View: 5497|Reply: 3
|
jumpa kepingan emas lama!!!
[Copy link]
|
|
Misteri jumpa kepingan emas

GAMBAR menunjukkan tiga kepingan emas yang ditemui oleh Muslim
dan rakan-rakannya di Pontianak, Indonesia.
PONTIANAK - Seorang lelaki yang cuma dikenali sebagai Muslim dan dua rakannya menemui kepingan emas selepas dia mendapat mimpi aneh, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak minggu lalu, rumah lelaki itu dikunjungi oleh sejumlah tetamu yang mahu melihat sendiri kepingan emas yang ditemuinya di sebatang parit ketika menggali tanah di Desa Kalimas, Pontianak, Kalimantan.
Sebelum menemui kepingan emas itu, Muslim menyatakan dia bermimpi didatangi lapan ular dengan tujuh daripadanya berjaya dibunuh.
Menurutnya, dalam mimpi itu, seekor ular lagi dilemparkannya ke luar rumah.
"Saya turut bermimpi diserang penyengat dan naik sampan besar di sungai di depan rumah saya," katanya.
Rakannya, Rumbaka menyatakan dia juga bermimpi aneh tetapi menyangka ia merupakan petunjuk untuk membeli nombor ekor tetapi tidak pernah menang apabila membelinya.
Namun dia menemui kepingan emas yang bersegi dan berwarna kekuningan ketika menggali parit di tempat Muslim menemui barangan berharga itu.
Seorang lagi rakan Muslim, Musa menemui satu kepingan dipercayai emas yang mempunyai wajah Semar iaitu satu watak dalam wayang kulit Jawa dalam telur berwarna kuning ketika menggali dekat kawasan sama.
Seorang penduduk, Yani menyatakan barangan yang mempunyai nilai sejarah kerap ditemui di kawasan itu. - Agensi
waduh........aku pun nak mimpi camtu ler.. dapat emas hah!!! mimpi kena sengat.. kena patuk tak aper....jgn betul2 dah ler.... ekkkkk ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kat kepingan emas tu ada mark macam muka pres sukarno? |
|
|
|
|
|
|
|
emas ni bukan barang purba..ada gambar orang bersongkok.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat laporan berita 2-3 bulan lepas.. satu tempat kat indon tu, aku lupa nama tempat..
tapi seingat aku kawasan tu terletak di Kalimantan.
alkisah, di tebing sungai tu dikatakan lombong emas.. maka beduyun2 la org kampung mendulang emas.. dan atas nama rezeki, mmg pun mereka beroleh emas.. tp emas yang dah terbentuk.. ada yg bulat , ada yang seperti gelang patah..
setelah dikaji, ditahun2 dulu, mungkin tahun 80an, tempat lombong emas tu adallah tapak kedai.. deretan kedai emas yang sudah punah terbakar... 
tu yang ada pendulang mendapat subang, cincin dan sebagainya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|