View: 71772|Reply: 310
|
RAHSIA HATI [Khamis, 10pm @ Astro Prima]
[Copy link]
|
|
Soseh Soseh: Mana kelibat pelakon?
Rap | ENTAH mengapa dan di mana silapnya majlis pelancaran drama bersiri terbaru Suhan Movies iaitu Rahsia Hati sepi sesepinya, berikutan kebanyakan pelakon popular yang membintanginya tidak hadir.
| Ketika majlis berlangsung terpampang wajah artis ternama di layar Mini Pawagam P.Ramlee di Finas, lokasi majlis pelancaran diadakan,hingga kalangan teman wartawan SS yang membuat liputan majlis itu berasakan drama 40 episod itu kelihatan hebat, memikat dengan nama besar.
Antara wajah dikenali membintangi drama itu termasuk Rita Rudaini, bekas anggota kumpulan Elite, iaitu Watie; Ifa Raziah dan penyanyi, Nurul yang memegang teraju utama Rahsia Hati.
Sidang akhbar patutnya bermula awal terpaksa ditunda bagi menunggu kehadiran artis popular terbabit. Bagaimanapun, sehingga majlis bermula, keempat-empat bintang jelita drama itu tidak muncul.
Mereka yang hadir hanyalah pelakon utama lelaki seperti Aaron Aziz dan Arash Mohamad termasuk pelakon pembantu seperti Rosnah Johari dan Mohd AzlanKamiran.
Ketika ditemui wakil media, Rosyam selaku penerbit berkata dia kecewa apabila pelakon utama yang membintangi drama berkenaan tidak datang membantunya mempromosikan karya yang dihasilkan itu.
Baginya sidang akhbar penting kerana bukan saja untuk kebaikan produksi dan stesen televisyen iaitu Astro Prima yang menayangkan Rahsia Hati sebaliknya ia untuk pelakon itu sendiri.
Setidaknya, dengan adanya sidang akhbar artis dapat mempromosikan diri mereka kepada media.
Lebih membuatkan Rosyam kecewa, sebahagian mereka yang tidak hadir dimajlis pelancaran itu tidak memberikan sebab mengapa mereka tidak hadir. Hal itu benar-benar membuatkan dia berasa sedih.
Nampaknya susahlah kalau hati penerbit seperti Rosyam Nor sudah terguris. Nasihat SS kepada empat artis ini cepat-cepatlah hubungi balik Rosyam bagi menjelaskan kedudukan sebenar apa yang sudah berlaku kepada mereka sehingga gagal hadir di majlis pelancaran Rahsia Hati tempoh hari.
Sebabnya kata teman rapat, Rosyam kalau sudah kecewa susah hendak dipujuk. Artis pula kalau bermasalah dengan penerbit yang aktif seperti Suhan Movie, bukan spesies penerbit suam-suam kuku, SS khuatir kelak 'dapur tidak berasap' kerana penerbit tawar hati untuk memberi peluang berlakon lagi.
/- kesian drama nih. promo tentangnya dimulakan dgn benda negatif.
[ Last edited by Syd at 24-4-2009 12:38 ] Last edited by eddlisa_uyuk on 15-2-2013 01:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
rita rudani mmg tak kuar umah
bila tgh ngadung nih...
semalam pung kuar sbb kena pegi mahkamah.
