CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3272|Reply: 28

Dengarnya... Transformasi atau konspirasi?

[Copy link]
Post time 11-5-2009 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya... Transformasi atau konspirasi?   

Oleh Normah Becok

                               MACAM-macamCik Normah dengar mengenai cerita di sebalik tabir Akademi Fantasiamusim ketujuh yang ikutkan hati Cik Normah sudah malas nak menontonnya.Macam-macam 'drama' yang disaksikan menjelang kemuncak pertandingan itupada 16 Mei ini, termasuklah mewujudkan kembali AF Masuk yang dikatakanantara pakatan pihak Astro untuk memasukkan pelajar tertentu bersaingdi peringkat akhir.

Letih Cik Normah dengan 慳degan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2009 10:59 AM | Show all posts
konpirasi for sure
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:00 AM | Show all posts

Hah.. ada gak wartawan yang menulis pasal CSI forumer CARI buat tu
Akhirnya :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 11:01 AM | Show all posts

Reply #3 houdini's post

yang csi memang forumer cari yang buat?terenyer korang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:01 AM | Show all posts
Bagaimanapun, cerita terbaru di sebalik tabir produksi yangCik Normah nak ceritakan adalah mengenai kisah yang dipaparkan dalamlaman popular, YouTube yang menyiarkan kembali rakaman Diari AF7 versiINT.

Cik Normah malas nak bercerita mengenai kisah kebodohan dan kelemahanproduksi itu.


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:04 AM | Show all posts

Reply #5 houdini's post

sgt telus kann

perktaan bodoh amat tepatttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2009 11:05 AM | Show all posts
ada gak lagi satu artikel dalam BH

KMS cakap astro memang buat 3 versi rekording intro diari INT utk tujuan embargo..... ntah apa aku pun tak paham

yg aku tau derang tak ngaku itu lakunan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:05 AM | Show all posts
utk pertama kali nye

tima kaseh..... kak normah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2009 11:06 AM | Show all posts

Reply #5 houdini's post

patut sebut nama adik_belle dgn mynes1988
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 11:07 AM | Show all posts
kalau ada artikel lain nak paste dalam nih atau buat thread baru?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:08 AM | Show all posts
..satu malaysia tahu konspirasi dlm af tu...

lakonan pengetua tu nampak sangat. sebenarnya dia nak buat pengumuman afundi masuk konon-kononnya kerana simpati dengan aishah dan claudia serta tidak menduga mereka berdua tu takkan tersingkir...  konon. tapi aishah & claudia tak diberi peluang untuk berucap, pengetua pula cepat2 mengumumkan afmasuk dgn kuasa nya itu...  lakonan tersebut sebaliknya menampakkan dorang memang dah plan nak masukkan si aril....  kantoi.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:09 AM | Show all posts
Konspirasi utk melariskna dn menaikkan produksi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:09 AM | Show all posts

Reply #10 kittypurry's post

artikel apa tu?? kalau berkaitan, sambung je dlm ni.. xde lah memenuhkan bod..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 11:10 AM | Show all posts
'Produksi tak buat untung'

Ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan diambil DatinSeri Tiara Jacquelina selaku pengetua rancangan itu dan produksi padakonsert minggu kesembilan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, BukitJalil, Sabtu lalu.

Rata-rata kebanyakan mereka (penonton danmedia) berasakan untuk musim ini AF Masuk tidak perlu memandangkan bakipeserta yang bakal beraksi di konsert akhir nanti sudah cukup kuat.

Sebelumini dalam rancangan Diari AF7, pelajar seperti Mohd Yazid Ibrahim(Yazid) pernah menyatakan AF Masuk tidak adil dilakukan kerana pesertayang bakal bersaing bersamanya pada konsert akhir mendapat laluanmudah.

Ini berbeza dengan baki peserta yang masih berada dalam Akademi yang perlu berusaha mengadakan persembahan setiap minggu.

Kemasukansemula Aril untuk beraksi di konsert akhir dijadualkan berlangsung pada16 Mei ini di Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9 malam, juga sepertidirancang apabila dua pelajar disingkirkan pada konsert minggu ke lapanlalu iaitu Claudia Fay Geres (Claudia) dan Siti Aishah Bujang (Aishah).

Padasidang akhbar sebaik konsert berakhir, Ketua Rangkaian Astro Ria,Khairul Mizan Shagul berkata, elemen AF Masuk sudah diwujudkan dalamrancangan realiti TV itu sejak Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2)apabila Linda Nanuwil dibawa masuk semula menerusi SMS dihantarpenonton setia.

