View: 1765|Reply: 5
|
Larangan dr Rasulullah S.A.W
[Copy link]
|
|
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam
Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,
"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asa
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..info yg menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
camne nak buat ni ek....banyak kubur2 yang bersimen marmar kat luar sana tu...
nak kena runtuhkan ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua....pekabo
wah sini dok ujan direct pagi pagi
syukur atas segala puji bagi Tuhanku yang maha agung....
memang benar hadis di atas ni
tapi bagi suasana keliling, semakin ramai yg meniru upacara atau ikutan agama lain..
kalau boleh kubur tu nak di hias cantik cantik penuh kemegahan
sedangkan kubur adalah tempat insaf dan mengingati Tuhan itu sendir...
ada pula dlm khutbah jumaat tu disuruh hias lagi kuburan kuburan ni
hai dunia akhir zaman
zaman skang ni yg mana Nabi larang yg tu org berlumba lumba nak buat
tak perasaan ke sedikit sedikit dah meniru agama Yahudi atau Nasrani? |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang manusia neh dia x sedar yg dia telah menyimpang dari jalan yg sebenar..
jd.. wajib bg kita yg taw n paham untuk mengingatkan mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 9-8-2009 17:44
dan demikianlah KAMI perlihatkan atas mereka supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya janji ALLAH itu benar dan sesungguhnya kiamat itu tidak ada keraguan pd nya, ketika mereka berseliseh antara mereka akan urusan* mereka maka mereka berkata: binalah kamu atas mereka (kubur ashabul kahfi) SEBUAH BANGUNAN! TUHAN mereka lebih tahu tentang mereka! berkatalah org2 yg mengalahkan atas urusan mereka: sungguh kami pasti akan mengambil ke atas mereka ( kubur/gua ashabul kahfi) sebagai MASJID. ALKAHFI :21.
ayat ini menggambarkan bahawa ALLAH tidak mencela perbuatan membina bangunan &membuat masjid di atas kubur seperti MASJID NABAWI! seolah2 ayat ini KONTRADIK dgn HADIS DI ATAS (?). bagaimanakah kita nak MENGHARMONIKAN ayat ini dgn hadis di atas? mustahil nabi SAW menyuruh sesuatu yg berlawanan dgn ALQURAN!
fikir2kanlah...............
p/s: *URUSAN MEREKA= menurut mufassirin ialah URUSAN AQIDAH. mereka berseliseh tentang aqidah tauhid pd masa mereka. rujuk sejarah ashabul kahfi& agama nasara/kristian sebelum islam.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|