apapun, kena inform gak laa si RN ni
rita mmg selalu dia amek berlakon
dalam drama2 dia sebelum2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
w/pum ada apa2 masalah. inform is better rather than keep quite. kesiaN Rosyam! |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat RN...patotnye kene la bgtau... |
|
|
|
|
|
|
|
mlm td tgk cite ni biasalh psl org kaya khwin br pastu isteri br nkkn harta tp aku tgk mcm x sesuai plk ank ifa raziah tu, tua sgt..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 mazz2009\ catat
kannn rosyam ni sengal lah pulek
aku rasa anak ifa yg sulung tu lgk tua dr si ifa sndirk..ifa pun aku rasa dlm 35
watie pn dh 32 x silap aku....tp watie nmpk cantik dlm drama ni
rambut dia cantikkk i loike
cite ni pun ok lah dr cinta giler tu...merepek tol aku tgk cinte gile tu
rita pn cantik dlm cite ni...sweet aja |
|
|
|
|
|
|
|
Rosyam yakin tarikan Rahsia Hati
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
Rosyam Nor
ROSYAM NOR mempunyai impiannya sendiri tatkala bersedia menerbitkan drama bersiri Rahsia Hati, yang mula disiarkan Astro Prima semalam. Siri yang ditayangkan selama sejam setiap episod itu diharapkannya untuk mencatat rating yang tinggi, seterusnya mengatasi pencapaian siri lain siaran stesen berbayar berkenaan.
Ketika ini, Mertua Vs Menantu terbitan Metrowealth muncul program dengan rating paling tinggi dalam kategori terbabit.
Rosyam tanpa berselindung berkata, dia berkeyakinan siri yang dibintangi Aaron Aziz, Rita Rudaini, Arash Mohamad, Ifa Raziah, Watie Sadali, Hafizzuddin Fadzil, Azlan Kamiran, Rosnah Johari dan Nurul Abdul Wahab itu mampu meraih perhatian penonton, bukan hanya kerana jalan ceritanya, malah dek kehebatan barisan bintangnya.
"Apabila menerbitkan sesebuah drama, kita tentunya akan lebih berasa gembira apabila ia ditonton orang ramai. Sebagai pelakon juga, kita lebih puas apabila usaha kita ditonton peminat yang ramai," kata Rosyam pada majlis pelancaran drama berkenaan di Finas, baru-baru ini.
Bukan hanya mementingkan jalan cerita, bahkan Rosyam turut mengaku agak cerewet apabila tiba ke bab pemilihan pelakon. Dia tidak mahu projek terbitannya dihiasi pelakon yang menarik semata-mata, tetapi tidak mampu memberikan lakonan yang memberangsangkan.
"Saya juga sentiasa mencari pelakon yang berbakat dan berdisiplin. Pelakon yang tidak berdisiplin akan hanya menyusahkan pihak produksi. Biarlah berbakat macam mana sekali pun, jika pelakon itu tidak mempunyai disiplin yang baik, saya tidak akan menerimanya beraksi dalam projek terbitan Suhan Movies," katanya.
Begitu juga dia berhati-hati dalam pemilihan skrip, bagi memastikan drama keluarannya sentiasa menerima sambutan baik. Antara penulis yang tidak asing di sisi projek terbitan Suhan Movies ialah Sharifah Abu Salem. Rahsia Hati ialah satu lagu naskhah tulis penulis wanita terbabit, yang juga novelis terkenal tanah air.
Penulis itu juga bakal menghasilkan skrip filem Kekasih, yang akan menggunakan bakat baru daripada program realiti Pilih Kasih terbitan Rosyam sendiri sebagai pelakonnya.
"Cerita-cerita tulisan Sharifah tidak pernah mengecewakan saya. Selalunya, apabila saya menggunakan khidmat penulis ini bagi sesebuah penerbitan saya, ia mendapat perhatian ramai penonton," ujar Rosyam yang membelanjakan kira-kira RM1.6 juta bagi menghasilkan drama bersiri ini.
Menggunakan lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu, siri berkenaan memakan masa hampir lima bulan untuk disiapkan, apabila memulakan rakamannya pada Jun tahun lalu.
Antara lain, Rahsia Hati mengisahkan bagaimana Datuk Azmi berdepan masalah syarikat yang membabitkan anaknya, Syamir serta tirinya, Fazlan. Fazlan ialah anak kepada Maria, yang mahu mengaut harta suaminya.
Pada masa yang sama, Syamir berkenalan dengan Kamilia, rakan sekerja kawannya, Ammar. Masing-masing saling menyukai, tetapi tidak meluahkan rasa yang terbuku di hati. Kamilia hanya mencurahkan perasaan sebenar apabila Syamir hampir 慴erkahwin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 aQuA_dIaMoNd's post
aqua,
malam tadi kul baper cite nih..
aku balik pung dah dekat kul 12 malam |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta lahir tanpa lafaz...
