CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5949|Reply: 34

MUKJIZAT ANBIYA........

[Copy link]
Post time 24-4-2009 07:21 PM | Show all posts |Read mode
setiap nabi dan rasul itu dikurniakan mukjizat yang tersendiri................bersyukurlah kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW kerana mukjizat yg paling besar baginda adalah Al-Quran sehingga kini kita dapat panduan daripadanya dan dari situ jua lah kita memperoleh syifa @ penawar atau penyembuh segala penyakit juga mempunyai seribu satu rahsia didalamnya....................

Bagindalah Nabi terAgung hinggakan mukjizatnya dapat digunakan oleh semua umat islam.................................dan kita juga boleh mengunakan selawat keatas Nabi-nabi lain yang mempunyai mukjizat yang tersendiri.......................cth: selawat nabi yunus menjadi amalan para nelayan untuk meneroka alam lautan dlam untuk mendapat hasil tangkapan.............

.............Sesungguhnya tiada satu  pun yang sia2 ciptaan tuhan itu melainkan ada tujuan dan kegunaannya.....................Allahuakhbar !!!

***masukkan disini amalan @ kegunaan yang boleh dikongsi bersama............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 08:04 PM | Show all posts
mukjizat Nabi Muhammad atau islam yang teragung adalah al-Quran.Memanglah kalau manusia tak berotak nie cakap alah..apalah yang ada pada al-Quran mereka terlupa sebenarnya di dalam al-Quran terdapat lebih 750 fakta saintifik yang melibatkan alam semesta,Itu belum masuk bab2 yang lain.belum lagi penemuan bunga ros merah di angkasa.Bulan terbelah dua.Yang juga ayat2 al-Quran yang banyak meransang manusia supaya mencari apa tujuan mereka hidup di dunia ini..Amatlah malang ada di kalangan kita yang mengatakan islam tidak ada apa2 mukjizat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 11:39 AM | Show all posts

Balas #2 doden\ catat

apa yang lagi dapat ditekankanlah adalah bagaimana Al-Quran boleh membuat perbandingan fakta antara kitab Taurat dan Bible, membenarkan beberapa fakta di dalam kitab2 tersebut dan menafikan beberapa fakta di dalam kitab tersebut, membuatkan seolah-olah Nabi Muhammad s.a.w. membaca kedua-dua kitab tersebut dan membuat satu perbandingan dan menulis satu kesimpulan.. walhal kita semua tahu perkara ini adalah mustahil...

unless the Book itself is from Allah.. the One True God, the same God that gave the Torah to Musa a.s. and the Injil to Isa a.s....



dan juga bagaimana Al-Qur'an menceritakan tentang sejarah silam Firaun dan meramalkan apa yang berlaku kepada Firaun pada masa akan datang. Ini tidak pernah berlaku di dalam mana2 kitab lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 10:29 PM | Show all posts
dan amat membuatkan saya menitiskan air mata di mana di dalam al-Quran juga turut menceritakan mengenai Asiah tukang sikat anak perempuan nabi firaun yang ketika sikatnya jatuh ke lantai dan menyebut kebesaran Allah.Malah peristiwa itu di rakamkan dengan begitu specific sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 02:30 AM | Show all posts
tumpang tanya, tentang mukjizat nabi selain kitab tersebut ada tak?

umpamanya tentang terbelahnya bulan, dan mengalirnya air di celah2 jari baginda....

adakah rujukan sahih?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 07:37 AM | Show all posts

Reply #5 ussopp's post

Mengenai mukjizat bulan terbelah dua itu aku amat musykil dan ragu-ragu. Ini kerana ayat di dalam Al-Quran mengenai bulan terbelah dua itu menceritakan fenomena yang berlaku ketika kiamat nanti, bukannnya bukti Nabi S.A.W membelah bulan itu..

Fenomena bulan terbelah adalah satu fenomena global yang amatlah besar tetapi tiada satu pun catatan sahih di tempat2 lain ketika pertistiwa itu berlaku. Jika benar pertistiwa itu berlaku,maka sudah pasti  empayar besar seperti Cina,Parsi dan Rom mencatatkan peristiwa itu  dan menceritakan kepada orang ramai. Jadi hadis mengenai peristiwa Nabi membelah bulan itu aku amatlah ragui....

