CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3052|Reply: 11

Lentera...Siti pilih Faizal Tahir..

[Copy link]
Post time 11-7-2009 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 1-9-2009 20:46

faizal tahir akan terbabit dalam rakaman program raya Astro Ria bersama Dato Siti & saiful apek di studio FINAS hujung bulan ini



sumber - murai.com

Oleh Roslen Fadzil


KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2009:  Ketika ini semua orang mulai bimbang dengan ancaman wabak Influenza A (H1N1) dan berfikir dua kali untuk ke luar negara terutama yang teruk dijangkiti virus itu.

Kebimbangan ini tercetus apatah lagi seorang pengacara TV terkenal telah disahkan menghidap penyakit itu selepas pulang dari negara jiran dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bagaimanapun, keadaan beliau semakin stabil.

Bagi Dato' Siti Nurhaliza, beliau juga bimbang dengan wabak yang semakin menular itu dan berharap masyarakat akan sama-sama berusaha menanganinya dengan serius.

Dalam pada itu, Siti juga agak khuatir untuk terbang ke Jakarta, Indonesia, minggu depan bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang akan berlangsung pada 18 Julai ini.
Pengurus Siti, Rozi, berkata penyanyi itu bukan sahaja dicalonkan tetapi juga membuat persembahan bersama artis Malaysia seperti Faizal Tahir.

"Memanglah kalau ikutkan, buat masa ini Siti seboleh-bolehnya tidak mahu terbang ke luar negara tetapi apa boleh buat, semuanya telah ditetapkan dengan pihak penganjur lebih awal. Apa yang mampu dilakukan adalah semua delegasi Malaysia termasuk Siti  mengambil langkah berjaga-jaga kerana APM2009 tidak ditangguhkan.

"Antara langkah keselamatan itu ialah memakai topeng mulut dan hidung serta membuat pemeriksaan perubatan. Siti turut berdoa agar semuanya berada dalam keadaan selamat," kata Rozie kepada murai.com.my.

Katanya, Siti tetap membuat persiapan terbaik dengan menyanyikan sebuah lagu tradisional di samping memperagakan fesyen rekaan Amir Luqman dan Rizman-Ruzaini.

Sementara itu, Rozi berkata, Siti juga akan terbabit dengan rakaman program hari raya untuk Astro Ria bersama Faizal Tahir dan Saiful Apek. Rakaman itu akan dibuat di studio FINAS hujung bulan ini.

"Selepas Konsert Satu di Istana Budaya (IB), Siti semakin sibuk. Ramai peminat menghubungi kami untuk mengetahui bila DVD konsert itu akan dipasarkan. Tunggulah nanti bila sudah siap, kita akan maklumkan. Bagaimanapun kita sudah pasti mengedarkan 2 album sebelum hari raya nanti iaitu album kerohanian daripada Siti dan sebuah lagi album duo membabitkan Siti Saerah & Siti Saidah," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2009 10:50 PM | Show all posts
Melodi ari tu, Dato Siti kata pengganti dia kalau lelaki Faizal Tahir...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 12:37 AM | Show all posts
Dato Siti cakap macam tu? Penghargaan yang sangat besar tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 04:19 PM | Show all posts
2# washere2

kannn.. dgr gak.. mumule x pasan.. lepas dct ckp nama FT baru teramik perhatian.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 04:20 PM | Show all posts
btw, bila rog raye tu ek?
ade sesape taw?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 11:12 PM | Show all posts
5# sharina_shah

tak tahu, baru nak rakam kan, nanti mesti ada info bila...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2009 01:11 PM | Show all posts
Pada jam 8 malam tadi, 13 Ogos 2009, Khamis, bertempat di Studio 1, Astro Bukit Jalil telah berlangsung rakaman untuk program istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 yang diberi nama LENTERA AIDILFITRI DATO’ SITI atau LENTERA INN~!

Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa untuk menandakan diari Aidilfitri anda kerana program ini akan disiarkan pada 21 September 2009, hari Isnin, jam 4 petang di Saluran Astro Ria (tekan butang 104 diremote control anda~!).



