CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12905|Reply: 28

Soalan Mengenai Solat Jamak..

[Copy link]
Post time 25-6-2009 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Salam..
Saya ingin bertanya bagi sesiapa yang arif dalam bidang agama mengenai solat Jamak..

suami saya telah berpindah ke Pasir Gudang hampir 3 tahun. setiap hujung minggu beliau akan pulang ke Segamat untuk berjumpa saya dan anak². Ada orang mengatakan bahawa suami saya tidak boleh niat jamak kerana beliau pulang ke rumah keluarganya. begitu juga dengan situasi apabila kami pulang ke rumah ibu mertua saya di Kuala Lumpur, hanya saya yang boleh niat jamak manakala suami saya tidak. Adakah benar begitu..? Sedangkan setahu saya seorang musafir/individu boleh melakukan jamak apabila dia telah keluar dari tempat asal sejauh 2 marhalah (85-90km).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2009 12:55 PM | Show all posts
rasanya boleh solat jama' tue...rumah sindri tuh bukan masalah ..apapon dengar forummers lain bagi pendapat yg arif bab2 agama ni k...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 01:04 PM | Show all posts
owh. soklan bgs.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 01:24 PM | Show all posts
Tempat asal suami dan tempat asal isteri dikira watan asli, kebanyakan pendapat ulamak tak boleh tak boleh qasar bila dah sampai kerumah, kena solat penuh biasa, dalam perjalanan pulang ketempat asal kalau lebih 82km dibolehkan qasar (dalam perjalanan sahaja), maksudnya bila dah sampai tempat asal sendiri atau tempat asal isteri itu tidak dikira musafir.

Kompilasi soal jawab yang saya kumpul di sini cuba semak - Soal Jawab Jamak dan Qasar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2009 04:36 PM | Show all posts
thanks kupia. sebelum ni suami saya jamak seperti musafir lain. tapi bila dapat tau dari cakap² orang, saya pun nak kan kepastian. orang kata malu btanya sesat jalan. jadinya jika suami saya balik ke Segamat & KL, dia tidak boleh jamak. bagaimana pula dgn saya yang balik ke rumah mertua di KL, adakah sama dengan suami tidak boleh jamak..?!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 05:08 PM | Show all posts
thanks kupia. sebelum ni suami saya jamak seperti musafir lain. tapi bila dapat tau dari cakap² orang, saya pun nak kan kepastian. orang kata malu btanya sesat jalan. jadinya jika suami saya bali ...
kejora_alam Post at 25-6-2009 16:36


Samalah tu caranya, rumah mak suami di KL kira tempat asal suami (kira watan asli), jadi awak dengan suami tidak dikira musafir.  Tapi dalam perjalanan sekali masa pegi, sekali masa balik tu kalau lebih dari had Kmnyq boleh qasar, bila dah sampai rumah di KL dah tak boleh qasar kena solat biasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2009 07:05 PM | Show all posts
Ada pelbagai pendapat yg aku dengar dari ceramah ceramah agama, dan aku baca dari internet/akhbar dan buku.

Kepelbagaian pendapat ini terhasil daripada pelbagai pendapat ulama berkenaan isu soal solat Jamak dan Qasar ini.

Yg dapat aku simpulkan, berdasarkan apa yg aku tahu (pengetahuan aku semata mata, sila rujuk utk kepastian) ialah:

-Majoriti ulama bersepakat bahawa jarak yg boleh dianggap musafir ialah dlm lingkungan 85km ke atas.

-Isu suami/isteri balik ke rumah masing-masing/mertua:
a) Ada pendapat yg mengatakan jika kita balik ke rumah asal kita(ibubapa), kita tidak dibenarkan bersolat secara Qasar. Dibolehkan Qasar dan Jamak jikalau kita balik ke rumah MERTUA kita kerana ianya bukan rumah asal kita.

b) Ada pendapat yg menyatakan tidak dibolehkan sama sekali bersolat secara Qasar baik jikalau kita balik ke rumah asal kita(ibu bapa) mahupun ke rumah mertua kita.

-Tempoh dianggap musafir.
Jikalau kita hendak pergi ke destinasi A, dan sebelum memulakan perjalanan lagi kita sudah berniat utk menetap di A utk tempoh >3 hari, maka apabila sampainya kita di A, tidak dibenarkan utk bersolat secara Qasar & Jamak.

Jikalau tempoh bermusafir <3 hari, maka hari perjalanan dan hari balik tidak dikira sebagai 3 hari berturut turut tempoh musafir di destinasi A.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 08:18 PM | Show all posts
Ya betul ada banyak khilaf perbezaan pendapat ulamak.  Jawapan di atas mengikut fiqh mazhab shafie yang menetapkan watan hakiki, watan mastautin, jarak perjalanan dan bilangan hari musafir.

