) dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.


Seandainya benar pesanan diatas keluar dari mulut baginda nabi (sabda baginda), maka yang dimaksudkan itu adalah Al Quran itu sendiri yang perlu disampaikan kepada kepada masyarakat bersesuaian dengan ayat Allah diatas (6:19) iaitu baginda bersaksi bahwa menyampaikan Al Quran sahaja. Kalau lain dari Al Quran maka akan bercanggah pula kesaksiannya. Lagipun dalam yang dikatakan hadis nabi diatas perkataan "hadis" diletak dalam kurungan, ini bererti teks asal tiada perkataan tersebut. Kalau kita abaikan perkataan hadis itu maka yang dimaksudkan oleh baginda adalah Al Quran itu sendiri yang perlu disampaikan kesinambungan dari perkataan/ayat sebelumnya.

Memandangkan tugas baginda adalah menyampaikan Al Quran, maka sebab itulah seluruh  pelusuk rantau tanah Arab menerima islam kalau baginda nabi tidak menjalankan tugas itu maka baginda akan melanggar akur janjinya dan penyebaran Al Quran (dakwah) baginda tentulah dibantu oleh para sahabat.

Permasalahan penulis/penghafal Al Quran dan yang dikatakan Hadis Nabi adalah apabila setiap kali baginda bersabda perlukah para sahabat bertanya cth: " Wahai nabi Allah... apakah yang nabi sampaikan ini Al Qurankah/wahyukah atau hadis? atau baginda sendiri bersabda " Ini adalah Al Quran/wahyu maka catitlah/hafallah dan inilah pula adalaha dariku sendiri (hadisku) tak perlu tulis tapi hafallah (sebab merujuk kat atas baginda larang tulis hadisnya). Adakah perlu begitu ?

Mohon dijelaskan... terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2009 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 2-2-2009 08:22 PM
Lagipun dalam yang dikatakan hadis nabi diatas perkataan "hadis"diletak dalam kurungan, ini bererti teks asal tiada perkataan tersebut.Kalau kita abaikan perkataan hadis itu maka yang dimaksudkan olehbaginda adalah Al Quran itu sendiri yang perlu disampaikankesinambungan dari perkataan/ayat sebelumnya.


Cuma nak ulas part ni.

Janganlah tuan fobia mcm golongan anti hadith kalau tengok terjemahan yang ada kurungan dan dengan cepat sangat mengatakan ianya bukan teks asal dan ditambah-tambah. Hormatilah kejujuran dan ilmu penterjemah.

Orang yang berilmu dalam bidang penterjemahan hadith yang menterjemahkan kata-kata itu dari perkataan asal Arabnya menambahkan perkataan sebegitu dengan tujuan supaya orang yang membacanya menjadi jelas apa yang dimaksudkan oleh context asal kalimah tersebut dan tidak membuat kesilapan membaca terjemahan dengan maksud yang salah. Jangan dok kira nak buat "word by word" translation sahaja, perlu ingat dalam banyak kes "The whole is greater than the sum of its parts" .

Banyak ilmu-ilmu lain seperti nota2 kaki, syarahan, ulasan dari pakar2   dan lain-lain maklumat tentang manuskrip itu akan diabaikan jika sesuatu manuskrip, tak kiralah hadith ka, quran ka malah karya shakespeare  sekalipun diterjemah secara "word by word". Kalau nak terjemah sendiri terutama dengan tujuan nak challenge terjemahan orang lain,  kenalah dalami dan mahirkan diri dengan ilmu-ilmu sampingan yang berkaitan dan tingkatkan reputasi kita sebagai penterjemah dahulu. Itu syarat dan disiplin intelektual yang perlu ada dalam mana-mana pengkaji yang berdisiplin dengan disiplin ilmu dan ikhlas mahu menyumbang fikiran.

