View: 4505|Reply: 27
|
Kebersihan hidung elak H1N1
[Copy link]
|
|
Zaman kini ada banyak kes selsema yang merbahaya, mereka yang mudah dijangkiti biasanya individu yang tidak mengetahui cara menjaga kebersihan dibahagian dalam lubang hidung.
Proses jangkitan(teori saya):
Apabila seseorang yang sedang dijangkiti selsema bersin, bakteria dari hidung pesakit akan tersebar melalui udara, jangkitan mudah terjadi dikawasan yang tidak ada pengaliran udara yang baik seperti dalam bilik yang tertutup, dalam kereta yang tertutup dan sebagainya. Bakteria tersebut akan hinggap dan membiak dengan cepat didalam hidung individu lain yang mempunyai kelembapan yang sesuai dan ada sedikit kotoran sebagai makanannya.
Peringkat pertama hidung akan memberi reaksi secara spontan untuk mengeluarkan bakteria tersebut melalui bersin, jika bakteria hinggap dipinggir lubang hidung dengan sekali bersin biasanya virus dapat dikeluarkan serta-merta(ucapkanlah Alhamdulillah), jika virus hinggap dipertengahan lubang hidung mungkin bersin 2-3 kali dan virus dapat dikeluarkan serta-merta(ucapkanlah Alhamdulillah), jika virus hinggap di pangkal lubang yang atas akan terjadi bersin 3-4 kali, sebahagian dari virus telah dikeluarkan(ucapkanlah Alhamdulillah) pada saat ini jika terdapat lembapan yang sesuai dan sedikit kotoran virus akan dapat membiak dengan cepat dan bersin tidak dapat mengeluarkan kesemuanya, kemudian hidung akan memberikan reaksi dengan mengeluarkan lendir untuk memerangkap virus tersebut, lendir ini dipanggil hingus, lendir yang memerangkap bakteria ini akan mengalir kedua arah, satu kearah lubang hidung dan satu kearah rongga tekak, yang mengalir ke rongga tekak hendaklah dikeluarkan melalui ludah, jangan ditelan. Jika ditelan walaupun sedikit maka virus tersebut akan masuk ke dalam sistem badan, dalam masa 20 minit badan akan memberi tindak balas dengan mengeluarkan haba yang panas untuk membunuh virus tersebut, haba ini dipanggil demam. Untuk virus yang sedikit dan tidak merbahaya dapat diatasi dengan sedikit demam dan antibody untuk melawan bakteria tersebut.
Jika bakteria itu banyak dan jenis merbahaya, demam akan menjadi lebih panas untuk melawan bakteria tersebut dan badan mengeluarkan antibody yang banyak untuk melawan. Jika bekalan antibody kehabisan maka tinggallah demam sahaja yang melawan bakteria, ini akan mengakibatkan suhu akan terus dinaikkan ketahap maximum untuk tujuan pertahanan dan pembendungan, bagaimanapun suhu yang terlalu panas sehingga 40 darjah akan membawa kesan yang tidak baik pula untuk sistem saraf. Dengan ini kita perlu bertindak untuk kurangkan suhu dengan menyapu air dikepala dan badan supaya suhu turun dibawah 40 darjah(38-39). Pada saat ini bantuan dari ubat diperlukan untuk menggantikan antibody yang telah lemah dan tidak mencukupi.
Jika ubat berjaya mengawal dan membunuh bakteria tersebut dalam masa singkat selsema akan sembuh, jika tidak bakteria akan terus membiak dan memakan zat-zat yang sesuai untuknya, setelah kehabisan zat-zat tersebut maka virus tidak ada makanan lagi dan akan menjadi lemah, kemudian antibody akan membunuh kesemuanya, kebiasaan pesakit akan sembuh sepenuhnya selepas dua minggu jika tanpa sebarang ubatan.
Cara terbaik pencegahan:
Cara yang mudah untuk mengelakan selsema diperingkat awal ialah, apabila anda bersin melebihi 3x cepat-cepatlah mencari air, sedut air menggunakan hidung, jangan terlalu kuat, pelahan-pelahan dan ala-ala kadar sampai air ke pangkal hidung, kemudian hembus, ulangi sehingga 10 x atau lebih sehingga rasa lega lubang hidung. Dengan cara ini semua bekteria yang baru hinggap tadi berjaya dikeluarkan dan anda bebas dari jangkitan.
