View: 66324|Reply: 495
|
Hadith Thaqalain Berhakimkan Al-Quran
[Copy link]
|
|
Sebelum ini billionaire telah beberapa kali membangkitkan isu "Hadith Thaqalain" dan dia juga telah menekankan kesahihannya dan mendakwa bahawa HT (Hadith Thaqalain) itulah sebenarnya dan yg selayaknya diterima oleh Sunni (Sunni sepatutnya yakin dengan Ahlul Bait sebagaimana Syi'ah). Lebih dari itu, dia telah cuba menimbulkan fitnah pula dengan mengatakan bahawa HT terdapat di dalam kitab-kitab ASWJ dengan sanad-sanad yg sahih tetapi mereka (ASWJ) enggan menerimanya dan meyakini imam-imam Syi'ah. Jesteru, saya telah membuka satu thread yg berjudul: "Hadith Thaqalain Mengikut Piawaian ASWJ" dan mencabar billionaire ke sana bagi membuktikan kebenaran dakwaannya itu.
Namun, dukacita sekali kerana setelah puas menunggu, billionaire rupa-rupanya hanya tahu beromong kosong sahaja. Yg muncul hanya si ustazkampung yg kononnya ingin berbahas tentang hadith Sunni tetapi Walayahnya sendiri pun entah ke mana (lucu sekali). Kemudian saya telah menetapkan tempoh tiga (3) hari utk billionaire menyatakan sama ada dia berani menyahut cabaran saya atau tidak. Sekali lagi dukacita menjelma kerana setelah berlalu tempoh tersebut, orang yg kononnya hardcore Syi'ah hanya diam seribu bahasa. Dia sebaliknya telah berlari cawat ekor. Jauuhhh sekali ke dalam thread yg dibukanya sendiri (tetapi letak nama saya pula). Kononnya ingin bertanding di gelanggang yg 'neutral'. Tetapi, saya sudah bosan!
Saya kemudian memulakan pula satu thread baru yg agak sensasi yg berjudul "Siapakah Nasibi Pada Pandangan Syi'ah". Di situ sekali lagi saya mengundang billionaire utk menjelaskan kepada sidang pembaca tentang "Siapa Nasibi?" pada pandangan Syi'ah. (Utk pengetahuan anda semua, di sana tiada lagi syarat dan piawaian Sunni. Tiada lagi thread dengan syarat pelik dan berat sebelah. Saya telah menyediakan satu ruang yg cukup selesa baginya. Dia bebas bercakap apa sahaja). Tetapi...
Tiba-tiba dia muncul dengan mengatakan bahawa perhintungan HT belum lagi selesai. Apa yg belum selesainya saya pun tidak tahu. Dia bercakap seolah-olah seorang jaguh kampung yg pada saya amatlah naif sekali! Sudahlah pandai menuduh ASWJ kemudian tidak mahu bertanggungjawab, tidak berani pula menyahut cabaran saya secara bersemuka. Kononnya thread yg saya buka tidak 'neutral'. Dan, bermacam-macam lagi alasannya. Pada saya dia tidak lebih melainkan seperti seorang yg GILA TALAK!
Apa perlu menggunakan dalil dan logic Sunni dan Syi'ah utk mengukur HT?!
Sudah tentu tidak akan ada noktahnya kerana Sunni tidak menerima dalil dan sumber Syi'ah sementara Syi'ah tidak menerima dalil dan sumber Sunni. Saya tidak temui sebab yg munasabah utk diadakan perbincangan yg kononnya 'neutral' ini!
Saya sangkakan sudah berakhir di situ sahaja tetapi benar sekali, memang dia seorang yg 'gila talak'. Semasa diajak bertanding dia berlari lintang-pukang. Bila semua sudah bersurai dia melangau seorang diri. Tetapi, kalau sudah tin kosong... Tidak ada gunanya...
Biar kita mulakan...
[ Last edited by antiQue at 1-3-2009 12:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tie_Nan_Aima at 28-2-2009 12:57 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Di sini saya jelaskan kepada anda sekali lagi billionaire...
TIDAK ADA LAGI HADITH SUNNI TIDAK ADA LAGI HADITH SYI'AH.
TIDAK ADA LAGI LOGIC SUNNI TIDAK ADA LAGI LOGIC SYI'AH.
YG ADA HANYA AL YG AKAN MENGHAKIMI SEGALA-GALANYA.
Bagaimana? Tidak cukup neutral? ...
salam
Sekalipun panjang pembukaan thread ni dan banyak pula pertuduhan yang tak benar terhadap, itu semua saya anggap kecil dan peribadi. Saya pun tidak mahu memanjangkan polemik peribadi tersebut kerana telah terbentang di sini satu kesempatan yang saya nantikan sejak Tien melaungkan cabarannya terhadap saya (namun dengan syarat berat sebelah yg samasekali tidak adil). Maka sudah tentu saya akan mengambil peluang ini untuk menzahirkan kebenaran, dan saya juga setuju dengan apa sahaja syarat beliau selagi mana ia tidak berat sebelah, dan kebenaran dapat dibuktikan.
Maka saya dengan rendah hati menyatakan bahawa saya sudah tentu menerima cabaran anda ini.
dan ini pula syarat mudah saya kepada anda:
Pihak yang kalah hujjahnya perlulah membuat pengakuan akan kekalahannya itu.
Kalau setuju, silalah anda mulakan.
Allahumma salli 'ala Muhammad Wa ali Muhammad wa 'ajjil farajahum, Allahummal 'an a'daahum minal awwalin wal akhirin wa man radhia bifi 'alihim wa asyya ahum, wa atba'ahum!
wassalaam |
|
|
|
|
|
|
|
Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada moderator antiQue kerana mengembalikan thread ini.
