View: 2885|Reply: 2
|
Koleksi keratan akhbar tentang AF7!
[Copy link]
|
|
http://www.bharian.com.my/Sunday ... /Article/index_html
![](http://www.bharian.com.my/Sunday/Nasional/20090517075158/mainpix1.jpg)
HAFIZ dinobatkan juara Akademi Fantasia musim ketujuh.
Aril naib juara, Akim tempat ketiga
KUALA LUMPUR: Seperti diramal, Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, yang sering menguasai tempat teratas pada persembahan konsert mingguan, dinobatkan sebagai juara program TV realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) pada konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak, itu tidak dapat menahan sebak sebaik diumumkan juara oleh pengacara AF7, AC Mizal. Dia yang menyampaikan lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal, Anuar Zain dan lagu baru, Masih Jelas ciptaan Aidil Alfian dan lirik oleh AD Samad berjaya memukau lebih 10,000 penonton yang membanjiri stadium berkenaan.
Malah, pengkritik tetap iaitu Datuk Khadijah Ibrahim, Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim turut kagum dan memuji persembahannya pada konsert akhir itu.
Hafiz menerima hadiah lumayan berupa kereta Honda Accord (2.0) tajaan Honda Malaysia, pakej percutian ke New York untuk dua orang tajaan Maybelline New York, Aktif bersama Hotlink selama setahun, Arezzo Hoffman (5.1 Home Theatre System), kamera U1030 tajaan Olympus, Hyundai Air Purifier tajaan MSP Advance, jam tangan tajaan Hugo Boss, Brand抯 InnerShine tajaan Cerebos untuk dinikmati setahun, telefon bimbit Nokia 5730 XpressMusic tajaan Nokia dan wang tunai RM20,000 tajaan Astro.
Naib juara, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur menyanyikan lagu Kasih Tak Sampai (Padi) dan Toksik ciptaan Alim dan Shazee Ishak serta lirik oleh Nurfatima. Dia membawa pulang hadiah berupa baucar percutian bernilai RM3,000 tajaan Maybelline New York, kamera U1030 tajaan Olympus, Arez-zo Hoffman Karaoke Set tajaan Areezo, Hyundai Air Purifier tajaan MSP Advance, jam tangan tajaan Hugo Boss dan wang tunai sebanyak RM10,000 tajaan Astro.
Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, dari Johor Bahru yang mendendangkan lagu Bencinta (Faizal Tahir) dan Bengang ciptaan Amir, manakala lirik oleh SQ. Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang hadiah baucar percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline New York, kamera FE320 tajaan Olympus dan wang tunai sebanyak RM8,000 tajaan Astro.
Yazid atau Mohd Yazid Ibrahim, 22, dari Johor Bahru menyampaikan lagu Kasidah Cinta (Dewa 19) dan Ya Papa ciptaan Tun Taja, manakala lirik oleh Hairul Anuar Harun, menduduki tempat keempat. Dia membawa pulang hadiah berupa kamera FE320 tajaan Olympus dan wang tunai RM3,000 tajaan Astro.
Tempat kelima, Ismaliza Ismail atau Isma, 30, dari Kuala Lumpur menyampaikan lagu Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar) dan Bisikan...Godaan ciptaan Aiman dan lirik oleh Slen. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 16 Mei - Tiada kejutan - seperti yang dijangka Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, (gambar) atau mesra dengan panggilan Hafiz muncul sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) dalam konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini malam ini.
Melontarkan kekuatan vokal, Hafiz berjaya menafikan cubaan Ismaliza Ismail (Isma) dalam mengekalkan penguasaan pelajar wanita selaku juara yang sebelum ini dimiliki Stacie Angie Anam (Stacy) melalui AF6 dan Noorsyarmilla Jirin atau Mila (AF5).
Malah, impian Khairil Azam Pilus atau Aril untuk mengulangi kejayaan Asmawi Ani (Mawi) yang pernah tersingkir dan bergelar juara sebaik dibawa memasuki semula ke dalam AF3, nyata tidak mampu dilakukannya selepas disekat dengan persembahan memukau Hafiz.
Aril, 24, merupakan bekas pelajar yang disingkirkan selepas mendapat kedudukan tercorot di minggu ketujuh dan menyertai semula akademi menerusi undian AFMASUK manakala Isma, 30, satu-satunya pelajar wanita yang berjaya melangkah ke konsert akhir AF7.
Kemenangan Hafiz selaku pelajar Sarawak pertama bergelar juara dalam siri saingan Akademi Fantasia itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro.
Sementara itu, Aril, pelajar berasal dari Kuala Lumpur, menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro.
Tempat ketiga dimenangi Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18. Pelajar bernama Mohd. Yazid Kamal Ibrahim, 22, dan Isma pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima. |
|
|
|
|
|
|
|
Mstar Online.........
Ahad Mei 17, 2009
Impian Hafiz bergelar juara tercapai selepas 12 tahun
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
![](http://img40.imageshack.us/img40/9580/apislompat.jpg)
MELOMPAT GIRANG... Hafiz terlalu gembira setelah dinobatkan sebagai juara AF7. - foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ
KUALA LUMPUR: Seperti dijangka dari awal lagi, Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau lebih dikenali Hafiz menjuarai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), malam tadi.
