Flashback 5 years back ..
TOMOK sinonim dengan 'sengau', 'penyanyi kampung', 'lagu kampung', 'lagu tangkap leleh', 'penyanyi murahan' etc.
Sebut sahaja nama TOMOK, orang akan mula ketawa dan mempermainkan empunya nama dengan bermacam-macam gelaran.
Kalau nak cakap pasal lagu/penyanyi yang tak best, mesti ada terselit nama Tomok atau New Boyz.
"Aduhai.. lelehnya..stok2 lagu New Boyz ni.."
"Eh eh..sengau nya sore..sora Tomok pun lagi sedap weh.."
Sampai kadang2, budak2 kecik yang xpernah dengar lagu Tomok pun terikut2.
Begitu hebat 'mindset' yang diterapkan oleh masyarakat dan persepsi buruk yang diberikan kepada Tomok.
Bila Tomok masuk audition OIAM, ramai yang kata Tomok tak sedar diri.
Ramai percaya Tomok x akan lepas audition pun.
Dan dia lepas audition. Dan Top 60. Dan Top 40. Dan Top 20. Dan Top 12.
Dan Top 3.
Semalam ..
Tomok dinobatkan juara program realiti One in A Million, dan memenangi RM 1 juta.
Bolehkah kita samakan kisah hidup Tomok ini dengan kisah Susan Boyle, peserta Britain's Got Talent berusia 47 tahun yang mengundang cemuhan penonton apabila dia naik ke pentas, sehinggalah beliau mula menyanyi??
Bezanya, it only takes 7 minutes for Susan Boyle to prove the audience that they're wrong.
It takes 10 weeks for Tomok to prove the same thing.
[ Last edited by beta_carotene at 2-5-2009 00:10 ] |