View: 1986|Reply: 11
|
Apa hukomnya ikut serta dalam candlelight vigil?
[Copy link]
|
|
Apa hukomnya ikut serta dalam candlelight vigil? Boleh ke kalau kita nak ikut serta pegang lilin bagai...........?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
raser aku mende nie takelok la..walaupon kita berasa simpati gan simati yg bkan beragam islam xperlu la sampai candlelight cmnie..ucapan takziah pon dah cukop..kdg2 gan mende cmnie la syaitannirajim tu nak menyesatkan kita.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok jer... biasa jer asal kan iman tu kuat, dan perpegang teguh kepada Tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Baginda bermaksud: “Kamu telah mengikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan orang Nasrani?” Baginda bersabda: “Kalau bukan mereka, siapa lagi?” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anda perlulah lihat perbuatan itu adalah upacara keagamaan atau pun sebagai penghormatan sahaja........... |
|
|
|
|
|
|
|
6# zulyusoff
sambut arijadi wo tiup lilin pun meriah...
say NO to budaya mcm nih...
Tipu daya dan tipu daya. |
|
|
|
|
|
|
|
pegang lilin saja x pe kot...kira pegang macam bila lampu kat umah blackout |
|
|
|
|
|
|
|
Ust aku cakap la, kalau tidak melibat kan agama diorang tidak apa, mcn adab budaya tak apa.., kalau ia adalah sebahagian dari agama... haram la.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu org islam tak buat benda2 ni. tapi sejak dua menjak ni lain mcm pulak jadinya. nak menangi undi penentu kaum yg satu lagi both parti mcm tpaksa buat benda2 sengal ni. yg tolong nyalakan api hindu pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
HASILAN KAJIAN BERKENAAN HUKUM VIGIL
Ditulis oleh Sekretariat MPPH
Rabu, 29 Julai 2009 01:42
Pengenalan
Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yang beragama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah : 8)
Sabda Nabi SAW :
عَنْ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ عَنْ النَّبِيِّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏قَالَ ‏: ‏مَنْ قَتَلَ نَفْسًا مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا
Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian (perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat Al-Bukhari)
Matlamat untuk membela keadilan semua golongan keharusannya adalah jelas berdasarkan kepada penghujahan syarak, bahkan ia wajib ke atas umat islam membela semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama.
Isu nyalaan lilin atau dikenali sebagai VIGIL banyak dipersoalkan pada hari ini, dan tidak kurang pula golongan yang sedang menunggu dengan panapisnya untuk menangguk di air yang keruh.
Bagi pihak Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), isu ini memerlukan kepada penjelasan terperinci terhadap umat islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya.
Setelah membuat kajian dan penyelidikan, kami dapati memegang lilin tidak boleh disifatkan harus secara mutlak dan tidak boleh disifatkan haram secara mutlak.
Ini kerana, tujuan dan cara penyalaan lilin serta sempenanya adalah berbeza, menjadikan natijah hukumnya juga adalah berbeza.
Baca keterangan selanjutnya di laman web http://mpph.pas.org.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke aktiviti yg melibatkan api2 ni berkaitan ngan majuzi n nasrani...?
kita sebagai org islam haramkan libat dlm benda2 cm ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|