Terima kasih kerana memahami.
Dan, ini saya ingatkan sekali lagi syaratnya kepada billionaire:
TIDAK ADA LAGI HADITH SUNNI TIDAK ADA LAGI HADITH SYI'AH.
TIDAK ADA LAGI LOGIC SUNNI TIDAK ADA LAGI LOGIC SYI'AH.
YG ADA HANYA AL-QURAN YG AKAN MENGHAKIMI SEGALA-GALANYA.
Maka saya dengan rendah hati menyatakan bahawa saya sudah tentu menerima cabaran anda ini.
Saya berbesar hati kerana anda tidak berdolak-dalih dan melengahkan masa lagi.
Pihak yang kalah hujjahnya perlulah membuat pengakuan akan kekalahannya itu.
Saya BERSETUJU. Dan itulah yg selayaknya.
Allah Madad! |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Pertama:
1. Sunni meyakini dan mempercayai dengan sepenuh jiwa raga mereka bahawa yg WAJIB ditaati, diimani, diyakini, dipercayai dan mesti berpegang teguh padanya ialah: Al-Quran dan As-Sunnah. WAJIB dipatuhi segala arahan dan dijauhi segala larangan al-Quran dan as-Sunnah. Barang siapa yg mengingkari keduanya maka ancaman SESAT, DERHAKA dan MURKA Allah terhadapnya.
2. Syi'ah meyakini dan mempercayai dengan sepenuh jiwa raga mereka bahawa yg WAJIB ditaati, diimani, diyakini, dipercayai dan mesti berpegang teguh padanya ialah: Al-Quran dan Ahlul Bait (Imam 12). WAJIB dipatuhi segala arahan dan dijauhi segala larangan al-Quran dan Ahlul Bait (Imam 12). Barang siapa yg mengingkari keduanya maka ancaman SESAT, DERHAKA dan MURKA Allah terhadapnya.
Kenyataan Kedua:
Sesuatu yg hendak dijadikan USUL AQIDAH mestilah bersumberkan al-Quran dan disebutkan dengan NAS YG SARIH lagi QATH'I (iaitu nas yg jelas lagi pasti) dan bukan merujuk kepada ayat-ayat yg mubhamat (samar-samar). Ini penting kerana usul aqidah merupakan paksi dan tiang seri iman seseorang. Ia bukan calang-calang perkara kerana itulah yg menjamin keselamatan dan kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Mengabaikannya bererti menerima ancaman sesat, derhaka dan murka Allah terhadapnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Keyakinan dan kepercayaan ASWJ terhadap Al-Quran Dan As-Sunnah sebagai USUL AQIDAH adalah berdasarkan NAS yg SARIH lagi QATH'I.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:
1. Kewajipan mentaati Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah)
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [A-li 'Imran: 32]
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. [A-li 'Imran: 132]
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [An-Nisaa': 13]
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. [An-Nisaa': 14]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. [An-Nisaa': 59]
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. [An-Nisaa': 69] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. [Al-Maaidah: 92]
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman". [Al-Anfaal: 1]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya). [Al-Anfaal: 20]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). [Al-Anfaal: 27]
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. [Al-Anfaal: 46]
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata". [An-Nuur: 54] |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan...
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآَتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). [Al-Ahzaab: 33]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya. [Al-Hujuraat: 1]
فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. [Al-Mujaadalah: 13] |
|
|
|
|
|
|
|
Janji baik terhadap mereka yg mengikuti Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah) dan janji buruk terhadap mereka yg mengingkari keduanya.
(Sila rujuk ayat-ayat yg dinyatakan sebelum ini yg sudah menyebutkan janji baik dan buruk berkenaan mentaati dan mengingkari keduanya)
Janji baik:
وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ
dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. [An-Nisaa': 100]
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. [Al-Maaidah: 56]
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [An-Nuur: 51]
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. [An-Nuur: 52]
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. [Al-Ahzaab: 71]
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَنْ يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمً
Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. [Al-Fath: 17] |
|
|
|
|
|
|
|
Janji buruk:
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. [Al-Maaidah: 33]
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfaal: 13]
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُTidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar [At-Taubah: 63]
وَجَاءَ الْمُعَذِّرُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ لِيُؤْذَنَ لَهُمْ وَقَعَدَ الَّذِينَ كَذَبُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ سَيُصِيبُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan datanglah pula orang-orang yang menyatakan uzurnya dari orang-orang "A'raab", memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang), sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri). (Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [At-Taubah: 90]
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [Al-Ahzaab: 36] |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan...
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا
Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. [Al-Ahzaab: 57]
إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ كُبِتُوا كَمَا كُبِتَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَقَدْ أَنْزَلْنَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ مُهِينٌ
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina, [Al-Mujaadalah: 5]
إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ فِي الْأَذَلِّينَ
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. [Al-Mujaadalah: 20]
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِّ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. [Al-Hasyr: 4]
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا
dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
-Selesai- |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada ayat-ayat yg saya kemukakan di atas, jelas sekali menyebutkan kewajipan mentaati dan mematuhi Allah (al-Quran) dan RasulNya (as-Sunnah). Jelas juga disebutkan sebaik-baik janji baik bagi mereka yg mengikuti keduanya dan seburuk-buruk janji bagi mereka yg mengingkari keduanya.
Jesteru, ASWJ sangat-sangat menitikberatkan al-Quran dan as-Sunnah di dalam hidup mereka dan menjadikannya sebagai USUL AQIDAH mereka di mana sesiapa yg berpegang teguh dengan keduanya maka berjayalah dia manakala sesiapa yg mengingkari keduanya sesatlah ia di dunia dan akhirat.
