CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3303|Reply: 24

Insaf lah-Adakah masa kita semakin dekat?

[Copy link]
Post time 3-8-2009 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by edaladiva at 3-8-2009 18:32

TANDA100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .
..



Mod kalau dah ada tlg delete je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 06:35 PM | Show all posts
Terasa amatlah insaf sekiranya membaca thread cm gini, tapi kdg2 sebagai manusia selalu lalai didalam mengingati mati.
Terimakasih kepada tuan rumah kerana sekurang2nya dapat membawa forumers semua merenung dan menyemak samada hari yg dijanjikan tuhan itu semakin hampir dan apakah kita sebenarnya telah bersedia.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 08:46 PM | Show all posts
tuan rumah......

dah byk peringatan nih kat benang nih......

cuma konfius...sohih ke alamat2 nih....sampai ada forumer ada tanda2 tuh tapi diaorg tunggu tak mati jg......

sesungguhnya mengingati mati itu adalah ciri2 org yg bertaqwa.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 09:33 PM | Show all posts
Apa pun keshahihan sesuatu article terletak pada hadis dan sanad riwayatnya, namun article disini dapatlah kiranya memberi kita sedikit peringatan tentang sesuatu yang lazimnya sering kita lalai. Quran jelas memberitahu tentang diri kita terdapat begitu banyak tanda-tanda kekuasaanya, maka terserah kepada setiap individu untuk melihat posting kepada sudut positif or negatif. If we look at this article positively, so dptlah juga kita bermuhasabah diri. Kalau sebaliknya, then treat this article just like your reading material.
There are several cases, doctor endorsed kata tiada harapan, tapi hidup elok ja sampai tua dan ada juga cases doktor kata sihat, balik rumah tup tup....mati. So ajal ni bila dah sampai ketentuan, there's no one boleh minta ditangguhkan but it is always better when we have such a reminder, mcm bangun pagi kalau tadak jam kejutkan, kekadang terlajak sampai subuh pun terlepas.   
Conclusion, ambillah sebagai tanda peringatan, bukankah itu yang terlebih baik, saling ingat mengingati
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 10:36 PM | Show all posts
Teringat akan lagu ini....

Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil, Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta, Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia, Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang, Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa lkerenda diusung
Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 10:55 PM | Show all posts
Alhamdulillah....aku sering ingatkan kematian....

itupun sejak aku alami rasa sakit dalaman jiwa yg semcm awal Mei lepas......bukan sakit jiwa...!!!

Mcm manalah yek rasanya kematian tuh...seram rasanya.....
yang pasti semua yg hidup pasti merasai mati.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2009 10:56 PM | Show all posts
5# pendakwa

pembetulan...

jgnlah mahu disanjung-sanjung........
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 11:16 PM | Show all posts
Memang amat takut bila mengenangkan pasal mati....takut adakah amalan
kita cukup utk dibawa ke alam sana......jadi sama-samalah kita berlumba2
melakukan amal soleh spy dpt menjadi dana di 'sana' nanti...dan melakukannya
dengan ikhlas hanya krn Allah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 11:26 PM | Show all posts
8# suaffiqa

yap....

dan aku amat mengharap suatu hari nanti aku dapat menjadi seorg alim ulama walaupun tak terkenal tapi sentiasa zuhud pada perintah Allah....

alangkah bahagianya dapat jadi org yg warak @ alim dalam menyampaikan ilmu2 agama.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 01:29 PM | Show all posts
saya pun takut baca article begini..lagi kisah saat kematian junjungan mulia..kalau fikir2kan sgt boleh tak lelap mata malam hari..takut tak terbangun esoknya...
kalau tengah mlm jam bunyi dan mata liat nak buka badan liat nak bangun utk qiam ingat je kalau aku mat sat lagi..boleh lah gagahkan diri tu bangun lawan syaitan kat mata tu...kalau tak ingat mati tidur lena sampai ke pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:03 PM | Show all posts
7# cikguranggi

Ingat sikit2 ja lagu tu.... maklumlah cut and paste jer...
ingat zaman kanak2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:44 PM | Show all posts
8# suaffiqa  

yap....

dan aku amat mengharap suatu hari nanti aku dapat menjadi seorg alim ulama walaupun tak terkenal tapi sentiasa zuhud pada perintah Allah....

alangkah bahagianya dapat j ...
cikguranggi Post at 3-8-2009 23:26


Harapan saudara terhadap kebaikan mudah2mudahan termakbul. Tetapi perlu diingat, perjalanan manusia ialah menuju kepada pencipta. Didalam perjalanan ini, manusia harus berusaha mengangkat martabatnya daripada insan haiwani kepada insan kamil. Daripada kekotoran yang menyeliputi kepada kesucian hakiki. Daripada nafsu jahat yang saban hari menyeliputi kepada nafsu "mutmainnah". Terus - terusan berada didalam keadaan redha lagi diredhai. Itulah matlamat yang paling dasar didalam perjuangan seorang mujahid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2009 02:51 PM | Show all posts
Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.

Coba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan napas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan
.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 05:45 PM | Show all posts
tadi baru terasa berdenyut-denyut kat ubun-ubun.....check balik kat sini tanda 1 hari mati...takutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 05:52 PM | Show all posts
Tu migrain kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 07:26 PM | Show all posts
takla..migrain mcm sakit mcm tu..ni tetiba je berdenyutt...harap2 Allah bagi la kesempatan lagi utk hidup... baru je lapas bersalin anak kedua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 07:42 PM | Show all posts
Naik risau gak sebab kau kan lepas bersalin......tawakal lah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:27 PM | Show all posts
terima kasih tuan rumah sebab kongsi artikel ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2009 04:07 PM | Show all posts
18# ain_lazerella

Sama sama lazerella
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah....sebijak-bijak manusia adalah yg bersiap utk mati.......

itu baru manusia genius.....

namun, inngin mengingatkan sedikit di sini tentang pentingnya melihat kesahihan2 sesuatu sumber walaupun ia benar2 menarik hati....

k....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.175805 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list