View: 34354|Reply: 147
|
EMBUN MUTIARA [ULANGAN SETIAP ISNIN-KHAMIS 7.30MLM TV3]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 3-9-2010 02:52
Heykal cuba formula baru dalam ‘Embun Mutiara’
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Antara barisan pelakon drama rantaian Embun Mutiara. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
DRAMA bersiri Embun Mutiara yang dijangka mewarnai slot barudi TV3 sekali lagi mendapat sentuhan pengarah berbakat, Mohd. HeykalMohd. Hanifah, 35, selepas dia menghasilkan drama rantaian Cinta UntukAin yang sedang disiarkan dalam slot Lestari di stesen tv yang sama sekarang.
Jika dalam Cinta Untuk Ain, Heykal menggunakan pelakon yang sudah ada nama dalam industri seperti Que Haidar dan Nabila Huda.
Sebaliknya dalam Embun Mutiara, Heykal cuba menggunakan formula baru dengan mempertaruhkan bakat-bakat baru seperti aktres Mas Muharni yang pernah membintangi filem Wayang sebelum ini.
“Disebabkan pelakon dalam Embun Mutiara terdiri daripada pelakon‘biasa-biasa’ dan pelakon baru, jadi saya akan cuba memberikan impak dan membuat mereka menjadi bagus.
“Saya juga mencuba untuk mendidik pelakon baru seperti Mas,” kata Heykal ketika majlis pelancaran drama terbitan MIG Beats Sdn. Bhd. itudi The Mines, Seri Kembangan semalam.
Embun Mutiara mengisahkan sepasang adik-beradik iaitu Embun dan Mutiara yang dilahirkan dalam tahun yang sama.
Embun tua beberapa bulan daripada Mutiara. Sikap kedua-duanya sangat berbeza sama sekali.
Embun dengan sikap mengarahnya dan suka kepada dunia glamour. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang model dan terkenal agar dilimpahi dengan kemewahan dan semua orang tunduk dengannya.
Mutiara pula sebaliknya kerana sikap ramah dan mesra serta rendah diri membuatkan dia sentiasa menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakan. Dia juga merupakan pelajar yang bijak.
Garapan ceritanya nampak ‘klise’ dan pernah ditonton dalam cerita-cerita sebelum ini seperti drama Sutera Maya.
Malah Heykal pada mulanya juga mengagak persembahan drama ini seakan-akan cerita Maria Mariana.
“Tetapi jangkaan saya silap dan ia berlainan apabila saya nilai semula skrip drama ini.
“Ceritanya mempunyai tiga hingga empat konflik dalam sebuah episod sehingga saya rasa takut kalau penonton berserabut apabila disogok dengan banyak konflik.
“Jarang saya dapat cerita seperti ini. Jadi, saya akan ‘create’ pada fotografi yang cantik dengan menggunakan sesuatu situasi.
“’Cliff hanger’ setiap episod juga berakhir dengan cerita yang bagus,” jelas Heykal yang telah mencuba semua genre seperti komedi menerusi drama Tania, ‘heavy’ (Mencari syurga).
Namun, pengarah drama Inai Malam Pengantin ini belum mencuba genre seram untuk drama tempatan melainkan dia pernah membikin untuk sebuah cerita seram di Singapura.
Heykal berkata dia bukanlah terlalu memilih tetapi bagaimanapun dia perlu melihat skrip terlebih dahulu sebelum mengolah sesebuah skrip mengikut semua.
Dia mula mengarah menerusi telefilem Dosa Semalam untuk TV3 pada November 2006.
Kariernya sebagai pengarah bermula apabila dia menjalani latihan amali dengan di bawah Opera Klasik bersama pengarah Rashid Sibir sewaktu sedang menuntut dalam jurusan Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1996.
“Saya mula kerja dengan membuat air. Selepas itu menjadi penolong pengarah dan sekarang barulah bergelar pengarah.
“Selepas lama berada dalam industri ini, banyak perkara yang saya tahu.
“Misalnya untuk drama Embun Mutiara ini, saya perlu memikirkan bagaimana untuk menyiapkan empat episod dalam seminggu agar dapat memenuhi waktu siaran,” kata Heykal.
Drama 13 episod ini memulakan pengambaran sekitar Kuala Lumpur mulai hari ini, 20 Mac.