KEYAKINAN ASWJ TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!
Syi'ah pula menganggap kepercayaan kepada Ahlul Bait (Imam 12) itu juga sebagai suatu kewajipan dan unsur yg penting dalam aqidah mereka. Benarkah keyakinan mereka?
Biarlah kita bertanya al-Quran sebagai kata pemutus yg akan menghakimi segala-galanya.
------------------------------------------------
Andai benar keyakinan Syi'ah terhadap Ahlul Bait (Imam 12) sebagai tiang aqidah mereka maka saya MENCABAR billionaire sebagai wakil Syi'ah utk mengemukakan HANYA SATU AYAT daripada al-Quran yg menyatakan KEWAJIPAN MENTAATI ALLAH DAN AHLUL BAIT!!
KEMUKAKAN HANYA SATU AYAT YG DISEBUTKAN AHLUL BAIT(IMAM 12) BERSAMA KETAATAN KEPADA ALLAH DI DALAM SATU AYAT YG JELAS LAGI PASTI!
KEMUKAKAN JANJI BAIK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGIKUTI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN JANJI BURUK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGINGKARI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN DI SINI SEKIRANYA ANDA DAN SYI'AH ANDA BERADA DI ATAS KEBENARAN!
Allah Madad! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tie_Nan_Aima at 1-3-2009 11:24 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kenyataan Pertama:
1. Sunni meyakini dan mempercayai dengan sepenuh jiwa raga mereka bahawa yg WAJIB ditaati, diimani, diyakini, dipercayai dan mesti berpegang teguh padanya ialah: Al-Quran dan As-Sunnah. WAJIB dipatuhi segala arahan dan dijauhi segala larangan al-Quran dan as-Sunnah. Barang siapa yg mengingkari keduanya maka ancaman SESAT, DERHAKA dan MURKA Allah terhadapnya.
2. Syi'ah meyakini dan mempercayai dengan sepenuh jiwa raga mereka bahawa yg WAJIB ditaati, diimani, diyakini, dipercayai dan mesti berpegang teguh padanya ialah: Al-Quran dan Ahlul Bait (Imam 12). WAJIB dipatuhi segala arahan dan dijauhi segala larangan al-Quran dan Ahlul Bait (Imam 12). Barang siapa yg mengingkari keduanya maka ancaman SESAT, DERHAKA dan MURKA Allah terhadapnya.
Salam
Bila baca tulisan Tien Nan Ma, saya tak tahu apakah saya perlu ketawa atau menangis
Ketawa kerana memikirkan ramai orang yang menganggap kejahilannya sebagai sebuah kebenaran dan berbangga2 dengannya, kemudian memukul canang dia sahajalah yang benar. Menangis kerana betapa pula orang-orang seperti ini berpengaruh dalam memporak perandakan persatuan Islam dan berjasa dalam menyebarkan kezaliman terhadap kaum Muslimin.
Pembukaan kenyataannya sahaja sudah salah dan tidak tepat! Bagaimana Tien boleh memberi gambaran yang kami tidak berpegang kepada Sunnah Nabi saaw?! Subhanallah! Betapa Tien yang menjadikan kejahilan sebagai premis salahfahamnya itu, dan dijadikan bukti utama utk menghujat Syiah.
------------------------------------------------------------------------
1. Di dalam tulisan Hasan bin Mahbub dengan sanadnya, beliau berkata,擜ku bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Jaafar as-Sadiq) a.s,擜ku mendengar hadits, tetapi aku tidak tahu apakah dari engkau atau dari ayahmu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Kedua:
Sesuatu yg hendak dijadikan USUL AQIDAH mestilah bersumberkan al-Quran dan disebutkan dengan NAS YG SARIH lagi QATH'I (iaitu nas yg jelas lagi pasti) dan bukan merujuk kepada ayat-ayat yg mubhamat (samar-samar). Ini penting kerana usul aqidah merupakan paksi dan tiang seri iman seseorang. Ia bukan calang-calang perkara kerana itulah yg menjamin keselamatan dan kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Mengabaikannya bererti menerima ancaman sesat, derhaka dan murka Allah terhadapnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Keyakinan dan kepercayaan ASWJ terhadap Al-Quran Dan As-Sunnah sebagai USUL AQIDAH adalah berdasarkan NAS yg SARIH lagi QATH'I.
kemudian Tien membawakan ayat-ayat suci Al-Quran membuktikan hujjahnya. Lihat post2 5 -9. Selepas itu Tien merumuskan hujjahnya:
Daripada ayat-ayat yg saya kemukakan di atas, jelas sekali menyebutkan kewajipan mentaati dan mematuhi Allah (al-Quran) dan RasulNya (as-Sunnah). Jelas juga disebutkan sebaik-baik janji baik bagi mereka yg mengikuti keduanya dan seburuk-buruk janji bagi mereka yg mengingkari keduanya.
Jesteru, ASWJ sangat-sangat menitikberatkan al-Quran dan as-Sunnah di dalam hidup mereka dan menjadikannya sebagai USUL AQIDAH mereka di mana sesiapa yg berpegang teguh dengan keduanya maka berjayalah dia manakala sesiapa yg mengingkari keduanya sesatlah ia di dunia dan akhirat.
KEYAKINAN ASWJ TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!
Syi'ah pula menganggap kepercayaan kepada Ahlul Bait (Imam 12) itu juga sebagai suatu kewajipan dan unsur yg penting dalam aqidah mereka. Benarkah keyakinan mereka?
Biarlah kita bertanya al-Quran sebagai kata pemutus yg akan menghakimi segala-galanya.