Kalau malas nak pelajari ilmu-ilmu tersebut, berendah dirilah dan berpuashatilah dengan terjemahan orang lain yang lebih widely accepted dan lebih berilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:16 PM | Show all posts

Balas #7 always_typo\ catat

Salaam,

Maknanya perkataan dalam kurungan pendapat manusia atau orang lainlah kan... tidak terdapat pada teks asal.... ini bukan soal hormat atau tidak.... soalnya mengapa perlu ditambah sebab empunya diri pun tidak menyebutnya, adakah tidak jelas empunya diri berkata.... pendapat manusia sesama manusia tidak wajib diikuti kerana terdedah kepada sabotaj apatah lagi berkepentingan.....

Kalau malas nak pelajari ilmu-ilmu tersebut, berendah dirilah dan berpuashatilah dengan terjemahan orang lain yang lebih widely accepted dan lebih berilmu.


Firman Allah dalam Al Quran sebaliknya pula;

AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2009 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 2-2-2009 08:22 PM
Permasalahan penulis/penghafal Al Quran dan yang dikatakan Hadis Nabiadalah apabila setiap kali baginda bersabda perlukah para sahabatbertanya cth: " Wahai nabi Allah... apakah yang nabi sampaikan ini AlQurankah/wahyukah atau hadis? atau baginda sendiri bersabda " Iniadalah Al Quran/wahyu maka catitlah/hafallah dan inilah pula adalahadariku sendiri (hadisku) tak perlu tulis tapi hafallah (sebab merujukkat atas baginda larang tulis hadisnya). Adakah perlu begitu ?


Tidaklah saya ketahui akan kisah yang sebenarnya kerana saya tidak berada di sana.

Akan tetapi kalau anda mempercayai cerita-cerita dari orang yang hidup di zaman tersebut, penurunan ayat-ayat al quran ada tanda-tandanya yang tertentu - seperti muka Nabi berubah, peluh memercik, dan sebagainya. Mungkin ada ketika Nabi memberitahu - "ini wahyu Allah!" dsbgnya. Tuan boleh merujuk kepada buku-buku ugama yang menceritakan tentang cara-cara penurunan Al Quran utk belajar lebih jelas tentangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:34 PM | Show all posts

Balas #9 always_typo\ catat

Salaam,

Anda berkata "mungkin" kerana anda sendiri tidak pasti, bagaimana anda mahu menyakini orang lain sedangkan dalam masa yang sama anda tidak yakin....?

Bagaimana kalau wahyu turun pada waktu malam dan tiada sesiapa yang melihat tanda2 tersebut (perubahan wajah baginda) dan pada keesokkan harinya naginda hendak menyampaikan kepada para sahabat perlukah baginda barkata, seperti yang saya maksudkan pada post yang lalu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 05:39 PM | Show all posts

Reply #10 anakmacho's post

"Mungkin" itu memang bermaksud saya tak pasti tetapi ianya tidak bermaksud saya tidak yakin.

Bagi saya, tidak pasti dan tidak yakin itu dua perkara yang berbeza.

Saya tidak pasti kerana saya tidak ada tahu cara atau metodologi yang sebenar  yang digunakan oleh para sahabat untuk membezakan al quran dengan hadith ketika mereka menerimanya dari rasul saw.

Tapi saya yakin mereka ada cara tersendiri untuk membezakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 06:37 PM | Show all posts

Balas #11 always_typo\ catat

Salaam,

Lebih baik direnungi friman Allah ini;

AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 08:13 AM | Show all posts

Reply #12 anakmacho's post

Ya benar.

Jangan pula lupa:

"Fas alu Ahlaz Zikri in kuntum la ta'lamun"  Andai kamu tidak tahu, tidak faham atau tak yakin, bertanyalah kepada orang yang ahli.

AQ 21:7 dan 16:43

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 08:57 AM | Show all posts

Balas #13 always_typo\ catat

Salaam,

Ya benar.