"Ia bergantung kepada Tiara selaku pengetua danatas perbincangan dengan pihak produksi. Undian bukan saja membabitkanAril, tetapi semua pelajar yang sudah tersingkir sebelum ini termasukAishah dan Claudia.

"Bagaimanapun, sebaik saja undian AF Masukditutup pada jam 9 malam tadi (kelmarin), rezeki ternyata menyebelahiAril apabila menerima undian paling tinggi," katanya.

Elemen AFMasuk juga dilihat sebahagian daripada gimik produksi AF7 dalam usahamenarik perhatian umum. Apatah lagi dengan mengadakan AF Masuk iamembolehkan produksi memperoleh sedikit keuntungan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Khairul menafikan pihaknya mendapatkeuntungan apabila undian AF Masuk dilakukan malah jika dinilaidaripada jumlah undian diterima, ia tidak sebesar seperti AF Masukmusim kedua

"Aril menerima 52 peratus daripada 300,000 undian diterima daripadapenonton setia. Ini bermakna setengah daripada jumlah itu menyokong diamasuk kembali menyertai konsert akhir.

"Menilai daripada hasilundian itu, seperti umum tahu tidak semua jumlah wang daripada SMSditerima masuk ke dalam produksi dan ia perlu dibahagikan dengansyarikat telekomunikasi. Kos untuk menghasilkan konsert ini juga tidakmurah dan memerlukan belanja yang besar," katanya.

Kelmarin,tiada penyingkiran dibuat dan empat peserta yang beraksi di konsertminggu ke sembilan, Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad(Akim), Mohd Yazid Ibrahim (Yazid) dan Ismaliza Ismail (Isma) akanterus beraksi pada konsert akhir.

Rata-rata persembahan mendapatpujian daripada penonton mahupun pengkritik iaitu Edrie Hashim, NingBaizura dan Adlin Aman Ramli. Pujian terutama kepada Hafiz dan dan Akimyang sudah mula menampakkan kesungguhan mahu beraksi di konsert akhir.

Kelmarin, peserta turut diuji untuk mendendangkan lagu dalam bahasaMelayu dan Inggeris. Bagaimanapun, kebanyakan daripada peserta hanyamenonjol pada satu daripada dua lagu yang didendangkan.

Mengambilcontoh Akim yang cemerlang sewaktu mendendangkan lagu I'm Yours, nampaksedikit berlebih-lebihan sewaktu mendendangkan lagu Dewa 19, Larut.

SementaraHafiz pula persembahannya nampak terlalu berselerak apabila beraksibersama penari jemputan terdiri daripada kanak-kanak sewaktumenyanyikan lagu pertama Laskar Pelangi yang dipopularkan kumpulanpopular seberang, Nidji.

Hafiz bangkit kembali apabilamemberikan persembahan begitu mengagumkan sewaktu mendendangkan lagu IBelieve I Can Fly nyanyian asal R Kelly.

Walaupun masih dalamkategori baik, ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki Isma yangmenjadi peserta tunggal wanita bakal beraksi di konsert akhir, terutamastamina dalam penyampaian.

Peserta berasal dari Cheras, KualaLumpur itu cepat mengah apabila nyanyiannya memerlukan banyakpergerakan, sementara Yazid masih kurang penghayatan dan masihberhadapan dengan masalah nyanyian yang agak kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:19 AM | Show all posts
'' Menjelaskan mengenai perkara itu, Khairul menafikan pihaknya mendapatkeuntungan apabila undian AF Masuk dilakukan malah jika dinilai daripada jumlah undian diterima, ia tidak sebesar seperti AF Masukmusim kedua''

-mmgla x besar sbb org mls nk undi. dh tentu2 aril yg dpt masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by Incanto at 11-5-2009 11:05
ada gak lagi satu artikel dalam BH

KMS cakap astro memang buat 3 versi rekording intro diari INT utk tujuan embargo..... ntah apa aku pun tak paham

yg aku tau derang tak ngaku itu lakunan


Sebelum sedar kantoi dia takde pulak sebut pasal embargo, link bagai
Spontan katanya

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, keputusan undi masuk itu dibuat secara drastik berdasarkan keputusan penyingkiran pelajar pada malam tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2009 11:23 AM | Show all posts
obiyesly konspirasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 11:26 AM | Show all posts
Sudah rezeki Aril    Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]               

     KEMASUKAN semula Aril (kiri), menggembirakan rakan seperjuangannya yang lain.

                   Persembahan Hafiz, Akim, Isma dan Yazid membuatkan konsert AF kesembilan begitu menghiburkan

KETIKA empat pelajar lain berhempas pulas menghafal lirik,mengingat lagu dan gerak tari serta dalam tekanan menghadapi tugasanyang mendatang, di luar sana dia sudah pun mengecap nikmat bergelarartis.

