View: 11554|Reply: 34
|
Beca : Warisan Terpinggir -
[Copy link]
|
|
Beca warisan terpinggir
Oleh ZAMZURINA AHMAD
DISEBABKAN pelanggan semakin berkurangan, penarik beca
sempat melelapkan mata di Jalan Pasar, Kuantan. Pahang.
KUANTAN 17 Mac - Pengangkutan beca atau teksi roda tiga kini bakal menjadi warisan yang dipinggirkan.
Satu ketika bandar ini pernah menyaksikan zaman kegemilangan pengangkutan awam ini sekitar tahun 60-an dengan kira-kira 150 buah beca rancak beroperasi tanpa mengira masa.
Bagaimanapun, senario seperti itu sampai ke penghujungnya kerana difahamkan hanya tinggal empat buah beca sahaja di bandar ini pada masa kini.
Situasi ini diakui sendiri oleh salah seorang penarik beca, Hamat Osman, 61, yang masih setia menunggu penumpang berhampiran Pasar Besar Kuantan di sini.
Beliau yang merupakan anak jati Kuantan berkata, dia dan rakannya hanya mampu meraih pendapatan kira-kira RM300 sebulan berikutan kekurangan pelanggan.
''Dahulu sekitar tahun 90-an, selain orang tempatan yang menaiki beca, pihak hotel juga sering bekerjasama dengan kami untuk membawa pelancong asing mengelilingi bandar.
''Malangnya kini tiada lagi aktiviti sedemikian kerana kami difahamkan pelancong asing tidak lagi tertumpu ke bandar ini tetapi lebih gemar pergi ke Cherating atau lokasi percutian yang agak pendalaman,'' katanya.
Hamat berkata, mata pencarian mereka terpaksa bergantung kepada pelanggan tetap semata-mata yang kebanyakannya terdiri daripada golongan tua.
Tambahnya, selain kekurangan pelancong, tiadanya sambutan daripada golongan muda untuk mewarisi pekerjaan ini merupakan faktor utama pengangkutan ini bakal dilupakan.
''Sanggupkah orang muda mengayuh beca ke hulu ke hilir mencari penumpang.
''Malah, bukan sembarangan orang boleh membawa beca kerana jika tidak kena dengan gayanya beca sukar untuk bergerak. Silap-silap akan terjatuh," jelasnya sambil membayangkan pengangkutan ini akan terus berkubur.
Tambahnya, dia dan rakan-rakan pengayuh beca yang lain sudah membayangkan bahawa pengangkutan beca hanya akan tinggal nama kerana hanya generasi terakhir sahaja yang masih mengayuh beca di bandar ini.
''Empat buah beca ini sahaja yang masih bertahan di sini. Jika kami berempat tidak bawa beca maka tiada lagi beca di sini.
''Disebabkan tiada istimewa pengangkutan ini sekarang kerana dengan pertambahan kenderaan lain, orang ramai juga bimbang memilih beca untuk ke sesuatu destinasi dalam bandar," ujarnya.
Perkara tersebut diakui oleh seorang lagi penarik beca, Abdullah Ahmad, 74, dengan berkata, kekurangan pelapis muda yang berminat untuk menjadi penarik beca turut mempengaruhi kemerosotan tersebut.
''Ada bapa yang menjadi penarik beca dan mempunyai beca untuk diusahakan tetapi anak mereka pula tidak minat untuk meneruskan kerjaya ini.
''Apabila golongan muda ini mendapat kerja lain, tiada siapa yang mewarisi pekerjaan bapa mereka dan lama-kelamaan ia pupus dengan sendirinya sebagaimana situasi sekarang,'' ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Abdullah, antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan bilangan penarik beca disebabkan kurangnya permintaan orang ramai untuk menaiki kenderaan itu sekarang.
''Pada masa ini, pelanggan mempunyai pelbagai alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat kerana banyak kenderaan awam lain yang beroperasi memberi perkhidmatan pengangkutan.