Siti Nurhaliza bakal bergandingan dengan Pelawak No. 1 Malaysia, Saiful Apek dan buat pertama kalinya menampilan penyanyi popular Faizal Tahir. Rasanya, ini bukan pertama kali Siti berkolaborasi dengan Saiful Apek sebab beliau pernah menjemput pelawak itu untuk menjayakan program hiburan raya sebelum ini. Sebagai artis undangan, nampaknya Saiful Apek dan Faizal Tahir telah menjalankan tanggungjawab demi memastikan rakaman program ini berjalan lancar. Yang penting, Saiful Apek macam biasa, memang selesa dengan lawak jenakanya serta Faizal Tahir juga punya aura tersendiri terutama sumbangan vokal beliau sangat mantap~!








Antara lagu yang dinyanyikan ialah Ku Mahu, Pastikan, Apa Guna Berjanji & Bosanova, Lucky (duet bersama Faizal Tahir), Sampai Syurga (Faizal Tahir), Cintamu, Suratan atau Kebetulan (duet Dato’ Siti, Faizal Tahir & Saiful Apek), Benchinta (Faizal Tahir), Mahakarya Cinta & Dialah Di Hati (duet Dato’ Siti dan Faizal Tahir), Di Taman Teman dan sebuah lagu raya evergreen yang dinyanyikan oleh DJ Dave iaitu Menjelang Hari Raya~!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 07:33 PM | Show all posts
Isnin Ogos 17, 2009
Siti, Faizal saling mengagumi
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


VOKAL mantap penyanyi Faizal Tahir, 31 bukan sahaja dikagumi oleh ramai pendengar malah turut menarik perhatian penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30.

Atas kekaguman itu, wanita yang selesa disapa Siti ini menjemput Faizal untuk menjayakan rakaman program ‘Lentera Aidilfitri Dato’ Siti’ sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain Faizal, Siti turut mengundang pelawak, pelakon, pengarah dan penyanyi Saiful Apek.

Bagi Siti, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan lelaki yang popular dengan panggilan Apek itu memandangkan mereka telah bekerjasama sejak lima tahun lalu.

Malahan Siti juga mengakui yang dia juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Faizal pada masa akan datang.

Siti dan Faizal juga dilihat mempunyai ‘chemistry’ yang baik ketika mempersembahkan lagu ‘Lucky’, medley ‘Mahakarya Cinta’ dan ‘Dialah Dihati’ secara duet serta ‘Suratan Atau Kebetulan’ dan ‘Menjelang Hari Raya’ yang dinyanyikan secara trio bersama Apek.

Sehinggakan dalam sidang media yang berlangsung itu, Siti dan Faizal bagaikan saling memuji dan mengagumi antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, saya terkejut masa diberitahu saya dijemput untuk menyanyikan beberapa buah lagu untuk program dia (Siti).


Siti ketika berduet lagu 'Mahakarya Cinta' dan 'Dialah Di Hati' dengan Faizal Tahir.

“Tetapi selepas saya dapat tahu dapat berduet dengan dia, lagi saya terkejut.

“Menjadi Faizal Tahir mesti ada rasa ‘nervous’ dan gementar kerana tak percaya dapat berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza.

“Saya harap Siti tak serik untuk mengambil saya berduet lagi. Syukur alhamdulillah, hati saya lebih kecil.

“Saya rasa tak terfikir untuk berduet dengan Siti kerana saya rasa diri saya ‘rendah’ daripadanya,” jawab Faizal.

Faizal tanpa berselindung terlebih dahulu mengakui dia memang meminati vokal dan nyanyian Siti sejak penyanyi ini popular dengan lagu ‘Jerat Percintaan’ lagi.

“Sebelum ini, saya kagumi karier Siti dan saya masih ingat lagi waktu itu tahun 1995 saya meminatinya masa dia popular dengan lagu ‘Jerat Percintaan’. Saya memang suka..,” luah penyanyi yang terkenal dengan gelaran ‘Superman’ ini.

Selepas itu, Siti menyambut kenyataan Faizal dengan ucapan ‘terima kasih’.

“Memang tinggi sangat pujian dia tu tapi saya hanya buat semampunya. ‘Feel’ datang ikut kemampuan,” jawab Siti mengenai pujian bapa kepada tiga orang anak ini.

Siti pula membalas pujian itu dengan pujian jua dengan melabelkan Faizal seorang penyanyi yang mampu bertahan lama lebih-lebih lagi mendapat lagu yang hebat.


