View: 8496|Reply: 122
|
statement2 yang diberikan oleh pihak produksi
[Copy link]
|
|
sarimah
"kitorang bagi airtime pasal certain student sebab mereka masih lemah"
![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Cikgu Siti Jawab Isu Pilih Kasih
KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2009: Disebabkan isu pilih kasih, bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim 7(AF7). Biarpun tuduhan tersebut adakalanya keterlaluan, ia masih tidakmematahkan semangat barisan tenaga pengajar itu untuk terus mencurahkanilmu mereka kepada pelajar yang masih bertahan. Sungguhpunbegitu, adakalanya sinar wajah tenaga pengajaritu menampakkan kekecewaan kerana tidak berupaya menjelaskan apa yangsebenarnya dilalui oleh mereka dalam akademi bersama kesemua anak didikmereka.
Peminat hanya membuat penilaian menerusi apa yangmereka lihat dari kaca TV dan pentas semata-mata tanpa tahu seterukmana tugas seseorang tenaga pengajar yang cuba memberikan layanan sertatumpuan sama rata.Bagi mendapatkan pengesahan lanjut tentang isu pilih kasih yang sedang meledak sekarang ini, murai.com.my berkesempatan untuk mewawancara guru vokal Cikgu Siti Hajar Ismail.
"Sikappilih kasih di kalangan pelajar ini tidak pernah timbul dan ia samasekali sesuatu yang cukup mustahil untuk berlaku kerana kita perlumemastikan setiap pelajar melakukan yang terbaiksetiap minggu. Barangkali tuduhan itu berlaku kerana penonton melihatkita berinteraksi dengan seseorang pelajar itu menerusi Diari AF tapihakikatnya, banyak lagi yang tidak terlihat.
"Masa yang dihabiskan tenaga pengajar dengan pelajar-pelajar bukan sekadar 8 jam sehari tetapi lebihdari itu. Dalam tempoh itu, macam-macam yang kita lalui dengan mereka.Apa yang diperbincangkan bukan sekadar pembelajaran mereka semata-matamalah mencangkupi soal kehidupan setiap pelajar yang berada di AF7,"katanya.
Sungguhpun begitu, Cikgu Siti berkata, dia tidakmenafikan, kadangkala apabila ada pelajar yang terlalu lemah, tumpuanakan lebih diberikan terhadap mereka. Namun, seboleh-bolehnya merekacuba bersikap adil kepada semua pelajar.
"Kalau ada yangmengatakan mengapa saya kali ini tidak marah-marah lagi macam dulukhususnya terhadap pelajar-pelajar yang lemah pada kali ini, iadisebabkan sikap pelajar-pelajar yang kita pilih sekarang ini semuanyapositif. Sama ada yang dah terkeluar mahu pun yang masih ada, sama adayang konsisten atau pun lemah, semuanya menampakkan semangat untukmemperbaiki kelemahan diri mereka.
"Jadi, bagaimana sayahendak marah-marah macam dulu kalau kali ini saya mendapat kesemuapelajar yang mempunyai sikap serta semangat yang kental? Kalau sayamarah pun cuma seorang saja iaitu Rubisa kerana dia selalu berjanjiuntuk memperbaiki kelemahannya tapi akhirnya kelemahan tersebut tidakpun diperbaiki," katanya.
Tentang tuduhan yang mengatakan diadan Cikgu Fati mempertahankan Aril dan Akim sewaktu pengkritikmemberikan komen mereka dalam konsert minggu keempat, Cikgu Sitiberkata, ramai telah salah anggap dengan tindakan mereka itu.
"Adakahsaya dan Cikgu Fati marah dan tidak setuju dengan kritikan yangdilemparkan pengkritik pada malam itu? Rasanya tidak. Sebaliknya sayadan Cikgu Fati dengan wajah senyuman hanya memperbetulkan kenyataanpengkritik bahawa pertandingan ini bukan sekadar pertandingan nyanyiantetapi meliputi keseluruhan persembahan," ujarnya.
Rasionalnya Aril Jadi Pelajar Cemerlang
KL, 14 APRIL 2009: Dah berminggu-minggu Murai Batumengikuti konsert Akademi Fantasia 7 (AF7). Rasanya dalam banyak-banyakkonsert yang diadakan setakat ini, konsert mingguan ke-5 yang diadakanpada Sabtu lalu adalah konsert AF7 yang terbaik. BukanMurai Batu seorang saja yang merasakannya tapi ramai lagi khususnyapeminat setia program AF meluahkan pandangan yang sama. Rata-rataberpendapat bahawa mereka sudah mula berasakan feel AF itu di dalam konsert mingguan kelima AF7 tersebut.
