CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6047|Reply: 45

Apakah yg dimaksudkan solat mencegah kemungkaran?

[Copy link]
Post time 5-8-2009 01:38 AM | Show all posts |Read mode
contohnya kita jaga sokmo solat kita,then hati kita menjadi benci akan kemungkaran dan tidak sesekali terlintas di fikiran untuk melakukan kemungkaran kerana takutkan Allah S.W.T,adakah itu bermakna solat kita telah sempurna dan diterima Allah S.W.T?

mcm mana pulak seseorang itu mmg semayang sokmo tp slalu buat kemungkaran?apakah solatnya itu dari dahulu tidak sempurna,sebab itu dia tanpa segan silu membuat kemungkaran walhal dia masih menunaikan solat?

jgn salah paham pulak soalan aku neh..aku bkn mempertikaikan solat..cuma aku nk tanya aje apa maksud solat mencegah kemungkaran tuh..jgn hentam pulak aku ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 09:20 AM | Show all posts
begitulah sepatutnya solat akan jadi benteng dari melakukan perbuatan yg keji dan mungkar,,,,,pada mereka yg masih melakukan perbuatan yang dilarang islam..dia masih blm merasa kemanisan iman kerana solat yang tidak sempurna...perkara yang pertama akan dinilai di akhirat kelak ialah solat...baik solat seseorang itu baru lah dikira amalan yang lain..
bagus tajuk ni...so macam mana kita nak dptkan solat yang sempurna..solat yang sama spt solat rasulullah saw..kerana kata nabi 'solatlah kamu seperti mana aku solat"
perbuatan solat tidak disebut dlm al quran hanya ajaran dari nabi sahaja....tapi hari ni kalau pegi ke masjid ajalah ada pelbagai cara orang solat...mana satu yg betul? kalau ke luar negara lagi blh nampak kepelbagaian ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 01:27 PM | Show all posts
2# sunsuria3

boleh ajar cara solat nabi yang sebenar?
cth: nak angkat takbir paras mana. Masa bila niat yg sesuai. Sebelum solat ke atau masa takbiratur ihram.
Nak letak tangan kat mana. Duduk antara dua sujud, kaki camner. Duk tahyat akhir mana yg betul, mcm tahiyyayat awal ke
atau mcm yg biasa kebanyakan org Malaysia buat.

Mohon penjelasan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 01:59 PM | Show all posts
3# kasturi


search kt youtube
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:08 PM | Show all posts
salam semua....sini hujan dari pukol 2 paqgi, brrr sejuk  nya...
kemarin jerebu teruk harini ujan mendung jee....kuasa Allah

saya faham persoalan sedara tuan tanah ni, kenapo la letak nick teruk sgt, hehe
solat mencegah kemungkaran?saya rasa bukan solat saja....apa sahaja yg membawa kita kepada Dia, itu dah dikira mencegah kemungkaran...jadi apa saja amalan yg di dalam Islam itu semuanya amalan kebajikan yg mendapat pahala...

tetapi solat itu pada hakikatnya adalah taat dan patuh[intipati roh solat]sekiranya seseorg sudah taat dan patuh, mana mungkin dia akan mungkar?

solat adalah tiang agama- yg ni kata kata Rasulullah...sungguh benar sabda beliau...
tetapi kita juga harus ingat....diri kita bukanlah patung 24jam yg tidak melakukan salah dan silap...ada sabda Nabi dlm hadis bukhari "sesunguhnya fitrah manusia itu lemah dan lalai" jadi di situ kita sudah sedar kelemahan dan kehambaan seorg manusia...
nafsu pon tidak duduk diam 24 jam, tidak juga setan dan iblis...
tetapi apa yg penting adalah kerjasama-wonderpet, eh sori....jenaka sebentar
apa yg penting adalah intipati ajaran nabi....30 juzuk alquran..tetapi dlm hadis Qudsi Allah berfirman "sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah al-Quran.....apakah kita memandang akhlak ini satu perkara kecil?sopan saantun yg kita pandang sebelah mata?bayangkan kenapakah Allah berfirman begitu?alQuran...begitu byk surah...begitu byk ilmu dan cerita pengajaran serta peringatan....adalah akhlak Rasulullah?
begitu sempurnanya diiri Muhammad al-Amin...sebagai 'habibullah'....tetapi nabi Ibrahim juga 'Khalilullah' pun juga kekasih Allah?nabi Muhammad kekasih yg bagaimana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:18 PM | Show all posts
4# mlsnklyn

kat yt banyak versi..
i nak belajar ngan ustazoh sunsuria plak ...:-P


tuan rumah,
elok le you tuko nick you tu...kalo seribu org panggei you 'menatang'..buruk kesudahannya....
you tu baru abis belajo..rugi hidop kalo badan transform jadi hewan nih...:-0
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2009 03:23 PM | Show all posts
mungkin solat lom sempurna,tu pasal masih wat kemungkaran..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 01:16 AM | Show all posts
4# mlsnklyn

kat yt banyak versi..
i nak belajar ngan ustazoh sunsuria plak ...:-P


tuan rumah,
elok le you tuko nick you tu...kalo seribu org panggei you 'menatang'..buruk kesudahannya....
y ...
kasturi Post at 5-8-2009 15:18


aku pon budak baru belajar,nak belajar jugak lah dgn ustazah sunsuria..

