View: 11197|Reply: 7
|
[Dunia]
Wanita Yahudi Yakin Boleh Buatkan Umat Islam Batal Puasa Dengan ‘Post’ Gambar Makanan Sepanjang Ramadan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai berbangsa Yahudi yang menetap di Iran meluahkan hasratnya yang mahu membatalkan puasa seramai mungkin di kalangan penganut Islam pada kali ini.
“Saya akan memuat naik gambar makanan dan minuman yang lazat setiap hari selama sebulan (bukan masakan saya sendiri, tetapi wain itu milik saya).
“Saya juga akan memuat naik gambar wanita tanpa pakaian, kerana ia sangat haram untuk dilihat oleh orang Islam dan mereka perlu membatalkan puasa mereka,” ciapnya di platform X.
Bagaimanapun, usaha wanita yahudi itu dalam membatalkan puasa umat Islam hanya menjadi jenaka oleh netizen tempatan kerana merasakan ia merupakan sesuatu yang bodoh.
Hal ini kerana rakyat Malaysia secara khususnya berkata yang mereka sudah lali dengan perkara itu malahan merasa biasa sahaja kerana kita sering dihidangkan dengan video dan resepi untuk membuat juadah atau minuman berbuka puasa pada saban hari.
” Dia ingat senang je org nak buka puasa. Iman orang Islam ni tak laa nipis mcm kulit bawang,” luah seorang netizen tempatan.
Ramai malah berseloroh menyatakan sudah biasa menonton video KhairulAming di siang hari tanpa terasa iman tergugat dalam menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Hatta, bercakap tentang melihat gambar perempuan seksi pun, ia masih belum dikira membatalkan puasa seseorang selagi ia tidak disengajakan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
risaulah camni  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia tengok makanan malaysia
lagi la menangis air mata darah.
kat dunia ni bab makanan takde siapa boleh lawan malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 4-3-2025 12:55 AM
Dajjal katanya keluar dari wilayah situ kan.
Btw aku puasa Ramadhan kali ni tak makan berdarah, bernyawa walaupun buka puasa....
Buat penat kau je nyah post benda gitu.
 |
|
|
|
|
|
|
|
takat menu menjejeh sos tk payah la mangkok meh aku bwk g bazar ttdi .. berdarah habis segala rongga ko sampai ke dubur |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat gambar gitu memang buat gelak je la. Budak pun tak terpedaya |
|
|
|
|
|
|
|
Donut dan burger itu x selera pun, kalau air balang, tembikai betik air batu ayam goreng sotong kunyit siakap 3 rasa mmg selera |
|
|
|
|
|
|
|
mai msia dulu la. tgk lps ko blk negara ko, terngiang2 tak mknan msia. ntah2 pakej dpt diabetes sekali hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|