Tahniah buat pihak produksi AF7. Tahniah juga buat Pengarah Muzik Acis serta team pemuziknya kerana telah memainkan serta memberikan susunan muzik yang menarik bagi setiap lagu yang dipersembahkan setiap pelajar. Begitujuga dengan kesemua tenaga pengajar serta Principal di fakulti akademiyang telah berusaha keras untuk memastikan setiap pelajar membuatpersembahan yang terbaik pada malam itu. Sungguhpun begitu dalam banyak-banyak persembahan pelajar padamalam itu, Murai Batu paling suka dengan persembahan Aril, Hafiz danClaudia. Nampak betul peningkatan mereka dalam konsert minggu kelimaini.
Jadi Murai Batu pun tak terperanjat apabila Aril dipilihlagi sebagai Pelajar Cemerlang selepas konsert itu berakhir. Sebab,sepanjang menonton Diari AF, Aril telah telah menunjukkan peningkatanyang cukup bagus dalam pelajarannya. Mungkin ramai yang masihingat bahawa pelajar cemerlang diberikan berdasarkan persembahan merekapada malam konsert. Sebenarnya perkara itu tidak benar sama sekali. Pelajar cemerlang dipilih bukan berdasarkan kecemerlangan mereka dalamkonsert mingguan tetapi lebih kepada prestasi dan tumpuan mereka sepanjang berada dalam setiap kelas di akademi itu. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Benarkah Hafiz Dianaktirikan?
KUALA LUMPUR, 16 MAC 2009: Hanya disebabkan sedikit sedutan paparan Diari AF yang nampak seakan lebih mengutamakan beberapa pelajar tertentu di Akademi Fantasia Ke-7 (AF7), Hafiz kini dianggap seperti dianaktirikan di dalam akademi tersebut. Tidakcukup dengan itu, kesemua tenaga pengajar di akademi tersebut telahdituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila dilihat bangun untukmemperbetulkan kenyataan pengkritik sewaktu mereka menilai persembahanAril dan Akim dalam konsert mingguan AF7.
Bukan setakat itusaja, tenaga pengajar sekali lagi disalahkan apabila Hafiz diberikanlagu-lagu yang dianggap tidak begitu hits atau popular, padahalpemilihannya membabitkan perbincangan mereka bersama pihak produksi. Hal yang sama turut berlaku apabila tenaga pengajar memilihpelajar lain sebagai pelajar cemerlang khususnya Aril yang telahmenyandang gelaran tersebut sebanyak 2 kali kerana telah menunjukkanpeningkatan yang semakin baik sepanjang minggu berada di akademi.
Pelbagai kata-kata kurang enak yang kedengaran, kononnya tenaga pengajar sengajaberbuat demikian kerana mahu menonjolkan pelajar yang lebih merekagemari semata-mata. Sungguhpun begitu, tiada siapa yangsebenarnya tahu apa yang dilalui Hafiz serta pelajar lain yang beradadi dalam akademi itu selama 8 jam selepas mereka memulakan kelas merekadari jam 9 pagi hingga jam 5 petang setiap hari.
Malah, tidak siapa juga yang tahu bagaimana bertungkus-lumusnya tenaga pengajarmenumpukan perhatian terhadap mereka semua untuk memastikan merekaberjaya menjadi pelajar AF7 yang dikagumi setiap minggu. Dalamhal ini, tidak timbul sama sekali soal sikap pilih kasih, pilih buluatau siapa yang paling banyak mendapat layanan yang istimewa daripadatenaga pengajar di dalam akademi tersebut. Namun, beberapa sedutandrama yang sentiasa dipaparkan di dalam Diari AF telah berjayamencetuskan persepsi yang berbeza.
Sumber daripada pihakproduksi AF7 sendiri mengakui bahawa apa yang dipaparkan di dalam DiariAF hanyalah sedutan daripada beberapa elemen-elemen menarik yang berlaku setiap hari di akademi.