JAWAB:
Anda menyatakan :
"Keyakinan dan kepercayaan ASWJ terhadap Al-Quran Dan As-Sunnah sebagai USUL AQIDAH adalah berdasarkan NAS yg SARIH lagi QATH'I."
"KEYAKINAN ASWJ TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!"
Saudara Tien, sesungguhnya Syiah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan menjadikan Ahlul Bait sebagai panduan untuk mendapatkan sumbernya. Maka dengan ini "KEYAKINAN SYIAH TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!"
------------------------------------
Maka dengan ini, kekeliruan kenyataan kedua anda juga sudah dipatahkan, apakah anda masihy punya kes prima facie lain tentang keyakinan Syiah terhadap sunnah Rasulullah saaw yang ingin anda bentangkan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Andai benar keyakinan Syi'ah terhadap Ahlul Bait (Imam 12) sebagai tiang aqidah mereka maka saya MENCABAR billionaire sebagai wakil Syi'ah utk mengemukakan HANYA SATU AYAT daripada al-Quran yg menyatakan KEWAJIPAN MENTAATI ALLAH DAN AHLUL BAIT!!
KEMUKAKAN HANYA SATU AYAT YG DISEBUTKAN AHLUL BAIT(IMAM 12) BERSAMA KETAATAN KEPADA ALLAH DI DALAM SATU AYAT YG JELAS LAGI PASTI!
KEMUKAKAN JANJI BAIK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGIKUTI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN JANJI BURUK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGINGKARI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN DI SINI SEKIRANYA ANDA DAN SYI'AH ANDA BERADA DI ATAS KEBENARAN!
Apabila point kenyataan 1 dan 2 anda telah dipatahkan dan dibuktikan kekeliruan, dan kesalahannya, maka soalan2 di atas ini sudah tidak jadi relevan lagi.
Namun saya akan menjawabnya sebagai bahagian yang terpisah dari kenyataa 1 dan 2 anda, insya Allah. Cuma, berdasarkan syarat yang anda sendiri persetujui, mahukah anda mengakui keSalahan anda itu?
(Saya tak nak demand anda utk mengakui keKalahan spt dalam syarat) |
|
|
|
|
|
|
|
Pembukaan kenyataannya sahaja sudah salah dan tidak tepat! Bagaimana Tien boleh memberi gambaran yang kami tidak berpegang kepada Sunnah Nabi saaw?! Subhanallah! Betapa Tien yang menjadikan kejahilan sebagai premis salahfahamnya itu, dan dijadikan bukti utama utk menghujat Syiah.
billionaire,
Saya tidak tahu sama ada utk bersimpati dengan anda atau tidak. Boleh jadi anda buat-buat tidak faham atau memang tidak dapat memahami apa yg saya cuba sampaikan di sini.
Biar kita lihat siapa yg jahil dan salah faham sebenarnya:
(Saya terpaksa merendahkan level khitabah saya memandangkan mentaliti billionaire terlalu rendah dan sukar utk dia memahami apa yg saya cuba sampaikan)
1. Saya meminta billionaire membuka matanya luas-luas (kalau tak pakai cermin mata sila pakai dulu) dan perhatikan kepada tajuk thread ini bagaimana bunyinya? --------> "Hadith Thaqalain Berhakimkan Al-Quran".
2. Sudah tidak timbul sebenarnya soal saya menafikan kepercayaan Syi'ah terhadap Rasul. Sepatutnya billionaire tidak bertanyakan soalan ini kerana ini jelas menggambarkan bahawa dirinya tidak dapat menanggapi main point yg cuba dibahaskan. Apa yg jelas kita perkatakan di sini ialah Hadith Thaqalain, saya ulangi Hadith Thaqalain! Yg akan dibincangkan di sini ialah KANDUNGAN HADITH THAQALAIN, APAKAH IA BERTEPATAN DENGAN AL-QURAN?
3. Baik, apa yg Hadith Thaqalain ceritakan? Apa kandungan Hadith Thaqalain?
Saya katakan: "Sunni dan Syi'ah masing-masing mempunyai Thaqalain, kita semua tahu tentang perkara ini. Tetapi biarlah saya sebutkan dengan Jelas dan Terang utk billionaire khususnya supaya dia tidak akan angau lagi kerana tidak tahu sama ada utk ketawa atau menangis"
Thaqalain Sunni: Al-Quran dan Sunnah
Thaqalain Syi'ah: Al-Quran dan Ahlul Bait
YANG MENJADI PERBINCANGAN DI SINI IALAH: THAQALAIN (Kepercayaan/Keyakinan berdasarkan Thaqalain) SIAPAKAH YG BERTEPATAN DENGAN AL-QURAN?
Jadi semua periwayatan hadits yang diriwayatkan dari para Imam Ahlul Bait a.s bersumber dari Rasulullah saaw, lalu bagaimana benar org yang mengatakan bahawa Syiah tidak mengikut Sunnah?
Saya tidak menafikan Syi'ah tidak mengikut Rasul. Apa yg saya muatkan di dalam dua kenyataan di atas adalah berdasarkan apa yg di sebutkan di dalam Hadith Thaqalain, Sunni dan Syi'ah.
(Sebenarnya sebelum saya memulakan tulisan saya semalam, saya sudah terfikir utk menyatakan perkara ini tetapi sangka saya anda dapat menanggapinya dengan mudah kerana tajuk perbincangan kita ini sudah jelas menyebutkan Hadith Thaqalain. Tetapi sangkaan saya meleset sama sekali. Namun begitu, biarlah... Boleh saja saya menurunkan level saya supaya sesuai dengan anda).
Jadi semua periwayatan hadits yang diriwayatkan dari para Imam Ahlul Bait a.s bersumber dari Rasulullah saaw, lalu bagaimana benar org yang mengatakan bahawa Syiah tidak mengikut Sunnah?
