CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8712|Reply: 100

Corat-Coret AF7 (versi belakang tabir)

[Copy link]
Post time 19-5-2009 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Corat-Coret AF7:


# Abang kepadaAril, Izwan Pilus sempat datang ke konsert akhir AF7 tetapi tidak dapat lama berada dalam stadium kerana perlu menghadiri latihan pertandingan Bintang RTM. Izwan turut gembira dengan kejayaan Aril di tempat kedua.

# Berbeza dengan musim lalu, kali ini tetamu VIP dan pihak media diraikan dengan majlis koktel sejam sebelum konsert akhir bermula. Lisa Surihani, Dafi dan Ainul Aishah adalah antara artis yang paling awal datang ke majlis koktel itu.


# Pada sebelah petang, Karnival Gempak Selebriti Astro ditimpa hujan rahmat. Namun ramai peminat tidak berganjak dan sanggup menonton persembahan artis di bawah payung.


#Anita Sarawak atau Kak Nita adalah antara penyokong Hafiz. Melihat kemunculan Hafiz, Kak Nita dan suaminya Abang Mahathir terus menjerit dan bersorak sakan! Kak Nita juga kagum dengan semangat Isma yang masih lincah beraksi walaupun sudah ada anak 5.


# Seorang lagi penyokong setiap Hafiz adalah produser filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman atau Kak Mi. Kak Mi memang banyak menghantar AFundisecara pukal kepada Hafiz dan ia tertera dalam pesanan mesej di telefonbimbitnya itu. Malam itu, Kak Mi duduk di sebelah Mak Mah yang juga ibu pengkritik Adlin Aman Ramlie.


# Seorang karyawan filem mengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwat sekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macam itu. Jumpa kita dari jauh dah senyum dan menyapa, sekarang, angkat kening pun berat sangat. Biasalah, orang dah mabuk glamour..." kata karyawan yang sangat popular itu.


#  Barisan artis Gempak Selebriti Astro seperti Zainal Alam Kadir, Reza, Farhan, Tam Suhaimi,Idayu, Fitri, Hazama, Farish dan Edlin memang kecoh bersorak di tempatmereka. Kemudian datang pula Nana Era yang makin cantik sejak hendak berkahwin ini. Nana juga penyokong kuat Hafiz.


# Ada dakwaan mengatakan Kelab Peminat (FC) Hafiz menarik diri pada saat-saat akhir daripada membuka gerai dan centre spot untuk berkumpul ketika berlangsungnya Karnival Gempak Astro di luar stadium. Ini menjadi bahan bualan di kalangan FC finalis lain.


# Sebahagian penyokong Aril datang dengan sepanduk paling besar yang tertulis 'Kami Nak Aril Jadi Juara'. Mereka terpaksa duduk di tingkat atas sebab sepanduk itu terlalu besar dan perlu direntangkan ke bawah.


#Ramai berkata, meskipun Hafiz bergelar juara, tapi Aril yang menang sorak. Dia menerima sorakan paling gemuruh dan meriah sejak mula hingga akhirnya konsert itu.  Pada awal konsert, Hafiz mendapatkan sorakan paling gemuruh diikuti Aril dan kemudiannya Akim.


# Ada segelintir peminat meradang apabila tempat mereka telah diambil orang disebabkan kekeliruan nombor tiket. Tapi bila konsert telah bermula,sejak jadi OK. Selain itu, kesian pula pengkritik Raja Lawak 3, Zaibo,yang tersesat mencari tempat duduk sehingga duduk di tempat pihak media.


#Jangan tak tahu, putera dan puteri dari kerabat diraja Brunei Darussalam pun turut berangkat menonton konsert final itu. Terbukti AF program yang sangat popular di Malaysia dan Brunei!


# Ketika lagu Menuju Puncak disampaikan oleh semua pelajar musim ini, Rubisa tidak dapat menari sama kerana kakinya telah terseliuh sewaktu latihan.


#Sewaktu persembahan bekas pelajar Top 20 pula, Lizda pula tidak dapat mengadakan persembahan. Difahamkan, Lizda yang juga isteri pelakon Ezani sibuk dengan perniagaan belacannya! Kesian pula melihat Abang Kelana yang berdepan dengan masalah apabila mula menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta (Fotograf).


# Ketika Aril mendendangkan lagu barunya, Toksik, dia merampas kertas di meja pengkritik dan membuangnya ke lantai. Semasa raptai penuh, dia menjadikan botol air mineral sebagai mangsanya dan ketika melontar hampir-hampir terkena krew Murai!


# Lucu pula melihat Hafiz yang seakan-akan agak bingung (blur) ketika sidang media tengah malam. Mungkin tergamam melihat ramai wartawan dan masih terkejut dengan kejayaan hebatnya itu. Sampaikan Hafiz terpaksa meminta wartawan mengulangi soalan mereka.


