View: 9715|Reply: 10
|
Sukan Paralimpik ASEAN V - (15-19 August)
[Copy link]
|
|
Sukan Para ASEAN V dapat suntikan dana RM4 juta
ISMAIL SABRI (tengah) dan Presiden MPM, Datuk Zainal Abu Zarin
(berdiri, tiga dari kanan) bersama atlet paralimpik negara mengangkat
tangan melaungkan 'Malaysia Boleh' pada majlis pelancaran logo Sukan
Para ASEAN V di Putrajaya semalam.
PENGANJURAN temasya Sukan Para ASEAN V yang akan berlangsung dari 15 hingga 19 Ogos depan mendapat suntikan dana berjumlah RM4 juta daripada kerajaan.
"Peruntukan sebanyak RM4 juta ini telah diluluskan oleh mesyuarat Kabinet baru-baru ini. Ini juga membuktikan bahawa pihak kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan prihatin dengan sukan OKU (Orang Kurang Upaya)," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam selepas merasmikan majlis prapelancaran sukan itu di Putrajaya semalam.
Malaysia dipilih menjadi tuan rumah buat kali kedua sukan tersebut bagi menggantikan Laos yang telah menyatakan ketidakmampuan mereka untuk menganjurkannya.
Menurut Ismail Sabri, 11 acara akan dipertandingkan iaitu olahraga, renang, badminton, ping pong, angkat berat, catur, boling, pelayaran, tenis kerusi roda, bola keranjang kerusi roda dan bola tampar duduk.
"Beberapa acara lain tidak dapat dipertandingkan kerana kurang penyertaan atlet.
"Mengikut syarat yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Sukan Para ASEAN, acara yang hendak dipertandingkan perlu mendapat sekurang-kurangnya empat penyertaan barulah ia boleh dipertandingkan," katanya.
Menyentuh mengenai sasaran pingat bagi kontinjen negara, Ismail Sabri berkata, setakat ini kementeriannya mahupun Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) belum meletakkan sebarang sasaran.
Bagaimanapun katanya, Malaysia bakal menghadapi saingan sengit daripada juara bertahan, Thailand.
Ketika beraksi di Korat, Thailand pada 2007, kontinjen negara yang terdiri daripada 180 atlet berjaya menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 82 emas, 74 perak dan 46 gangsa daripada 222 acara yang disertai.
******************************************************************************
laos tu untuk SEA Games pun sebenarnya tak mampu...tapi tak adil la nak bagi orang lain
aje yang jadi host... tu yang sikit betul acara2 yang dipertandingkan nanti -
apa pun - tahniah pada malaysia dapat host paralimpik ASEAN ni - kalau ramai athletes yang
boleh sertai - memang banyak lagi acara yang boleh dipertandingkan - tapi.. bukan senang
nak dapat athletes paralympic yang berkemampuan nak bertanding di peringkat asean ni -
|
|
|
|
|
|
|
|
MPM sasar atasi kejayaan 2001
+ berita harian
MENGULANGI dan memperbaiki kejayaan pada 2001 menjadi sasaran Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) ketika tampil menganjurkan temasya dwitahunan, Sukan Paralimpik Asean buat kali kedua bermula 15 hingga 19 Ogos depan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan betapa sokongan tinggi tetap diberikan terhadap atlit paralimpik dan berikutan itu kerajaan bersetuju meluluskan dana RM4 juta untuk memastikan kejayaan atlit negara serta penganjuran temasya itu.
"Kabinet baru-baru ini meluluskan peruntukan RM4 juta dan ini membuktikan kerajaan serta Kementerian Belia dan Sukan prihatin terhadap sukan orang kurang upaya (OKU). Kita tidak bezakan atlit OKU dengan atlit biasa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran logo temasya yang dianjurkan buat kali kelima itu membabitkan 11 sukan iaitu olahraga, renang, badminton, ping pong, angkat berat, catur, bowling, pelayaran, tenis dan bola keranjang kerusi roda serta bola tampar duduk.