"Untukmemaparkan kesemuanya adalah satu benda yang mustahil. Dengan waktuyang terhad inilah kita cuba gabungkan kesemua elemen-elemen menarikyang terdapat di dalam akademi. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
"Jadi, apa yang ditontonitulah hanyalah cebisan daripada apa yang sudah kita gabungkan daripadakesemua rakaman yang diambil sepanjang hari di akademi. Proses iniberlaku setiap hari.
"Mungkin ada yang bertanya mengapa tidak kami cuba paparkan pengajian mereka di kelas dengan lebih banyak lagi.Kami pernah cuba tetapi apa yang dimahukan penonton secara majoritinyadan bukanlah pengajian mereka di akademi semata-mata.
"Tetapi,bagaimana mereka melalui kehidupan di akademi setiap hari. Bagaimanamereka menyesuaikan diri di antara mereka. Bagaimana emosi mereka padawaktu itu. Inilah yang sebenarnya yang penonton mahukan.
"Kami sedar keadaan ini telah menampakkan Hafiz seolah-olah seperti sedangdianaktirikan tenaga pegajar tetapi hakikatnya ia sama sekali tidakberlaku tetapi inilah sebahagian daripada rencah program realiti AF,"kata sumber itu lagi.
Apapun, sepanjang berada di akademi,Hafiz sentiasa dilabel tenaga pengajar sebagai seorang pelajar yangsentiasa konsisten, mudah menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan,versatile serta mempunyai bakat menyanyi yang semulajadi. Berikanapa saja lagu kepada Hafiz, kebanyakan tenaga pengajar tahu bahawaHafiz mampu melakukannya dengan baik. Bakat Hafiz sebenarnya telahditemui Cikgu Syafi sewaktu Hafiz menghadiri ujibakat di Kuching,Sarawak. Begitu kagum dengan bakat Hafiz, Cikgu Syafi telahmelabelkan Hafiz sebagai Guy Sebastian Malaysia serta menyifatkan Hafizsebagai salah seorang pelajar yang bakal memberikan kejutan di dalamAF7. Ternyata ramalan Cikgu Syafi terhadap Hafiz sangat tepat.Sekarang ini, terletak kepada pelajar lain pula untuk mencapai tahapyang sudah dicapai Hafiz. Atas sebab itu, gelaran pelajar cemerlangdiberikan kepada pelajar yang lemah tetapi berjaya menunjukkanpeningkatan yang baik dari masa ke sama
[ Last edited by eekkamouse at 16-4-2009 22:32 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ALASAN BODOH!! AKU DAH MARAH SANGAT DAH NI! |
|
|
|
|
|
|
|
elemen menarik ke klu yazid ngarut ntah pape kt kamera...
becakap mcm x benti...
cite bende yg sama cume ngan org len dan care yg len
MENARIK SGT KE????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 kecikgurl's post
tu la pasal!!
menarik sangat ke dia buat air untuk tenaga pengajar??? menarik sangat ke dia feeling sorang2 menyanyi?? menarik sangat ke tunjuk dia cuba nyanyi part yang sama je berulang kat dapur tu????
MENARIK SANGAT KEE?????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
ct hajar bagi alasan camtu cos takkan dia nak mengaku kesalahan sendiri.. siapa nak mengaku dia pencuri? siapa nak mengaku dia berak kat tengah jalan? kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 opahcikcur's post
the biggest loser ? ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
atau....
mungkin pihak produksi sebenarnya tak suka cikgu-cikgu tu, so untuk buat cikgu2 ni nampak bersalah, so meka buat editing seolah2 cikgu2 ni berat sebelah/bias
(bersangka buruk terhadap produksi) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 mamat_lazim's post
wahh.. sinis tol statement ni... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adziah at 16-4-2009 22:36 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
wahh.. sinis tol statement ni...
sinis eh..kan anugerah pelajar cemerlang utk pelajar yg lemah yg meningkat prestasi nya.. mengikut kata cikgu sapie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 mamat_lazim\ catat
dan menunjuk pada penonton yg BAKAL PELAJAR CEMERLANG nie telah bekerja keras sampai mengalirkan aek mata,dan sanggup membuat apa saja(termasok aek milo) utk cikgu cikgi beliau....![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 opahcikcur's post
opah ni diantara tenaga produksi ke? macam terasa je... siapa makan cili dia rasa pedas kan... hoohohoh |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah tunjuk yazid bekerja keras...this week dapat pelajar cemerlang kekdah eh |
|
|
|
|
|
|
| |
|