Siti, Faizal dan Apek turut berpadu suara ketika menyanyikan lagu 'Suratan Atau Kebetulan'.

“Saya memang menyukai lagu 'Mahakarya Cinta' dan 'Sampai Syurga'. Tak semua orang boleh menyanyikan lagu yang hebat dengan bakat yang ada.

“Itu yang membuatkan seseorang itu boleh bertahan,” kata Siti.

Kemudian, Faizal yang turut mempersembahkan lagu ‘Bencinta’ secara solo kembali mengucapkan terima kasih kepada Siti.

Dalam pada itu, Apek pula menganggap penglibatannya dalam persembahan itu sebagai suatu langkah untuk lebih serius dalam bidang nyanyian.

“Saya tak pernah tolak pelawaan Siti untuk bekerjasama dengannya,” ujarnya yang turut mendendangkan lagu ‘Engkau Laksana Bulan’ secara solo.

Setuju konsep glamor

Selain mendendangkan lagu duet dan trio dengan penyanyi jemputan, Siti turut menyanyikan lagu ‘Ku Mahu’, ‘Pastikan’, medley ‘Apa Guna Berjanji & Bosanova’, ‘Cintamu’ dan ‘Di Taman Teman’ secara solo.

Dengan konsep glamor dari segi hiasan pentas dan penampilan Siti, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini berkata dia hanya menurut perintah pihak Astro selaku penerbit program itu.

“Konsep glamor ini memang ditentukan oleh pihak Astro di mana mereka memang inginkan saya mengenakan sut dan tali leher.


“Kami hanya menurut perintah dan mengikut lagu yang dipilih. Saya tak rasa ia menjadi halangan untuk penonton kerana sebelum ini saya sudah tonjolkan konsep kemelayuan.

“Jadi, kali ini Astro inginkan suatu yang berbeza untuk dipertontonkan,” jelas Siti mengenai pemilihan konsep itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2009 12:35 PM | Show all posts



Serasi dengan Apek, kagumi Faizal Tahir

SETIAP kali menjayakan program, sering kali wajah pelawak terkenal Saiful Apek turut kelihatan di majlis yang dijayakan penyanyi nombor satu negara iti. Kali ini, wajah Apek sekali lagi menghiasi program dijayakan Siti Nurhaliza, Lentera Aidilfitri.

Akui Siti, dia selesa bersama Apek malah sudah lebih lima tahun mereka bekerjasama sejak kali pertama dalam persembahan Minggu Setiausaha. Manakala, tahun ini buat pertama kalinya pula Siti bergabung vokal dengan Faizal Tahir.

Apek turut mengakui selesa dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi hebat seperti Siti Nurhaliza, malah sukar baginya untuk menolak pelawaan penyanyi tersohor itu.

“Memang saya tidak pernah menolak setiap kali Siti mengundang saya untuk persembahan. Saya selesa dan serasi bekerja dengan dia,” kata Apek.

Dalam program selama sejam itu nanti, penonton bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu popular Siti Nurhaliza. Lebih istimewa lagi, buat pertama kalinya juga Siti akan berduet dengan Faizal Tahir. Malah ketiga-tiga mereka turut berduet bersama.

Antara lagu yang didendangkan ialah Ku Mahu, Pastikan, Apa Guna Berjanji, Bosanova, Cintamu dan Di Taman Teman. Sementara lagu duet dinyanyikan bersama Faizal Tahir ialah Lucky, Mahakarya Cinta dan Dialah Di Hati. Sementara itu, Faizal turut membuat persembahan solo menerusi lagu Sampai Syurga dan Bencinta. Manakala lagu Suratan Atau Kebetulan dinyanyikan bersama oleh ketiga-tiga artis berkenaan.

Siti berkata, dia mengagumi peserta One In A Million musim pertama itu kerana kekuatan vokalnya. Dia juga amat berterima kasih kerana Faizal tidak menolak undangannya walaupun penggambaran program itu tertangguh beberapa kali, begitu juga dengan Apek.