Malaysia dipilih menjadi tuan rumah buat kali kedua sukan itu bagi menggantikan Laos, tuan rumah Sukan Sea 2009, yang menarik diri atas alasan ketiadaan prasarana, keupayaan serta dana bagi menganjurkannya.
Pada 2001, Malaysia menjuarai temasya sukan itu mengiringi kejayaan atlit normal negara yang turut muncul juara Sukan Sea pada tahun yang sama di Kuala Lumpur.
Ismail Sabri berkata, berbanding lebih 222 acara yang dipertandingkan pada Sukan Paralimpik Korat Thailand 2008, temasya kali ini tidak membabitkan banyak acara ekoran kurang penyertaan atlit.
"Mengikut syarat yang dikeluarkan Persekutuan Sukan Para Asean, acara yang hendak dipertandingkan perlu mendapat sekurang-kurangnya empat penyertaan sebelum ia boleh dipertandingkan," katanya.
Ketika beraksi di Korat, kontinjen negara dengan kekuatan 180 atlit berjaya menduduki tempat ketiga dengan 82 emas, 74 perak dan 46 gangsa.
+ gud luck ntok atlit paramlimpik malaysia .. deme ni antara kontinjen yg terkuat sebenarnya .. tapi bese aa, tak ramai yg pandang deme ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
06 April, 2009
1,200 Atlet Bakal Meriahkan Sukan Para Asean Kelima
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kira-kira 1,200 atlet dan pegawai dari 10 negara anggota Asean akan berkumpul bagi memeriahkan temasya Sukan Para Asean kelima yang akan berlangsung di sini dari 15 hingga 19 Ogos depan.
Presiden Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) Datuk Zainal Abu Zarin berkata jumlah sebenar atlet dan pegawai yang akan menyertai temasya sukan itu hanya akan diketahui pada 15 Jun depan.
"Segala persiapan awal dibuat dengan sebaik mungkin dan saya percaya bahawa kita sebagai tuan rumah mampu menghadapinya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Zainal, yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), berkata APSF akan mengadakan mesyuarat lembaga pengurusan di ibu negara dari 11 hingga 12 April bagi menentukan jenis sukan yang akan dipertandingkan.
Sukan Para Asean, yang lazimnya berlangsung selepas temasya Sukan SEA, mula diadakan pada 2001 dengan Malaysia menjadi tuan rumah diikuti Vietnam (2003), Filipina (2005) dan Thailand pada 2007.
Laos, yang menjadi tuan rumah Sukan SEA pada Disember tahun ini, tidak dapat menganjurkan Sukan Para Asean kerana masalah kewangan. Sebelum ini, Laos dilaporkan menerima bantuan berjumlah lebih RM300 juta daripada masyarakat antarabangsa bagi menjayakan Sukan SEA yang mempertandingkan 26 jenis sukan berbanding Korat dengan 43 jenis sukan.
Pada temasya Para Asean edisi keempat di Korat, Thailand, tuan rumah mempertandingkan 14 jenis sukan bagi merebut 935 pingat emas daripada 686 acara.
Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 180 atlet dan 101 pegawai serta anggota sokongan berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 82 emas, 74 perak dan 46 gangsa daripada 222 acara yang disertai.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
28 April, 2009
Sukan Para Asean Tawar 1,500 Pingat, 11 Jenis Sukan
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 1,500 pingat menerusi 11 jenis sukan akan ditawarkan pada temasya Sukan Para Asean kelima yang akan berlangsung di sini dari 15 hingga 19 Ogos depan, kata Presiden Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) Datuk Zainal Abu Zarin.
Katanya sukan tersebut ialah olahraga, renang, badminton, ping pong, powerlifting, catur, boling, perahu layar, tenis kerusi roda, bola keranjang berkerusi roda dan bola tampar duduk.
"Malaysia akan menyertai semua jenis sukan yang dipertandingkan dan berharap dapat menduduki tempat pertama pada temasya kali ini dengan memperbaiki rekod di Korat, Thailand, dua tahun lalu," katanya kepada Bernama, hari ini.
Pada temasya itu, kontinjen Malaysia seramai 180 atlet menduduki tempat kedua keseluruhan di Korat dengan meraih 82 emas, 74 perak dan 46 gangsa.
