View: 5146|Reply: 47
|
Maestro ditutup - kemana hala tuju Mawi selepas ini?
[Copy link]
|
|
jeng jeng jeng
nantikan 30hb Mac nanti.
[ Last edited by Syd at 28-3-2009 08:00 ] |
|
|
|
|
|
|
|
aper criter neh......? |
|
|
|
|
|
|
|
maestro nak tutup dah
tak tahu mawi pasni jadik artis rakaman antara angsa mana laks
|
|
|
|
|
|
|
|
Maestro tutup kedai
Oleh HARYATI KARIM, JESSABELL SOO dan TENGKU SUZANA
[email protected]
KAKITANGAN Maestro mengosongkan pejabat syarikat itu di Damansara, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai operasi syarikat rakaman dan pengurusan artis terkenal Maestro Talent Management Sdn. Bhd. (Maestro) akan dihentikan pada 1 April ini bakal menjadi kenyataan.
Walaupun Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez (gambar) dan Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status operasi syarikat itu, namun pejabatnya di Bukit Damansara di sini sudah bersiap untuk ditutup.
Tinjauan Kosmo! di pejabat Maestro semalam mendapati semua kakitangan syarikat itu sibuk mengemas barang-barang untuk meninggalkan pejabat mereka.
Kosmo! turut difahamkan, semua 19 kakitangannya juga telah menandatangani surat berhenti kerja yang berkuat kuasa 31 Mac ini atas alasan syarikat mengalami masalah kewangan.
Freddie bersama Zainir juga dilihat hadir ke pejabat berkenaan sekitar pukul 4.30 petang dan mereka dikatakan menemui setiap pekerja secara individu untuk memberi penjelasan serta surat berhenti kerja dan meminta mereka mengosongkan premis itu.
Zainir yang keluar dari pejabat Maestro kira-kira pukul 7.25 malam bagaimanapun enggan mengulas mengenai penutupan operasi syarikat itu.
"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan. Buat masa ini saya tidak boleh beri sebarang kenyataan,'' kata Zainir yang terkejut melihat kehadiran wartawan di pejabat itu.
Maestro ialah sebuah syarikat bersekutu milik Astro yang ditubuhkan pada 24 Julai 2003 dan kini menaungi lebih 40 orang artis, kebanyakannya bekas peserta program Akademi Fantasia dan Raja lawak.
Dalam pada itu, Freddie turut enggan mengulas mengenai perkara itu dengan alasan semuanya akan diuruskan oleh pihak Astro.
"Saya memohon maaf dan harap anda faham bahawa saya tidak boleh komen,'' kata Freddie. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 27-3-2009 20:45
jeng jeng jeng
nantikan 30hb Mac nanti.
30 mac eh syd?
laju jer dia dpt date
tapi staff maestro... semalam last kan ?
<bace kat gosiplah > |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Syd's post
owhh.. dah keluar paper
Apa yg aku faham <dgn bace laju ni.. nak balik kg>
Astro yg arahkan maestro tutup kedai <kata2 freddie>
tak menguntungkan... jgn byk cakap ... berhentikan operasi |
|
|
|
|
|
|
|
selamatlah utk semua yg dah tamat kontrak
marsha - mcm boleh survive kot ngan lakonan n dah mula bisnes jeans
pejal - mmg dah tak mahu sambung.. sure ada plan tersendiri
yazer - mmg tak berapa nampak aktiviti seninya.. jadi teruskan hidup
mawi ??? jeng jeng jeng
adakah akan buka gerai nasi lemak? balik kg tnm jagung or kait kelapa sawit?
bergantung kepada butik tudung kikin? eh belum ada kan?
sama-samalah kita saksikan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niy at 28-3-2009 07:34
selamatlah utk semua yg dah tamat kontrak
marsha - mcm boleh survive kot ngan lakonan n dah mula bisnes jeans
pejal - mmg dah tak mahu sambung.. sure ada plan tersendiri
yazer - mmg tak bera ...
Katanya Mawi bakal masuk Astro Entertainment which is directly under Astro. |
|
|
|
|
|
|
|
Sentral: Maestro tamatkan operasi semalam
KUALA LUMPUR: Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro), syarikat pengurusan artis terkenal menamatkan operasinya berkuasa kuasa semalam.
Menurut sumber dalaman syarikat pengurusan terbabit memberitahu, mereka sudah menerima surat pemberhentian kerja berserta gaji terakhir pada petang semalam daripada Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah.
“Kami diberikan notis selama dua hari untuk mengemaskan barang. Bagi kakitangan kontrak, mereka sudah pun menerima surat pemberhentian kerja,” kata sumber itu kepada Berita Harian, semalam.
Ditanya apakah alasan Astro bertindak sedemikian, sumber itu berkata; “Perubahan ini dilakukan kerana Astro mahu melakukan satu transformasi baru”.
Bagaimanapun, Berita Harian difahamkan, beberapa penyanyi sudah pun dipilih untuk berada di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd. Antaranya adalah Mawi, Stacy, Dafi, Farah dan Mila, manakala yang lainnya akan ditamatkan kontrak.
Ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan, Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez meminta supaya pertanyaan itu diajukan kepada pengurusan Astro kerana ia di luar bidang kuasanya.
“Saya tidak boleh mengulas panjang dan saya serahkan perkara ini kepada Astro untuk memberikan kata putus,” kata Freddie.
Sementara itu, Zainir juga enggan memberikan sebarang komen mengenainya.
Maestro Talent & Management Sdn Bhd ditubuhkan pada 24 Julai 2003 dan beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan artis yang dilahirkan menerusi pelbagai program terbitan Astro,
Beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara, Maestro mempunyai 13 kakitangan dan mengendalikan lebih 30 artis. Juara program Raja Lawak musim ketiga, kumpulan Sepah adalah artis terbaru di bawah pengurusan Maestro. |
|
|
|
|
|
|
|
tanam sayur
laaa sawi oooi |
|
|
|
|
|
|
| |
|