View: 2766|Reply: 13
|
tilawah antarabangsa ke 51; rabu ni start!!
[Copy link]
|
|
Tilawah antarabangsa bermula Rabu ini
KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-51 akan bermula Rabu ini, bersamaan 14 Syaaban hingga Rabu minggu depan bersamaan 21 Syaaban di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asiah Alkharib Shah berkata, setakat ini 69 orang qari dan qariah dari 43 negara mengesah kehadiran mereka antaranya dari Arab Saudi, Afghanistan, China, Croatia dan India.
Malaysia akan diwakili qari dari Sarawak, Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan dan qariah dari Perak, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman yang muncul johan qari dan qariah peringkat kebangsaan yang baru berlangsung.
Asiah berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dijadual merasmikan tilawah sementara majlis penutup bakal dilakukan oleh Sultan Kedah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Alhaj.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dijangka turut hadir pada majlis perasmian dan penutup.
"Adalah diharapkan majlis yang diadakan setiap tahun ini akan terus menggalak dan membudayakan minat membaca Al-Quran di kalangan masyarakat Islam di samping mempertingkatkan syiar Islam," katanya. - Bernama
tingat masa dulu musabaqah alquran buat kat stadium merdeka... ramai worang yg pergi!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tuanku Mizan rasmi tilawah al-Quran antarabangsa ke-51 esok
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual berangkat merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, Seri Paduka berkenan hadir pada majlis perasmian yang bermula pukul 8.45 malam bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
''Majlis tilawah ini akan berlangsung selama lapan hari dengan menampilkan 70 qari dan qariah dari 76 buah negara.
''Sebanyak 10 peserta akan memperdengarkan bacaan masing-masing pada setiap malam bermula 6 hingga 11 Ogos ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, majlis penutup tilawah itu akan disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Hamimah Hamidun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut dijadual menghadiri majlis perasmian dan penutup tilawah tersebut.
Dalam pada itu katanya, Malaysia diwakili Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan dari Sarawak yang merupakan Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-52 dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman dari Perak yang juga johan menunggu tilawah tersebut.
Wan Mohamad berkata, johan tilawah akan menerima wang tunai RM15,200 (AS$4,000) serta piala pusingan dan iringan serta sijil.
Beliau berkata, wang tunai RM11,400 (AS$3,000), cenderamata, sijil akan menjadi milik naib johan dan pemenang ketiga akan membawa pulang RM7,600 (AS$2,000) beserta cenderamata dan sijil.
Katanya, tilawah al-Quran yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' juga menawarkan hadiah sagu hati wang tunai RM3,000 (AS$1,000) serta sijil penyertaan.
''Orang ramai dijemput mengikuti dan mendengar bacaan qari dan qariah dari pelbagai negara termasuk negara Islam di seluruh dunia.
''Tilawah juga boleh ditonton dengan melayari tv web JAKIM melalui laman web www.islam.gov.my,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
event keagamaan yang cukup mengagumkan di dunia...cuma orang tak nak ngaku je kot...
satu kitab dibaca dalam satu bahasa oleh pembaca yang pelbagai bangsa....subhanallah...subhanallah.... |
|
|
|
|
|
|
|
la..? aku lagi reply..haha..cakap sorang2 la aku....tak menarik ke topik ni...hehe...
jom la citer pasal peserta dia ke.... hakim dia ke... astaka ke.... nasyid selingan ke... harapan pada peserta kita ke.... penonton ke...
apa2 pun tanpa ditanya...aku amat berminat dgn design astaka 3-4 tahun lepas yang ala-ala hutan tropika tuh... so natural....
bab nasyid tu plak...aku ingat kalau diaorang boleh masuk satu dua nasyid tanpa muzik lagi best sebagai meraikan saudara2 yang berpendapat lain dari kita..hmmm baru world class event...
ps: aku rasa macam tak kena je letak tugu (?) satu malaysia kat sebelah tu...tak de kena mengena dgn tilawah ... |
|
|
|
|
|
|
|
yg sempat aku tngk bbrp mlm...aku rasa qari Iran gak yg best |
|
|
|
|
|
|
|
you bet...macam tak silap aku qari iran dapat ke dua tahun lepas...antara yang best lah..yang misai tebal tu.... sebelum tu johan kan..?
betul2 punya ukhuwah kan? takder sempadan mazhab tak kiralah sejauh mana pun bezanya kita...
pandangan yg mengkagumkan selepas pemandangan di Makkah. |
|
|
|
|
|
|
|
mlm ni keputusan kan..
qari:
1. Iraq
2.Iran
3. Indonesia
4. Singapore
5. Brunei Darussalam
Qariah:
1. Malaysia
2.Thailand
3.Brunei Darussalam
4.Indonesia
5.Singapore
sori aah, nama n jumlah mata,tak sempat lak nak taip kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Qari Iraq, qariah Malaysia johan Tilawah al-Quran Antarabangsa ke-51
12/08/2009 9:30pm
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
[email protected]
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Usama yang memperdengarkan Ayat 16 Surah At-Taubah, meraih markah 91.96 peratus, manakala Sharifah Khasif yang membaca Ayat 51 Surah Al-Anbiya memperoleh 94.75 peratus.
Qari Iran, Jafar Hadi Fardi Aghchay mendapat tempat kedua dengan markah 91.92 peratus dan tempat ketiga dimenangi oleh Azhar Darma Djunaidi dari Indonesia dengan markah 91.71 peratus.- Utusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sharifah Khasif menang... bangganya.... Malaysia Boleh..
Kat Tilawah pun ade logo satu Malaysia ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la mase perasmian tuh aku tak berkenan betul tgk kumpulan nasyid lelaki tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu kan sharifah khasif nih bertarannum kat astro Oasis.............. |
|
|
|
|
|
|
|
10# encikdodol
bukan kau sorang je...aku pun sama... paling tak suka part tarian tangan tu....aku rasa baik diaorang kawtim dgn peserta negara lain buat persembahan ala2 luar negara...qasidah ke... naat pakistan ke.... malam tadi aku miss banyak le... ada ke nashid dari qari2 macam tahun lepas? yg memuji2 sultan tu..hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
aku termiss plak tngk qari tu buat show...yg India n Syria tu aku tngk, pastu gatai2 tangan plak tuka chanel.
time sampai hadiah tau dia dr ukraine, kuciwa tangan aku menekan remote kontrol td.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa interval
persembahan tu amat memBoringkan
satu lagi bila nak ambik hadiah
sembah2 kat sultan pulak
nak bodek ke apa.
dlm ugama dilarang sembah2 ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|