Kejayaan itu, menurut Hafiz, merealisasikan impiannya untuk bergelar juara dalam pertandingan nyanyian ketika dia berumur 7 tahun pada suatu hari nanti.
"Saya dah simpan impian untuk bergelar juara sejak berusia 7 tahun. Saya ingat lagi waktu itu adalah hari jadi arwah nenek saya.
"Jadi, sejak hari itu, saya mula berminat dengan bidang nyanyian dan mula menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sarawak," katanya kepada mStar sejurus AF7 berakhir.
Hafiz menambah: "Mak saya adalah orang yang paling banyak memberikan sokongan. Saya tidak akan melupakan saat ini sampai bila-bila."
![](http://img40.imageshack.us/img40/8651/3stoogesp.jpg)
PEMENANG-PEMENANG AF7 (dari kiri): Akim, Hafiz dan Aril. - foto THE STAR oleh MOHD. FAIHAN
"Insya-Allah, selepas ini, saya akan mengikut aliran muzik yang sebati dengan jiwa saya iaitu pop rock, balada dan R&B. Bagaimanapun, saya ini jenis universal iaitu rock dan ala-ala lagu Jepun," ujarnya.
Dengan kemenangan itu juga, Hafiz berjaya merampas takhta juara dari kalangan peserta lelaki selepas dua tahun berturut-turut diraih oleh peserta wanita.
"Sejujurnya, saya amat gembira dinobat sebagai juara. Bagi saya, tiada beza sama ada peserta lelaki atau perempuan yang bergelar juara kerana kita semua manusia," luah Hafiz.
Penyanyi berasal dari Kuching itu berjaya memperolehi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi sebanyak 46 peratus diikuti Aril (22 peratus), Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus).
Dengan itu, Hafiz membawa pulang kereta mewah Honda Accord 2.0 liter, percutian ke New York untuk dua orang yang bernilai RM10,000, Arezzo Hoffman 5.1 Home Theatre System, kamera jenama Olympus U1030, Hyundai Air Purifier - HYAP-202, Hugo Boss Watches (HB1110-15022022A) & (HB1120-15032026A), BRAND's InnerShine untuk dinikmati 1 tahun, Nokia 5730 XpressMusic, wang tunai RM20,000 dan trofi Astro.
Walaupun pada awalnya, Hafiz gagal membawakan lagu Kau Bunga Cintaku (nyanyian asal Anuar Zain) dengan baik ekoran terikut-ikut dengan koreografi, dia bangkit kembali menerusi lagu keduanya.
Stadium Putra, Bukit Jalil - tempat berlangsungnya peringkat akhir AF7 - menjadi gamat apabila selesainya penyanyi berusia 19 tahun itu mendendangkan Lagu keduanya, Masih Jelas (Ciptaan: Aidit Alfian dan Lirik: Ad Samad).
![](http://img40.imageshack.us/img40/9932/apispresent.jpg)
REZEKI AF7... Hafiz menerima cek replika hadiah tunai sambil diperhatikan Prinsipal AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina. - foto THE STAR oleh RICKY LAI
Sorakan para penonton tidak henti-henti sehingga `mengganggu' tiga pengkritik memberikan komen terhadap persembahan luar biasanya itu.
Tiga pengkritik yang bertugas malam tadi ialah Adlin Aman Ramlie, Datuk Khadijah Ibrahim dan Edrie Hashim.
Sementara itu, Aril yang memenangi tempat kedua memperolehi baucer percutian bernilai RM3,000, kamera U1030, Arezzo Hoffman Karaoke Set, Hyundai Air Purifier - HYAP-202, Hugo Boss Watches (HB1110-15022126A) & (HB1110-13020311), wang tunai RM10,000 dan trofi Astro.
Akim selaku pemenang ketiga meraih baucer percutian bernilai RM2,000, kamera FE320, wang tunai RM8,000 dan trofi Astro.
Yazid yang menduduki tempat keempat dihadiahkan kamera FE320 dan wang tunai RM3,000.
Isma satu-satunya peserta wanita tunggal bergelar ibu yang layak ke peringkat akhir dan menduduki tempat kelima memperolehi trofi Astro.
![](http://img40.imageshack.us/img40/4733/apisscream.jpg)
IMPIAN TERMAKBUL...Hafiz berjaya juga akhirnya. - foto THE STAR
Selain itu, kad SIM pemenang AF7 akan diaktifkan oleh Hotlink selama setahun.
Dalam pertandingan akhir itu, Aril menyampaikan lagu Kasih Tak Sampai (nyanyian asal Padi) dan Toksik (ciptaan Alim/ Shazee Ishak dan lirik oleh Nurfatima) manakala Akim membawakan lagu Bencinta (Faizal Tahir) serta Bengang (ciptaan Amir dan lirik oleh SQ).
Yazid pula mendendangkan lagu Kasidah Cinta (Dewa 19) dan Ya Papa (ciptaan Tun Taja dan lirik oleh Hairul Anuar Harun) sementara Isma melagukan Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar) dan Bisikan..Godaan (ciptaan Aiman dan lirik oleh Slen).
Kejayaan Hafiz tersebut menepati ramalan ramai artis dan selebriti yang diperolehi menerusi tinjauan mStar sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|