|
![](http://media.mit.net.my/photo/59/332009_riniaf7%28a%29.jpg)
sapa nak join akak? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
AFUNDI RINI KE 32999
Nama Penuh: Zuzafrini Zulkifli
Nama Manja: Rini/Nini
Umur: 24 Tahun
Tarikh Lahir: 11 Jun 1984
Profil Penuh
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Status: Bujang
Asal: Selangor
Tinggi: 164 cm
Berat: 50 kg
Hobi: Menyanyi, mengemas rumah, melancong, menghias diri.
Pengalaman bidang hiburan: Pernah menghasilkan album tapi gagal dipasarkan
Penyanyi Idola: Dato’ Siti Nurhaliza
Impian: Menjadi penyanyi tersohor yang dihormati dan disukai.
Adik-beradik: Kedua daripada enam beradik
Deskripsi:
Gadis manis cantik bertudung dari Bangi, Selangor ini merupakan seorang yang periang dan mudah didekati. Sangat rapat dengan pasangan kembar seirasnya. Dia bagaikan wakil kepada pasangan ini dan cermin kejayaan pasangan kembarnya
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Pengalaman pertama, ketika saya berumur 9 tahun, saya menyerta iRancangan Nyanyian TV Kanak-kanak, Wirawan Seni Remaja EON, saya hanyasampai ke peringkat Wilayah.
Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Ada, di bawah Izad Izzuddin.
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berlakon, bersolek, mengacara
Apakah matlamat hidup anda?
Sebelum umur saya 30 tahun saya telah capai impian yang saya impikan.
Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Nubhan, Stacy, Mawi, Mila
Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Album yang gagal dipasarkan.
Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Tersenarai dalam calon pelajar AF.
Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Sikap teragak-agak untuk melakukan sesuatu.
Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman paling manis: Dilahirkan sebagai kembar seiras.
Pengalaman paling pahit: Kembar gagal tercalon sebagai calon pelajar AF.
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
1. Berlaku krisis ekonomi di Amerika, pada tahun 2008, kesan krisis terasa di Malaysia pada pertengahan tahun 2008, pada tahun 2009, telahberansur pulih. Pada Disember 2008, berlaku tanah runtuh di Bukit antarabangsa yang mengorbankan beberapa nyawa.
2. Pemergian penulis lirik terkenal di Malaysia, Allahyarham Loloq
3. Pencabulan hak & kekejaman yang berlaku di Palestin.
Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Saya akan terus bekerja di Maybank, mengumpul modal dan buka perniagaan sendiri.
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Memastikan keamanan, tiada diskriminasi.
Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Turunkan harga barang, hapuskan tol, bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.
Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Kembar saya Rina, kerana Rina adalah insan yang rapat dengan saya, saya ingin berkongsi kegembiraan bersamanya.
Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Kucing, namanya Kupok, nama penuhnya Kucing Tompok. Sebab kucing binatang yang jinak dan comel.
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kucing, comel dan disayangi.
Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Rupa paras, alhamdulillah
Bakat
Sifat peramah ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
![](http://img25.imageshack.us/img25/1408/rinid.jpg)
![](http://img23.imageshack.us/img23/9426/riniasindarela.jpg)
![](http://img21.imageshack.us/img21/9993/rinikiblatku.jpg)
[ Last edited by komPANGG!!! at 18-3-2009 22:39 ] |
|