CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16629|Reply: 69

Muammar Gaddafi -

[Copy link]
Post time 13-6-2009 07:37 AM | Show all posts |Read mode
Gaddafi cetuskan kemarahan



Gaddafi (kiri) mengangkat tangannya selepas melakukan lawatan
ke bandar raya Rom sambil ditemani Datuk Bandar Rom, Gianni
Alemanno di Majlis Perbandaran Rom, kelmarin. - AFP


ROM 12 Jun - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dalam ucapan kepada rakyat Itali di sebuah dataran bersejarah di sini semalam membangkitkan kemarahan tuan rumah apabila berkata, beliau akan menghapuskan semua parti politik dan meletakkan kuasa di tangan rakyat Itali sekiranya beliau berhak untuk berbuat demikian.

"Tidak ada kem berhaluan kanan, kiri atau tengah. Sistem parti menandakan pengguguran demokrasi," kata Gaddafi dalam ucapan waktu senja di dataran terkenal Campidoglio yang direka bentuk oleh Michelangelo di atas bukit Capitoline.

Dengan menghapuskan parti politik, beliau akan memberi kuasa langsung kepada rakyat, kata Gaddafi yang terkenal kerana fahamannya yang lain daripada yang lain.

Kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan tuan rumah, Datuk Bandar Rom, Gianni Alemanno yang berhaluan kanan.

Alemanno yang baru sejam sebelum itu memuji Gaddafi memberitahu wartawan, saranan Gaddafi mengenai parti politik 'tidak boleh diterima' dan 'kita tidak perlu diajar mengenai demokrasi oleh sesiapa pun.'

Awal semalam, Gaddafi yang melakukan lawatan sulungnya ke negara bekas penjajah Libya ini menghadapi protes oleh sekumpulan pelajar yang membantah rekod hak asasi beliau serta perjanjian dua hala dengan Itali bagi menghantar pulang orang hanyut Afrika yang menyeberangi Laut Mediterranean ke negara ini.

Pelajar itu cuba menghalang Gaddafi daripada berucap di sebuah universiti di Rom, dengan membaling cat dan bergelut dengan polis. - Reuters

****************************************************************************************

..tak sangka pula gaddafi keluar juga dari libya untuk pergi
ke rome -  sebab banyak juga baca pasal dia ni - dah berapa
tahun tak pernah pergi oversea (stays kat libya aje) -

dia ni memang lantang aje kalau cakap - tapi interesting character
nantilah saya akan cari2kan juga tentang gaddafi ni - would be
interesting and fun to find out -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2009 10:12 AM | Show all posts
baru ajer nak bukak tred, dah ada worang beat aku  cisssssssss  



40 dara kawal Gaddafi di Rom



GAMBAR menunjukkan Gaddafi (tengah) dikawal oleh seorang pengawal peribadi
wanitanya ketika beliau disambut oleh Berlusconi (kiri) di Rom, Itali pada Rabu lalu.

ROM - Kunjungan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ke Itali mendapat liputan meluas media apabila beliau membawa ratusan pengiring termasuk 40 pengawal peribadi wanita yang masih dara, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berkenaan mencipta kejutan apabila tiba di sini pada Isnin lepas dengan diiringi 300 kakitangan yang menaiki tiga pesawat Airbus dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Silvio Berlusconi.

Seperti biasa, Gaddafi membawa bersama sebuah khemah besar yang didirikan di sebuah taman di sini untuk dijadikan tempat tinggalnya sepanjang lawatan itu.

Setiap anggota pasukan pengawal peribadi wanita Gaddafi memakai pakaian seragam dan membawa raifal separa automatik tetapi pada masa sama mereka tidak melupakan ciri-ciri kewanitaan dengan memakai mekap, gincu dan pewarna kuku.

Pemimpin berusia 67 tahun itu merupakan antara diktator paling taksub di dunia dan beliau tidak suka kalah kepada sesiapa kecuali kepada pasukan 40 pengawal wanita itu yang rela berkorban untuknya pada bila-bila masa.

