View: 10408|Reply: 23
|
SITKOM : Comel [Setiap Rabu, 10.00 mlm, TV3]
[Copy link]
|
|
Comel akan disiarkan mulai 1 April 2009, setiap hari Rabu, jam 10.00
Comel akan membawa penonton mengikuti pengembaraan Comel dan karektor sekelilingnya di dalam menjalani kehidupan di zaman masa kini.Latar hidup Comel yang terdidik membuatkan Comel berjaya menempuh cabaran namun adakalanya dia terjebak dengan konflik.
Drama bersiri ini juga menggambarkan Comel sebagai ikon remaja terbaru akan menyuntik nilai positif dan jati diri yang kukuh pada para remaja tersebut.
Antara pelakon-pelakon siri Comel yang membariskan pelakon-pelakon tanah air seperti Noor Hanis, Aziz M. Osman, Amy Mastura, Zami Ismail,Erin Malik, Farouk Hussin, Wan Nur Azlin, Keifli
Amy Mastura pelakon drama Comel
[ Last edited by Syd at 13-4-2009 08:01 ] |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon Chomel tu memang comel orang nyer ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
![](http://tv3.com.my/photobank/2009/3/54/full/MPPB_16216.jpg)
[ Last edited by shidan76 at 1-4-2009 23:06 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 shidan76\ catat
ajis semang pon nak enteprem jugek ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan watak utama - chomel tuh siapa yaa??? muka tak kenal![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tgk promo pun dah tau terbitan aziz...
ala2 puteri gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Dh start ke cite ni??...
xde sinopsis ke? smlm terlupa nk tgk lah ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Comel kisah sebenar remaja
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
Rap
KISAH remaja mencari identiti diri antara paparan menarik dalam drama bersiri komedi sebanyak 13 episod, Comel terbitan Ace Motion Pictures Sdn Bhd yang menemui penonton TV3 bermula 1 April lalu.
Penerbit dan pengarah drama ini, Aziz M Osman berkata, pihaknya yakin drama itu mendapat sambutan penonton kerana karektor yang dibawa Comel mewakili segelintir remaja di luar sana.
"Sebenarnya, setiap kali buat drama atau sitkom, saya pastikan ia sesuai sebagai bahan hiburan untuk seisi keluarga.
"Justeru, saya tampil dengan kisah Comel yang juga ikon remaja terbaru yang mengadaptasi kehidupan dengan menyuntik nilai positif dan jati diri yang kukuh dalam dirinya," katanya.
Aziz berkata, idea untuk menghasilkan cerita Comel berdasarkan watak sebenar Chomel, remaja yang bekerja dengan produksinya sendiri.
"Chomel bekerja di bahagian belakang tabir produksi saya, sejak setahun lalu. Saya sudah melihat bakat besarnya ketika dia berlakon dalam drama bersiri terbitan saya, Romeo sebelum ini.
"Dalam Romeo sebelum ini, Chomel bawa watak yang tidak kurang penting dan saya juga puas dengan prestasi lakonannya itu," katanya.
Aziz berkata, dia berharap drama bersiri Comel memberi gambaran sebenar dunia remaja kepada masyarakat.
"Mungkin ramai yang tidak faham dengan alam remaja itu sendiri dan menyalahkan golongan itu semata-mata bila
mereka terbabit dengan gejala yang tidak baik atau menjadi remaja pemberontak.
"Perkara itu berlaku kerana ada jurang yang memisahkan golongan remaja dan orang dewasa. Hakikatnya, remaja menjadi sedemikian kerana pengaruh persekitaran.
"Bagi saya, jika kita tidak boleh mengawal mereka, tiada salahnya kita sendiri masuk dalam dunia remaja dan menyelami jiwa mereka untuk membimbing ke jalan betul.
"Saya pernah melalui zaman remaja dan mempunyai beberapa anak remaja yang semakin membesar. Justeru, saya akui bukan mudah mendidik anak remaja pada zaman sekarang. Apatah lagi, ibu bapa moden sibuk bekerja untuk menyara kehidupan dan tidak banyak masa bersama mereka di rumah. Justeru, tidak benar pandangan yang mengatakan remaja dulu lebih baik dari sekarang kerana cabaran mendidik remaja sekarang jauh lebih besar," katanya.
