CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11218|Reply: 33

Datuk Seri Idris Jala; Ceo MAS

[Copy link]
Post time 21-4-2009 09:28 PM | Show all posts |Read mode
'Masalah Akan Selesai' pendorong kejayaan Idris
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
MAS kaut untung selepas lalui detik sukar pada 2005



KUCHING: "Ketika mula menyertai Penerbangan Malaysia (MAS), orang kata MAS itu 'Mati Anak Sarawak' tetapi saya katakan MAS adalah 'Masalah Akan Selesai," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Datuk Seri Idris Jala, ketika menceritakan saat cemasnya membaik pulih syarikat tenat itu dalam tempoh tujuh bulan.

Idris yang dilantik ke jawatan berkenaan pada 1 Disember 2005 berkata, beliau tidak diberi sebarang harapan malah rakan dan ahli keluarganya menganggap dia melakukan kesilapan apabila meninggalkan Shell Malaysia semata-mata mahu menyelamatkan MAS.

"Semua pihak berkata saya akan gagal malah kakitangan sendiri tidak yakin dengan menganggap MAS tidak akan muflis kerana sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah pasti Kerajaan akan membantu kami.

"Tetapi ketika perhimpunan memperkenalkan saya bersama kakitangan MAS, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata Kerajaan tidak akan membantu sebaliknya terpulang kepada MAS sendiri menyebabkan semua orang terkejut," katanya ketika Majlis Malam Gala Toastmaster Malaysia, Indonesia dan Brunei di sini, malam kelmarin.

Tidak menafikan beliau sememangnya takut ketika itu tetapi Idris berkata, ia dapat diatasi dengan dia meletakkan sasaran bertaraf 'Olimpik' atau cuba mendapatkan sesuatu yang dianggap mustahil oleh semua orang.

"Lebih ramai orang kata ia mustahil lebih bagus seperti saya katakan anda pada usia 40-an akan memenangi pingat emas acara 100 meter pada Sukan Olimpik empat tahun akan datang.

"Selepas empat tahun anda berlatih selama lapan jam sehari adakah anda tidak berubah dari seorang manusia biasa kepada yang lebih pantas? Sekurang-kurangnya itu yang saya mahu lakukan bersama MAS selepas ini," katanya.

Pada penghujung 2005, Idris melancarkan pelan pemulihan lima tahun MAS termasuk melakukan beberapa tindakan drastik termasuk menghentikan perkhidmatan 3,000 kakitangannya, menjual ibu pejabat syarikat itu termasuk memotong kos operasi sehingga menimbulkan rungutan ramai pihak.

Menjelaskan perkara itu, Idris berkata, ramai tidak tahu MAS memulakan 2006 dengan kecairan wang berjumlah RM600 juta dengan ia hanya cukup menampung kos operasi selama tiga bulan setengah menyebabkan beliau terpaksa melakukan tindakan menyelamat paling pantas.

"MAS mempunyai lebihan kakitangan maka kita terpaksa memberhentikan mereka, kemudian saya dimarahi kerana bertindak menjual bangunan ibu pejabat syarikat pada harga RM135 juta yang dapat membantu kami mengekalkan operasi selama 20 hari.

"Tindakan paling besar saya lakukan adalah berjimat dan memotong kos dengan MAS terpaksa membatalkan laluan seperti Kuala Lumpur-Kuching-Perth dan London-Pulau Pinang-Kuala Lumpur yang ternyata rugi," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2009 09:30 PM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:19 AM | Show all posts
lah dah abis cerita ke???  ada sapa2 tau cerita tepeklah lg.  aku tak de cita nak tepek cuma nak baca sbb boring sbb bos gi bisnes trip kat Jakarta
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:50 PM | Show all posts

Balas #3 alongatie\ catat

ha ah xde nk sambung2 lg ker?....bos kita pon xde p Hongkong....Home trade Fair...hihii..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 07:57 AM | Show all posts
betui ke dia ni bukan muslim?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:08 AM | Show all posts

Reply #5 choclatemousse's post

a'a...orang ulu.salah stu suku kaum di sarawak.. . rasanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2009 11:32 AM | Show all posts
suka arrr tgk gaya dia....pastu pernah kuar dlm tb3 para ceo's ni jamming...pergghh leh tahan dia nyanyi....happening giler
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 01:46 PM | Show all posts
yes...he is not moslem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 02:07 AM | Show all posts
sempoi habis, cayalah datuk!

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:34 AM | Show all posts
dengar dia punya interview on BFM 89.9 minggu lepas. Bersemangat lepas dengar dia cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 12:22 AM | Show all posts
Kalau tak salah aku dia ni kelabit.Yg terkenal dgn beras wangi bario tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 04:24 PM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

semangat waja generasi muda malaysia...

harap harap jgn ada yg busuk hati pergi cantas si pak deris nih....

semoga berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 05:03 PM | Show all posts
mmmmm, ramai yg ingat dia ni muslim!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 05:39 PM | Show all posts
bagus r die nie..

mmg smangat r nk bangunkn smula mas...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 02:58 AM | Show all posts
I still can recall, it was reported that, on his first day as a CEO he came as early as 6.45am in the morning!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 03:01 AM | Show all posts
Originally posted by truestartommy at 25-4-2009 17:03
mmmmm, ramai yg ingat dia ni muslim!


sebab nama dia Idris kan? Itu semua tak penting . Yg penting dia penyelamat MAS yg hampir lingkup disebabkan pengurusan yg tidak cekap sblm ni. Kerana mereka terlampau bergantung kepada kerajaan . Kalau bukan sebab back up from govt dah lama MAS tu dulu gulung tikar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 07:16 PM | Show all posts
A great MD and believed in Divine Intervention! A person who always think outside the box! Malaysia boleh!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 08:48 PM | Show all posts
i have met him personally...damn nice man...very down to earth...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 10:01 AM | Show all posts
hope MAS become stable by now.. tpt arwah ayah i cr makan.. i membesar dalam kapal terbang MAS.. banyak woo kenangan ngan MAS.. juz nak masuk keje sana je tak dpt2 lg.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 03:01 PM | Show all posts
another usm alumni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.302875 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list