View: 5126|Reply: 12
|
[Tempatan]
Tanggal Enam Pintu Rumah Penyewa Culas Bayar Sewa
[Copy link]
|
|
SEREMBAN- Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menjalankan operasi menanggalkan enam pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa di Rumah Pangsa Kos Rendah (PPRT) Lobak di sini, pada Khamis lalu.
Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000 hingga RM34,000.
Katanya, notis penamatan perjanjian penyewa terlibat telah tamat pada 31 Januari lalu dan tempoh pengosongan rumah juga telah berakhir pada 26 Februari.
“Setelah tamat tempoh dan peluang yang diberikan, MBS telah mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terlibat sebagai pengajaran supaya mereka segera menjelaskan tunggakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan.
“Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun masih terdapat ramai penyewa mengambil sikap sambil lewa untuk menjelaskan tunggakan sewa.
“Bagaimanapun, penyewa masih dibenarkan tinggal di premis berkenaan untuk sementara waktu sebelum dapat menjelaskan tunggakan atau mendapatkan kediaman di tempat lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baik sita je terus humban semua barang2 keluar |
|
|
|
|
|
|
|
patut cabut sekali dengan tingkap..
ala-ala rumah terbengkalai gitu  |
|
|
|
|
|
|
|
bulan2 puasa kene ek... raid lps raya tk boleh ke bang ekkekeke |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_PariS replied at 3-3-2025 04:46 PM
bulan2 puasa kene ek... raid lps raya tk boleh ke bang ekkekeke
"tak boleh la kak..bangla nak sewa..10x ganda"- |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000 hingga RM34,000.
Beliau berkata, MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan.
RM34K÷150 = 226.67 bulan (18 tahun) tak bayor? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal tak bawa kes ke mahkamah, kenudian hantar enforcement agent untuk mengosongkan rumah serta merta biar mereka merasa tidur di jalanan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu boleh letrik dan air pun potong skali, baru rasa mcm rumah terbiar ekeke |
|
|
|
|
|
|
|
kalu boleh letrik dan air pun potong skali, baru rasa mcm rumah terbiar ekeke |
|
|
|
|
|
|
|
angio replied at 3-3-2025 06:25 PM
kalu boleh letrik dan air pun potong skali, baru rasa mcm rumah terbiar ekeke
kasi kita bangla sewa la kaka...kasi rm1500 pon tada apa..sapluh worang duduk pon vole.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan rumah kaut sewa kaya kaya |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu buat cerita sedih
kata aniya org di bulan ramadhan
time ok berjimba tak bayar hutang
tak ingat dosa pahala pula |
|
|
|
|
|
|
|
Raya nanti boleh tetamu terjah terus...bedal kuih raya kau  |
|
|
|
|
|
|
| |
|