CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13905|Reply: 14

niaga tepi jalan je: kebab

[Copy link]
Post time 22-4-2009 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua..nak tanya pada sifu2 sini..  
kat mana nak cari mesin memanggang daging debab eh..kebab ek..
puas da mengoogle tak keruan huhu.tak jumpa. nak tanye kawan2 kat lua takda sape yg berjual kebab.
so tanye sini dulu lah kut2 ade yang tahu kan...lagi cantek dapat harga detail n tempat dia huhu..tqtq..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 01:35 AM | Show all posts
mesin memanggang yg berpusing2 tu sekadar hiasan jer. kat msia mostly org guna plate besi mcm grill burger tu. klu ada mesin panggang berpusing tu sekadar tarikan jer. seperkara lagi org msia suka kebab yg basah2 berair.

stall & alat utk meniaga kebab sama dgn brg2 meniaga burger. jgn beli yg baru. cari jer yg seken hand. rajin2 riki. jgn rushing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 02:05 AM | Show all posts
plate besi tu dah ade. cuma nak cari mesin memanggang yg pusing2 tuu.
kebab nih trade mark dia mesin tu lah kan. kalu tak baik den buka gerai burger jek hihi..
kalo dapat yg seken pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 12:49 PM | Show all posts
Jangan pandang rendah kat orang yang 'jual kat tepi jalan jerr'.

Diorang ni kalau merempit, tak main leer merempit pakai motosikal RXZ, diorang merempit pakai Honda EK .... ada yang pakai Honda Integra..... beli cash sebab duit banyak ....... itu lah motivasi yang aku boleh bagi ....

yang penting, KEBAB MESTI SEDAP ..

1) roti: mesti special. lembut dan creamy. Jangan roti beli yang paling murah tak sedap.

2) mayonis: ada brand yang sedap. Sila rujuk forum burger.

3) Sos cili jangan beli yang dalam botol macam minyak masak. Itu tak sedap. Tipu. Banyak perwarna dan kanji. Lagi bagus buat sendiri.

4) sayur2 tu kena fresh. Kau belajar dahulu macam mana Tok Arab buat kebab.  Aku dulu masa kat overseas, hampir setiap hari makan kebab yang orang Arab jual sebab itu sahajalah makanan halal takda masuk babi. Bila balik ke Malaysia, takda pun yang sedap macam Arab buat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 08:47 AM | Show all posts
jenggo,

u try baca kat sini.

http://www.mudah.my/peralatan-kebab-kafe-kedah-1960764.htm?ca=2_s

kalau tak dpt, u masuk ke mudah.my dan search Kebab Kafe. good luck.

teringat plk masa duk kl dulu, lunch hour je queue pjg kat jln tunku abd. rahman nak beli kebab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 10:07 PM | Show all posts
Kebab nih kalau you buat betul-betul, boleh beratur punya .....tetapi sayangnya ramai yang jual kat pasal malam itu dalam kepala hotak mahu untung besar sahaja ... daging tak rasa hapa-hapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 09:15 AM | Show all posts
masih ku teringat saat2 bernaga kat bazar ramadhan dulu...
pengalaman yang sungguh bermakna
huhuhu tamak sungguh diri ini bukak sampai 3 gerai.

ada satu gerai kebab and roti john ni kat depan aku laris betul... masa tu kat stadium shah alam.
org beratur panjang.....
tapi, aku pelik, bila beli rasa mmg mengarut
pelik aku nape gerai tu laku.. agak2 ada guna2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by jenggoo at 22-4-2009 01:01
Assalamualaikum semua..nak tanya pada sifu2 sini..  
kat mana nak cari mesin memanggang daging debab eh..kebab ek..
puas da mengoogle tak keruan huhu.tak jumpa. nak tanye kawan2 kat lua takda ...


cuba try usha benda alah ni dekat area pasar klang.
kat belakang2 tu ada banyak kedai jual benda2 mcm ni.

tak pun try pergi kat chow kit... biasanya peralatan pasar malam melambak kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 26-4-2009 22:07
Kebab nih kalau you buat betul-betul, boleh beratur punya .....tetapi sayangnya ramai yang jual kat pasal malam itu dalam kepala hotak mahu untung besar sahaja ... daging tak rasa hapa-hapa


bulan posa lepas... 9 mlm.
tgk org meniaga kebab.. okeh ler beli sikit bwk balik.