Saudara Tien, sesungguhnya Syiah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan menjadikan Ahlul Bait sebagai panduan untuk mendapatkan sumbernya. Maka dengan ini "KEYAKINAN SYIAH TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!"
Berdasarkan 2 kenyataan anda di atas, dapat disimpulkan bahawa:
1. Allah ----------> Muhammad s.a.w. ------------> Imam 12
2. Apa yg disampaikan Allah adalah melalui Nabi Muhammad s.a.w. dan apa yg disampaikan oleh baginda s.a.w. (wahyu Allah) pula HANYA dapat disampaikan oleh Ahlul Bait (Imam 12).
3. Selain Ahlul Bait (Imam 12), tidak ada sesiapa yg akan dapat menyampaikan Islam yg sebenar.
Sidang pembaca yg bijaksana,
Di sisi billionaire (Syi'ah), hanya Imam 12 sahaja yg mampu menyampaikan apa yg Allah dan RasulNya cuba sampaikan kepada kita. Kerana itu Syi'ah menjadikan Imam 12 sebagai Aqidah mereka yg tidak dapat dipisahkan daripada Allah dan Rasul. Tidak lengkap keyakinan mereka terhadap Allah dan Rasul sekiranya tidak digabungkan bersama keyakinan terhadap Imam 12! Ini menunjukkan bahawa 12 manusia yg dianggap Syi'ah sebagai Imam mereka itu adalah orang-orang yg sangat-sangat penting dalam aqidah mereka! Lalu, di manakah buktinya?
billionaire mengemukakan Hadith Thaqalain sebagai sandaran dakwaannya itu dan saya meminta dia tampil ke sini utk kita sama-sama membentangkan al-Quran sebagai hakim yg akan memberikan kata pemutus sama ada benar atau tidak dakwaannya itu.
Saya telah mengemukakan ayat-ayat al-Quran yg menyokong keyakinan ASWJ berdasarkan Hadith Thaqalain terhadap dua usul utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah (tidak ada yg ketiga). Itulah yg jelas disebutkan oleh beberapa ayat al-Quran yg saya kemukakan di atas. Jelas disebutkan supaya mentaati kedua-duanya.
Sekarang, bagaimana pula keyakinan Syi'ah berdasarkan Hadith Thaqalain terhadap Ahlul Bait selepas Allah dan Rasul? Apakah benar al-Quran menyebutkan begitu juga?
Nah, sekarang tiba giliran anda.
Kemukakanlah mana-mana ayat daripada al-Quran yg menyokong Thaqalain anda wahai billionaire!
Andai benar keyakinan Syi'ah terhadap Ahlul Bait (Imam 12) sebagai tiang aqidah mereka maka saya MENCABAR billionaire sebagai wakil Syi'ah utk mengemukakan HANYA SATU AYAT daripada al-Quran yg menyatakan KEWAJIPAN MENTAATI ALLAH DAN AHLUL BAIT!!
KEMUKAKAN HANYA SATU AYAT YG DISEBUTKAN AHLUL BAIT(IMAM 12) BERSAMA KETAATAN KEPADA ALLAH DI DALAM SATU AYAT YG JELAS LAGI PASTI!
KEMUKAKAN JANJI BAIK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGIKUTI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN JANJI BURUK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGINGKARI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN DI SINI SEKIRANYA ANDA DAN SYI'AH ANDA BERADA DI ATAS KEBENARAN!
Saudara Tien, sesungguhnya Syiah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan menjadikan Ahlul Bait sebagai panduan untuk mendapatkan sumbernya. Maka dengan ini "KEYAKINAN SYIAH TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!"
Wrong typing?
Cuma, berdasarkan syarat yang anda sendiri persetujui, mahukah anda mengakui keSalahan anda itu?
(Saya tak nak demand anda utk mengakui keKalahan spt dalam syarat)
Terlalu awal utk anda demand kemenangan anda billionaire...
Biar kita saksikan nanti, siapa yg akan berlari cawat ekor... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Mengapa perlu ada usaha berbelit2 dalam menjawab?
Perhatikan kenyataan anda sendiri atas tuduhan anda terhadap Syiah:
Kenyataan Pertama:
1. Sunni meyakini dan mempercayai dengan sepenuh jiwa raga mereka bahawa yg WAJIB ditaati, diimani, diyakini, dipercayai dan mesti berpegang teguh padanya ialah: Al-Quran dan As-Sunnah. WAJIB dipatuhi segala arahan dan dijauhi segala larangan al-Quran dan as-Sunnah. Barang siapa yg mengingkari keduanya maka ancaman SESAT, DERHAKA dan MURKA Allah terhadapnya.
2. Syi'ah meyakini dan mempercayai dengan sepenuh jiwa raga mereka bahawa yg WAJIB ditaati, diimani, diyakini, dipercayai dan mesti berpegang teguh padanya ialah: Al-Quran dan Ahlul Bait (Imam 12). WAJIB dipatuhi segala arahan dan dijauhi segala larangan al-Quran dan Ahlul Bait (Imam 12). Barang siapa yg mengingkari keduanya maka ancaman SESAT, DERHAKA dan MURKA Allah terhadapnya.
Bukankah saya hanya menjawab bahagian ini? Setelah membuktikan kesalahannya, tiba2 tien nan ma membawa hujjah baru dalam usahanya utk berkelit:
Originally posted by Tie_Nan_Aima at 4-3-2009 01:35 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
1. Saya meminta billionaire membuka matanya luas-luas (kalau tak pakai cermin mata sila pakai dulu) dan perhatikan kepada tajuk thread ini bagaimana bunyinya? --------> "Hadith Thaqalain Berhakimkan Al-Quran".