Semua pengawal wanita Gaddafi perlu mengangkat sumpah taat setia dan mereka tidak sesekali akan meninggalkan beliau bersendirian dan wanita berstatus dara sahaja akan diterima menyertai pasukan elit itu.

Mereka menerima latihan di sebuah kolej khas dan perlu lulus ujian fizikal ketat selain mahir membunuh, menggunakan senjata api dan pakar dalam seni mempertahankan diri.
- Agensi




mana tau dara ekkkk... just kos dia tarak tido ngan pompuan2 tu... dint mean pompuan tu tak tido ngan worang laen.... LMFAO... pshawwww
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 09:20 PM | Show all posts
pompuan tak cunn
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 01:12 PM | Show all posts
Gadaffi mempunyai seorang rakan rapatnya di Malaysia.Seorang bekas pegawai tinggi angkatan Tentera.Kalau tak silap majalah Mastika pernah menemubual rakan baik Gadaffi itu yg sama-sama belajar di Kolej Tentera kat England.Menurut Beliau ,Gadaffi semasa tinggal bersama beliau di England boleh menghafal Quran.
      Sekarang ni tak tahulah Muammar Gadaffi ni masih hafiz ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 01:18 AM | Show all posts
LONDON - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meminta sebuah agensi teman sosial menyediakan 500 wanita Itali yang jelita untuk menemani beliau dalam satu majlis, lapor sebuah akhbar semalam.Gaddafi yang berumur 67 tahun itu turut menetapkan wanita berkenan mesti berumur bawah 35 tahun, tidak memakai skirt mini atau memakai baju yang mendedahkan bahagian dada namun pemakaian kasut bertumit tinggi dibenarkan. Semua wanita yang berpakaian cantik tersebut diarahkan untuk bertemu Gaddafi di lobi sebuah hotel di tengah Rom sebelum dibawa ke kediaman duta Libya ke Itali. Gaddafi kini berada di Rom bagi menghadiri sidang kemuncak Keselamatan Makanan Dunia.Namun sebahagian daripada wanita itu diarahkan pulang kerana berpakaian tidak senonoh atau terlalu pendek.Gaddafi tiba dengan menaiki sebuah limousin sejam lewat berbanding jadual asal. Beliau kemudian memberikan syarahan mengenai keindahan dan keagungan Islam sebelum mengesyorkan wanita-wanita teman sosial berkenaan memeluk Islam. Gaddafi turut memberikan hadiah kitab al-Quran dan sebuah buku mengenai demokasi dan falsafah politik yang diterbitkan pada 1975. Bagaimanapun, syarahan Gaddafi tidak berjalan lancar setelah wanita yang dibayar tip 50 euro (RM252) itu menyatakan mereka tersinggung dengan ceramah tersebut."Saya ingat kami akan menghadiri satu parti hebat tetapi hakikatnya kami menghadiri majlis syarahan. "Tiada air minum atau makanan ringan disediakan," kata seorang gadis.Gaddafi terkenal dengan perangai peliknya semasa berada di luar negara.Antara perbuatan peliknya ialah membina khemah di hadapan kediaman yang menjadi kediaman rasminya dengan dikawal oleh skuad pengawal peribadi wanita. - Agensi


......pokcik pokcikk !!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 09:41 AM | Show all posts
apsal macam selekeh je gaddafi nih aku tengok ek??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2009 11:03 AM | Show all posts
LONDON - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meminta sebuah agensi teman sosial menyediakan 500 wanita Itali yang jelita untuk menemani beliau dalam satu majlis, lapor sebuah akhbar semalam.Gaddafi yang b ...