''Walaupun pendapatan kami semakin susut, kami tidak sekali-kali menyalahkan pelanggan sebab mereka berhak untuk membuat pilihan,'' katanya.
*****************************************************************************************
yang ini cerita kat kuantan.. -
tapi beca ni - memang popular juga di kelantan sana -
terutama kat bandar kota bharu -
kalau balik kelantan... memang pasti naik beca ni -
teringat masa duduk kat kelantan dulu - sokmo naik masa
nak pergi pasar... (dari jalan sultanah zainab, kg sireh) -
kadang2 rasa kesian kat pakcik yang bawa tu.. tapi depa memang
kuat sangat.. - dulu teksi ni (orang kelantan panggil beca --- teksi)
samah aje (lima puluh sen) then naik kesatu ringgit .. pastu 2 ringgit
now tak sure - mungkin minimum pun masih dua ringgit or tiga...
anyway... sekarang dah ada bas2 ke bandar.. sebab tu lah teksi tak
berapa orang naik... kawasan2 dekat aje - macam dari kebun sultan
ke pasar.. dari kg sireh pun dah jarang sebab ada bas..
sedih juga sebab ni macam satu warisan yang dah terpinggir
-- kalau masih ada lagi yang menggunakan teksi ni
insyaallah tak ada lah pupus teksi.. cuma ye lah.. pendapatan pemandu2
teksi ni.. berkurang - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan biarkan khidmat beca pupus
KUANTAN 17 Mac - Beca sebagai satu tinggalan sejarah.
Tiada apa yang mampu dilakukan demi untuk menyelamatkan pengangkutan awam ini supaya terus kekal bersaing dengan pengangkutan awam yang lain.
Ia berikutan masyarakat tidak lagi memilih pengangkutan ini sebagai satu kemudahan untuk ke sesuatu destinasi dalam bandar tetapi ketiadaan pengayuh beca itu sendiri menjadi penyebab.
Exco Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, berikutan peredaran zaman dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang lebih selesa dan selamat menyebabkan pengguna tidak lagi memilih untuk menggunakan beca.
''Berapa orang sahaja yang akan memilih untuk menggunakan beca? Semua orang nak bergerak cepat sahaja.
''Sekalipun kerajaan membantu menaik taraf pengangkutan ini, masih adakah generasi muda yang akan menjadi pengayuh beca?" katanya di sini hari ini.
Menurutnya, generasi muda sekarang tidak berminat untuk meneruskannya sebagai mata pencarian apatah lagi untuk mewarisi kerjaya sebagai pengayuh beca.
''Anak-anak penarik beca juga tidak berminat dan memilih pekerjaan lain menyebabkan beca sekadar menjadi tinggalan sejarah.
''Peredaran zaman menyebabkan mereka mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan daripada meneruskan pekerjaan tradisi ini," katanya.
Tambahnya, sebagai inisiatif supaya pengangkutan roda tiga ini terus kekal berzaman, perkhidmatan ini akan dijadikan tarikan kepada mereka yang berkunjung di kawasan perniagaan di Malay Town di sini.