Oleh Suzan Ahmad
Keakraban yang mengundang ironi.
Rahsia Hati singkap konflik jiwa, emosi keluarga usahawan
BUKAN mudah untuk menyaipakn produksi drama sebanyak 40 episod apatah lagi ia sebuah kisah berat yang banyak bermaind engan emosi dan permainan jiwa yang mendalam. Namun, pembabitan seluruh warga kerja dalam drama 40 episod berjudul Rahsia Hati (RH) ini bukan saja berjaya diterjemahkan oleh barisan pelakonnnya yang tetapi turut dikongsi oleh semua pekerja produksi hingga menimbulkan suasana penggambaran yang menyentuh hati dan kerap pula dilanda suasana syahdu.
Apa yang dimaksudkan oleh pengarahnya, Amie Maziah Abdul Rahman, 45, atau lebih selesa dengan panggilan Mak Mie, aktor dan aktres yang menjayakan drama berat ini sanggup memanipulasi emosi mereka sendiri untuk menjiwai mood dan karakter yang dipertanggungjawabkan biarpun mereka bukan berada dalam set. Kelebihan inilah yang bakal menjadikan drama bersiri ini satu kelainan apabila ia bakal menjengah di kaca Tv tidak lama lagi.
"Setiap karakter yang wujud dalam RH ada menyimpan rahsia, dan secara berperingkat semua kekusutan akan terlerai dan segala rahsia akan tersingkap satu persatu," katanya yang kini hanya tinggal babak paling sukar dan berat iaitu di antara watak utama lakonan Rita Rudaini dan Aaron Aziz untuk disudahkan penggambarannya pada 8 November ini.
Syamir derita dalam sengsara.
Cukup menitikberatkan ketrampilan barisan pelakon, Mak Mie mengakui dia sangat cerewet dalam pemilihan barisan pelakon biarpun seseorang itu sekadar artis undangan. Bintang yang dijemput itu akan dipastikan mempunyai pengalaman hidup yang mampu dicurahkan dalam karakter yang didukung supaya impaknya dapat dirasai penonton.
"Kita perlu mengambil kira slot 40 episod yang bakal disiarkan di Astro Prima sekitar awal tahun depan ini kerana ia boleh menjadi terlalu panjang dan meleret jika tidak kena dengan garapan jalan ceritanya, sebab itu saya kena berhati-hati pada tempo dan mood drama ini� katanya yang cukup selesa memberi sentuhan terhadap naskhah skrip karya Sharifah Abu Salem, termasuklah drama sebelum ini menerusi judul Biar Kusentuh dan Iris.
"Saya menyenangi naskhah nukilan Sharifah memandangkan dia adalah penulis skrip yang rajin, ditambah pula hasil karyanya sering memenuhi kehendak syarikat penerbitan, Suhan Movies yang sukakan pembaharuan dalam jalan cerita. Kalau kita perhatikan, rata-rata skrip drama di Malaysia lebih kurang sama saja lenggoknya, apa yang Suhan Movies mahukan dalam produksinya adalah pengkarya yang mampu mencipta satu trademark, isu dibawakan mungkin mudah tetapi terkandung mesej berat," katanya yang mengakui mula ligat dalam gelanggang pengarahan drama TV biarpun usia mencecah 45 tahun.
"Sama seperti Rosyam Nor, saya bermula dari bawah, begitupun masih belum layak untuk saya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan aktor dan penerbit tersohor tanah air itu. Dia sendiri menerusi Suhan Movies tidak pernah puas dengan beberapa karya terbitan mereka," jelas anak kelahiran Pekan, Pahang ini yang bermula dengan drama berjudul Kemarau Kasih. Beliau banyak menerima tunjuk ajar daripada Rashid Sibir dan Erma Fatima, selain bermula sebagai penjaga kesinambungan, kemudian diberi tanggungjawab sebagai penolong pengarah selama 11 tahun.