Mengenai pembikinan drama bersiri itu, Aziz berkata, dia dan rakan kongsi yang juga bekas isterinya, Nur Aliah Lee (Vee) bekerja keras menyiapkan drama bersiri itu seperti direncanakan.
"Penggambaran Comel sudah berakhir dua minggu lalu. Dari segi pemilihan pelakon pula, kami putuskan bersama dengan pihak stesen TV3.
"Selain Comel, saya juga terbabit dengan projek Kisah Kaisara musim baru dan Bong untuk musim keenam dan ketujuh. Setakat ini, semua drama dan sitkom terbitan saya mendapat sambutan menggalakkan. Contohnya, Bong mencatat rating mencecah hampir 1 juta penonton sejak bersiaran," katanya.
Aziz ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Comel di Sri Pentas, TV3, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, pelakon utama drama bersiri ini, Chomel atau nama sebenarnya, Noor Hanis Farhana Shaharudin, 23, berkata, dia tidak ada masalah bekerja dengan Aziz kerana sudah mengenalinya ketika bekerja di bahagian produksinya dulu.
"Saya juga tahu cara dia bekerja kerana pernah menimba pengalaman watak pembantu dalam sitkom Puteri, Romeo dan Bong terbitan produksinya sebelum ini.
"Sebagai pelakon baru, sudah pasti saya tidak ingin sia-siakan kepercayaan yang diberikan Aziz. Pada peringkat awal, saya tidak sangka Aziz akan memberikan saya watak utama Comel kerana saya masih baru dalam bidang seni. Apapun, watak Comel juga tidak jauh bezanya dengan diri saya dan tiada masalah untuk saya merealisasikannya sebaik mungkin," katanya.
Drama bersiri sebanyak 13 episod Comel menemui penonton TV3 mulai 1 April, setiap Rabu jam 10 malam. Comel juga dibintangi Aziz M Osman (Aben), Amy Mastura (Joji), Zami Ismail (Aki), Farouk Hussin (Borhan), Wan Nur Azlin (Maria), Erin Malik (Myra) dan Keifli (Aiman). |
|
|
|
|
|
|
|
cam bosan je citer ni ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best k citer ni? asek miss tgk jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 suka2's post
kdg2 kelakar...tp sha rs mcm bosan sikit lah...
tk habis2 facebook ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku dh agak ni mesti citer aziz m. osman kalau mcm nih..
ala2 puteri + kaisara .. tak abis2 citer psl budak2 baru tumbuh gigi..
kali ni sape pulak sponsor?..k0tex lagik? |
|
|
|
|
|
|
|
aku anti skit dengan pekataan comel.. sbb sekolah dulu ade sowang budak ni.. bg gelaran diri sendiri sebagai "kakak comel".. 爃eheheheh masaalah nye tang mane comel nye aku pon x tau.. gile promote diri masaalah nye.. mencomelkan diri.. 爏o nasip baik la cite comel ni plakon nye comel.. kalau x mmg merosakkan imej comel betol heheheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
aku suke lagu die..sape yg nyanyi eks? |
|
|
|
|
|
|
|
ade gak kawan aku pomote diri sendirik..angah comel...x comel pon...mencik akuOriginally posted by krepek_pisang at 15-4-2009 19:28 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku anti skit dengan pekataan comel.. sbb sekolah dulu ade sowang budak ni.. bg gelaran diri sendiri sebagai "kakak comel".. heheheheh masaalah nye tang mane comel nye aku pon x tau.. gile promo ... |
|
|
|
|
|
|
|
watak comel n amy mastura lam gambo tuh x abis2 dgn fake eyelashes..x seswai dak pmpuan pkai eyelashes..x sker amy mastura...bdn kcik tp mulut kepoh cam nenek.... |
|
|
|
|
|
|
|
citer nie bes psl ada amy masture jerr..tp skrang berlakon jd mak2 plak...heheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|