*****************************************************************************
sama ada di kuantan, KB atau KT - harap perkhidmatan ini diteruskan -
sebagai satu warisan orang di malaysia ini -
|
|
|
|
|
|
|
|
Siannye kat pak cik tua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalo balik kg kt penang,rasa sedih bila tgk pakcik2 tua yg bawak beca...memang skang ni org dah kurang nk naik beca...masa kecik2 dulu,arwah tok aku nk pegi GAMA mesti naik beca...arwah tok ngn makcik duk kt seat beca..aku ngan abg aku dok kt tempat letak kaki tu...best gila..kiranya time tu kalo naik beca diibaratkan cam naik keta mewah la.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak ingat last sekali aku naik beca dari Komtar ke jeti ... late 80's or early 90's ... tapi kesian gak, pakcik tua yang kayuh ... tapi best sebab ada radio transistor |
|
|
|
|
|
|
|
komen sikit gambar kat 1st post (jalan pasar kuantan) ... kat situ banyak pakcik tua hisap kretek dok usya pondan rumah atas KFC ... dok usya pondan sidai g-string n thongs |
|
|
|
|
|
|
|
beca sekarang ini hanya boleh didapati di Penang & Melaka sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sanggup naik beca sebab kesian tgk diorg mengayuh.... dahla kita badan besar,,, kalau dia guna motor takpelah jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Khidmat Beca Muar Meniti Zaman Penghujung
Oleh Mohd Haikal Isa
MUAR, 6 April (Bernama) -- "Selain makanannya, Muar memberikan akubanyak kepuasan yang tidak diperoleh di tempat-tempat lain. Selainbangunan rumah kedai zaman penjajah yang masih kekal bertahan, salahsatu lagi tinggalan zaman dahulu yang masih terdapat di bandar Maharaniialah beca."
Demikian nukilan seorang 'blogger' di Internet.
Dalam mengimbau keunikan di Muar itu, beliau turut melontarkan persoalan.
"Walaupun tidak lagi menjadi mod pengangkutan pilihan ramai, becamasih mampu bertahan selari dengan arus pembangunan. Namun berapa lamalagikah beca akan bertahan kerana sang pengayuh beca pun sudah kianmenghampiri usia senja."
Itulah hakikatnya.
Jika khidmat mereka ditagih oleh masyarakat yang ketandusanpengangkutan awam satu masa dulu, pengayuh beca di bandar bersejarahini kini terpaksa menerima kenyataan bahawa masa depan beca sedangmenuju ke penghujungnya.
Dengan kemunculan bas-bas awam dan teksi, perkhidmatan becasemakin dipandang sepi sehingga bilangannya yang dahulu mencecahratusan kini hanya tinggal sekitar 25.
GOLONGAN WARGA EMAS
Tinjauan Bernama terhadap perkhidmatan yang suatu ketika dahuluamat sinonim dengan bandar Muar menunjukkan hampir kesemua pengayuhbeca di bandar ini terdiri daripada golongan warga emas.
Atan Said, umpamanya, terus menyara hidup dengan mengayuh beca walaupun usianya kini menjangkau 72 tahun.
Beliau berkata kehidupannya sebagai pengayuh kenderaan roda tigatersebut bermula sejak zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
"Dahulu di bandar Muar ini terdapat antara 600 hingga 700 buahbeca dalam satu-satu masa....kami bersedia menghantar penumpang ke manasahaja tempat yang mereka mahu," kata Atan yang berasal dari Muar.
Zaman kegemilangan beca di Muar mula berlalu apabila masyarakattempatan memilih bas atau teksi untuk ke satu-satu tempat kerana lebihcepat.
Atan, yang mengenakan bayaran RM3 bagi satu perjalanan, berkata pendapatannya tidak menentu.
"Sekarang susah nak cari makan, pasal orang lebih suka naik teksi dan bas.
"Kadang-kadang satu hari nak dapat RM10 pun susah, kadang-kadang satu hari tidak ada langsung yang nak naik beca," katanya.
JANJI KOSONG
Seorang lagi pengayuh beca, Atan Mohamad, 80, berkata beliauterpaksa meneruskan pekerjaan itu kerana tiada pilihan untuk beralih kebidang lain.
"Pakcik sudah bawa beca sejak 1942 lagi. Dahulu kami boleh menyarakehidupan dengan pendapatan harian sebanyak RM20 kerana pada masa itunilai matawang besar berbanding pada masa ini.
"Sekarang jangan dikatakan RM10 sehari, kadang-kadang tiadalangsung. Macam mana nak cari makan," katanya yang berasal dari JohorBaharu.
Beliau yang kini hidup sebatang kara selepas isterinya meninggaldunia tidak lama dahulu juga mengakui bahawa beliau menghadapi masadepan yang tidak menentu.