Ada siapa boleh beritahu dan sahihkan hadis bulan terbelah itu?

[ Last edited by  Neraka Bulan at 27-4-2009 09:08 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 07:54 AM | Show all posts

Balas #6 Neraka Bulan\ catat

tu ar....

sebab tu kena tanya tu....

harap2 ada yg arif memberi penerangan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 27-4-2009 07:37
Mengenai mukjizat bulan terbelah dua itu aku amat musykil dan ragu-ragu. Ini kerana ayat di dalam Al-Quran mengenai bulan terbelah dua itu menceritakan fenomena yang berlaku ketika kiamat nanti, bukannnya bukti Nabi S.A.W membelah bulan itu..

Fenomena bulan terbelah adalah satu fenomena global yang amatlah besar tetapi tiada satu pun catatan sahih di tempat2 lain ketika pertistiwa itu berlaku. Jika benar pertistiwa itu berlaku,maka sudah pasti  empayar besar seperti Cina,Parsi dan Rom mencatatkan peristiwa itu  dan menceritakan kepada orang ramai. Jadi hadis mengenai peristiwa Nabi membelah bulan itu aku amatlah ragui....

Ada siapa boleh beritahu dan sahihkan hadis bulan terbelah itu?


Ada setengah orang dari kita nie dia nak pakai hadis yang ada kaitan dengan ayat al-Quran jer kalau tak ada kaitan dengan ayat al-Quran di gelar kononnya israiliyyat padahal dia sendiri pun tak tahu israiliyyat tu apa.Kiranya tak sesuai dengan selera tekak dan hawa nafsu dia.Kemudian tak cukup dengan tu hadis yang mereka terima tu yang sebahagian tu pun di dakwa orang2 macam nie  kononnya sahabat2 nabi yang menulis hadis tu bersifat munafik.Menipu dalam menulis hadis.

Sekarang ada hadis yang ada kaitan dengan terbelahnya bulan, pun masih ada sesetengah orang mempertikaikan hadis yang ada kaitan dengan ayat al-Quran tu.Sungguh dasyhat orang2 yang menimbulkan keraguan terhadap hadis-hadis nabi nie.Kerana cara dia tu akan mempengaruhi orang lain yang turut meragui hadis2 Rasulullah meskipun dah di sepakti oleh jumhur ulama sebagai sahih.Last2 buat hukum ikut kepala sendiri akibat daripada keraguan2 yang cuba di timbulkan oleh sebilangan orang ini.

pihak Nasa sendiri telahpun membuktikan penemuan bulan pernah terbelah dua.Actually dorang assume bulan tersebut terbelah dua berdasarkan kandungan tanah(misalny) tidak sama dengan kandungan yang sebelahnya.Benda selanjutnya boleh di baca di dalam thread mengenai bulan terbelah dua tersebut..

Kalau ada orang mengatakan tidak ada catatan sahih ketika peristiwa itu berlaku kita kena fikir faktor di bawah ini;

1.Tempat - peristiwa tersebut berlaku di tanah arab, iaitu pada waktu malam.Adalah tidak logik bukan kalau orang cuba menimbulkan persoalan kat China kenapa tak nampak?Sedangkan dari segi ilmu sains bulan amat jarang kelihatan di waktu siang berbanding waktu malam..Malamnya di tanah Arab tidak semestinya malam di tanah China.Ha..nie kena buka buku geografi dan sains balik nie...

2.Masa....peristiwa tersebut bukanlah memakan masa yang lama.Kerana daripada hadis yang cuba menerangkan keadaan ini peristiwa tersebut hanya berlaku dalam beberapa masa.