"Bukan mudah untuk memenangi hati dan mendapat kepercayaan sepenuhnya untuk bergelar pengarah drama, saya berterima kasih pada Rashid dan Erma kerana memberikan pengalaman cukup berharga itu," jelasnya.
Drama bersiri ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Port Dickson dan Terengganu bermula sejak Jun dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan November ini.
Kehadiran Rosnah Johari memantapkan lagi Rahsia Kita.
Selain dirahmati dengan perjalanan penggambaran yang lancar meskipun dalam suasana Ramadan dan Syawal, Mak Mie bersyukur kerana mendapat komitmen terbaik bukan saja daripada barisan pelakon utama seperti Rita Rudaini dan Aaron Aziz tetapi juga dua penyanyi dan pengacara, Nurul dan Ifa Raziah.
"Bila penggambaran terhenti kerana cuti perayaan dan sewaktu dengannya, paling membimbangkan adalah kemampuan aktor dan aktres ini untuk mengekalkan mood dan karakter masing-masing. Syukur, walaupun mendapat pelakon terkenal seperti Aaron dan Rita yang punya banyak komitmen lain, mereka masih mampu kekalkan dalam mood dan penjiwaan karakter," kata Mak Mie yang bakal sibuk dengan drama bersiri 25 episod pula, berjudul Rozana untuk slot Samarenda tidak lama lagi.
Berbekalkan tagline 'Cinta lahir tanpa lafaz, cinta hadir tanpa sedar... kugenggam, ku pendam, cinta semadi dalam Rahsia Hati', drama ini turut dijayakan Arash Mohamad, Watie Sadali, Rosnah Johari, M Hafizuddin, Komeng dan Alex.
Antara lain Rahsia Hati berkisar mengenai konflik keluarga seorang usahawan selepas kematian isterinya. Syamir (Aaron) adalah anak hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri pertama usahawan itu. Syamir terpaksa melalui kemelut keluarga selepas ayahnya berkahwin lagi dengan Maria (Ifa Raziah). Cinta yang dijalin antara Syamir dan Kamelia (Rita Rudaini) juga melalui dugaan hebat apabila mereka berdua ditimpa kecelakaan jalan raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Syd's post
cite ni mcm serius 24 jam lerrr tak gamble mcm cite cinta gilerr
barisan pelakon nmpk mantaplah tp part anak ifa tu mcm x sesuai plk
cite ni hr khamis pkl 10.00 mlm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 mazz2009's post
tima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 Syd\ catat
pukul 10 yang....
tu pn aku luper cite ni dh start,
mula2 tgk keliwon...cam hampeh jer si pasah sengal berlakon
terus tukar channel...best lak cite ni...
sbb rosyam kali ni x amik diri sndirk jdk perlakon utama
kalu x mau nyer muntah darah aku nengok |
|
|
|
|
|
|
|
40 episod,seminggu skali....
mak aiiii tahun bile nak abis ni...
sdgkan akasia 60 episod 4 hari seminggu pun
lmbt giler abisnyer...apatah lgk 40 episod semggu skali..
meroyan lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 aQuA_dIaMoNd's post
adalh dlm 10 bln lg br habis |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 mazz2009\ catat
giler kan muntah darah lah nak tgk
smpi 10 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tengok sebab ada artis yang jarang2 sangat berlakon... NURUL
Drama jadi fresh... tapi jadi setiausaha je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Asdira's post
nmpk gayanya mcm tulah....
klu larat kita layan jelahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 beta_carotene\ catat
wahhh respek ar ngan opah ko...
dia peminat penatik mak jah kot
aku kalu 'tertegok 'sembilu msttt
time tu mak jah tgh angkat pasu...
x pun wat2 cam bersih laman....
x pun tgh bwk air utk tuan ngan puan dia...
x der keje lain apa mak jah...
aiseh cite mak jah lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|