WTF?

bukan kebab.. tp roti kobis bersos namanya.

RM 3 each.

and all i got was godem roti kobis bersos. selesai paket pertama the seken peket Wak Kasi cari2 isi ayam dari peket tuh dan terang2 cakaplah.. isi ayam tuh tak sampai 1/3 dari stended sosej...


SIAL amat.


Wak Kasi sendiri, preference on pitta. Sos tuh penting; biar ada rasa sikit tp tak perlu menjejes2 meleleh.
Dan penting sekali, isi kene ade. Wak Kasi sanggup membayar RM 5 utk lamb doner; really XXL size yg isi penoh pitta tuh RM 10 sekeping pon takper lagi.

utk consideration tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:00 PM | Show all posts
Kat oberseas diorang panggil SHAWARMA ...... kat Malaysia ni Kebab. Aku pun tak tau apa bezanya ... aku  cuma tau makan sahaja.

Shawarma orang arab ni memang kaya dengan daging. Puas hati makan. Bahkan daging kebab nih boleh juga makan dengan nasi warna kuning macam beriyani gitu yang orang Arab masak.

Kalau gila sagat nak sayur banyak, ada salad ala arab gitu di makan dengan Shawarma ni. Tetapi aku tak suka sayur salad nih. Aku suka bedal kebab kambing sampai gelap bijik mata sebab darah naik bila makan kambing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:04 PM | Show all posts
Oh... lupa .... kat oberseas diorang jual kebab/ Shawarma ni pada harga 3 Euro ... kalo kat UK harga 3 pound tetapi kaya dengan daging ....  aku biasa sekali makan at least 2 bijik sebab sedap sangat..... bila balik kat Malaysia pasal malam jual RM3 tetapi daging tak berapa ada kat dalam roti ... macam kebab sayur kobis gitu .... kobis campur sos campur mayonis kemudian sumbat dalam roti ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:37 PM | Show all posts
salam jenggo...

orang yang 'jual kat tepi jalan jerr' ni lah ramai yg jadi jutawan, ct pernah tengok sorang peniaga beger kat kelantan ni, dia asal pakai kereta KE20, skrg ni dia berniaga lagi, masih pakai kereta dan upgrade ke kereta CRV baru, wa bebetul tabik! giatkan usaha yea jenggo!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:53 PM | Show all posts
bak kata wonbin, contohi kisah  Sirivat jual Sandwitch tepi jln
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 11:06 PM | Show all posts

Reply #12 ctredzuan's post

kat mana kedai yg jual rojak pada bulan posa tuh? dulu ada masuk majalah 3...tapi tak ingat kat area mana di KB...terliur sungguh tgk...nak try, tapi x tau kat mana...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:58 PM | Show all posts
Hi..
Madina Kebab ada membekalkan barangan untuk perniagaan kebab dan merupakan pengilang dan pembekal kebab pertama di Malaysia sejak tahun 1995 yang telah membantu para peniaga kebab mendapatkan bekalan kebab yang berkualiti dengan berterusan.
.
Madina Kebab menawarkan pelbagai variasi kebab yang berkualiti dengan rasa yang unik bagi disajikan kepada masyarakat setempat yang menggemari kebab.
.
Sekarang ni yg terbaru ialah Madina Kebab Apprentice Program yang telah dilancarkan khas buat usahawan muda yang mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan kebab dan akan mendapatkan kemudahan yang meliputi tawaran pakej perniagaan dengan latihan dan mentor.
.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.madinakebab.com
.
TQ

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057868 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list