View: 6238|Reply: 28
|
Siti Tanam Pokok Di Bukit Kiara....
[Copy link]
|
|
Siti Nurhaliza jayakan kempen tanam pokok
SITINurhaliza menanam anak pokok belian sambil dibantu Khalid Mohd. Jiwa diTapak Semaian, Taman Arboretum Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam
KUALALUMPUR 24 Mei - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti NurhalizaTaruddin menunjukkan keprihatinannya terhadap isu alam sekitar apabilasanggup turun padang untuk menanam sendiri tiga batang anak pokokbelian di Hutan Kiara di sini hari ini.
Beliau yang ditemuiselepas itu menyifatkan, ia sumbangan peribadinya demi menjayakankempen program Hutan Kita-Kiara yang dilancarkan oleh bekas PerdanaMenteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 15 Februari lalu.
"Sebagaiselebriti, ini salah satu tanggungjawab sosial Siti kepada masyarakatdan alam sekitar. Semoga langkah ini akan menjadi ikutan para peminatdan juga ahli masyarakat yang lain.
"Program ini bukan sahajauntuk menghijaukan persekitaran kita, tetapi ia juga mampu membendunggejala seperti pemanasan global dan kejadian tanah runtuh," katanyaketika ditemui Utusan Malaysia di Tapak Semaian, Taman Arboretum BukitKiara di sini hari ini.
Pada kempen anjuran Advanced MaintenancePrecision Management Sdn. Bhd., (AMPM) itu, penyanyi yang populardengan lagu Cindai itu turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd.Jiwa serta dua anak tirinya, Muhammad Asyraf, 17, dan Mohammad Aazief,11.
Menurut Siti Nurhaliza, ini bukan kali pertama beliauterbabit dalam kempen seumpama itu kerana pernah menjayakan kempenmenanam pokok di Pulau Pinang pada awal tahun ini bersama Jusco.
"Sitimenanam pokok di sekeliling bangunan Jusco di Pulau Pinang sebagai dutakepada pusat beli-belah tersebut," ujarnya yang tidak kekok menanamsendiri anak-anak pokok dengan menggunakan sebatang cangkul.
ProgramHutan Kita-Kiara merupakan projek perintis aktiviti penanaman pokokyang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatanmelalui Jabatan Landskap Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dan Institut Arkitek Landskap Malaysia.
Turut serta menjayakanprogram itu ialah Pengarah Urusan AMPM, Datuk Yahya A. Jalil bersamaisterinya, Datin Mahmudah Md. Ali, Bekas Wakil Khas Malaysia diPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Razali Ismail dankira-kira 100 kakitangan serta ahli keluarga AMPM.
Sebanyak 496 anak pokok daripada pelbagai spesies ditanam secara bergotong-royong oleh kakitangan serta anggota keluarga AMPM. |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk kurus lak tok K...
CT, teruskan usaha murni mu itew.... |
|
|
|
|
|
|
|
muke mcm budak2 ye..comei lg |
|
|
|
|
|
|
|
comelnyerr |
|
|
|
|
|
|
|
comel ngan topi dia tu..mmg comel....tok K cam bpk dia plak..hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
comelnyaaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ppuan cina plk tgk ct nie
kurus mcm bdk lpasan spm.......... |
|
|
|
|
|
|
|
bgos betol....prihatin....... |
|
|
|
|
|
|
|
tue mungkin di sebabkan pose ct or angle kamera yg nampak ct kurus..
bangga betul aku sebagai peminat ct..sepatutnya ct boleh menjadi contoh pada artis2 lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 nouvosion\ catat
CONTOH APANYA..SEDEKAH PUN NAK CAKAP NGAN ORANG...TAMAN POKOK PUN NAK HEBOH..PLZZ LA WEI....HIPO SGT LAH..BUAT KEJE TU BIARLAH IKHLAS...JGN LA NAK MENUNJUK2....SEDIH2.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko msk sini semata2 tambah dosa erkk..baik xyah kalo camtu...
xmalu tul ngutuk2 org kat dlm umah org tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 lexture's post
entah pe3 ntah lexture nie
sume tmpat yg ade post pasal ct, die ade..
tapi, pepun slamat datang ek |
|
|
|
|
|
|
| |
|