Kaedah menjaga kebersihan lubang hidung tidak ujud dan tidak diketahui langsung dalam ilmu kesihatan moden sehingga hari ini, tetapi dalam Islam ia telah diajar oleh baginda Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu, iaitu sunnah menyedut air 3 kali sebelum mengambil wudhu. Kerapan seseorang berwudhu akan menyebabkan lubang hidung sentiasa dalam keadaan bersih, sederhana lembab dan tidak sesuai untuk bakteria hidup dan membiak. Subhanallah.
Daripada kaedah ini boleh juga kita mencuci hidung pada bila-bila masa untuk kebersihan atau untuk mengeluarkan kotoran dan bakteria dan melegakan hidung berair.
Selamat mencuba dan sebarkan kepada kawan-kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah...ada benarnya...terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
aik bkn bakteria suka ke duduk kat tmpt lembab2? |
|
|
|
|
|
|
|
aik bkn bakteria suka ke duduk kat tmpt lembab2?
menatang Post at 13-8-2009 20:26
Memang betul, bakteria memang suka duduk di tempat lembab, tapi lembap yang ada kotoran yang boleh menjadi makanannya mereka boleh membiak, lembab yang bersih bakteria tak boleh hidup dan membiak, sebagai contoh kain lembab yang bersih bakteria tak boleh hidup dan membiak sebab tidak ada makanan, tapi kalau ada zat yang boleh dimakan seperti makanan terbiar atau bangkai binatang barulah virus boleh hidup. Samalah konsepnya dengan lubang hidung yang tidak dicuci, ada lembapan dan kotoran virus hinggap dan boleh membiak, kalau bersih dan kering resiko jangkitan terlalu kurang. Tips ini anda boleh cuba sendiri, bagi mereka yang sudah terkena selsema kerapkanlah menyedut air dan menghembuskannya, kemudian lap guna kain kering dalam hidung guna jari kelingking.
Bagi mereka yang baru sahaja beberapa saat dijangkiti anda ada peluang selamat jika cepat-cepat cari air dan cuci L.hidung. Tanda-tandanya ialah terasa sesuatu dalam hidung seperti hama, diikuti keluar cecair selepas 30 saat(hingus). Dalam masa tersebut kahak serta air liur jangan ditelan dalam masa 1-2 jam, kerapkan berludah dalam masa 1-2 jam. Apabila sudah hilang tanda jangkitan tadi barulah boleh telan air liur. Sebaiknya jangan makan atau minum dalam masa 1-2 jam tadi. Insyaallah selamat. 4-5 jam selepas itu walaupun anda telah rasa selamat dari jangkitan harap berjaga-jaga saki-baki virus masih ada sebenarnya, tandanya suhu badan anda agak panas sedikit dari suhu normal, jika ada anak jangan cium2 mereka atau dekat, elakan mereka tercium bau nafas anda. Dan satu lagi jangan hampiri mereka yang sedang selsema atau demam hingga menyebabkan anda terhidu bau nafas. Dan satu lagi ialah tanda2 hidung anda benar-benar bebas kuman ialah udara yang keluar dari kedua2 lubang hidung sama banyaknya dan sama lawasnya, jika rasa sempit sebelah dan lawas sebelah tu tandanya hidung anda yang sempit itu tidak bersih, sila pergi bersihkan, selepas 2-3 jam anda cici bersih2 anda akan dapati lawas sama banyak udara keluar masuk. (Ini hanya teori saya, tidak ada bukti saintifik |
|
|
|
|
|
|
|
1# bijakbudget
semua yg diajar islam tu utk kebaikan belaka tapi kt yg tak perasan dan ambil lewa..ramai yg tak basuh hidung ni waktu ambil wuduk termasuk saya..ikut masa lah kalau nak cepat setakat kumur aja...memanjang nak cepatkan..hai entahlah...harap blh berubah jadi lebih baik lagi lepas ni...thanks for the article
semua yg diajar oleh agama utk kebaikan belaka...saya kerap buat analisis sendiri..contoh dlm islam melarang ketawa sampai nampak gusi gitu kan..then baca satu kajian orang yg kuat ketawa..or ketawa dgn kuat jenis terbahak2 tu dia akan mudah lupa dlm jangka masa cepat dia akan menghilangkan ingatan2 yg dah disimpan dlm short term memori box kat otak tu..maksud lupa apa yg dah dimasukkan kat dlm tu...then saya selalu tegur students yg suka sgt ketawa ...nanti lupa apa yg dah belajar..it seemed true..budak yg byk ketawa tu lah mudah lupa baru belajar berapa minit ago dah lupa...cuba tgk di hospital mental..orang2 ygn losing their mind tu kan suka ketawa...then my husband side ada satu makcik dia suka sgt ketawa terbahak2 ni menganga2 lah mulut now dah jadi nyanyuk dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
4# bijakbudget
kalu kita korek idong untuk kuarkan taik biji,tuh pun cara untuk bersihkan idong jugak kan?
