CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4509|Reply: 33

Kedudukan AFUNDI selepas undian ditutup

[Copy link]
Post time 17-5-2009 01:44 AM | Show all posts |Read mode
1. hafiz - 46%
2. aril - 22%
3. akim - 18%
4. yazid - 9%
5. isma - 5%

17-May-2009 | Oleh: Ellyna AliJuara AF7, Hafiz Tepati Ramalan


Teks Oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2009:  Dakwaan yangmengatakan bahawa Aril adalah anak emas Astro dan bakal menjuaraiAkademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ini adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya,Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawaktelah diumumkan sebagai juara pada konsert akhir Akademi Fantasia MusimKe-7 (AF7) yang telah berlangsung dengan meriahnya di Stadium Putra,Bukit Jalil, malam tadi.

Dengan memperolehi undian sms terbanyak46% daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakatMalaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitanAstro yang paling popular di Malaysia itu.

Sekaligusmenewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mengutip 22%, Akim (18%),Yazid (9%) dan Isma (5%) apabila beraksi dengan baik pada malam itumenerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas.



Kemenangan manis yang dilakar Hafiz ini turut memberi peluang kepadaanak kelahiran bumi kenyalang ini untuk merampas semula takhta dangelaran  juara AF daripada 2 peserta wanita yang sebelum ini telahmendominasi AF6 dan AF7 iaitu Mila dan Stacy.

Malah, Hafizturut berjaya membawa pulang pelbagai hadiah lumayan seperti  sebuahkereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New YorkUntuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), CameraU130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan HugoBoss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun(Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia),  wang tunai RM20, 000 sertatrofi.

Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dariKuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pulaseperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksidan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkanmenerusi  lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baruToksik.

Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar  ikon dikalangan peminat remajanya berjaya  membawa pulang hadiah berbentukbaucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030(Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai(MPS Advance),  jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000serta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atauAkim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan padaminggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untukmemenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, CameraF3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi.

Berasal dariJohor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabilamenyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baruBengang dengan kejutan yang mantap.

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atauYazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempatkeempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta sertalagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus,wang tunai RM3,000 serta trofi.

Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia  hanyasekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert  akhir AF7  inimenerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagubaru Bisikan匞odaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri.

Ironinya,Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal di konsert akhirAF7 ini serta ibu kepada 5 anak ini seringkali menduduki tangga teratasdalam setiap konsert mingguan AF7 sebelum ini.

Malangnya,kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannyaitu dan sebagai pemenang tempat kelima, ia hanya membolehkan diamembawa pulang sebuah trofi kemenangan sahaja.

Konsert selama3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radiorasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Iaturut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yangtersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi.

Selainitu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahuluStacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yangdipopularkan band muzik Bunkface.

Konsert final hebatitu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacaradiari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie  Hashim,Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.

Semua hadiahdisampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina  yang kemudianmenutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentasdilabuhkan lewat tengah malam tadi


credits to murai.com.my

tgu website astro nk upd8, berjanggut tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 01:45 AM | Show all posts
jauh giler dia tinggalan yang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:45 AM | Show all posts

Reply #1 gogo's post

Thanks gogo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 01:47 AM | Show all posts

Balas #3 diana007\ catat

sama2
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:47 AM | Show all posts
Originally posted by gogo at 17-5-2009 01:44
1. hafiz - 46%
2. aril - 22%
3. akim - 18%
4. yazid - 9%
5. isma - 5%

Kemenangan manis yang dilakar Hafiz ini turut memberi peluangkepadaanak kelahiran bumi kenyalang ini untuk merampas semula takhtadangelaran  juara AF daripada 2 peserta wanita yang sebelum initelahmendominasi AF6 dan AF7 iaitu Mila dan Stacy.


agak2 la nak nipu pon
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:48 AM | Show all posts
gigih tol dorang vote..undian xturun lak tuh...makin naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2009 01:48 AM | Show all posts
tahniah apis...pandai2 bwk diri kat luar...kekalkan imej bersih mu itew..i lap u...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:48 AM | Show all posts
Originally posted by isskandar at 17-5-2009 01:47


agak2 la nak nipu pon


kannnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2009 01:49 AM | Show all posts

Balas #5 isskandar\ catat

klo ko x tegur, aku x prsn

bkn slh aku suroh ellyna btolkan article dia kt murai
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:49 AM | Show all posts
jauh giler gap apiz-aril....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:49 AM | Show all posts

Balas #5 isskandar\ catat

typing error kot tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:50 AM | Show all posts
sian isma..punyelah menten tpt atas dr 1st kunset..
final dpt tpt ke5 je..papepun congrats to hafiz & others
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:51 AM | Show all posts
isma 5% je?...sikitnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:51 AM | Show all posts
hampir separuh pengundi di malaysia ni memilih hafiz...

anyway, aku rasa mcm last week tu la konsert final....vote hafiz tinggi giler berdasarkan apa yg dia dah persembahkan sebelum ni. ramai yg atas pagar teruskan mengundi lepas konsert muzikal tu.......

mlm ni, lagu yg lemau diberikan pd pelajar smpai konsert jd lemau. anyway, lagu baru hafiz sedap
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:55 AM | Show all posts
Originally posted by Beta at 17-5-2009 01:48
gigih tol dorang vote..undian xturun lak tuh...makin naik



af taon ni iols mcipta rekod peribadi...paling byk kuar duit dari af seblom nie...

iols tunggu jew bil tepon umah ujung bulan nie



[ Last edited by  mia_bulan at 17-5-2009 01:57 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:56 AM | Show all posts
tak kan 5% je untuk Isma.... mane pergi pengundi Isma .... tak kan diaorang undi si poyo Aril tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 02:00 AM | Show all posts
berapa juta taon nih agaknya....

paling tinggi dlm sejarah AF ke....

dlm pc td tentu dah bgtau....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 02:04 AM | Show all posts
hehehe...ada juga ye peminat AF ni....aku dah boring la...apa la nanti jadi kat hafiz tu....faizal yg dulu pun dah kemana agaknya...hmmmm...buat perabih duit je ngundi.....kalau aznil pengacara nak juga aku tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 02:14 AM | Show all posts
Kalau nak di kata fans hafiz卆ku mmg takut sikit nak cakap ini卆mat fanatic sekali, gemuruhnye dewan ini amat di rasakan卻o tak leh cakap sambutannya macam FAIZAL AF4 lah卻bb ni dari kawan2 aku yg keje kat ASTRO
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 02:15 AM | Show all posts

Reply #19 batunilam4a's post

dengar bapak dia jual tanah yer?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.996326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list