Kemudian utk menjustifikasikan kesalahan anda anda menulis pula di bawah komen saya terhadap KENYATAAN PERTAMA anda yang batil itu:
Saya tidak menafikan Syi'ah tidak mengikut Rasul. Apa yg saya muatkan di dalam dua kenyataan di atas adalah berdasarkan apa yg di sebutkan di dalam Hadith Thaqalain, Sunni dan Syi'ah.
(Sebenarnya sebelum saya memulakan tulisan saya semalam, saya sudah terfikir utk menyatakan perkara ini tetapi sangka saya anda dapat menanggapinya dengan mudah kerana tajuk perbincangan kita ini sudah jelas menyebutkan Hadith Thaqalain. Tetapi sangkaan saya meleset sama sekali. Namun begitu, biarlah... Boleh saja saya menurunkan level saya supaya sesuai dengan anda).
Nah, kalau anda mahu saya stick hanya pada poin no.2 ini sahaja, lalu UNTUK APA ANDA KELUARKAN KENYATAAN PERTAMA ANDA YANG BATIL ITU MEREMEHKAN PEMBETULAN ATAS KESILAPAN ANDA ITU? Apakah syarat baru anda ialah Syiah tidak berhak menjawabnya dan harus membiarkan sahaja kebatilan kenyataan anda? Tengok lagi pengulangan kesalahan anda: "Saya tidak menafikan Syi'ah tidak mengikut Rasul." Bukankah Syiah mengikuti Rasul? Tinggikan level pemikiran anda terlebih dahulu sebelum berbicara sebagaimana yang akan dilihat pada kelemahan2 premis penghujjahan anda selepas ini:
Sekali lagi:
Saya tidak menafikan Syi'ah tidak mengikut Rasul. Apa yg saya muatkan di dalam dua kenyataan di atas adalah berdasarkan apa yg di sebutkan di dalam Hadith Thaqalain, Sunni dan Syi'ah. Apakah ada disebut dalam Hadis Tsaqalain agar Sunnah Rasul ditinggalkan? Hadis Tsaqalain mana yang anda rujuk ni?
Poin ke 2 anda:
2. Sudah tidak timbul sebenarnya soal saya menafikan kepercayaan Syi'ah terhadap Rasul. Sepatutnya billionaire tidak bertanyakan soalan ini kerana ini jelas menggambarkan bahawa dirinya tidak dapat menanggapi main point yg cuba dibahaskan. Apa yg jelas kita perkatakan di sini ialah Hadith Thaqalain, saya ulangi Hadith Thaqalain! Yg akan dibincangkan di sini ialah KANDUNGAN HADITH THAQALAIN, APAKAH IA BERTEPATAN DENGAN AL-QURAN? Jawapan saya sudah tentu! Nabi saaw telah mengucapkannya, apakah anda ingin mengatakan ia tidak bertepatan dengan Al-Quran? sungguh mudah bukan!
3. Baik, apa yg Hadith Thaqalain ceritakan? Apa kandungan Hadith Thaqalain?
Saya katakan: "Sunni dan Syi'ah masing-masing mempunyai Thaqalain, kita semua tahu tentang perkara ini. Tetapi biarlah saya sebutkan dengan Jelas dan Terang utk billionaire khususnya supaya dia tidak akan angau lagi kerana tidak tahu sama ada utk ketawa atau menangis"
Thaqalain Sunni: Al-Quran dan Sunnah
Thaqalain Syi'ah: Al-Quran dan Ahlul Bait
YANG MENJADI PERBINCANGAN DI SINI IALAH: THAQALAIN (Kepercayaan/Keyakinan berdasarkan Thaqalain) SIAPAKAH YG BERTEPATAN DENGAN AL-QURAN?
Perhatikan soalan anda: "YANG MENJADI PERBINCANGAN DI SINI IALAH: THAQALAIN (Kepercayaan/Keyakinan berdasarkan Thaqalain) SIAPAKAH YG BERTEPATAN DENGAN AL-QURAN?"
Jawapan saya:
1. apa masalahnya dengan anda ini? Bukankah Sunni dan Syiah sama2 mengaku berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah, dan bukannya seperti KENYATAAN PERTAMA batil anda yang telah dipatahkan itu? Maka yang segera difahami ialah bahawa PERBEZAAN Sunni dan Syiah dalam masalah ini ialah Sunni lebih mengutamakan sahabat sementara Syiah mengutamakan Ahlul Bait DALAM PENGAMBILAN SUNNAH RASULULLAH SAAW. ITU LAH PERBEZAANNYA! Fahamkan yang ini dahulu mas!
Maka Soalan yg sepatutnya anda kemukakan sejak hari pertama lagi ialah:
i- Apakah buktinya bahawa kalau Allah dan RasulNya memerintahkan umat utk mengutamakan sahabat dalam pengambilan Sunnah
ii- Apakah buktinya bahawa kalau Allah dan RasulNya memerintahkan umat untuk mengutamakan Ahlul Bait a.s dalam pegambilan sunnah.
2. Anda mahu mendebat Syiah menggunakan Hadis Tsaqalain. Tapi anda sebaliknya mengeluarkan hujjah2 Tsaqalain anda dari Al-Quran! Ini kenyataan anda sendiri : 擲aya telah mengemukakan ayat-ayat al-Quran yg menyokong keyakinan ASWJ berdasarkan Hadith Thaqalain terhadap dua usul utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah (tidak ada yg ketiga). Itulah yg jelas disebutkan oleh beberapa ayat al-Quran yg saya kemukakan di atas. Jelas disebutkan supaya mentaati kedua-duanya.擺/b] Sepatutnya bila anda menghujjat Syiah dengan hadis Tsaqalain versi Kitabullah dan Ahlul Bait, anda juga harus mengeluarkan poin anda berdasarkan hadis Tsaqalain versi Sunni: Kitabullah dan Sunnati! Bagaimana anda menyerang Syiah dengan bersenjatakan Al-Quran dan membekalkan saya hanya dengan hadis untuk menentang anda?! Anda membuat perbandingan an apple to an orange! Premis anda ini sahaja sudah salah dan batil!