Kesinambungan ayat 17:36.... apabila membaca dan masih tidak faham apa yang dibaca (macam mana mahu faham kalau belum baca atau belajar) maka bertanyalah kepada beberapa orang yang lebih tahu, bukan seorang saja.... dan ikut yang terbaik dari pendapat tersebut;

AQ 39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

Terjemahan surah 21:7 dan 16:43

21:7. Dan Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan; tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui,

AQ 16:43. Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui.

Siapakah ahli peringatan itu.... Lu fikirlah sendiri.....

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:17 AM | Show all posts
salam

cuba pula belek ayat ini:
56:81. Apa, adakah kamu menganggap hadis ini rendah?

mungkin hanya jauhari kenal manikam
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:39 AM | Show all posts

Balas #15 orangbesi\ catat

Salaam,

Apa kata lihat kesinambungan ayat tersebut dan apa yang dimaksudkan perkataan "hadis" itu.

56:77. Sesungguhnya ia adalah sebuah al-Qur'an yang mulia,
56:78. Dalam Kitab yang tersembunyi,
56:79. Tiada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang dibersihkan,
56:80. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.
56:81. Apa, adakah kamu menganggap hadis ini rendah?

Dan lagi;

AQ 4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?

AQ 7:185. Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai?

AQ 12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

AQ 39:23. Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.

AQ 45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?

AQ 77:50. Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan mempercayai?

Ayat-ayat diatas adalah firman Allah dan pertanyaan langsung dari Allah, apakah jawapan kita bagi soalan-soalan Allah tersebut?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 10:04 PM | Show all posts

Reply #16 anakmacho's post

anakmacho,

Saya ingin bertanya beberapa soalan:

1) Di manakah dalil dalam al quran yang membenarkan anda menterjemah ayat-ayat dalam al quran ke dalam bahasa Melayu?

2) Di manakah dalil dalam quran yang membenarkan anda memberinombor-nombor seperti 17:36, 57:77dsbgnya untuk menggantikan ayat 2al quran yang mulia itu ?

3) Di manakah dalil dalam al quran yang membenarkan anda menyertakan ulasan-ulasan atau "hadith-hadith" tuan untuk menerangkan ayat-ayat al quran yang tuan petik? Adakah anda tidak yakin dengan ayat2 Quran sebagai hujjah anda sehinggaanda perlu menambahkan "hadith-hadith" anda dalam posting2 di sini? Sedangkan Nabis.a.w selaku penerima primary Al Quran pun anda kata tak ikut "Akur Janji"nya jika menyampaikan atau menambahkan apa-apa yangselain dari Al Quran dalam ajarannya, siapa pula anda yang boleh buat macam tu secara bebas di sini?

Contoh2 "hadith2" tuan itu termasuk:

"Kesinambungan ayat 17:36.... apabila membaca dan masih tidak faham apa yang dibaca (macam mana mahu faham kalau belum baca atau belajar) maka bertanyalah kepada beberapa orang yang lebih tahu, bukan seorang saja.... dan ikut yang terbaik dari pendapat tersebut;"

"Siapakah ahli peringatan itu.... Lu fikirlah sendiri...."

"Apa kata lihat kesinambungan ayat tersebut dan apa yang dimaksudkan perkataan "hadis" itu."

"Ayat-ayat diatas adalah firman Allah dan pertanyaan langsung dari Allah, apakah jawapan kita bagi soalan-soalan Allah tersebut?"
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:57 PM | Show all posts

Balas #17 always_typo\ catat

Salaam,

Saya mengharapkan perbincangan seperti ini tidak diprovokasi oleh syaitan, hanya kerana kita tidak sependapat.

AQ 7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.

1) Di manakah dalil dalam al quran yang membenarkan anda menterjemah ayat-ayat dalam al quran ke dalam bahasa Melayu?