"Beca inilah yang menjadi tempat tinggal pakcik selama ini. Rumahtiada, pendapatan pun tidak menentu. Kehidupan kami (pengayuh beca)umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'," kata Atan.
Beliau berkata ada beberapa pihak kebajikan yang berjanji untukmembantu mereka tetapi sehingga kini janji-janji tersebut tidakditunaikan.
BECA GERGASI
Berlainan dengan kedua-dua pengayuh beca tersebut, Shukri Zuhani,60, yang berasal dari Rengit, Pontian hanya mengayuh beca pada waktusiang bagi menampung kehidupannya sebagai penjual sate pada sebelahmalam.
Menurutnya, pendapatan sebagai pengayuh beca mengikut musim dan biasanya boleh dikatakan 'mewah' apabila tiba musim perayaan.
"Kerja sebagai pembawa beca ini mengikut musim. Kadang-kadangpendapatannya boleh tahan terutama menjelang musim-musim perayaantetapi paling banyak saya dapat pun sekitar RM20 sehari," katanya.
Beliau berharap dengan harga minyak yang meningkat akan menjadikanperkhidmatan beca kembali popular di kalangan penduduk bandar ini sertapara pelancong yang mengunjungi bandar bersejarah ini.
Keunikan beca Muar itu turut dijadikan tarikan pelancong apabilareplika beca gergasi dapat dilihat di Kesang dekat sini di sempadanJohor-Melaka.
Struktur setinggi tujuh meter itu yang didirikan dalam tahun 1999sering diabadikan dalam potret yang dirakam oleh para pengunjung kebandar ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani Datuk Mohd IsmailMohd Shah berharap kerajaan negeri dapat membantu pengayuh beca di Muarsebagai satu cara untuk mengekalkan sejarah perkhidmatan beca di bandarini.
"Perkhidmatan beca di Muar adalah amat unik dan penuh bersejarah.
"Adalah amat sayang jika khidmatnya pupus ditelan aruskemodenan... tiada daerah lain di Johor mempunyainya, hanya di Muarkita mempunyai beca," kata Mohd Ismail.
Sambil berharap pengangkutan itu dipertahankan, beliaumencadangkan agar persatuan beca ditubuhkan di Muar supaya segalabantuan yang dihulurkan dapat diuruskan dengan baik.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Relics of historic Muar
MUAR: Kings of the roads! Yes, they were indeed. But those days aregone and the trishaws in this historic town are fast turning into搑elics |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sama la kt tmpat saya pun makin terpinggir..sian rasanya tngok penarik beca nih mengelamun tunggu penumpang.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah naik beca masa pi melaka round2 kat a famosa tuh.... situ ajer ler... masa pi penang aku tak naik lak beca... tak perasan ler pulak... jalan ajer kat batu feringghi sinun... |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Pelancongan Beca kini tinggal nama
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
Premis tumpuan 80 ahli akan diroboh dua bulan lagi
KUANTAN: Persatuan Pelancongan Beca Kuantan kini hanya tinggal nama apabila premis yang menjadi pusat operasinya di Jalan Besar, di sini akan dirobohkan dua bulan lagi, bagi tujuan pembangunan.
Sekiranya 15 tahun lalu, premis itu menjadi tumpuan serta tempat berkumpul lebih 80 penarik beca di bandar ini, namun kini ia sunyi sepi berikutan tiada golongan pelapis yang mahu menyambung warisan itu.
Premis yang menjadi sebahagian titik tolak kehidupan penarik beca di bandar ini termasuk tempat mereka merancang operasi harian selain bertemu sesama rakan setugas itu bakal lenyap ditelan zaman.
Seorang peniaga kedai gunting rambut bersebelahan premis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Chu, 67, berkata persatuan itu tidak lagi aktif kerana sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan beca amat berkurangan.