Maka Soalan yg sepatutnya anda kemukakan sekiranya anda ingin mengajak lawan anda berbicara mengenai hadis Tsaqalain ialah:
i. Sahihkah Hadis Tsaqalain versi Kitabullah dan Sunnati
ii. Sahihkah Hadis Tsaqalain versi Kitabullah dan Ahlul Baiti
Dan kedua, saya nak tanya anda, bahagian mana yang tidak bertepatan dengan Al-Quran? Sebagai pendakwa, andalah yang perlu membuktikan hadis itu tidak bertepatan dengan Al-Quran! Jika anda gagal membuktikannya, maka bagaimana anda hendak menggugat Syiah dengan akal anak kecil anda ini! |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]
Bill: Jadi semua periwayatan hadits yang diriwayatkan dari para Imam Ahlul Bait a.s bersumber dari Rasulullah saaw, lalu bagaimana benar org yang mengatakan bahawa Syiah tidak mengikut Sunnah? Bill: Saudara Tien, sesungguhnya Syiah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan menjadikan Ahlul Bait sebagai panduan untuk mendapatkan sumbernya. Maka dengan ini "KEYAKINAN SYIAH TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!" Berdasarkan 2 kenyataan anda di atas, dapat disimpulkan bahawa:
1. Allah ----------> Muhammad s.a.w. ------------> Imam 12
2. Apa yg disampaikan Allah adalah melalui Nabi Muhammad s.a.w. dan apa yg disampaikan oleh baginda s.a.w. (wahyu Allah) pula HANYA dapat disampaikan oleh Ahlul Bait (Imam 12).
3. Selain Ahlul Bait (Imam 12), tidak ada sesiapa yg akan dapat menyampaikan Islam yg sebenar.
[/quote] Berhati2 dan jangan menimpulkan berdasarkan khayalan, seperti yang selalu anda lakukan, ia akan menyebabkan otak anda bersimpul2, maka sudah tentu anda takkan faham2 pegangan orang lain. Di dalam 2 poin saya yang anda petik di atas, di bahagian mana saya menyatakan bahawa sunnah HANYA dapat disampaikan oleh Ahlul Bait a.s? Di bahagian mana, boleh tunjuk sikit?
General Info: Sebahagian sahabat yang dijadikan perawi Hadis Rasulullah saaw dalam Syiah: Ummu Salamah, Salman al-Farisi, Miqdad al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Ammar bin Yaser, Abdullah bin Jaafar, Ibnu Abbas, Jabir bin Abdullah Ansari, Qais bin Saad, ZAid bin Arqam, Imran bin Husain, Umar ibnu Ummu Salamah, Usamah bin Zaid, Abu Rafi |
|
|
|
|
|
|
|
saya tambah satu lagi ayat:
3- "Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya mereka Ruku |
|
|
|
|
|
|
|
Nah, kalau anda mahu saya stick hanya pada poin no.2 ini sahaja, lalu UNTUK APA ANDA KELUARKAN KENYATAAN PERTAMA ANDA YANG BATIL ITU MEREMEHKAN PEMBETULAN ATAS KESILAPAN ANDA ITU? Apakah syarat baru anda ialah Syiah tidak berhak menjawabnya dan harus membiarkan sahaja kebatilan kenyataan anda? Tengok lagi pengulangan kesalahan anda: "Saya tidak menafikan Syi'ah tidak mengikut Rasul." Bukankah Syiah mengikuti Rasul?
Apakah ada disebut dalam Hadis Tsaqalain agar Sunnah Rasul ditinggalkan? Hadis Tsaqalain mana yang anda rujuk ni?
Maaf, saya tidak perasan semasa membaiki ayat semalam.
Di sana ada sedikit kesilapan teknikal. Yg sepatutnya hanya terdapat satu (1) "tidak" dalam kenyataan saya.
Ayat yg betul berbunyi begini:
"Saya tidak menafikan Syi'ah mengikut Rasul"
Kalau dilihat pada kenyataan saya yg seterusnya sesiapa sahaja dapat menemui pertentangan antara ayat ini dan yg seterusnya.
Berpunca daripada kesilapan teknikal. Jelas...
- Syi'ah juga mempercayai Rasul dan itu memang semua sedia maklum.
Cuma, yg menjadi persoalan di sini ialah kandungan Hadith Thaqalain iaitu kepercayaan Syi'ah terhadap Imam 12 selepas al-Quran (sebagai mana yg tersebut di dalam Hadith Thaqalain).
Jawapan saya sudah tentu! Nabi saaw telah mengucapkannya, apakah anda ingin mengatakan ia tidak bertepatan dengan Al-Quran? sungguh mudah bukan!
Biar kita lihat sekejap nanti, apakah benar ucapan baginda s.a.w. difahami sebagai mana yg selayaknya.
1. apa masalahnya dengan anda ini? Bukankah Sunni dan Syiah sama2 mengaku berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah, dan bukannya seperti KENYATAAN PERTAMA batil anda yang telah dipatahkan itu? Maka yang segera difahami ialah bahawa PERBEZAAN Sunni dan Syiah dalam masalah ini ialah Sunni lebih mengutamakan sahabat sementara Syiah mengutamakan Ahlul Bait DALAM PENGAMBILAN SUNNAH RASULULLAH SAAW. ITU LAH PERBEZAANNYA! Fahamkan yang ini dahulu mas!