setelah wanita yang dibayar tip 50 euro (RM252) itu menyatakan mereka tersinggung dengan ceramah tersebut."Saya ingat kami akan menghadiri satu parti hebat tetapi hakikatnya kami menghadiri majlis syarahan. "Tiada air minum atau makanan ringan disediakan," kata seorang gadis.Gaddafi terkenal dengan perangai peliknya semasa berada di luar negara.Antara perbuatan peliknya ialah membina khemah di hadapan kediaman yang menjadi kediaman rasminya dengan dikawal oleh skuad pengawal peribadi wanita. - Agensi

bluezink Post at 18-11-2009 01:18


aku rasa tak pelik, mungkin dia buat mcm tu atas sebab keselamatan..
kan dia tu antara pemimpin yg dikehendaki , dianggap negara teroris..
dia buat mcm tu sbb berwaspada.. kot2, dlm rumah yang disediakan dah terpasang bom ker, atau pun alat yg bleh curi dengar percakapan/perbincangan  (bug ke hapa nama benda alah tu)dia ngan ahli rombongan ker.. manatau ada maklumat sulit yg depa bincangkan, or mungkin ada cctv tersembunyi ker..
so sblm kena, dia wat khemah sendiri.. lagi selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 11:07 AM | Show all posts
baru ajer nak bukak tred, dah ada worang beat aku  cisssssssss  



40 dara kawal Gaddafi di Rom



GAMBAR menunjukkan Gad ...



mana tau dara ekkkk... just kos dia tarak tido ngan pompuan2 tu... dint mean pompuan tu tak tido ngan worang laen.... LMFAO... pshawwww

amazed Post at 13-6-2009 10:12


mungkin, istilah dara tu , hanya dia yg tau..
dia yg akan pecahkan dara2 mereka tu, baru leh jadi pengawal dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2009 01:48 PM | Show all posts
Hebat Gaddafi  nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 02:52 PM | Show all posts
Dia rasa pobia dengan banguna besar... dia serasi dengan khemah saja...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 03:23 PM | Show all posts
Aa hukumnya bagi naskah Al quran kpd yg blum masuk islam tu..? Klu tafsir al quran mgkn boleh kot.

Tp...dr segi pakaian awek2 yg dia jemput ni..rasa2nya dah boleh agk ke mana Quran2 tu diletak / di buang..??
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 09:12 PM | Show all posts
bagi aku gaddafi ni peragai dier pelik2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 09:31 PM | Show all posts
Saya ingat kami akan menghadiri satu parti hebat tetapi hakikatnya kami menghadiri majlis syarahan. "Tiada air minum atau makanan ringan disediakan," kata seorang gadis.


napa aku rasa lawak sangat nih..

harap nak pesta mabok2, tp kena syarahan..

tp a'ah la, pelik la plak, ajak pompuan muda gi party yg dia anjurkan, tp buat ceramah tentang islam... 4 sure ler, pompuan2 tu yg jenis ati legam la pasal islam.. sbb depa nak party dan minum2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:23 AM | Show all posts
13# reddots
Niat dah baik tp cara x kena. Nak ajak depa tu masuk islam lagu mana? Hadhari?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 03:26 PM | Show all posts
Kalau quran tak boleh bagi kat orang kapir macamana orang kapir nak kenal islam, banyak orang kapir boleh berbahasa arab, kenapa tak boleh bagi quran berbahasa arab? di samping terjemahan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:34 PM | Show all posts
apa yg dia tampal kt baju dia tu yek frame gamba ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2009 12:12 PM | Show all posts
15# paler kembang
Pada pendapat me, x salah bg Quran mahu pun terjemahan Quran pada org bukan Islam. Myself pun pernah bg terjemahan Quran kat sorg my best fren masa kat uni. CUMA, kita kena tengok situasi. Adakah org yg kita nak bagi tu akan menghormati Quran itu. Baca/tidak. Tak baca x pe, asalkan dia x buang, pijak atau buat sesuatu yg x baik. Sebagai contoh, kita pasti org tu memang anti Islam, tiba2 suruh baca Quran, rasa2nya apa dia buat kat Quran tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 03:57 PM | Show all posts
apa yg dia tampal kt baju dia tu yek frame gamba ker
hamrie Post at 19-11-2009 21:34





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 09:35 PM | Show all posts
atuk ade kwn...
name die gadaffi..
dia nie melayu jawa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 09:53 PM | Show all posts
ahah..aku pon ada kenai AF punya gadafi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.134853 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list