Mungkin ya susah kita nak jumpa bukti2 sahih tersebut tetapi apa pula yang menimbulkan persoalan pihak NASA sendiri yang telah jumpa bukti tersebut berdasarkan penemuan saintifik sendiri.Justeru itu, orang2 yang rindu dengan bukti2 sahih atau nak catatan dari mana-mana tamadun/negara/tempat dah tak penting lagi dah kerana pihak NASA sendiri membuktikan peristiwa al-Quran itu sudah berlaku dan juga hadis nabi Muhammad itu tidak perlu di ragui lagi dan berhati2lah kepada golongan2 yang cuba menimbulkan keraguan terhadap hadis nabi kerana azab yang pedih menanti anda seperti yang si sabdakan oleh Nabi Muhammad.

ayat di dalam Al-Quran mengenai bulan terbelah dua itu menceritakan fenomena yang berlaku ketika kiamat nanti,

Amatlah sayang jika kita sedang memikirkan kiamat akan datang lama lagi.Sebenarnya kiamat itu sudah pun bermula sejak zaman nabi Muhammad dan mengatakan jarak atau tempoh kiamat dengan zaman nabi Muhammad adalah ibarat ibu jari dengan jari terlunjuk(atau jari2 yang lain perbetulkan kalau salah).Bermaksud nabi Muhammad nabi akhir zaman.Adalah aneh kalau kita fikir kiamat itu lambat lagi...

[ Last edited by  doden at 27-4-2009 10:15 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 10:14 AM | Show all posts

Balas #8 doden\ catat

rilek arr...bila org bertanya tu...menjawap dgn hujah yg baik adalah perkara paling baik yg boleh dilakukan.....

tentang bulan terbelah dua, hujah dari nasa kita takleh pakai kerana semuanya dapat dipatahkan satu satu....

atau dgn kata lainnya ia bukan jawapan yg boleh dipakai sebagai penentu mutlak....

sy bukan mahu kata sy tak mahu percaya, tiada masa tentang itu.....sy orang Islam jugak....

apa yg sy inginkan hanyalah sumber nya secara detail......

siapa ada? atau tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:57 PM | Show all posts

Reply #8 doden's post

Riler arrr, bab kata ussop aku pun orang Islam juga tetapi tidak semestinya kita dilarang untuk melihat agama ini dari perspektif yang lain. Dan ya, aku memang tergolong dalam golongan yang kau cakap ini yakni mangambil hadis yang berkaitan dan selari dengan Al-Quran. Mana2 hadis sahih yang tidak selari dengan Al-Quran aku tak tolak seratus-peratus, cuma bersikap skeptikal atau 50/50. Dan aku tak mintak orang lain bersependapat dengan aku, cuma aku mintak hormatilah pegangan aku ini.

Ingat, Al-Quran dilindungi oleh Allah manakala hadis tidak, sebab itulah sampai sekarang masyarakat masih keliru perihal hadis sahih, mauduk, daif,israelliyat dll. Sebagai contoh, cuba lihat bab anjing dan anda akan lihat pelbagai pendapat mengenainya hanya berdasarkan hadis-hadis serta pegangan mahzab. Dan tak perlulah saya bincangkan mengenai hadis sunni dan hadis syiah kerana "perang" besar boleh berlaku jika kita memperbincangkannya secara serius di sini. Tak caya, lihat sahaja subtopik hadis di board Agama Islam & Muslim ini..

Sekarang mari kita bincangkan perihal bulan terbelah ini. Anda kata NASA telah membuktikan hadis Rasullah ini,adakah ianya dari sumber sama yang mengatakan Neil Armstrong terdengan azan di bulan dan masuk Islam selepas itu??Sila kemukakan bukti di sini. NASA memang telah menemui bentuk rekahan seakan-akan bulan itu telah dibelah, tetapi belum menemui bukti kukuh bagaimana wujudnya rekahan itu. Antara teori yang dikemukan oleh mereka adalah:

a) Kesan letupan gunung berapi kuno yang meletus di bulan sejak jutaan tahun dahulu
b) Terjadi akibat hentaman komet yang berlaku jutaan tahun dahulu

Dan rekahan/belahan yang ada di bulan itu bukanlah meliputi keseluruhan bulan, cuma sebahagian kecil sahaja..


Sekarang mari kita llihat hujah yang anda keluarkan:

Tempat: Doden, Bulan itu bukanlah sesuatu yang kecil, ianya suku daripada saiz planet bumi ini!!. Mengikut hadis yang dikemukan, bulan bukan sahaja terbelah malah meluncur masuk ke dalam lipatan baju Rasullah. Jadi fenomena yang amat menggemparkan itu mustahil tidak dilihat oleh bangsa2 yang lain. Jika sesuatu yang besar itu mara menuju ke bumi, maka sudah pasti dapat dilihat oleh jutaan manusia di tempat lain, baik di parsi, cina,jerusalem,rom,india mahupun negara2 arab sekeliling.

