View: 3165|Reply: 27
|
Tiara Terkilan Qhaud Tersingkir
[Copy link]
|
|
Tiara Terkilan Qhaud Tersingkir
![](http://media.mit.net.my/photo/59/4212009_tiarasebak%28a%29.jpg)
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2009: Satu malam penuh emosi buat semua tenaga pengajar di fakulti Akademi Fantasia 7(AF7) apabila Qhaud telah diumumkan sebagai pelajar ke-5 yangtersingkir daripada program realiti popular terbitan Astro itu, Sabtulalu.
Daripada principal Tiara Jacquelina J, Cikgu Fatimah,Cikgu Siti Hajar, Cikgu Syafi, Ms Ida Nerina, Cikgu Aris dan CikguAcis, masing-masing tidak dapat menahan sedih apabila melihat pelajartersebut menarik bagasinya untuk keluar dari akademi setelah menjadi mangsa undian SMS terendah.
Semuaini bukan sekadar satu lakonan atau drama yang sengaja dibuat-buatoleh semua tenaga pengajar tetapi hakikat yang berlaku sejurus selepasQhaud terkeluar.
Paling ketara yang tidak dapat menahan sebak pada malam ituadalah Tiara sendiri selain Cikgu Fati serta Cikgu Siti. Beberapa kaliair mata mereka bergenang sehingga Qhaud terpaksa mengesat pipi CikguSiti.
Qhaud bagi mereka adalah seorang pelajar AF7 yang baik,mendengar kata, mempunyai motivasi diri yang kuat dan sentiasa berusahauntuk memperbaiki kelemahan diri, tenang serta redha menghadapi apa juaperkara.
Apa yang lebihpenting lagi, Qhaud adalah pelajar yang sentiasa menjadi imamsetiap solat berjemaah. Malah, dialah yang sentiasa memulakan bacaan doa setiap kali sebelum pelajar-pelajar memulakan persembahan dalamkonsert mingguan.
"Saya tidak dapat bayangkan bagaimanajadinya suasana di Akademi apabila tiadanya Qhaud. Dia jugalah yangsentiasa menyuntik semangat serta selalu memberikan motivasi kepadapelajar-pelajar lain," kata Tiara selepas keputusan diumumkan malamitu.
Kata Cikgu Siti pula: "Bukan kami saja yang merasaikehilangan Qhaud tapi saya pasti pelajar-pelajar lain turut merasai halyang sama dan berkat usaha gigihnya, dia berjaya memberikan persembahanyang cukup baik pada malam ini.
"Saya sangat bangga denganpencapaian Qhaud. Dia berjaya membuktikannya kepada kita semua. Tapilihatlah dia dia sentiasa saja tenang. Memang itulah Qhaud dan diaselalu tidak pernah lupakan Tuhan, tidak pernah lupa solat. Tapi semuaitu bukannya sengaja dibuat-buat," kata Cikgu Siti yangmatanya bengkak akibat banyak menangis.
Qhaud pelajar cemerlang minggu lalu
PrincipalTiara pula berkata, apa yang membuatkan dia dan semua tenaga pengajarterkilan adalah kerana mereka sudah sebulat suara memilih Qhaud sebagaipelajar cemerlang pada minggu lalu.
"Pemilihan Qhaud dibuat kerana dia begitu bekerja untuk melakukan yang terbaik dan perubahan itu sangat ketara sekali sewaktu berada di dalam setiap kelas.
"Sayangnya,sebelum sempat gelaran itu diberikan kepadanya, dia telah tersingkirpula. Itulah yang membuatkan saya betul-betul rasa terkilan," katanyadengan nada yang hampir menangis lagi.
"Apapun saya sayabangga kerana selain Qhaud, semua pelajar lain telah menunjukkanpeningkatan yang ketara dalam persembahan mereka," katanya.
Sementara itu Qhaud sendiri berkata, dia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam AF7.
"Saya sentiasa redha dan bersedia dengan penyingkiran ini. Tetapi selepas diberikan lagu Seruan yang pernah dipopularkan Lefthanded, saya mula berazam untuk bekerja keras serta membuat yang terbaik.
"Impiansaya ialah untuk menjadi pelajar cemerlang. Sebab itu saya banyakmelakukan latihan termasuklah di bilik air dan rasanya Tuhan sudahtentukan untuk saya membuat yang terbaik pada malam ini.