hehehee aku mmg nk tukor pon tp syg pulak nick lama neh sbb dh byk kmpul kredit..lg pon aku bkn sngaja wat nick neh..senang2 korg panggil aku nat aje lah..hahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2009 01:19 AM | Show all posts
apakah mksud solat yg tidak sempurna?adakah kerana rukun solat yg tidak sempurna?contohnya angkat takbir x btol,duduk antara 2 sujud pun x btul?

mcm mana pulak dgn fikiran yg menerawang psl benda lain walhal mulut masih terkumat kamit membaca ketika solat?adakah itu juga punca solat x sempurna?aku slalu terfikir mcm mana nk ingt Allah S.W.T ketika solat sbb aku ni sokmo x kusyuk bila solat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 09:23 AM | Show all posts
sebaiknyabelajar dari pakar...dulu dulu pun saya bermula dgn seribu persoalan...ni email saya tulis pada kawan baru 2/3 hari lepas tentang pentingnya mencari ilmu apa lagi ilmu fardu ain..kalau blh belajar sampai peringkat master/phd kenapa ilmu agama tak boleh seimbang..ilmu fardu ain dan fardu kifayah sama2 wajib mesti dituntut...read below

i penah tanya ustazah soalan dlm bab solat...i think u  pun tak tau..kenapa bacaan rukuk tu sebenarnya setakat subha......azim. sampai situ je tak sambung azimi....dih..dan kenapa bacaan sujud subha....a'la. sahaja tak sambung sampai wa bihamdih...
puas cari jawapan tau..alasan mereka baca je sampai habis kalau buat yg sunat kan bagus dpt pahala...tak seorang pun tau bagi i definite answer..
rujuk internet pun bacaan mcm i tulis tu..ni bab solat ni amat penting..mcm mana dia orang tak tau..sedangkan perakra pertama yg akan dinilai diakhirat esok ialah bab solat..kalau solat tak sempurna or tak solat amalan lain tolak tepi...
then i tanya one ustad online...he said diadulu pun mcm saya mencari2 jawapan yang pasti...teruskan mencari bcos when i found the answer myself baru lah i dpt kemanisan iman tu...so keep on searching..tah cam mana one day dpt email..kursus solat cara rasulullah berserta hadith2 sohih oleh ust zaharudin..pegilah..spent one day ( ni karang orang kata bragging lg plsssss)
dok astaghfirallah sepanjang kursus byk nya kesilapan ku dah dekat 40 solat tapi byk silap apa nak jadi ni...dan bersyukur juga sempat diberi peluang membaiki kesilapan...thankyou allah
balik dari kursus i show kat ustazah2module kursus kenapa bacaan rukuk dan sujud tu pendek aja...one ustazah stil said apa salah baca panjang...sunat kan..i told her nabi ada pesan solat lah kamu spt mana aku bersolat...mcm mana nak dpt solat mcm nabi kalau ambil remeh bab ni..one ustzah senyap aja..esoknya dia bawa satu kitab yg dia beli kat mekah..dipanggil kitab kuning..kitb ni budak2 sek agama guna..dia pun tunjuk sebenarnya kan u pegi kursus tu ust tu ambil semua dari kitab ni...tgk semua hadith sama...wah..dia ada kitab tu tapi masa i tanya dia tak tau pulak..means kitab buat hiasan..i pun beli kitab tu..dari ambil wuduk sampai solat setiap hal ada disertakan hadith sohih at tarmizi..
so i leave this question again carilah ilmu tu...kenapa bacaan rukuk dan sujud tu sebenarnya pendek aja...ni amalan solat ni yg paling penting ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 09:28 AM | Show all posts
kursus solat ust zaharudin ni blh refer kat website dia bila next course..kitab tu kitab bahru maza..ada byk jilid saya beli satu ja yang khusus utk bab solat..dia akan explain dari mula ambil wuduk hingga habis solat...berserta hadith sohih at tarmizi...

selamat beramal..

dalam kitab ni juga saya dpt satu jawapan...dulu ada sorang ustazah yg juga menteri tajuk depan surat kabar..'nabi pun minum air liur basi' dia kata nabi bangun pagi tak gosok gigi dan terus minum...dia nak explain kebaikan air liur lepas bangun tidur tu..
dlm kitab ni ada hadith sohih dan diterangkan oleh aisyah sendiri..nabi bangun bersugi dulu dan berwuduk baru dia solat..ada satu hadith tu nabi kata...lbh kurang cam ni..kalau lah bersugi itu tidak memberatkan umat ku nescaya aku wajibkan mereka bersugi sblm berwuduk...
tanya pada pensyarah pun dia kata tak penah jumpa lagi riwayat nabi bangun tidur tak bersugi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 10:51 AM | Show all posts
contohnya kita jaga sokmo solat kita,then hati kita menjadi benci akan kemungkaran dan tidak sesekali terlintas di fikiran untuk melakukan kemungkaran kerana takutkan Allah S.W.T,adakah itu bermakna s ...
menatang Post at 5-8-2009 01:38


