CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3137|Reply: 22

Wajarkah AFMasuk Diwujudkan Semula? (murai.com.my)

[Copy link]
Post time 21-4-2009 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung
credit to: http://murai.com.my




Sejak program Akademi Fantasia 7 (AF7) dianjurkan, ramai peminat terkejut dengan penyingkiran pelajar kesayangan mereka terutama Zizi dan terbaru, Qhaud.  

Zizi nyata menyerlah dengan lagu Aku Dah Bosan nyanyian asal Amy Search dan Qhaud pula menggugat dengan dengan lagu Seruan (Lefthanded). Kebetulan dua-dua berdiri sebagai pelajar terakhir membuat persembahan pada minggu masing-masing selain Sidi, apakah undian berbentuk SMS itu memberikan kesan kepada setiap pelajar terakhir kerana ruang Afundi buat mereka tidak panjang?

Jadi,, ramai juga meminta supaya lagu bonus dan Menuju Puncak dibuat pada segmen akhir supaya memberikan lebih masa kepada peminat menghantar undian.

Di ruangan komen dalam murai.com.my sendiri, ramai peminat masih mengharapkan Zizi dan Qhaud terutamanya, diberi peluang kedua kerana mereka mempunyai bakat yang besar.

Ketika sidang media tidak lama dulu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul pernah berkata: "Kemungkinan AFMasuk BOLEH berlaku memandangkan ia pernah berlaku ke atas Lotter AF4 dan Linda Nawuwil AF2. Kemasukan mereka tidak sia-sia kerana ia akhirnya melayakan mereka menjadi naib johan AF pada musim masing-masing."

Khairul juga berkata, bilangan pelajar sama seorang atau dua orang yang hendak disingkirkan pada setiap minggu memanglah dirancang oleh pihak produksi tetapi siapa yang tersingkir kelak bukanlah dalam bidang kuasa Astro kerana ia bergantung kepada pilihan penonton AF semata-mata.

Jadi kita tunggu dan lihat apakah adanya kejutan AFMasuk di kalangan semua pelajar yang tersingkir kerana sejarah telah membuktikan perkara itu tidak mustahil berlaku.

Sementara itu, mengimbas kembali kontroversi campur tangan tenaga pengajar ketika pengkritik memberikan komen, Khairul berkata lagi: "Ia bukanlah berniat untuk memalukan pengkritik atau menjatuhkan maruah mereka. Inilah dia namanya program realiti dan ia sebahagian daripada konsep persembahan."

Namun pengkritik sendiri iaitu Dato' Nurhaliza, Adlin Aman Ramlie, Amy Search dan Edrie Hashim yang diundang tempoh hari sebenarnya kurang bersetuju dengan pendekatan itu.

"Saya mula mengurangkan kritikan yang pedas sebaik saja melihat tindakan tenaga pengajar itu dimulai Cikgu Fati dan disusuli Cikgu Siti Hajar," kata Edrie.

"Saya rasa mereka (tenaga pengajar) sudah punyai cukup masa untuk bersama pelajar. Biarkanlah kami menjalankan tugas kami dengan sebaiknya," ujar Adlin pula.

Menyokong pendapat Adlin, Amy Search berkata, kritikannya bukan untuk menjatuhkan seseorang tetapi ia sesuatu yang membina. Dan menambah lagi komen tentang perkara ini, Dato' Siti tidak menafikan ia adalah sebahagian gimik untuk program realiti.

"Tapi kami dipanggil sebagai pengkritik jadi kami kenalah jalan tugas dengan betul. Kami tahu semangat untuk pertahankan pelajar itu ada dalam diri setiap tenaga pengajar. Tapi biarlah kami jalankan tugas kami dan mereka jalankan tugas mereka," ujar Dato' Siti.

[ Last edited by  phycaze at 21-4-2009 16:08 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 04:22 PM | Show all posts
xwajar...........
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 04:23 PM | Show all posts

Balas #1 phycaze\ catat

Edited by Flower007 at 2-4-2015 03:08 PM

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 04:23 PM | Show all posts
bagi aku dah basi dah nak2 afmasuk bagai....

pokes je terus kat pelajar yg masih ada skrg.. (cthnye memberi lagu azab sama rata kat sume student.. bkn sorg je yg kene) ;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 04:42 PM | Show all posts
wajar....nak qhaud masuk semula....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 05:07 PM | Show all posts
wajar aje..lagipun dah musim ke7....its time to caca marba kan dengan program..lagipun skang ni situastinye byk yg ditransformasi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 05:09 PM | Show all posts
x wajar....x perlu...yg dah ada pon ramai yg hazab....
bwk masuk balik yg hazab, nanti makin hazab
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 08:58 PM | Show all posts
xkesah...ok jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 09:07 PM | Show all posts
> wajar ader tunggu minggu niiiiii .... kut kut hafiz plak tkuar
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:12 PM | Show all posts
kalau nk masuk balik...takyah la..dah basi dah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:27 PM | Show all posts
tak payah, buang masa jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:34 PM | Show all posts
wajar...
seperti instinct ku itu hari selepas zizi kuar...
pasti nye AFMASUK ZIZI...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:39 PM | Show all posts
tak nak...

membazir
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:59 PM | Show all posts
tak payahh kalau hapis kuar aku redhaa yg kat dalam akademi nie pown kiter meluat and nak suruh diorang kuarr..apetah lagi nak af masukk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:00 PM | Show all posts
tak perlu dah keluar sudah.......pegi gempak astro cukup
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:01 PM | Show all posts
tak wajar... dah keluar tu keluar la.. menyemak af je masuk ramai2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 11:06 PM | Show all posts
aku rasa kalau ada afmasuk AMIM tu la paling suke melompat keriangan..

tiap2 minggu datang konsert! berharap sangat ada afmasuk!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 11:14 PM | Show all posts
klu takdir ada afmasuk...aku afmasuk qhaud...huru hara akademi qhaud tkde
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 11:17 PM | Show all posts
tak perlu.. tumpu je pd pelajar2 yg ade.. semua dh kire ok dh tuh accept yazid..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 11:18 PM | Show all posts
pelajar yg ada pun tak terjaga..nak buat af masuk...untung je tau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.098483 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list