View: 45059|Reply: 204
|
LAGENDA : CUCU BETONG
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 13-1-2010 08:21
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 7-12-2009 22:18
Post Last Edit by Syd at 2-12-2009 17:21
Dengarnya... Drama Anak Betong bersambung
Oleh Normah Becok
SETIA Papa juga dugaan daripada Tuhan, pasti ada kemanisan di penghujungnya. Itu yang dirasai penerbit dan pelakon, Sheila Rusly apabila produk terbitan syarikatnya kebelakangan ini menjadi mangsa kecaman dan kritikan daripada banyak pihak.
Cik Normah rasa Sheila kena berfikiran terbuka. Dalam perkara macam ini, memang setiap orang ada pendapatnya masing-masing. Cuma, Sheila janganlah mudah tersinggung dengan setiap kritikan itu. Ini pun cara untuk meningkatkan mutu penerbitan drama yang dibuat oleh Sheila sendiri.
Iyerlah, kalau semuanya hendak pujian saja, lama-kelamaan kita pun tak yang mana satu baik, mana satu buruk. Terbaru Cik Normah dapat tahu, Sheila mendapat tawaran untuk menyambung semula drama bersiri, Anak Betong yang mendapat sambutan hangat ketika ditayangkan TV3, sedikit masa lalu.
Drama itu sebelum ini mendapat banyak kritikan. Sehingga hari ini, Sheila masih berdiam diri. Pernah juga Cik Normah menjolok pertanyaan panas tetapi isteri kepada pengarah, Jinggo ini tetap membisu.
Bagi Cik Normah, apabila drama itu dapat kritikan atau teguran, bermakna orang ramai menonton dan memberi perhatian terhadap drama terbitan Sheila sendiri. Itu paling penting. Maklum balas daripada penonton atau orang ramai penting untuk memperbaiki penerbitan karya seterusnya.
Daripada apa yang Cik Normah dengar, drama bersiri terbaru itu akan menggunakan judul Cucu Betong. Bagaimana jalan ceritanya, takd apat Cik Normah pastikan. Skrip pun masih pada peringkat pembikinan kerana drama itu hanya akan memulakan penggambaran Jun nanti. Cik Normah dapat tahu, musim terbaru program masakan popular kendaliannya, Ketuk-Ketuk Ramadan juga bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
choiii perluke... kang ade plak sambungan lagi ... moyang betong plak ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pttlah ending cam hanjeng... ada sequel ropanya.. kot ye pun buatla senonoh sket ending anak betong..choii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 beta_carotene's post
aku setuju.. aku tgk ending dia terus aku menc-harut tak hengat..
kalau dia buat ending gantung tak bertali gak dalam siri baru nih mmg kene bom ah produksi nih...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHA... kelakarlaa cucu betong... cicit betong... pembetongan... hahaha... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lawak nye tajukkkk....cucu betong |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nanie at 16-4-2009 17:31 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
lawak nye tajukkkk....cucu betong
cucu betong? kan elok letak waris betong ke.. nampak la komersial skit.. dah abih ke perkataan dlm bahasa malaysia nak buat tajuk drama? hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
wahh ni yg tak sabar nka nungu cucu betung ni....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
korang sapa, anak jagat yg mana jd cuuc betong tu? yer la.. dia kan ada 3 bini, dah tu 3 sekali ari tu kan mengandung.. tp 3 org tu gak piap (mati).. ermm camner ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 cik_tijah\ catat
fatihah tu pon pregnant ker ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
fatihah pun pregnant gak kalau tak silap.. kalau semua bini dia mati, so mai mana cucu ni? adehh takkan anak dia dgn si malika kot? huaaargghh huuaarrrgghh |
|
|
|
|
|
|
|
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat..
tema peribahasa plak..terus menang award drama terbaik katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hyie at 23-4-2009 11:29 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat..
tema peribahasa plak..terus menang award drama terbaik katanya
award apa dpt.. sistem pembentungan terbaik. blh gitu? hikhikhikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Sheila Rusly Terpaksa Bergayut Atas Pokok Demi Malika
Oleh R.K.SHYAMALA
![](http://mstar.com.my/archives/2009/12/2/mstar_hiburan/CUCu%202.jpg)
Shiela Rusly melakonkan watak Malika bergambar dengan Mohd Naim (Raqib)di set penggambaran drama bersiri 'Cucu Betong'
AKTRES Sheila Rusly terpaksa memberanikan diri bergayut dari tempat-tempat tinggi bagi memberi penghayatan pada watak jahat yang dibawanya, 'Malika', dalam drama 'Cucu Betong'.
Sheila menganggap aksi bergantung di tempat tinggi ini salah satu cabaran yang perlu dihadapinya untuk drama seram ini.