“Faizal memiliki vokal yang baik, memandangkan Siti pun tidak pernah bergabung dengan dia, jadi rasanya tidak salah Siti mengundangnya dalam persembahan ini. Siti meminati lagu Faizal malah teringin membawakan lagunya. Pada kesempatan ini, Siti ambil peluang nyanyikan lagu Mahakarya Cinta dan ternyata lagu itu bukan mudah untuk dibawakan,” katanya.

Faizal pula berkata, dia berbesar hati kerana lagunya diminati seorang penyanyi hebat. Selama ini dia hanya mengikuti perjalanan seni penyanyi bernama Siti Nurhaliza dan tidak pernah mengimpikan dapat bekerjasama dengannya. Justeru, apabila Siti mengundangnya membuat persembahan bersama, dia tidak mampu untuk menolak.

“Alhamdulillah ketika mula-mula diberitahu bahawa Datuk Siti menjemput saya untuk menyanyi di dalam salah sebuah programnya, terus terang saya terkejut dan sudah lama menunggu saat ini. Bagaimanapun pada mulanya saya menyangka hanya diundang sebagai artis jemputan tetapi tak sangka pula dapat berduet dengannya.

“Macam mana gila pun Faizal Tahir tetapi apabila pertama kali bersua muka dengan Datuk Siti di atas pentas, saya akui berasa gementar dan berharap semoga Datuk berpuas hati serta tidak serik bekerja dengan saya,” katanya.


petikan berita harian 20/8
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 08:46 PM | Show all posts
tak sabar plak nk tgk tp takde astro..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 02:45 AM | Show all posts
waaahhh 2 artis yg paling lisa suka nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2009 08:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 1-9-2009 20:44

Siti pilih Faizal Tahir, Apek
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Rap
LARI dari kebiasaan konsep yang dipaparkan menerusi program raya, Lentera Aidilfitri Datuk Siti (LADS) yang menampilkan suasana cukup ‘glamor’ boleh dianggap rancangan hiburan Aidilfitri paling menarik bakal dipaparkan Astro sempena Aidilfitri nanti.

Ini kerana LADS bakal bersiaran pada hari raya kedua, jam 4 petang di Astro Ria,

menampilkan tiga ikon dalam bidang masing-masing.

Datuk Siti Nuhaliza misalnya sehingga kini masih bertahan sebagai penyanyi wanita paling popular tanah air, sementara Saiful Apek menjadi mentor kepada kebanyakan pelakon komedi.

Manakala sebagai pendatang baru, Faizal Tahir yang melonjak selepas diperkenalkan melalui One In A Million musim pertama, berjaya memberi impak cukup besar pada industri seni suara melalui idea dan cetusan muziknya.

Apabila yang terbaik digabungkan dalam satu persembahan, semestinya hasilnya ‘hanya yang terbaik.’

Bagaimana tiga nama besar ini boleh bersatu? Sebenarnya urusan itu adalah di atas permintaan Siti sendiri selaku hos utama LADS.

“Saya sendiri yang membuat pilihan. Kenapa saya memilih Faizal kerana dia antara penyanyi muda yang cukup berbakat besar.

“Sebagaimana ribuan peminat mengagumi begitu jugalah dengan saya.

“Faizal punya vokal yang bagus. Oleh kerana tidak pernah berduet, saya tampilkan Faizal
dalam persembahan Lentera ini.





“Faizal sendiri menyambut baik pelawaan saya. Kalau ikutkan rakaman program ini sepatutnya diadakan lebih awal namun disebabkan ada urusan yang tidak boleh dielakkan, rakamannya terpaksa dianjakkan.

“Saya amat berterima kasih kepada Apek dan Faizal kerana walaupun tarikh asal terpaksa ditukar mereka masih sudi memberikan komitmen terhadap rakaman program ini,” katanya.

Tanpa berselindung Siti mengakui amat menyukai lagu Mahakarya Cinta dan Sampai Syurga.

Katanya, Faizal beruntung kerana tidak semua memperoleh berpeluang menyanyikan lagu yang bagus dengan susunan muziknya yang hebat dan disampaikan pula oleh penyanyi yang sememangnya berbakat besar.

Berbeza dengan Faizal, kolobrasi antara Siti dan Apek sering kali disaksikan peminat sama ada menerusi program TV mahupun acara seperti Minggu Setiausaha.