aku jarang basuh idong time wuduk sbb tkot tersedak..pasni kene praktis lah gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni ada resdung..mmg aku ni pantang sikit kalu kene habuk ke..kene cuaca sejuk ke mesti bersin smpai ingus meleleh2..maknanya masa tuh idung aku diserang virus ke?'
cmna nk beza antara selesema disebabkan resdung dgn selesema disebabkan h1n1? |
|
|
|
|
|
|
|
virus ke bacteria? they are not the same thing. |
|
|
|
|
|
|
|
7# menatang
sama lah anak no 3 ada resdung dia akan sentiasa pegang sapu tangn...kawan2 nya pun blh tanya hari ni bawa sapu tangan color apa? cikgu2nya suruh dia pi klinik...dah puas pi klinik baru ni dr bagi ubat resdung jenis spray dlm hidung tu...same je..ubat pun dah byk try HPA, al jabbar yg baru ni try permata hijrah..tak baik gak..pi buat rawatan facial asap2 tu semua buat dia memang mudah hidung berair...kadang tu teruk gak...tapi dia tak ada jerawat langsung...biasa tgk orang resdung naik jerawat...
sekarang ni suruh dia pakai mask... |
|
|
|
|
|
|
|
1# bijakbudget
semua yg diajar islam tu utk kebaikan belaka tapi kt yg tak perasan dan ambil lewa..ramai yg tak basuh hidung ni waktu ambil wuduk termasuk saya..ikut masa lah kalau nak cepat seta ...
sunsuria3 Post at 13-8-2009 23:24
Betul tu kita kena berfikir dan menganalisis sesuatu perkara, setiap orang yang normal diberi akal, kerana akal manusia dimuliakan dan dapat mentadbir dunia. Kekuatan akal ini jika dimanafaatkan memang amat-amat menakjubkan, sebagai contoh besi yang tertanam didalam tanah dapat terbang ke angkasa dengan bantua akal(roket). Jadi, kita gunakanlah akal kita sebaik-baiknya sebab pintu ilmu Allah swt ini luas tidak bertepi, masih banyak perkara yang manusia tidak ketahui, apabila kita tidak menganalisis sesuatu perkara dengan menggunakan pertimbangan akal dalam sesetengah situasi kita akan tertipu oleh iklan-iklan untuk mengaut keuntungan, sebagai contoh Propolis yang terkenal satu masa dulu. Mengikut analisis saya propolis digunakan oleh lebah sebagai agen anti bakteria dan kulat, ini adalah asas tujuan propolis. Bagaimanapun ada produk2 yang memasukkan propolis dalam produk yang tidak ada kena mengena dengan produk kesihatan.
Bagaimanapun akal ini ada had yang dia boleh dicapai, selebihnya tidak mampu dicapai oleh akal, disinilah petunjuk Al-Quran dan petunjuki Nabi SAW diperlukan, untuk menggarap ilmu yang jauh dari jangkauan akal, sebagai contoh memasukan air dalam hidung, kenapa Nabi buat? jadi disini baru kita faham rupanya selsema bermula dari kotoran hidung yang bertindah sebagai tempat persinggahan dan pembiakan Virus. Kotoran ini mesti kita bersihkan selalu, kalau 5 kali sehari tak bersih lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
4# bijakbudget
kalu kita korek idong untuk kuarkan taik biji,tuh pun cara untuk bersihkan idong jugak kan?
aku jarang basuh idong time wuduk sbb tkot tersedak..pasni kene praktis lah gitu..
menatang Post at 14-8-2009 02:01
Ini pendapat saya, adakah memadai jika anda terkena percikan najis ke badan anda, kemudian anda hanya buang sahaja najis tersebut tanpa dibilas dengan air, adakah anda yakin ia sudah bersih? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bijakbudget at 14-8-2009 10:04
aku ni ada resdung..mmg aku ni pantang sikit kalu kene habuk ke..kene cuaca sejuk ke mesti bersin smpai ingus meleleh2..maknanya masa tuh idung aku diserang virus ke?'
cmna nk beza antara selesema ...
menatang Post at 14-8-2009 02:02
Untuk mereka yang ada resdung anda boleh buat ujikaji ini: Korek hidung anda, jika ada bau busuk tu tandanya lapisan kotoran sudah menebal dan mengandungi banyak bakteria. Apabila ada habuk virus yang bermastautin dalam hidung akan naik ke permukaan, sama seperti ikan dalam aquarium naik ke permukaan untuk melihat2 kalau ada apa-apa yang boleh dimakan(ini hanya teori bukan kajian saintifik). Syor saya, amalkanlah cuci 5 kali sehari, kami tunggu dan lihat anda apa hasilnya nanti...