'Cucu Betong' akan ke udara pada pukul 4.30 petang dari hari Isnin (8 Disember) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3 dan merupakan kesinambungan drama ‘Anak Betong’ yang pernah popular sedikit masa dulu.
'Cucu Betong' dan 'Anak Betong' adalah arahan suami Sheila, Jinggo.
Namun, kata Shiela, ini tidak bermakna yang dia tidak risau mengenai keselamatan diri.
"Walaupun risau mengenai keselamatan diri, saya tetap memberanikan diri untuk bergantung dari tempat-tempat yang tinggi seperti di atas pokok dan bangunan pada waktu malam.
"Saya lakukan semua ini untuk mendapatkan sudut penggambaran yang terbaik," jelas Shiela semasa ditemui di majlis ramah mesra drama bersiri ‘Cucu Betong’ di Sri Pentas semalam.
Apabila ditanya kenapa aktres itu sering berlakon dibawah terbitan syarikatnya sendiri, J.S Pictures (J.S bagi singkatan nama Jinggo dan Sheila), Sheila berkata pengarah tempatan lain tidak berani memberi peluang kepadanya untuk melakonkan watak yang mencabar kepada pelakon-pelakon yang bertudung.
![](http://mstar.com.my/archives/2009/12/2/mstar_hiburan/sheila%20bergantung.jpg)
Shiela Rusly melakonkan aksi lasak di set penggambaran drama bersiri 'Cucu Betong'
"Walaupun mendapat tawaran berlakon di bawah syarikat terbitan lain, saya memilih untuk berlakon dalam watak yang lebih mencabar walaupun kini sudah bertudung.
"Saya ingin menolak persepsi masyarakat yang menganggap wanita bertudung mempunyai perwatakan yang sopan dan tidak boleh beraksi lasak semasa berlakon.
Sheila juga lebih selesa berlakon dibawah arahan suaminya Jinggo.
"Suami saya memahami keadaan diri saya yang sudah bertudung dan mengizinkan saya untuk membawa watak-watak yang mencabar.
"Berlakon seperti sudah sebati dengan darah daging saya dan apabila sudah mencapai tahap ini, saya ingin melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan berhasrat membawa watak-watak yang jarang dilakonkan oleh wanita bertudung," tambah Sheila.
Sheila kini sedang sibuk berlakon dalam drama bersiri ‘Bila Musang Berjanggut’ dan ‘Roh.’
Beliau juga akan berlakon dalam sebuah telemovie yang akan ditayangkan sempena hari Mulidur Rasul nanti.
Bercakap mengenai syarikat terbitannya iaitu J.S Pictures Sdn.Bhd, Sheila berkata syarikatnya tidak akan menerbitkan filem dalam masa terdekat.
"Kami sekarang lebih tertumpu menerbitkan drama kerana drama lebih mendapat sambutan dari filem.
"Syarikat kami juga tidak mempunyai kapasiti dari segi tenaga kerja dan kewangan buat masa ini.
"Walaupun begitu, saya mempunyai banyak idea untuk masa-masa akan datang. Saya juga bercadang untuk menerbitkan filem apabila keadaan ekonomi bertambah pulih nanti," akhiri Sheila.
Pengarah drama 'Cucu Betong', Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, pula berkata, apa yang menarik mengenai ‘Cucu Betong’ ialah ianya lebih seram dan dramatik.
"Karakter-karakter yang dipaparkan lebih menyerlah berbanding ‘Anak Betong.’
"Walaupun ianya merupakan sebuah drama sekuel, ceritanya penuh dengan misteri dan akan membuatkan penonton tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya," jelas Jinggo.
Selain itu tambahnya lagi, walaupun drama bersiri ini hanya untuk hiburan, ada juga diselitkan ciri-ciri keislaman seperti amalan berzikir.
"Watak Malissa (lakonan Farisha Ayu) dalam drama ini akan putus asa dengan hidup dan untuk mencari ketenangan, dia akan mula berzikir.
"Walaupun drama ini hanya sekadar hiburan, ia juga disertakan dengan unsur-unsur keagamaan yang mengingatkan para penonton untuk kembali ke jalan benar," ujar Jinggo.
Sementara itu, antara barisan pelakon drama bersiri ini adalah Ezany (Zaman), Fizz Fairuz (Jagat) Sheila Rusly (Malika) Mohd Naim (Raqib) Farisha Ayu (Malissa), Maya Matahari (Naya), Sofia Jane (Ratu Solowangi) Emilda Rosmila (Katrina) dan ramai lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
budak tu ke yg berlakon cucu betong??
best ke lakonan dia?
mcm tak best jer..![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
takut tgk muka sheila @ malika |
|
|
|
|
|
|
| |
|