"Dulu tempat ini meriah kerana setiap hari dipenuhi dengan beca dan menjadi tempat berkumpul penarik beca di bandar Kuantan.
"Seingat saya dulu, setiap bulan kalau mereka (penarik beca) mengadakan mesyuarat pasti ada aktiviti menarik dilakukan seperti silat dan persembahan daripada ahli persatuan.
"Kami yang berniaga di kawasan ini pun turut terhibur dengan aktiviti dijalankan mereka," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Namun, beliau berkata, persatuan itu ibarat `hidup segan mati tak mahu' kerana tiada lagi kelibat penarik beca berkumpul di situ.
Sementara itu, seorang penarik beca, Bakar Din, 64, mengakui hakikat itu dan berkata premis persatuan akan dirobohkan dua bulan lagi bagi tujuan pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu.
"Memang dulu tempat ini meriah dengan rakan-rakan penarik beca berkumpul di sini namun keadaan sudah berubah, sekarang mana ada orang hendak naik beca lagi," katanya.
Katanya, dengan hanya tinggal tiga penarik beca di bandar Kuantan kini, sememangnya persatuan itu sudah lama `lenyap'.
"Dulu kami menguruskan tempat ini dengan baik tetapi kalau penarik beca sendiri sudah tiada, siapa yang akan menguruskan persatuan," katanya.
Bakar yang mengayuh beca sejak 1976, berkata semangatnya untuk terus mengayuh beca masih tebal atas dasar mahu mengekalkan warisan itu daripada pupus.
"Golongan muda tidak berminat untuk meneruskan kerjaya ini kerana pendapatan yang kecil dan bagi saya jika umur masih panjang saya akan terus mengayuh beca.
"Biarlah satu hari nanti hanya tinggal saya seorang saja yang mengayuh beca di bandar ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by inick at 18-3-2009 10:48
beca sekarang ini hanya boleh didapati di Penang & Melaka sahaja...
yolo ko.....di klate kito panggil teksi...kalu beca....hok so lagi itu diguna utk memunggah barang atau padi....yg ada roda dua di depan dan satu kat belakang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya beca Pok Loh
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
Apakah yang membuatkan beca seberat lebih 100 kilogram dan sarat dengan pelbagai hiasan itu cukup istimewa?
PENUMPANG yang menaiki beca Pok Loh, mengisi masanya dengan berkaraoke sambil bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu, Terengganu.
DENGAN tambahan aksesori dan pelbagai peralatan seberat lebih 100 kilogram pada beca miliknya, Abdullah Muhamad, 53, pernah dianggap tidak waras.
Beca yang dibeli sekitar tahun 70-an itu sudah tidak kelihatan seperti beca-beca lain yang beroperasi di bandar Kuala Terengganu.
Kombinasi warna kuning dan merah menjadikan beca itu kelihatan garang. Malah, ia satu-satunya beca yang seolah-olah seperti sedang menyertai perarakan kenderaan berhias kerana sarat dengan bunga plastik.
Beca itu umpama sebuah rumah kecil bergerak. Kenderaan penumpang tiga roda itu juga dilengkapi pemain video cakera padat, set karaoke, sistem pembesar suara, televisyen kecil dan kipas angin.
Kesemua peralatan tersebut dipasang untuk kemudahan penumpang dan berfungsi dengan kuasa daripada dua biji bateri.
Tempat duduk penumpang juga mengalami pengubahsuaian apabila dilapik dengan kain songket, manakala payung pengantin dan puluhan lampu kecil berwarna-warni turut dipasang pada beca.
Becanya juga unik kerana mampu mengeluarkan lima jenis bunyi haiwan melalui hon seperti ayam, kambing, lembu, anjing dan kuda.
Keistimewaannya tidak hanya pada aksesori berharga lebih RM2,000, tetapi juga mereka yang pernah menggunakan khidmat becanya.
HIASAN yang bercorak kenegerian pada beca Pok Loh.
Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pok Loh memberitahu, becanya pernah dinaiki oleh beberapa pembesar dan selebriti tanah air.
Antaranya termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.
Di kalangan selebriti popular pula termasuklah Noraniza Idris, Mustafa Kamal, A.R Badul, Azean Irdawaty dan Azwan Ali.
Sebagai tanda pengesahan bahawa tokoh kenamaan terbabit pernah menaiki beca tersebut, nama mereka dicetak di bahagian depan beca.
Walaupun ada kesilapan ejaan pada beberapa orang nama pemimpin, namun Pok Loh tidak kisah asalkan orang tahu penumpang yang dimaksudkannya.
"Semua hiasan ini saya buat sendiri sejak lebih setahun lalu. Saya buat sikit-sikit bila dapat idea. Adakalanya saya menghias beca sampai pukul 3 pagi," kata bapa kepada empat anak itu hasil perkahwinannya dengan Sharifah Pakwe, 37.
Mencari rezeki dengan mengayuh beca di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu, Pok Loh mengakui ada di kalangan rakan-rakannya menganggap dirinya 'gila'.
Menurut Pok Loh, hiasan luar biasa tersebut membawa 'rezeki tambahan' kerana ramai penumpang terutama pelancong asing lebih berminat menaiki becanya.
KOTAN klasik yang terdapat pada beca ini digunakan oleh
Pok Loh untuk menyimpan barangan peribadinya.
"Kadang-kadang pelancong hanya bergambar di depan beca dan kemudiannya hulur duit tanda penghargaan kepada saya," kata anak kelahiran Kampung Tanjung Kapor, Kuala Terengganu itu.
Menceritakan sejarah becanya Pok Loh memberitahu, dia membeli kenderaan itu selepas kecewa dengan sikap beberapa pengayuh beca yang memilih penumpang, enggan membawa sayur dan ikan yang dibelinya.
Beca tersebut dibeli pada harga RM230 dengan berat asalnya adalah 100 kilogram. Bagaimanapun, beratnya meningkat sekali ganda selepas ditambah aksesori.
Menurut Pok Loh, becanya dipasang alat power booster ciptaan pereka tempatan, Zulkifli Harun. Dengan alat tersebut, becanya mempunyai keupayaan kuasa tujahan semasa mendaki kawasan berbukit dan ketika mahu memulakan perjalanan.
Walaupun dikenali sebagai beca VIP, ia bukan tiket untuk Pok Loh mengenakan tambang mahal kepada penumpangnya.
"Biasanya saya tak pernah tetapkan bayaran tambang sebaliknya saya serahkan kepada budi bicara penumpang," jelasnya yang keluar mencari rezeki dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.
Bagaimanapun, untuk perjalanan di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu, tambang yang dikenakan antara RM5 hingga RM20.
"Cuma untuk perkhidmatan bersiar-siar selama sejam, saya kenakan bayaran sebanyak RM30," katanya yang mendapat antara 10 hingga 20 penumpang setiap hari. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di Penang ni beca dikenali dengan panggilan lanca.
Masa aku dalam darjah satu sampai tiga,aku pi sekolah naik lanca. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 jkkkj's post
lanca tak per......
jangan tambah 'p' kat ujung tu dah ler.....
yiikessss tee hee |
|
|
|
|
|
|
|
bapak saya pengayuh beca dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 16-4-2009 17:28
Di Penang ni beca dikenali dengan panggilan lanca.
Masa aku dalam darjah satu sampai tiga,aku pi sekolah naik lanca.
setahu saya lanca itu adalah jenis yg beroda dua ditarik oleh manusia...kalau tengok cerita cina klasik biasa ada lanca ini... |
|
|
|
|
|
|
|
19# Lloni
Secara rasminya memang apa yang awak katakan tu betul.
Tapi apa yang saya cuba katakan ialah beca di Pulau Pinang ni dikenali dengan nama lanca.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|