Kalau mengikut fiqh salafi jarak dan bilangan hari bukan syarat musafir. Boleh jama' dan qasr sebaik saja keluar dari mukim.  Ahli tahqeeq menetapkan safar (perjalanan) itu menurut uruf atau tradisi masyarakat bukan dibataskan pada bilangan hari safar dan jaraknya kerana menghilangkan keaslian dasar hukum Islam yakni memberi kemudahan kepada umatnya. (Zaad alMa'ad 1/189; Fiqh Sunnah 1/284)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2009 12:27 AM | Show all posts
bila tengok jawapan2 yg diberi, macam soalan tu tak berapa jelas...

yg kejora nak tanya tu, adakah "bila dah sampai rumah kat segamat, dia masih boleh jamak ke tidak? (pasal dia duduk rumah tu cuma hujung minggu (<3 hari))"..ataupun "masa dia tgh driving dar pasir gudang ke segamat, boleh tak jamak? (pasal dia nak balik ke rumah so tak kira musafir)"..

so, mana satu pertanyaannye? ataupun dua2 isu bercampur aduk?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 01:07 AM | Show all posts
A.  Pasir Gudang - (tempat suami dia mastautin, kerja)
B.  Segamat - (Rumah kejora, suami balik hujung minggu, tempat asal isteri pun dikira tempat asal suami)
C. Kuala Lumpur - (MIL kejora, bermakna tempat asal suami dianggap tempat asal kejora juga)

dari A ke B lebih 85km
dari B ke C pun lebih 85km

Perjalanan satu hala dari Pasir Gudang ke Segamat boleh dianggap safar la kan, boleh pilih nak jamak atau nak qasar.

Bila dah sampai di Segamat dah tak kira musafir lagi dah sebab rumah kejora dikira tempat asal suami juga, walaupun kurang dari 4 hari di sini.

Perjalanan sehala dari Segamat ke Kuala Lumpur boleh pilih nak jamak atau nak qasar. Bila sampai di KL rumah MIL dah tak kira musafir lagi, walau pun duduk kurang 4 hari.

Balik dari KL ke Segamat pun sama dalam perjalanan boleh jamak atau qasar, bila dah sampai di Segamat dah tak musafir lagi walaupun duduk kurang 4 hari.

Kalau dari Segamat ke Pasir Gudang, suami kejora kira musafir dalam perjalanan satu hala sahaja, bila sampai di Pasir Gudang status musafir dia habis.  Kejora boleh dikira musafir dari Segamat ke Pasir Gudang kalau duduk sana kurang dari 4 hari, kejora boleh qasar di Pasir Gudang.

Solat qasar tak boleh kalau tidak musafir, tapi solat jamak dibolehkan tanpa musafir, misalnya polis traffic yang kerja jaga lalu lintas, doktor yang masuk bilik pembedahan tak dapat nak solat dalam waktu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 12:35 PM | Show all posts
macamana kalau katakan saya dari Kedah nak ke KL tapi dalam perjalanan tu singgah sekejap di rumah ibubapa saya/  mertua saya di Perak...boleh ke tak boleh nak buat solat jamak/qasar semasa di rumah ibubapa saya/ mertua saya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 02:24 PM | Show all posts
10# kupia
jelas la tu kupia...tq..

cuma rasanya status dia kat pasir gudang tu bukan mastautin, tapi mukim, pasal dia duduk pasir gudang tu bukan niat nak menetap kat situ.

tq, baru aku belajar yg rumah mak bapak pun kira mastautin jugak; tak boleh jamak...

satu lagi nak tanya.....katalah kalau zohor dah masuk (1 pm) tapi kita belum start perjalanan. kita mula perjalanan pukul 2 (masih zohor).. boleh tak kita jamak qasar zohor tu? yakni kita tangguh solat sehingga kita dah mula perjalanan baru kita solat dalam perjalanan utk take advantage jamak qasar.. boleh tak? ataupun status 'masuk waktu masa kat rumah' tu take priority, yakni kena tamam?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 03:12 PM | Show all posts
macamana kalau katakan saya dari Kedah nak ke KL tapi dalam perjalanan tu singgah sekejap di rumah ibubapa saya/  mertua saya di Perak...boleh ke tak boleh nak buat solat jamak/qasar semasa di rumah i ...
maisya Post at 26-6-2009 12:35