Zainal berkata semua acara akan diadakan di Kuala Lumpur kecuali perahu layar yang akan diadakan di Admiral Marina and Leisure Club, Port Dickson.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Monday July 6, 2009
Big contingent for Asean Para Games
MALAYSIA will be represented by a contingent of 350 (259 athletes and 91 officials) in the fifth edition of the Asean Para Games in Kuala Lumpur from Aug 15 to 19.
The Malaysian contingent co-ordinator P. Mohan said the athletes were selected after a series of selection process.
“We have 195 men and 64 women athletes in the contingent. Most of them are training at the National Sports Council (NSC) training centre in Bukit Jalil.
“Those unable to attend the training programme have been granted permission to train at their respective centre of excellence,’’ said Mohan.
Malaysia will be taking part in all 11 sports — athletics, swimming, wheelchair basketball, wheelchair tennis, table tennis, sailing, sitting volleyball, bowling, badminton, chess and powerlifting.
At the last Asean Para Games in Korat, Thailand, 14 sports were contested. Malaysia, represented by 191 athletes (145 men and 46 women), won 82 gold, 74 silver and 46 bronze medals.
However, Mohan said they were not prepared to make any forecast yet.
“The coaches and athletes are involved in an intensive training programme.
Full support: Former Prime Minister’s wife Tun Jeanne Abdullah who is also the patron of Malaysian Paralympic Council having a light moment with an athlete for the Asean Para Games,
Law King Kiew, 48, after launching the Proud Support
Programme, in conjuntion with the upcoming 5th Asean Para Games.
“They are committed towards giving a good account in the Asean Para Games.
“We will also be pleased if the the public come in full force to cheer the Malaysian athletes,’’ said Mohan.
Besides Malaysia, Brunei, Cambodia, Indonesia, Myanmar, Laos, the Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam and Timor Leste have confirmed their participation in the Asean Para Games.
The 5th Asean Para Games programme (Aug 15-19)
Athletics: National Stadium, Bukit Jalil
Swimming: National Aquatics Centre, Bukit Jalil
Bowling: Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling
Wheelchair tennis: National Tennis Centre, Jalan Duta
Wheelchair basketball: German Institute Hall, Bangi
Badminton: Juara Stadium, Bukit Kiara
Chess: Commonwealth Hall, Bukit Jalil
Powerlifting: Putra Stadium, Bukit Jalil
Table Tennis: OCM Indoor Arena, KL
Sailing: Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson
Sitting Volleyball: Titiwangsa Stadium, Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
13 Ogos, 2009
KL'09 Temasya Sukan Bebas Tembakau Pertama Di Asia Tenggara
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Sukan Para Asean kelima (KL'09) melakar sejarah tersendiri hari ini dengan menjadi temasya sukan pertama di Asia Tenggara yang diisytihar sebagai temasya sukan bebas tembakau sepanjang lima hari kejohanan itu, yang bermula Sabtu ini.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin berkata kempen ini tidak hanya tertakluk kepada atlet dan pegawai, tetapi juga kepada penonton yang menyaksikan 11 acara sukan yang dipertandingkan.
"Sepanjang temasya ini, pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan akan ditugaskan memantau venue, dan sesiapa yang didapati merokok, mereka boleh disaman sehingga RM1,000," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian serta perisytiharan bebas tembakau dan dadah di Bilik Asia, Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Khamis.
Beliau berkata Jawatankuasa Hijau, Bebas Rokok dan Dadah ditubuhkan khas bagi menjamin kejayaan kempen ini, selain kempen pemuliharaan alam yang dilancarkan sebelumnya.
Perisytiharan bebas tembakau dan dadah yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu ditandatangani oleh ketua kontinjen 10 negara Asean dan Timor Leste.
"Jika selepas berakhirnya KL'09 dan kempen ini berjaya mencapai objektifnya, ia akan direkodkan ke dalam Malaysia Book of Records," katanya.
Zainal yang juga Presiden Majlis Paralimpik Asia (APC) berharap agar perjanjian ini menjadi contoh kepada temasya dan badan sukan lain di rantau Asia Tenggara sebagai langkah menggalakkan kehidupan sihat tanpa rokok terutamanya kepada atlet-atlet.