Ada berbagai adab2 didalam kita hendak menunaikan solat. Solat adalah merupakan arash, benda yg hidup dan solat juga merupakan  pesanan nabi yang terakhir, yg terpenting didalam segala amalan. Jika diterima amalan solat, maka diterima juga amalan yg lainnya, jika tidak, maka seluruh amalan akan ditolak. Ada beberapa tingkat2 didalam solat seorang mujahid didalam perjalanan menuju Allah.
Benarlah firman Allah, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar".
Diberikan contoh dari segi falsafahnya - Api - Setiap yg membakar itu pasti api. Jika ditakrifkan Solat itu mencegah dari melakukan perbuatan yg keji dan mungkar, maka sekiranya kita masih lagi melakukan perbuatan keji dan mungkar yg bertentangan dengan ayat tersebut, sesungghnya kita tidak melakukan solat, kerna solat itu pasti mencegah kita dari perbuatan yg disebutkan, sama seperti api tadi. maka apa yg dilakukan kita hanyalah gerakan-gerakan yg seakan-akan menyerupai solat. Wallhualam
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 01:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by mlsnklyn at 6-8-2009 14:20

telah diedit,sbb dh dpt jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 04:18 PM | Show all posts
3# kasturi

kalo nak taw..

g r jumpa mana2 guru yg leh ajar..

jangan baca dlm forum then praktik kan..

bahaya tu...

takut2 salah n jd macam lain lak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 04:19 PM | Show all posts
bg aku..

solat yg sempurna mencakupi segalanya..

rukun yg tertib.. bacaan yg btol ... serta khusyuk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 04:24 PM | Show all posts
bg aku..

solat yg sempurna mencakupi segalanya..

rukun yg tertib.. bacaan yg btol ... serta khusyuk..
selendangmerah Post at 6-8-2009 16:19

Dlm Islam tidak ada istilah bagi aku, apa lagi didalam bab fiqh yg mana kita ni hanya bertaklid kepada mujtahid.
So, betul apa yg ko ucapkan, belajar dan berguru bukan disini, posting2 hanyalah sekadar menambah ilmu walaupun bukan untuk dipraktik tp sekurang2nya kita mendengar 2nd opinion. Belajar mestilah drp guru agama atau yg terlebih tepat, bab2 soal hukum fiqh mestilah diambil drp mujtahid yg kita bertaklid....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 04:27 PM | Show all posts
"bg aku" means pendapat peribadi..

org len.. mungkin yg ilmu lebih tinggi punya alasan yg berbeda...

ya ya..

ilmu di forum hanya untuk rujukan..

selebihnya kena rujuk laa

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 04:49 PM | Show all posts
nak menuntut ilmu mesti berguru...itu lah yg sebaik2nya..pergi je lah kursus solat ust zaharudin tu last time fee nya cuma rm85 dari pagi sampai petg masuk makan sekali..

yang terbaru ada kursus smart solat dari ust zawawi..fee rm400, tidur bermalam ni siap dgn practical qiam bagai mana nak khusuk solat etc..pendekatan lebih saya rasa tak penah pegi lagi baru je nak enrolled kan anak sulung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 10:15 PM | Show all posts
berbalik pada topik...solat mencegah kemungkaran...solat ni adalah salah satu disiplin juga...
mengajar kita menepati masa..mengingatkan kita pada Pencipta setiap masa...dan solat sendiri tak blh buat ikut suka suki..setiap pergerakan solat ada cara dan bacaan dia..sebab kalu suka suki ni,confirm solat ni orang main bedal je nk buat 1 rakaat je ke atau bedal solat tunggang langgang...atau tak buat langsung..
bab orang yg jaga solat tapi dok buat kemungkaran ni mesti ada yg tak sempurna dlm solat dia...sebab tu sebelum apa-apa pun yg manusia ni buat,mesti kembali pada niat yg betul...kalau solat buat tp bab lain tak jaga,aku rasa sebenarnya dia tak menjaga pun solat dia...hanya sekadar solat kerana mencukupkan syarat...
sebab tu istilah solat ni bukan sekadar solat...solat ni termasuk sempurna dan khusyuk..kalau kita capai kesempurnaan dan khusyuk dlm solat...insya Allah apa yg dikata solat mencegah kemungkaran tu akan berhasil....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2009 12:24 AM | Show all posts
kursus solat tuh katner?aku duk ganu weh..kat ganu ade x?

aku dari kecik dah terbiasa baca 'Subhana rabbiyal ' adzimi wabihamdih' ketika rukuk dan 'Subhana rabbiyal a'la wabihamdih'..maknanya selama ni solat aku salah lah ye..hanya disebabkan 2 kesilapan kecik neh?aku x paham spatutnya perlu ke x baca ketika rukuk dan sujud?bleh explain dgn lebih lanjut x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.132757 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list