Bukan begitu billionaire, kita bukan berbincang berkenaan "Siapa yg menjadi panduan sesudah Rasul s.a.w."
Kita bukan ingin berbincang berkenaan PERBEZAAN ikutan selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Tetapi yg kita bincangkan di sini ialah: USUL AQIDAH DI ANTARA SUNNI DAN SYI'AH, BERDASARKAN HADITH THAQALAIN.
Sepatutnya bila anda menghujjat Syiah dengan hadis Tsaqalain versi Kitabullah dan Ahlul Bait, anda juga harus mengeluarkan poin anda berdasarkan hadis Tsaqalain versi Sunni: Kitabullah dan Sunnati!
Baiklah, sekiranya ini yg anda mahu, biar saya kemukakan "Thaqalain" Sunni:
(Perhatian: Istilah 'Hadith Thaqalain' ini sebenarnya tidak terdapat dalam ASWJ, ia hanya momokan Syi'ah seperti Hadith Safinah, Hadith Qirtas dll. Saya hanya memetik kata-kata mereka buat sementara waktu)
و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
[Muwatta' Malik, Juz' 5, Bab Larangan Perbincangan Tentang Taqdir, Hadith No.1395]
Setelah saya mengemukakan permintaan anda, sekarang saya meminta anda pula mengemukakan Hadith Thaqalain yg dirasakan PALING SAHIH di sisi anda, dengan matan bersama sanadnya yg lengkap.
Anda membuat perbandingan an apple to an orange!
Selingan: Seperti biasa dengar sahaja apple orange ni...
Maka Soalan yg sepatutnya anda kemukakan sekiranya anda ingin mengajak lawan anda berbicara mengenai hadis Tsaqalain ialah:
i. Sahihkah Hadis Tsaqalain versi Kitabullah dan Sunnati
ii. Sahihkah Hadis Tsaqalain versi Kitabullah dan Ahlul Baiti
Soalan anda tidak menarik dan tidak tepat billionaire...
Sepatutnya ialah "Thaqalain siapa yg bertepatan dengan al-Quran?"
Kerana itu tajuknya berbunyi: "Hadith Thaqalain Berhakimkan Al-Quran"
(Baca: Thaqalain Sunni atau Syi'ah?)
bahagian mana yang tidak bertepatan dengan Al-Quran?
Hadith Thaqalain Sunni yg saya kemukakan adalah benar-benar bertepatan dengan al-Quran.
Hadith menyebutkan kewajipan mentaati al-Quran (Allah) dan Sunnah (Rasul)
Di dalam al-Quran juga menyebutkan perkara yg sama iaitu Allah dan Rasul (tiada yg ketiga)
Bagaimana dengan Thaqalain Syi'ah? Apa kata hakim kita? Apakah terdapat hanya satu ayat yg memerintahkan supaya taat kepada Ahlul Bait? Apakah terdapat di dalam al-Quran ancaman SESAT sekiranya meninggalkan Ahlul Bait? Jawab jangan tak jawab billionaire...
Berhati2 dan jangan menimpulkan berdasarkan khayalan, seperti yang selalu anda lakukan, ia akan menyebabkan otak anda bersimpul2, maka sudah tentu anda takkan faham2 pegangan orang lain. Di dalam 2 poin saya yang anda petik di atas, di bahagian mana saya menyatakan bahawa sunnah HANYA dapat disampaikan oleh Ahlul Bait a.s? Di bahagian mana, boleh tunjuk sikit?
Sebenarnya saya tidak mahu menyentuh secara detail perkara yg diluar skop perbincangan kita. Yg saya nyatakan di atas adalah sebagai suatu rumusan tentang keyakinan Syi'ah yg umum mengetahuinya.
Biar kita perhatikan sekali lagi kata-kata billionaire:
Bill: Saudara Tien, sesungguhnya Syiah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan menjadikan Ahlul Bait sebagai panduan untuk mendapatkan sumbernya. Maka dengan ini "KEYAKINAN SYIAH TERHADAP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ADALAH BERDASARKAN DALIL YG JELAS LAGI PASTI!"
Baik, sekiranya ada hadith/riwayat atau apa-apa sahaja yg disampaikan oleh sesiapa sahaja dari kalangan sahabat (baik sahabat bertiga yg diterima Syi'ah atau yg lain-lain) yg BERCANGGAH dengan Imam 12 (baca: pada pandangan Syi'ah) Apakah riwayat itu akan diterima meskipun ianya sahih? Jawabnya tentu sekali tidak!
Ini jelas sekali menunjukkan bahawa HANYA IMAM 12 yg diterima Syi'ah dalam menyampaikan hadith Nabi s.a.w.!!
[quote]General Info: Sebahagian sahabat yang dijadikan perawi Hadis Rasulullah saaw dalam Syiah: Ummu Salamah, Salman al-Farisi, Miqdad al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Ammar bin Yaser, Abdullah bin Jaafar, Ibnu Abbas, Jabir bin Abdullah Ansari, Qais bin Saad, ZAid bin Arqam, Imran bin Husain, Umar ibnu Ummu Salamah, Usamah bin Zaid, Abu Rafi |
|
|
|
|
|
|
|
1- "Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku!" Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". (QS Al-Baqarah 2:124)
[quote]擠an Kami jadikan mereka Imam-Imam untuk memberi Hidayah dengan urusan kami ketika mereka bersabar dan yakin dengan ayat2 kami |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, ada lagi...
[quote]3- "Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya mereka Ruku |
|
|
|
|
|
|
| |
|