Selain itu ketua kontinjen Singapura, Raja Singh, nyata kagum dengan usaha Malaysia itu.
"Perjanjian ini berbeza daripada temasya sukan yang lain. Ia wajar menjadi contoh dan diteruskan untuk edisi Para Games yang akan datang," katanya.
Semua atlet paralimpik kini sudah tiba di Malaysia, dan latihan pertama dijadualkan bermula besok.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
13 Ogos, 2009
KL'09 Tetap Meriah Di Sebalik Penularan Wabak H1N1
Oleh Farhanah Azmi
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kuala Lumpur sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila kira-kira 1,200 atlet paralimpik dan pegawai hadir untuk beradu kehebatan dan kemampuan masing-masing pada Sukan Para Asean kelima (KL'09) yang bermula Sabtu ini.
Temasya sukan dwi-tahunan itu adalah temasya sukan terbesar bagi atlet paralimpik di rantau ini dan ia melibatkan penyertaan atlet dari 10 buah negara anggota Asean dan Timor Leste.
Walaupun kini dunia dilanda penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), namun 11 negara itu mengetepikan kebimbangan itu untuk menjayakan temasya sukan berkenaan.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asean (KLAPGOC) berkata saringan kesihatan atlet-atlet di negara masing-masing termasuk di Malaysia merupakan langkah awal bagi mengelakkan wabak itu daripada tersebar semasa kejohanan tersebut.
"Kesemua atlet dan pegawai kontinjen akan menjalani saringan kesihatan yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya kesemua langkah awal yang diambil adalah bagi memastikan KL'09 bebas daripada penularan Influenza A (H1N1), dengan antaranya meminta setiap anggota kontinjen luar mengemukakan sijil kesihatan bebas daripada wabak tersebut dari negara masing-masing.
"Kalau boleh, MPM mahu saringan kesihatan terhadap kontinjen luar dilakukan berasingan serta lebih teliti dan bukan bersama dengan orang awam yang lain.
Ini bagi memastikan anggota kontinjen luar yang tiba benar-benar bebas daripada wabak tersebut," katanya.
Zainal berkata wabak tersebut merupakan ancaman di seluruh dunia termasuk rantau Asia Tenggara dan tidak tertumpu di sesebuah negara sahaja.
Tinjauan Bernama semasa menyambut ketibaan kontinjen luar di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mendapati anggota kontinjen asing diberikan keistimewaan melalui laluan dan pusat saringan kesihatan khas dan tidak menggunakan laluan penumpang biasa.
Ini adalah kali kedua Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Sukan Para Asean. Kali pertama Malaysia menganjurkannya ialah pada 2001.
Pada edisi pertama itu, hanya dua acara sukan dipertandingkan iaitu olahraga dan renang, di mana Malaysia muncul juara keseluruhan.
Perancangan asal, temasya Sukan Para Asean diadakan selepas penganjuran Sukan SEA yang dikhususkan untuk atlet-atlet normal.
Penganjuran Sukan Para Asean pada kebiasaannya berlangsung selepas temasya Sukan SEA dan ia mula diadakan pada 2001 dengan Malaysia menjadi tuan rumah diikuti Vietnam (2003), Filipina (2005) dan Thailand pada 2008.
Memandangkan Laos, penganjur temasya Sukan SEA tahun ini telah menolak untuk menganjurkannya kerana kekurangan infrastruktur dan sumber kewangan, Malaysia telah dipilih Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) sebagai penganjur bagi mengekalkan kesinambungan penganjurannya.
Dengan motto "Asean Bergerak Bersama" (Asean Moving Together), temasya dwi-tahunan itu yang akan berlangsung hingga 19 Ogos ini bertujuan menggalakkan persahabatan dan pembangunan sukan serta menginterasikan golongan itu ke dalam masyarakat Asean.
Orang ramai adalah digalakkan untuk hadir dan memberikan sokongan dan tidak memperkecilkan kemampuan atlet-atlet ini di pentas sukan dunia apabila atlet dari Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Brunei dan Timor Leste bakal membuat kejutan di luar kemampuan fizikal masing-masing.