#Akim pula 'terlebih ramah' apabila siapa bertanyakan nama wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya. Itulah realiti sebenar selepas mereka keluar daripada akademi apabila mula berdepan dengan 1001cabaran.


#  Ramai tidak tahu bahawa lirik lagu Isma, Bisikan... Godaan dicipta oleh Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil atau nama penanya Slen. Sebelum ini Slen pernah menghasilkan lirik laguseperti Nurul Ajai (Cinta Mencintai Kita), Ziana Zain (Lembah Asmara),Dato Siti Nurhaliza (Kembalikan Indah), Dr Fazley (Cerita Asmara),Erema (Pelita Di Bawah Purnama) dan Misha Omar (Sampai Di Sini). KataSlen, dia tidak tahu lagu itu akan dinyanyikan oleh siapasehinggalah menerima panggilan daripada komposernya Zul, suami Isma.


# Ada pihak mendakwa Cikgu Siti Hajar adalah ibu saudara Aril. Namun, itu semua tidak benar.


# Pengacara terkenal, Haji Aznil Hj Nawawi sempat singgah ke sidang media dan majlis supper untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar dan barisan pemenang.


[ Last edited by  Syd at 19-5-2009 21:48 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 09:30 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

credit to murai.com ok....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 09:36 PM | Show all posts

Reply #2 joe7289's post

dorang penah credit kat cari tak
bila amek 'benda' kat carik nih?

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:37 PM | Show all posts
# Seorang karyawan filemmengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwatsekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macamitu. Jumpa kita dari jauh dah senyum dan menyapa, sekarang, angkatkening pun berat sangat. Biasalah, orang dah mabuk glamour..." katakaryawan yang sangat popular itu.

sape neh? arisah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:38 PM | Show all posts
# Pengacara terkenal, Haji Aznil Hj Nawawi sempat singgah ke sidang media dan majlis supper untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar dan barisan pemenang.

alhamdulillah, dh haji dah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:40 PM | Show all posts

Balas #3 Syd\ catat

GULPs... terkesima sekejap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2009 09:42 PM | Show all posts
Ramai berkata, meskipun Hafiz bergelar juara, tapi Aril yang menangsorak. Dia menerima sorakan paling gemuruh dan meriah sejak mula hinggaakhirnya konsert itu.  Pada awal konsert, Hafiz mendapatkan sorakanpaling gemuruh diikuti Aril dan kemudiannya Akim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 09:42 PM | Show all posts

Reply #4 tomatomam2222's post

arisah mmg confirmed tukar jantina ker?




ms ida gojes ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 09:43 PM | Show all posts
# Seorang karyawan filemmengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwatsekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macamitu. Jumpa kita dari jauh dah senyum dan menyapa, sekarang, angkatkening pun berat sangat. Biasalah, orang dah mabuk glamour..." katakaryawan yang sangat popular itu.


jom speku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 09:43 PM | Show all posts
kekdahnya

hapiz nih blur sama mcm paezah kot

1. adlin tanya pung tu hari time konsert, tak menjawab soalan
2. masa kat gaia awani tu hari pung, mcm nih gak
3. dalam artikel kat atas tu pung mcm tu gak?


adakah bahasa jadik halangan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:44 PM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

hello? kalau ida gojes tu nk kekwat dh lama dh kekwat.. dia dh glamer lama dh okay..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 09:44 PM | Show all posts

Reply #9 beta_carotene's post

cikgu shapi tu mmg sokmo masam kan muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:45 PM | Show all posts

Reply #4 tomatomam2222's post

siapa yang baru join? ida nerina?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by tomatomam2222 at 19-5-2009 21:37
# Seorang karyawan filemmengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwatsekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macamitu. Jumpa kita dari jauh dah senyum ...

aris@arisah ni pompuan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 09:52 PM | Show all posts

Reply #14 Along_XX's post

kekekekek

mahapkan laa dia..

dia 'terkeliru'

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by Along_XX at 19-5-2009 21:50

aris@arisah ni pompuan ke?


choyy nyer soklan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 09:54 PM | Show all posts
paling menakutkan bila raja azmi
jgn ambik jafiz berlakun citer anu dlm botol dah la
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:55 PM | Show all posts

Balas #10 Syd\ catat

die mcm x byk bergaul kot....abes blaja balik rumah...

baru lagi lah...someone has to slow talk to him..risau plak aku...die ni innocent and naive...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:55 PM | Show all posts

Balas #10 Syd\ catat

tak.. dia just nak tahu dengan jelas apa yang soalan yang diberi.. kang salah jawab susah pulak kan.. i amat memahami hafiz cz i lahir bulan 2 sama ngan hafiz... berbintang pieces... lagipun i pun selalu camtu, suruh org reapet apa y org soal...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by batunilam4a at 19-5-2009 21:55
die mcm x byk bergaul kot....abes blaja balik rumah...

baru lagi lah...someone has to slow talk to him..risau plak aku...die ni innocent and naive...


kejutan budaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.369982 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list