View: 11781|Reply: 88
|
Kritikan Ikhlas Ayah Untuk Akim AF7
[Copy link]
|
|
Media Galeri
![](http://media.mit.net.my/photo/59/482009_ayahakim%28a%29.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto Mazlan Yunos
Tahun ini, gelaran pelajar lelaki paling muda Akademi Fantasia 7 (AF7) dipegang oleh jejaka kacak dari Selatan iaitu Afiq Akim Ahmad atau Akim, 18. Anak muda yang baru saja ditransformasikan gaya rambutnya pada konsert minggu lalu dengan gaya lebih kemas dan diumumkan sebagai pelajar terbaik minggu yang sama.
Untuk mengenali dengan lebih dekat siapa Akim sebenarnya, murai.com.my berjaya menghubungi ayahnya, Ahmad Sulaiman yang tidak lokek berkongsi cerita anak ketiganya itu.
"Akimseorang yang periang dan peramah. Walaupun orang nampak dia agakagresif dalam akademi tapi hatinya lembut. Malah, Akim bukannya orangyang suka cakap belakang. Kalau dia tak puas hati dia akan terusluahkan isi hatinya itu. Tapi dia memang mudah mesra," ujar ayah Akim.
Selain itu, Pak Ahmad juga ada kritikan tersendiri untukanaknya memandangkan dia sebelum ini pernah bergelar penyanyi di usiamudanya.
Pak Ahmad berkata, dia tertarik dengan prestasi anaknyamenyanyi di pentas. Namun, dia akuinya anaknya itu masih belum pandaimengawal mikrofon ketika mendendangkan lagu rancak yang memaksanyauntuk menari.
Sementara itu, Pak Ahmad mengakui bahawa Akimadalah anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie Sserta pemain bass kumpulan Mega iaitu Mat Mega atau nama sebenarnya,Mohamad Sulaiman.
"Akim tak pernah ada sesiapa saudara mara yangpernah masuk AF sebelum ini. Dia bukanlah sepupu Fitri AF2 seperti yangdigembar-gemburkan. Namun, dia memang ada pertalian dengan Mat Mega danSofie S. Mereka berdua ini adalah adik saya," katanya.
Ditanya mengenai harapan si ayah untuk anak terunanya itu, beliau menjawab:
"Sayaharap Akim boleh sampai ke final. Saya tak kisah orang nak cakap apatentang anak saya. Saya dah ada pengalaman macam ini oleh sebab adiksaya 2 orang dulu juga artis.
"Terus-terangsaya suka AF sebab perkataan akademi. Segala macam tentu ilmu nyanyianboleh dapat dalam akademi. Tapi kalah menang saya tak kisah. Kalau adarezeki Insya-Allah dia boleh berjaya. Apapun, terima kasih kepada semuapeminat Akim yang banyak menyokongnya," kata Pak Ahmad.
Menarik tentang Akim sekeluarga...1. Anak muda yang aktif sukan dan suka bermain bola sepak. Dia pernah mewakili sekolah untuk peringkat MSSN.
2. Selain bola sepak, Akim juga pernah mewakili sekolah ke Sabah untuk sukan sofball.
3. Walaupun tarian sering dapat kritikan, Akim pernah menjadi penari zapin sewaktu di sekolah rendah.
4. Memandangkan Akim baru tamat SPM, famili sudah merancang untuknya sambung belajar. Ayah Akim tak halang anak
menyanyi asalkan pelajaran tidak diabaikan.
5. Tidak dinafikan Akim mendapat bakat nyanyian dari ayahnya yang pernah menjadi penyanyi untuk Kumpulan
Pancaragam Adik Beradik pada tahun 1978..
6. Ayahnya juga pernah menjadi artis residen untuk Radio Malaysia Johor.
7. Kalau Akim menyertai AF ayahnya pernah menyertai Bintang RTM.
8. Akim juga sangat rapat dengan Mat Mega dan Sofie S yang pernah merakamkan banyak album.
9. Ayah Akim kini bertugas sebagai penyelia di Pusat Pos Laju, Larkin, Johor Bahru.
10. Akim merupakan anak ketiga dari 4 orang adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang, kakak dan adik lelaki.
11. Sebelum ini Akim pernah bersekolah di Sekolah Johor Jaya.
12. Akim tidak merokok dan inilah petua ayah Akim jika mahu jadi penyanyi jangan merokok.
13. Akim juga pandai berlawak dan mempunyai kawan yang ramai.
14. Akim adalah penyeri di rumahnya. Ketiadaannya membuatkan rumahnya sunyi sepi.
15. Akim seorang penyayang dan sangat rapat serta rajin berborak dengan ibunya. |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
emmm...so sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttt....heheh....wahh lara...laju jer..dah ader sini..heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya adik dia yang masuk AF
|
|
|
|
|
|
|
|
thank u..alin....bestttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
mntg2 la rambut die mse nih kembang lebih kurang mcm fitri...
ske suki jek ckp ade kne ngene ngan fitri |
|
|
|
|
|
|
|
rumah dia lawala...kt mana eh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 SaVilara's post
Takde maknanya
Bukan sebab apa tapi sebab adik dia nampak macam kurang panas baran sikit
|
|
|
|
|
|
|
| |
|