Pada edisi kelima temasya sukan itu kali ini, sebanyak 730 pingat emas ditawarkan melalui 11 acara iaitu olahraga, renang, badminton, ping pong, powerlifting, catur, boling, pelayaran, tenis kerusi roda, bola keranjang kerusi roda dan bola tampar duduk.
Acara renang akan menjadi lubuk pungutan pingat kepada negara-negara peserta apabila ia menawarkan jumlah pingat terbanyak iaitu 294 pingat emas dan diikuti olahraga (240) dan ping pong (72).
Di samping itu acara renang, olahraga dan powerlifting pada temasya kali ini juga akan dijadikan pentas untuk atlet meraih ranking Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) bagi melayakkan diri beraksi pada Sukan Paralimpik London 2012.
Beberapa venue sekitar Lembah Klang dan Port Dickson, Negeri Sembilan telah dipilih bagi menjaya temasya kali ini.
Bagi acara olahraga, ia akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, powerlifting (Stadium Putra), renang (Pusat Akuatik Nasional), catur (Dewan Komanwel Majlis Sukan Negara), Badminton (Stadium Juara, Bukit Kiara), boling (Megalanes Endah Parade), ping pong (Arena Tertutup Majlis Olimpik Malaysia), bola tampar duduk (Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur), bola keranjang berkerusi roda (Dewan Serbaguna GMI, Bangi), tenis berkerusi roda (Kompleks Tenis Nasional) dan pelayaran (Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson).
Semasa Sukan Para Asean di Korat, Thailand tahun lepas, kontinjen negara yang dianggotai 180 atlet menduduki tempat kedua keseluruhan dengan meraih 82 emas, 74 perak dan 46 gangsa.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
16 Ogos, 2009
KL'09: Pasukan Thailand Ungguli Acara Tenis Berkerusi Roda
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Hasil usaha gigih membangunkan sukan tenis berkerusi roda sejak sekian lama, kemantapan pasukan dari Thailand dalam acara ini kini semakin mendapat perakuan kebanyakan negara di rantau ini.
Pasukan lelaki dan wanita Thailand memperolehi pingat emas dalam acara tenis berkerusi roda Sukan Para Asean Ke-lima (KL'09) hari ini, selepas menamatkan perlawanan masing-masing dalam sistem round-robin.
Jurulatih pasukan tenis berkerusi roda Thailand Surachai Pankomnourad ketika ditemui di sini berkata para pemainnya menjalani latihan profesional di samping mengambil bahagian secara intensif dalam kejohanan-kejohanan tenis global sejak 2002 lagi.
"Kami memiliki jumlah pemain tenis handal yang cukup ramai, tapi untuk kejohanan antarabangsa seperti Sukan Para Asean ini, kami menghantar pemain terbaik kami. Kami ingin memburu semua pingat emas dalam acara berpasukan dan individu sukan ini," katanya.
Antara pemain lelaki terbaik Thailand kini ialah Suthi Khlongrua dan Sumsren Krumai yang masing-masing berada pada kedudukan ke-66 dan 67 dalam ranking International Tennis Federation-Wheelchair Dunia.
Kedua-dua mereka merupakan pemain berpengalaman yang pernah menyertai banyak kejohanan utama, termasuk Kejohanan Sukan Paralimpik Athens dan Beijing.
Selain Suthi dan Sumsren, lain-lain pemain tenis berkerusi roda bagi lelaki ialah -- Sumrerng Kruamai, Wittaya Peemee dan Suwitchai Merngprom, manakala bagi wanita -- Sakhorn Khanthasit, Ratana Techamaneewat, Nongnuch Roswan, Chusri Inthanin dan Wilairat Boojan.
Sementara itu jurulatih pasukan tenis berkerusi roda Malaysia Ahmad Shahrom sendiri tidak menafikan kenyataan bahawa Thailand memiliki pasukan tenis berkerusi roda yang cukup mantap.
"Malaysia seharusnya belajar dari Thailand memandangkan tenis berkerusi roda mempunyai potensi cukup besar untuk dibangunkan," katanya.