Awak niat hati nak ke KL singgah di Ipoh masih dikira musafir la tu, boleh qasar, lagi pun dari Kedah ke Ipoh tu lebih 85km kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 03:17 PM | Show all posts
10# kupia
jelas la tu kupia...tq..

cuma rasanya status dia kat pasir gudang tu bukan mastautin, tapi mukim, pasal dia duduk pasir gudang tu bukan niat nak menetap kat situ.

tq, baru aku belajar yg rumah mak bapak pun kira mastautin jugak; tak boleh jamak...

satu lagi nak tanya.....katalah kalau zohor dah masuk (1 pm) tapi kitabelum start perjalanan. kita mula perjalanan pukul 2 (masih zohor)..boleh tak kita jamak qasar zohor tu? yakni kita tangguh solat sehinggakita dah mula perjalanan baru kita solat dalam perjalanan utk takeadvantage jamak qasar.. boleh tak? ataupun status 'masuk waktu masa katrumah' tu take priority, yakni kena tamam?
saden Post at 26-6-2009 14:24


Mukim maksudnya daerah sekitar tempat kita tinggal.

Tak pasti samada kita boleh jamak taqdim sebelum berangkat, rasanya belum boleh lagi kot kena solat tamam.

Syarat qasar mengikut mazhab shafie bermula bila kita dah keluar dari mukim dalam perjalanan... wallahu'alam nak kenca chek balik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 04:43 PM | Show all posts
14# kupia
bukan jamak kat rumah sebelum bertolak, tapi jamak selepas keluar dari rumah...boleh ke? zohor dah masuk dah sebelum keluar rumah lagi...

pasal mukim tu, yg saya paham 'bermukim' tu maksudnya duduk kat sesuatu tempat bukan dgn niat menetap di situ. tu bukan status musafir... bila sampai aje kat tempat dia bermukim tu, musafir dia dah tamat, tak boleh jamak dah. contohnya macam student yg tinggal kat asrama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 07:00 PM | Show all posts
14# kupia
bukan jamak kat rumah sebelum bertolak, tapi jamak selepas keluar dari rumah...boleh ke? zohor dah masuk dah sebelum keluar rumah lagi...

pasal mukim tu, yg saya paham 'bermukim' tu ma ...
saden Post at 26-6-2009 16:43


Ni aku rasa aje la..

Bukankah disuruh menjaga solat, iaitu termasuk solat pada awal waktunya.

Jadinya kalau dah masuk zuhur, katakan now 1.19pm kat Klang Valley, dan masih kat rumah, dan nak bertolak pukul 2pm, baik la solat Zuhur tu dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2009 09:44 PM | Show all posts
15# saden

Ya "mukim" dengan "bermukim" tu dua perkataan yang lain maknanya. Bermukim ni maksudnya menetap di satu destinasi dalam jangka masa atau tempoh yang pendek.  Macam student yang tinggal di asrama untuk satu jangka masa panjang lebih sesuai dipanggil mastautin kot.   Antara syarat musafir tidak berniat untuk menetap lama disesuatu destinasi, tidak berniat untuk melakukan maksiat.

Kita dah boleh mula jamak atau qasar setelah kita keluar dari mukim (daerah) tempat kita tinggal, adalah had berapa kilometer radius.  Maknanya dah keluar dari mukim bila masuk waktu zuhur kita dah boleh buat jamak taqdim atau pendekan solat qasar.

Sebenarnya banyak orang kita yang mengabaikan solat musafir ni.  Solat musafir adalah sedekah Allah untuk orang2 yang beriman untuk tujuan kemudahan.  Ada ulamak yang mengatakan wajib (tanpa mengharamkan solat tamam).  Imam Shafie kata harus, Imam2 lain kata sunat.  

Pemberian dari Allah tidak harus diabai dan disia-siakan... wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 04:12 PM | Show all posts
10# kupia

ustaz kate solat jamak adalah hadiah Allah tuk musafir. bole ke klu dlm keadaan darurat kita wat solat jamak jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 04:54 PM | Show all posts
10# kupia

ustaz kate solat jamak adalah hadiah Allah tuk musafir. bole ke klu dlm keadaan darurat kita wat solat jamak jugak?
seroja Post at 27-6-2009 16:12


solat qasar khas untuk musafir tak boleh buat tanpa musafir, tapi solat jamak boleh.  Banyak ulamak kata boleh dalam keadaan darurat tanpa musafir...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 07:15 PM | Show all posts
owh, klu mcm tuh bole la jamak taqdim zohor & asar. tp yg kes asar n isya tuh..

jd dlm kes satu tuh, maghrib n isya? mane yg lbh utama? qadha kan maghrib atau jamak saje dlm isya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.131340 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list