Saya tidaklah mempunyai keupaaan untuk menterjemah Al Quran ke dalam bahasa melayu.... tetapi untuk memahami mesej Allah dalam Al Quran saya memerlukan terjemahan ke dalam bahasa melayu. Untuk itu saya tidak terikat kepada hanya sebuah penterjemahan saja..... dan dalil Al Quran perlu disampaikan dalam bahasa sesuatu kaum agar mesej Al Quran dapat difahami adalah;

AQ 41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."

Dan saya lihat saudara pun menggunakan terjemahan juga malah ambil sebahagian ayat Allah dan terjemahkan ikut suka hati (no. 13).

2) Di manakah dalil dalam quran yang membenarkan anda memberinombor-nombor seperti 17:36, 57:77dsbgnya untuk menggantikan ayat 2al quran yang mulia itu ?


Saya menggunakan nombor-nombor kerana ayat Al Quran pun ada nombor selain ada nama. Dan lagi sekali di no. 13 saudara pun guna nombor. Adakah ini cakap tak serupa bikin? OB guna nombor (15) saudara tak sibuk pun.....

3) Di manakah dalil dalam al quran yang membenarkan anda menyertakan ulasan-ulasan atau "hadith-hadith" tuan untuk menerangkan ayat-ayat al quran yang tuan petik? Adakah anda tidak yakin dengan ayat2 Quran sebagai hujjah anda sehinggaanda perlu menambahkan "hadith-hadith" anda dalam posting2 di sini? Sedangkan Nabis.a.w selaku penerima primary Al Quran pun anda kata tak ikut "Akur Janji"nya jika menyampaikan atau menambahkan apa-apa yangselain dari Al Quran dalam ajarannya, siapa pula anda yang boleh buat macam tu secara bebas di sini?


Sama ada saya yang tidak faham atau saudara yang keliru memahami apa yang ingin saya sampaikan.

"Kesinambungan ayat 17:36.... apabila membaca dan masih tidak faham apa yang dibaca (macam mana mahu faham kalau belum baca atau belajar) maka bertanyalah kepada beberapa orang yang lebih tahu, bukan seorang saja.... dan ikut yang terbaik dari pendapat tersebut;"

"Siapakah ahli peringatan itu.... Lu fikirlah sendiri...."

"Apa kata lihat kesinambungan ayat tersebut dan apa yang dimaksudkan perkataan "hadis" itu."

"Ayat-ayat diatas adalah firman Allah dan pertanyaan langsung dari Allah, apakah jawapan kita bagi soalan-soalan Allah tersebut?"


Respon saya itu adalah kepada saudara OB yang hanya memetik AQ 56:81 dan saya berkata ianya kesinambungan dari ayat sebelumnya. Sila baca semula.

Saudara tidak dapat jawab.... tanya kita balik....

Sama ada kesinambungan atau sebelum tetap merujuk kepada ayat-ayat Al Quran.

Kalau saudara segan nak jawab..... tiada hadis lain selain Al Quran yang merupakan hadis Allah dan rasulNya.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 11:27 AM | Show all posts

Balas #18 anakmacho\ catat

Adik ni baru nak belaja. Boleh pakcik terangkan maksud ayat ini?

"Surely Allah conferred a great favour on the believers when He raised from among them a Messenger to recite to them His signs, and to purify them, and to teach them the Book and Wisdom. For before that they were in manifest error" (Al i'Imran: 164)

~ Allah telah mengutuskan Rasul untuk membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Soalan adik adalah (seperti yang dinyatakan dalam Al Quran):
1. Bagaimana Rasul membacakan mereka ayat2 Allah?
Adik berpendapat bahawa Rasul (Nabi Muhammad) membacakan mereka Al Quran.
2. Bagaimana Rasul membersihkan mereka?
3. Bagaimana Rasul mengajar mereka kitab Allah?
4. Apakah makna hikmah? Bagaimana Rasul mengajar mereka kitab dan juga hikmah didalamnya?

Minta maaf jika adik terlalu banyak bertanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:48 PM | Show all posts

Balas #18 anakmacho\ catat

ko pegi semayang jumaat x????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.925112 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list