Selama dua minggu berada di luar lingkungan sangkar emasAkademi Fantasia selepas disingkirkan ketika konsert minggu ketujuh,pelajar bernama Khairil Azam Pilus atau Aril ini kembali bebasmenjalani kehidupan seperti biasa.
        
    Tiada kuarantin, mengikuti pelbagai program promosiyang diatur Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) menghadiri sesifotografi bersama media serta undangan menjayakan program televisyendan juga radio iaitu aktiviti biasa yang sering dilakukan pelajar AFselepas tersingkir.

   
Namun, sewaktu konsert minggu kesembilan malam kelmarin, Aril diserap semua ke dalam akademi

atas nama tiket AF Masuk. Dan kemasukan Aril itu bukanlahsesuatu yang memeranjatkan kerana sejak dirinya dikeluarkan dariakademi itu, namanya menjadi sebutan sebagai pelajar yang bakal diserapsemula andai elemen AF Masuk diwujudkan lagi tahun ini.
                          
GAYA dan persembahan Akim turut mendapat reaksi positif penonton.

                        PenyingkiranAril dianggap sesuatu yang mengejutkan kerana pelajar yang berasal dariKuala Lumpur itu sering tampil dengan persembahan yang menarik danmenghiburkan. Namun dek kerana undian SMS yang tidak memihak kepadanya,Aril terpaksa disingkirkan sebagai mengikut syarat yang ditetapkanprogram realiti itu.

Namun persoalannya di manakah kewajaran AF Masuk untuk musimini sedangkan sewaktu menyaksikan Hafiz, Isma, Akim dan Yazid beraksi,tidak keterlaluan andai dikatakan konsert minggu kesembilan adalah yangterbaik yang pernah disajikan setakat ini.

Mereka berempat sebenarnya sudah cukup layak untuk bergelarfinalis tanpa perlu ada peserta tambahan. Dan apa yang lebih penting,mereka ini adalah peserta akhir yang benar-benar diiktiraf penontonyang mahu mereka beraksi apabila undian setiap minggu berpihak kepadamereka.

Bagaimanapun, sewaktu mengulas pertanyaan ini, Ketua SaluranAstro Ria, Khairul Mizan Shagul menjelaskan elemen AF Masuk perludiadakan atas permintaan ramai.
                        
(Darikiri) HAFIZ, Yazid , Isma dan Akim pada Konsert Akademi Fantasia 7 diStadium Putra Bukit Jalil, semalam. - Foto Ramdzan Masiam.
                        "Sebenarnyakeputusan untuk mewujudkan AF Masuk ini pun sudah dibincangkan lebihawal antara pihak produksi dan juga fakulti. Cuma ketika perbincanganitu kita tak buat keputusan bila mahu menggunakannya.

"Dan sebelum ini pun memang ramai yang bertanyakan perkara ini(AF Masuk) sebaik saja Zizi terkeluar. Malahan pihak khidmat pelanggankami juga menerima banyak panggilan yang mahukan AF Masuk diadakan.Justeru, apabila prinsipal Tiara meminta untuk mengadakan AF Masuk,kami membenarkannya," ujar Khairul pada sidang media sejurus selepaskonsert tamat.

Pun begitu, walau apapun alasannya, mewujudkan elemen AF Masukdilihat sebagai sesuatu yang tidak adil buat empat peserta lain keranauntuk menempatkan diri ke final, mereka terpaksa berhempas pulassedangkan Aril berjaya memboloskan diri menerusi jalan pintas ciptaanAstro.

Malah, sejarah AF pernah membuktikan bahawa sesiapa yangdiberi peluang kedua menerusi AF Masuk seperti Linda Nanuwil, Mawi,Marsha dan Lotter, tuah sentiasa berpihak kepada mereka. Justeru tidakmustahil andai perkara yang sama berulang kepada peserta AF7.

"Ya dalam beberapa perkara, saya bersetuju dengan pendapat itunamun seperti yang saya katakan tadi, AF Masuk bukanlah sesuatu yangbaru dalam AF dan tujuan kami menyerap masuk seorang lagi pelajar keperingkat akhir adalah tidak lain dari sekadar menjadikan malam itulebih menghiburkan dan bervariasi,
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:26 AM | Show all posts
kuasa dah di tangan mereka... sesungguhnya pengundi & penonton sentiasa berada dalam kerugian ........
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:32 AM | Show all posts

Jangan lupa paste artikel berkaitan kat thread di board gosip sekali

http://eforum3.cari.com.my/viewt ... ;extra=&page=17
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.539713 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list