Ahmad berkata sebaik tamat KL'09 ini beliau akan merangka satu program khas untuk melatih pemain tenis berkerusi roda sedia ada, sebelum mensasarkan Sukan Paralimpik London 2012.
Pemain Malaysia untuk KL'09 bagi pasukan lelaki terdiri daripada Che Abu Bakar Mat, Azman Hassan, Daniel Ng Boon Hee, Koh Eng Huat, Abu Samah Borhan, Kee King Hong dan Ariffahmi Zaquan Ariffin, manakala pemain wanita terdiri daripada Norisah Bahrom, Faizatul Ahya Abdullah Thani, Chow Mei Shia dan Lim Siew Imm.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
16 Ogos, 2009
Bola Tampar Duduk: Tugas Sukar Buat Malaysia Untuk Ke Final
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Malaysia mesti menewaskan Thailand dalam saingan bola tampar duduk Sukan Para Asean kelima (KL'09) esok selepas tewas 0-3 kepada Myanmar dalam perlawanan awal di Stadium Titiwangsa di sini Ahad.
Malaysia tunduk 11-25, 7-25, 7-25 kepada Myanmar dan dalam perlawanan kedua Malaysia mengalahkan Laos 25-13, 25-14, 25-11.
Jurulatih Malaysia Yean Lai Haw berkata selepas pertemuan dengan Thailand esok, Malaysia dijangka menghadapi satu lagi perlawanan sukar bertemu Myanmar, yang merupakan juara bertahan pada Sukan Para Asean di Korat tahun lepas.
" Pertemuan dengan Thailand esok akan menjadi penentu. Jika tewas, kami akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. Begitu juga jika tewas kedua-dua perlawanan (bertemu Thailand dan Myanmar). Tapi jika kita tewaskan Thailand dan kalah kepada Myanmar, kami akan beraksi dalam perlawanan akhir Selasa ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada Sukan Para Asean di Korat, Myanmar menang pingat emas, Thailand pingat perak dan Malaysia merangkul gangsa.
Acara bola tampar duduk yang menawarkan satu pingat emas disertai oleh empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar dan Laos.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
16 Ogos, 2009
KL'09: Nur Feiqah Hampir Tepati Ramalan Pungut Dua Pingat Emas
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Nur Feiqah Maulud Mohd Halil semakin hampir untuk memenuhi harapan negara yang ingin melihat kilauan dua pingat emas menjadi miliknya, apabila beliau berjaya mengumpul tiga mata pada pusingan kelima acara catur Sukan Asean ke-lima (KL'09) yang berlangsung di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, di sini Ahad.
Ketua jurulatih skuad catur paralimpik negara Abdul Latif Mohammad berkata setelah lima pusingan berlangsung, Nur Feiqah kini mendahului peserta lain dengan kelebihan tiga kemenangan.
"Saya harap Nur Feiqah mampu mencapai sasaran pingat bagi kategori wanita B2/B3 (rabun) dan kategori berkumpulan wanita, memandangkan beliau pernah memenangi pingat emas bagi kategori yang sama pada Sukan Paralimpik Asean di Korat, Thailand tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Latif berkata walaupun 'ayam tambatan' bagi skuad negara, Mah Hassan Omar, (perak-Sukan Para Asean Korat, Thailand 2008) yang mengambil bahagian bagi kategori B1 (buta), tidak dapat memberi tumpuan kepada pertandingan akibat sakit perut, ia tidak akan mengugat sasaran asal enam pingat emas bagi acara catur.
Esok pusingan keenam (akhir) bagi acara tersebut akan menjadi penentu pemenang pingat emas bagi kesemua 16 acara yang dipertandingkan.
Catur menawarkan 16 pingat emas bagi pelbagai kategori acara lelaki dan wanita.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
today m'sia dapat perak for basketball wheelchair games tp mmg best la dorang main....first time tgk kagum gile..hehehehe..btw gamestu wat kat my office so pg tgk je la but thailand mmg terer gile..huhuhuhuhu..pape pun go..go..go... malaysian team |
|
|
|
|
|
|
| |
|