KISAHNYA dirisik ahli perniagaan berpangkatDatuk dan berstatus duda dua anak bukan rahsia lagi di kalangan peminatmahupun pihak media.
Ternyata, selepas sekian lama hidup bersendirian, hati pelakon UmieAida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 36, terbuka untukberumahtangga seperti rakan seperjuangannya yang lain.
Ketika ditemui sempena program masakan Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza terbitan Global Station Sdn Bhd di kediaman Siti di Bukit Antarabangsa,baru-baru ini, Umie yang menjadi artis undangan dalam program itumengakui dirinya sudah sampai seru untuk berkahwin.
“Soal jodohitu adalah ketentuan Tuhan dan mungkin doa saya di Makkah untukmendapat jodoh selama ini sudah dimakbulkan Tuhan. Saya tidak jangka iaakan berlaku tetapi sebagai hamba-Nya, saya reda dengan apa yangditentukan Tuhan.
“Terus terang, perasaan saya pada si diaberlainan sama sekali. Dia lelaki yang matang, penyayang dan lembutorang nya. Mungkin kerana usianya sudah pertengahan 40-an.
“Sayamasih ingat pesanan arwah bapa ketika hayatnya dulu, ‘Carilah lelakiyang lebih mencintai diri kita dari kita mencintainya kerana dia akanbuat kita gembira dan rumah tangga itu akan berkekalan’,” katanya.
Umieyang nampak berseri-seri ketika bercerita berkata, dia ingin mengenalilelaki yang menawan hatinya itu dengan lebih rapat lagi. Bagaimanapun,Umie nampak begitu ber hati-hati ketika memulakan bicaranya.
“Maaflah,banyak hati yang perlu dijaga, saya bimbang, jika terlanjur kata, akanmenyinggung perasaan di sebelah pihak si dia.
“Sebenarnya,perkenalan kami agak singkat dan belum keluar berdua-duaan pun lagiseperti pasangan bercinta lain. Mungkin bila sudah ada ‘lesenbertunang’ nanti, lebih mudah untuk saya mengenali dirinya.
“Inibukan percintaan biasa kerana usia saya pun bukan remaja lagi. Zamanremaja saya sudah berlalu. Kini, tiba masanya saya menjalin hubunganserius untuk membina keluarga. Mungkin si dia adalah yang terbaik buatsaya.
“Bagi saya perkahwinan itu bukan satu perjudian. Apa saja dugaandalam rumah tangga, pasangan itu perlu meng hadapinya bersama dan sayajuga tidak pernah terfikir pada perceraian,” katanya.
Citarasa bersama Siti Nurhaliza nnt ditayangkan kat RTM. ada 15 episode semuanya. setakat ni baru 4 episode dah dirakam.
calmille Post at 22-7-2009 19:46