Embun Mutiara yang dijangka ditayangkan mulai April depan dibarisi oleh pelakon seperti Awal Ashaari, Eira Syazira, Mas Muharni, AnneAbdullah, Aida Aris dan Sharifah Shahora.
[ Last edited by Eddlisa_uyuk at 25-5-2009 02:08 ] |
|
|
|
|
|
|
|
nengok pada pelakon2 tuh...mcm tak minat nak nengok....tp sib baik tak de si pasha tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
adohai plakonnye.......... |
|
|
|
|
|
|
|
> alahai plakon klau ader fazura , nora danish n liyana jasmay kn best |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.....brape minat la ngan pelkon2 tue...huhu:hug: |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu dia kata pelakon biasa2 jeee... |
|
|
|
|
|
|
|
napow pelakon tuh buat tak semangat jew jiwa aku nak tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase cam best jer citer nie..tapi rasenye bukan slot lestari kot....
sebab tv3 wat iklan citer nie main hari jumaat n sabtu pukul 9... |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon cam xbest je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syafiqrahim at 6-4-2009 03:13 AM
aku rase cam best jer citer nie..tapi rasenye bukan slot lestari kot....
sebab tv3 wat iklan citer nie main hari jumaat n sabtu pukul 9...
ahhaaa not slot lestary kan.....
citer nih akan tayang jumaat & sabtu......new slot agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kalu tgk kat iklan macam menarik..cara iklan tuh,..ngan muzik latar..ok kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
taminat tgk drama mig.. mosan |
|
|
|
|
|
|
|
Epilog perjalanan kisah Embun Mutiara memaparkan tentang adik beradik bernama Embun dan Mutiara yang dilahirkan pada tahun yang sama dan sering dikenali sebagai kembar tidak seiras.
Namun ternyata sikap mereka langsung berbeza kerana personaliti Embun suka mengarah, mengejar glamour dan bercita-cita untuk menjadi model terkenal.
Manakala Mutiara bersikap mesra, rendah diri, bijak dan sederhana. Mereka tinggal di banglo mewah bersama ibu mereka, Athiera, pakcik saudara, Hadi dan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat, Mek Nab.
Athiera merupakan ibu tunggal yang masih cantik dan pandai mendidik anak-anaknya. Dia memantau setiap pergerakan anaknya serta tidak suka anaknya terjerumus di dalam bidang hiburan.
Tambahan pula dia sendiri duduk di bawah telunjuk abangnya, Hadi yang merupakan usahawan yang bermata duitan dan sentiasa mengutamakan wang dan kemewahan dalam semua aspek termasuk memilih calon adik iparnya mahupun menantu yang bakal mengahwini anak saudaranya. Namun, Athiera mempunyai rahsia besar yang masih tersimpan kemas dari pengetahuan sesiapa.
Embun berkenalan dengan jurugambar iaitu Roni secara kebetulan ketika dia tercicirkan gambarnya sewaktu menghadiri sesi ujibakat. Roni merupakan jurugambar bebas dan dia benar-benar terpesona dengan kejelitaan Embun. Embun yang pada mulanya berhasrat untuk mempergunakan Roni mulai jatuh cinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin.
Namun, Embun memungkiri janjinya dengan kejadian yang mengaibkan apabila Embun dua kali berturut-turut lari dari pertunangan dan perkahwinan demi menghadiri ujibakat menjadi model. Mutiara menjadi galang ganti dengan terpaksa berpura-pura mengantikan Embun sebagai pengantin sehingga Roni sendiri akhirnya terpikat dengan keluhuran Mutiara dan mengahwininya. Mutiara mula tersepit! Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi ini dan apakah rahsia yang Athiera simpan?
Untuk mengetahui lebih lanjut, saksikan Embun Mutiara setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam bermula pada 10 April 2009 di TV3!
|
|
|
|
|
|
|
|
suke Awal! ~_^
dedua hari time citer ni tayang kat tv Awal terlibat ngn realiti show..OIAM & AF7! |
|
|
|
|
|
|
|
x sempat tgk 1st episod mlm tadi..
[ Last edited by Asdira at 11-4-2009 15:49 ] |
|
|
|
|
|
|
|
dia fadilla kot..jat da da |
|
|
|
|
|
|
| |
|