Masa: Selama mana peristiwa itu berlaku? Ingat, bulan yang besar bukan sahaja terbelah malah menuju ke dalam lipatan baju Rasullah mengikut catatan hadis itu.

Dan seperti yang telah saya katakan, tiadanya catitan dari masyarakat yang lain di dunia ini ketika peristiwa itu berlaku. Manusia sudah mencapai ketamadunan ratusan, malah ribuan tahun sebelum kedatangan Rasullah S.A.W. Peristiwa gempa bumi, banjir besar, gunung berapi, perperangan mega dan pelbagai lagi telah dicatatkan oleh manusia2 kuno, tetapi anehnya fenomena bulan terbelah dan mara menuju ke bumi tidak pula tercatat dalam mana2 catitan tamadun2 yang lain? Jangan pandang rendah akan kemampuan intelektual manusia!!

Hadis mengenai jarak kiamat itu pun bagi saya adalah sesuatu yang relatif, bermaksud lain orang lain pandangan. Jarak di antara zaman Rasullah sehingga sekrang sudahpun melebihi 1400 tahun, masa yang cukup lama untuk pelbagai tamadun terbina, maju dan runtuh..

Jadi pada pendapat saya hadis mengenai peristiwa bulan terbelah ini wajar dibuka untuk perbincangan secara lanjut baik dari sudut agama, sains mahupun sejarah sendiri. Akan ada pelbagai pendapat mengenainya di atara masyarakat Muslim, dan aku harap hormatilah pada pendapat2 yang berbeda itu..

[ Last edited by  Neraka Bulan at 27-4-2009 16:43 ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 04:18 PM | Show all posts
belah bulan?

saya tak tahu sahih ke tak tentang Rasulullah s.a.w. belah bulan

tapi apa yang saya diberitahu, ada peristiwa terbelahnya bulan, tapi masa putera baginda s.a.w. Ibrahim meninggal dunia. Orang ramai mengatakan bahawa bulan terbelah lantaran merasai kesedihan baginda, tetapi it was refuted by our Prophet s.a.w, baginda s.a.w. sabda bahawa ianya adalah kejadian Allah, nothing to do with Rasulullah s.a.w....

tapi ada yang bagitau mende yang berlaku adalah gerhana bulan, bukan bulan terbelah...

Allah knows best..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 04:23 PM | Show all posts

Balas #10 Neraka Bulan\ catat

betul...

sementara tengah dalam perbincangan, eloklah kalau kita jangan cakap ianya 100% sahih berlaku..

sbb mukjizat yang betul2 confirm adalah Al-Qur'an. Itu yang paling agung, yang paling kita patut bagi perhatian.. it is the greatest miracles that has ever happened since time immemorial..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2009 05:23 PM | Show all posts
jika kita mengamalkan doa Nabi Daud.............kita juga dapat melembutkan besi, suara merdu dan dapat merasai mukjizatnya.............
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 09:45 PM | Show all posts
pastekan hadis psl bulan terbelah leh tak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 09:47 PM | Show all posts

Reply #12 gunblade712's post

yup... setuju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 07:38 PM | Show all posts

Balas #14 indah1285\ catat

pasal bulan terbelah ini pernah berlaku dizaman Rasullullah S.A.W..........ketika baginda dicabar oleh abu jahal yang ingin melihat mukjizat baginda.....................ttp hadis ttg peristiwa ini belum lg hamba perolehi............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2009 06:16 PM | Show all posts
selawat keatas Nabi mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya...............
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:28 AM | Show all posts
Salam
Moga Allah berkati kite semua.. amin..
Syukur kite sume pada Allah sebab terbitkan dalam ati kite nak kenal dan cinte pada Rasulullah SAW..

Bab mukjizat yang Allah kurniakan pada Nabi SAW semuanya dah ade diceritekan dalam al-Quran, Hadis, dan kitab2 para ulama kite..