Akui ikon berbintang capricorn ini, faktor keserasian selain sudah faham cara kerja masing-masing membuatkan mereka selesa bergandingan.

“Kami sudah bekerjasama sejak lima tahun lalu dalam pelbagai acara misalnya, Minggu Setiausaha. Hubungan baik yang terjalin sepanjang tempoh itu membuatkan senang untuk kami berurusan,” katanya.

Apek yang turut berada dalam sidang media yang diadakan selepas rakaman itu pula secara berseloroh berkata, rahsia keserasian antaranya dan Siti hanya mampu dijawab menerusi lagu, Apek dan Marjinah petikan dari filem Ali Baba Bujang Lapok.

Sebagai seorang insan yang mengagumi bakat luar biasa Siti, Faizal mengibaratkan undangan membuat persembahan bersama idolanya itu bagaikan bulan jatuh ke riba.

“Alhamdulillah, mulanya saya rasa berdebar sewaktu dimaklumkan Datuk mengundang saya sebagai artis jemputan dalam sebuah program kendaliannya dan lebih membuatkan saya terperanjat apabila dapat tahu yang kami akan berduet.

“Sudah lama saya nantikan saat ini sebenarnya. Memperoleh peluang muncul dalam persembahan beliau sudah kepuasan buat saya, apatah lagi dapat berduet dengan beliau sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan langsung.

“Saya berharap Datuk berpuas hati dengan persembahan malam ini dan apa yang dipersembahkan tadi itulah sehabis baik yang mampu saya lakukan.

“Harap Datuk tidak serik dan masih sudi untuk bekerjasama dengan saya pada masa-masa akan datang.

“Harus saya nyatakan sebelum menyertai industri lagi, saya antara ribuan yang mengikuti perkembangan karier Datuk sejak mula-mula beliau bertanding di Anugerah Juara Lagu 1995 dengan mempertandingkan lagu Jerat Percintaan,” katanya.

Rakaman yang diadakan di Studio 1, Astro pada 13 Ogos lalu menyaksikan Faizal dan Siti berganding mempersembahkan lagu Lucky, medley Mahakarya Cinta dan Dialah Dihati secara duet.

Selain, Faizal sendiri mempamerkan kehebatan vokalnya secara solo menerusi lagu Sampai Syurga dan Bercinta yang sedang hangat di radio.

Dia turut tampil berduet bersama Apek dengan menyampaikan lagu Suratan Atau Kebetulan dan Menjelang Hari Raya.

Apek yang mendendangkan lagu Engkau Laksana Bulan secara solo menganggap pembabitannya itu sebagai suatu langkah untuk lebih serius dalam bidang nyanyian.

“Saya tidak pernah menolak pelawaan Siti untuk bekerjasama dengannya. Ikutkan jadual seni saya sentiasa sibuk dengan pelbagai program.

“Tetapi setiap kali menerima undangan daripada Siti entah kenapa tarikh yang dicadangkan kebetulan saya sering kelapangan.

“Itu yang jadi saja itu, lagipun kerap bekerjasama kami sudah serasi sampaikan saya sendiri rasa tidak mampu untuk menolak,” katanya.

Persembahan itu tidak sempurna kiranya, jika Siti tidak membuat persembahan secara solo.

Seleksi lagu yang menjadi pilihannya, adalah Ku Mahu, Pastikan, medley Apa Guna Berjanji & Bosanova, Cintamu dan Di Taman Teman.

Mengenai konsep persembahan malam itu, Siti hanya menurut cadangan pihak Astro selaku penerbit program yang menginginkan suasana berbeza daripada kebanyakan program raya yang pernah dipersembahkan sebelum ini.

“Astro yang mahukan konsep sebegini, menyanyi dengan mengenakan sut dan tali leher.

“Bagaimanapun, lagu yang disampaikan adalah cadangan daripada kedua-dua belah pihak.

“Saya tak rasa konsep sebegini menjadi halangan kepada penonton kerana sebelum ini kebanyakan program raya yang saya jayakan acapkali menonjolkan konsep kemelayuan,” katanya.

PROGRAM: Lentera Aidilfitri Datuk Siti Nurhaliza
ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Faizal Tahir
SALURAN: Astro Ria
TAYANGAN & JAM: Hari raya kedua, jam 4 petang

metro 1/9
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.304999 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list