CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31074|Reply: 13

Ernie Zakri Bawa Khawla Pergi Bazaar, Nak Anak Macam Kanak-Kanak Lain

[Copy link]
Post time 2-3-2025 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Selepas berbulan-bulan penat bekerja, penyanyi Ernie Zakri ingin meletakkan fokus menjadi suri rumah selama sebulan bersempena Ramadan.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, juga mahu berusaha menyediakan juadah berbuka puasa dan menjalani kegiatan ibadah bersama keluarga.

“Saya akan berada di rumah dalam dua minggu lebih sepanjang puasa kerana mahu habiskan masa bersama keluarga dan jadi suri rumah yang cantik pada bulan Ramadan.

“Niat saya mahu masak untuk keluarga setiap hari.

“Semestinya bulan ini bulan beribadah, apa sahaja kegiatan saya akan curi masa buat dengan keluarga,” katanya kepada Kosmo! Online.


Ditanya mengenai rutin sepanjang Ramadan, pelantun lagu Aura itu mahu berehat dan menumpukan masa bersama keluarga besarnya di rumah.

“Rutin saya lebih kurang orang lain juga, kalau tiada kerja saya akan berehat betul-betul di rumah.

“Ramadan kali ini lebih meriah sebab rumah saya ramai, apa sahaja aktiviti kami buat bersama,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Ernie mahu anak sulungnya iaitu Nur Khawla Soleha menjalani aktiviti seperti kanak-kanak lain pada bulan puasa.

“Khawla anak yang sangat memahami. Tahun lepas berpuasa, kami ada berkunjung ke bazar Ramadan.

“Kali ini kami akan buat benda sama juga sebab saya nak Khawla jadi kanak-kanak normal.

“Saya nak dia rasa apa saya dan Syamel pernah lalui masa kecil-kecil dahulu,” jelasnya.

Sebagai info, juara Bintang RTM 2009 itu mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Ernie kemudian selamat melahirkan puteri sulungnya di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 22 Februari 2022.


Sumber: Kosmo Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
2tahun lepas bawak anak g bazar stadium shah alam. dorg ckp x suka g bazar sbb tak nampak apa. nampak ontot org je
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya lala
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:22 PM | Show all posts
OK laa bawa anak ke bazar Ramadhan.  Tapi yg aku tak setuju ialah makbapak bawa anak2 pergi pasar basah ikan-sayur. Betul2 semak. Kenapalah nak bawa anak2 pergi ke pasar ikan.  Kita nak pilih ikan pun terhalang dek anak2 yg berdiri keliling emaknya, menunggu menghalag kita nak dekat untuk pilih ikan. Dgn pasar ikan yg ramai orang, berlaga bontot, berlaga troli, terkait beg pasar orang, kanak2 juga menghalang laluan. Tak faham kenapa nak bawa anak ke pasar ikan, bukan sorang pulak tu.   
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:29 PM | Show all posts
Koser ahhh nak ajar bab2 ni..

Dengan panas nye, berasak2 orang ramai..sometimes dengan asap lagi.
I tak ajar anak pergi bazaar since i sendiri pon tak gemar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 2-3-2025 02:21 PM
2tahun lepas bawak anak g bazar stadium shah alam. dorg ckp x suka g bazar sbb tak nampak apa. nampa ...

Hahaha betul jugak kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 5-3-2025 01:22 PM
OK laa bawa anak ke bazar Ramadhan.  Tapi yg aku tak setuju ialah makbapak bawa anak2 pergi pasar ba ...

Kalau ibu tunggal..takde yg nk tgkkan kt umah le tew agaknya

Kalau tggl..apa2 jd kt anak kt umah tu..org kecam..kalau bawak skali punn kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:42 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 5-3-2025 01:33 PM
Kalau ibu tunggal..takde yg nk tgkkan kt umah le tew agaknya

Kalau tggl..apa2 jd kt anak kt umah  ...

Itulah gunanya perlu buat baik dgn jiran. At least, boleh juga titipkan jiran tengok2kan anak2 ketika ke pasar.  Bukan emaknya nak gi seharian, setakat paling lama pun 2/3 jam. Kalau payah sangat, pegi je ke kedai dekat rumah atau ke supermarket.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 5-3-2025 01:42 PM
Itulah gunanya perlu buat baik dgn jiran. At least, boleh juga titipkan jiran tengok2kan anak2 ket ...

Jiran pun bekerja. Sekarang ramai wanita bekerjaya ..gituu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 03:54 PM | Show all posts
Fly_over replied at 2-3-2025 02:21 PM
2tahun lepas bawak anak g bazar stadium shah alam. dorg ckp x suka g bazar sbb tak nampak apa. nampa ...

tapi besar gila kan bazaar kat situ... rambang mata... tapi penat jalan la
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 03:55 PM | Show all posts
DayangKirana replied at 5-3-2025 01:29 PM
Koser ahhh nak ajar bab2 ni..

Dengan panas nye, berasak2 orang ramai..sometimes dengan asap lagi.

kena pulak kena jemmed tak bergerak tu dpn gerai yg bakar2.. nak mampus tahan nafas dr sedut asap
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 03:57 PM | Show all posts

mmg last la tu dorg g bazar. bapaknya je yg pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kan.. kalo nini bwk lala gi bazar, takot terganggu nk shopping sbb acik2 nk amik gamba ngn nini.. i assume jela.. ke org buat tak heran sbb respek privacy?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik date birthday lala 22022022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048502 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list