Pertamenye, cerite tentang mukjizat Nabi membelah bulan ni bukan cerite rekaan.. ade buktinye dalam Quran dan Hadis, cume kite kene tanye pada yang alim dan arif tentang Rasulullah SAW, kajian kite sendiri tanpa bimbingan yang alim tak mencukupi. Tapi sekurangnye kite mencari..

Ayat yang menceritakan tentang terbelahnya bulan di dalam al-Quran ada dalam surah al-Qamar ayat 1. boleh tengok dalam Quran dan tafsir (terjemahan saja tidak mencukupi). Majoriti ulama tafsir mengatakan bahwa ayat ini menceritakan kebenaran peristiwa pembelahan bulan yang berlaku di zaman Nabi SAW.

Disokong dengan bukti yang ada dalam kitab sohih Bukhori pada bahagian (Kitabul Manaqib), bab menceritekan tentang (pemintaan kaum Musyrikin dari Nabi SAW bukti (kenabian baginda), maka Nabi SAW menunjukkan mereka dengan pembelahan bulan). Dalam bab ni, Imam al-Bukhori telah sediakan 3 hadis dari jalan sanad yang berbeza bahwasanya peristiwa pembelahan bulan berlaku pada zaman Nabi SAW. disokong juga dalam kitab sohih Muslim pada hadis bernombor 2800. Bahkan ade juga disebut dalam kitab2 hadis yang lain..

Saya hanya sebutkan terjemahan hadis dari kitab Sohih Bukhori,
1- Diriwayatkan daripada Abdillah Ibn Mas'ud RA berkata, telah tebelah bulan pada zaman Nabi SAW dengan due belahan. Nabi SAW telah berkata (ketika itu pada orang musyrikin yang meminta bukti) : Saksikanlah!!
(sohih bukhori : 3636)
2-Diriwayatkan daripada Anas : Bahwasanya ahli mekah (orang musyrik) telah meminta daripada Rasulullah SAW untuk menunjukkan pada mereka bukti (kenabian baginda), maka Nabi SAW tunjukkan pembelahan bulan.
(sohih bukhori : 3637)
3-Diriwayatkan daripada Abdillah Ibn Mas'ud RA : bahwasanya bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW)
(sohih bukhori : 3638)

Maklumat lanjut boleh cari dalam kitab2 syarah hadis dan boleh bertanya pada ahlinya..

Wallahu a'lam


rujukan :
-Kitab Sohih Bukhori
-Sofwatut Tafasir karangan syeikh Muhammad Ali as-Sobuni
-Syarah Hadis Jibril, karangan Habib Zain bin Ibrahim bin Sumait

[ Last edited by  abulhasan at 25-5-2009 04:34 ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:56 AM | Show all posts
Sekadar perkongsian..
Bile kite cerite pasal mu'jizat Nabi SAW serta para nabi dan rasul yang lain, kite kene paham ape makne mu'jizat.. Mu'jizat = perkara yang Allah kurniakan pada mereka (para nabi dan rasul) yang mane pekare tu luar dari adat kepercayaan manusia.. kalo kite cube buktikan dari teori saintifik dan logik akal, perkara itu tidak semestinya boleh diterime akal bahkan akan tekeluar dari adat.

tapi adakah dengan bercanggahnye ia dengan teori sains dan akal kite, ditambah tidak terkandung dalam sejarah ketamadunan dunia lain akan menunjukkan bahwa perkare tu tak belaku? padahal telah terbukti bahwa ianya ada dan terjadi..

Percayalah pada ulama' Islam lebih daripada cendikiawan yang tidak Islam.. orang bukan Islam sentiasa nak tumbangkan Islam, jadi segala bukti yang boleh menguatkan akidah kite tidak mahu mereka bukakan 100 peratus..

Senang2nye, Allah kan Maha Kuasa..Dia boleh buat apa yang Dia mahukan..

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 07:04 PM | Show all posts
walaupun pelbagai mukjizat telah ditunjukkan kepada org kafir pada masa itu .............namun masih ramai yg engkar hinggakan mereka mengatakan Nabi Muhammad itu anli sihir dan pendusta...........semata2................inilah yg dikatakan org yg berpaling dari Allah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.172304 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list