"Tapi, terus terang saya katakan, saya memang tidak pernah membawakan lagu Seruansebelum ini. Selama ini pun, saya sentiasa diberikan lagu-lagu yangasing buat diri saya. Tapi kenangan paling manis apabila dapatmenyanyikan lagu M Nasir kita iaitu Phoenix Bangkit Dari Abupada minggu yang pertama dan kenangan paling terindah pula bilaberpeluang membawakan lagu Seruan bersama band Lefthanded sendiri,"katanya.
Ditanya tentang VT Aishah memotong kukunya, Qhaudberkata, sebenarnya bukan Aishah seorang saja yang pernah memotongkankuku untuknya tetapi ia pernah dilakukan pelajar-pelajar termasuklahtenaga pengajar yang lain.
"Sebelum ini, Aril, Yazid dan Ismapernah potong kuku untuk saya. Cikgu-Cikgu yang potongkan kuku sayapula ialah seperti Cikgu Siti Hajar sendiri. Tapi, tak tahulah kenapagambar saya dan Aishah itu pula yang keluar. Tapi saya memang takpandai potong kuku sendiri," katanya tersenyum manja. |
|
|
|
|
|
|
|
Wajarkah AFMasuk Diwujudkan Semula?
![](http://media.mit.net.my/photo/59/472009_wajarafmasuk%28a%29.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos
Sejak program Akademi Fantasia 7 (AF7) dianjurkan, ramai peminat terkejut dengan penyingkiran pelajar kesayangan mereka terutama Zizi dan terbaru, Qhaud.
Zizi nyata menyerlah dengan lagu Aku Dah Bosan nyanyian asal Amy Search dan Qhaud pula menggugat dengan dengan lagu Seruan(Lefthanded). Kebetulan dua-dua berdiri sebagai pelajar terakhirmembuat persembahan pada minggu masing-masing selain Sidi, apakahundian berbentuk SMS itu memberikan kesan kepada setiap pelajarterakhir kerana ruang Afundi buat mereka tidak panjang?
Jadi,, ramai juga meminta supaya lagu bonus dan Menuju Puncak dibuat pada segmen akhir supaya memberikan lebih masa kepada peminat menghantar undian.
Di ruangan komen dalam murai.com.my sendiri,ramai peminat masih mengharapkan Zizi dan Qhaud terutamanya, diberipeluang kedua kerana mereka mempunyai bakat yang besar.
Ketikasidang media tidak lama dulu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul MizanShagul pernah berkata: "Kemungkinan AFMasuk BOLEH berlaku memandangkania pernah berlaku ke atas Lotter AF4 dan Linda Nawuwil AF2. Kemasukanmereka tidak sia-sia kerana ia akhirnya melayakan mereka menjadi naibjohan AF pada musim masing-masing."
Khairul jugaberkata, bilangan pelajar sama seorang atau dua orang yang hendakdisingkirkan pada setiap minggu memanglah dirancang oleh pihak produksitetapi siapa yang tersingkir kelak bukanlah dalam bidang kuasa Astrokerana ia bergantung kepada pilihan penonton AF semata-mata.
Jadikita tunggu dan lihat apakah adanya kejutan AFMasuk di kalangan semuapelajar yang tersingkir kerana sejarah telah membuktikan perkara itutidak mustahil berlaku.
*** ada jugak AFMASUK ni, sbb tenaga pengajar ngan principal masih syg kt qhaud ni... |
|
|
|
|
|
|
|
x payah AF masuk laa... membazir jeee... |
|
|
|
|
|
|
|
... ... rasanya... af masuk ada musim ni...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak pyh afmasuk.... lain la klau peminat qhaud ramai... hrp freekey ajo ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua bangka tak pandai potong kuku ?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada pun AFMASUK
kalau la masuk final pun
bila dah keluar, still tak laku
tak guna jugak
tengok la apa dah jadi kat Linda (tapi Linda cantik)
Lotter? hampeh... |
|
|
|
|
|
|
|
1) Tak pandai potong kuku......Ngada sungguhhh!!!!!
2) Tiara kecewa??? Amboiii overnya....ZIZI dulu lagik cemerlang....takde la plka sedih over overr...
3) AF MASUK??? Nak tambahkan income la tuee.....Kalau ada harap ZIZI yg masuk balik
4) Bagi contoh Linda dan Lotter yg dpt Naib Juara???? Dua dua contoh yg menunjukkan masuk balik...rampas title...dan tak tau pergi mana lepas tueee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 houdini\ catat
ntah guna gg pun bleh ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 freekey\ catat
dah beralih arah neh![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
qhaud...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah terang lagi bersuluh... ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|