Beza selsema, selsema resdung seperti mana yang anda rasa, selsema h1n1 menyebabkan demam yang kuat, sakit sendi2 dan lain2 seperti yang dinyatakan dalam akhbar. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bijakbudget at 14-8-2009 10:22
7# menatang
sama lah anak no 3 ada resdung dia akan sentiasa pegang sapu tangn...kawan2 nya pun blh tanya hari ni bawa sapu tangan color apa? cikgu2nya suruh dia pi klinik...dah puas pi klinik ba ...
sunsuria3 Post at 14-8-2009 09:22
Setakat yang saya tahu,
step1: resdung berpunca dari kotoran, step2: Lalu menjadi tempat pembiakan virus, Step3: Lendir yang mengalir ke arah tekak selalu ditelan lalu bakteria masuk ke dalam badan, antibody yang ada dalam tubuh sebahagian besarnya dibazirkan untuk digunaan membunuh virus2 ini, akibatnya antibodi akan sentiasa kurang atau dikenali sebagai kurang sistem imunity(pertahanan badan). Jika kita cuci hidung selalu, dapat mengelakan pembaziran antibody untuk membunuk virus2 ini. Hasilnya bekalan antibody kita selalu banyak dan mencukupi. barulah tahap kesihatan kita bertambah baik. (Hanya teori, tidak ada bukti saintifik)
Ubat yang saya tahu sangat mujarab untuk menyembuhkan resdung ialah Habbatussauda. Tapi kena istiqonah makan tiap2 hari sampai 6 bulan. Hasilnya insyaallah sangat menakjubkan. Ubatan-lain hanya bertindak untuk mengawal sahaja. Tapi habbatussauda mampu menghapuskan terus. |
|
|
|
|
|
|
|
rather than saying virus, bacteria, kalo tak sure aku cadangkan ko sebut microorganisma jek. it's more general. |
|
|
|
|
|
|
|
rather than saying virus, bacteria, kalo tak sure aku cadangkan ko sebut microorganisma jek. it's more general.
kucingblue Post at 14-8-2009 10:24
Sayapun tak pasti apa bezanya Virus, bakteria atau micro organisma. Tetapi dalam topik ini semua makluk tersebut merujuk kepada sejenis hidupan halus yang berkaitan dengan selsema.
Tapi antara kulat, fungus dan virus memang ada beza, kulat sejenis tumbuhan-tumbuhan species cendawan. Virus adalah sejenis serangga bernyawa yang sangat halus. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayapun tak pasti apa bezanya Virus, bakteria atau micro organisma. Tetapi dalam topik ini semua makluk tersebut merujuk kepada sejenis hidupan halus yang berkaitan dengan selsema.
Tapi antara ...
bijakbudget Post at 14-8-2009 10:31
ok aku try explain.
benda hidup dipanggil organisma (organism). organisma ni paling general la. pokok, orang, kucing, virus (debatable), bacteria, and semua benda hidup. microorganisma ni organisma yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. so bacteria dan kuman-kuman yang lain tu kira microorganisma la. semut tak kira, sebab leh nampak.
pikir balik, maybe suggestion aku utk panggil benda yang ko sebut tu sebagai microorganisma tak tepat. the reason is, ade saintis yang berpendapat virus ni tak dikira benda hidup, tapi hanya bahan organik yang berinteraksi dengan benda hidup. tak silap aku virus ni dia tak membiak macam hidupan lain, dia cuma menyebabkan sel yang diserang menjadi copy virus tu.
so aku rasa lebih tepat kalo sebut kuman jek (or pathogen).
and dalam kes H1N1 ni, penyebab dia adalah virus. penyakit TB plak disebabkan bacteria. |
|
|
|
|
|
|
|
16# kucingblue
Baru jek akak nak suggest kuman sebab teringat encik kuman.
Btw, thanks tuan rumah. Must tell my sons. Dia org ni.... selalu ambik wudhuk pat wajib jek.
Teori ni make sense jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
time kasih..sy copy ni n 4ward kat kenalan2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
13# bijakbudget
thanks utk ilmu baru ni...kebetulan anak saya ada saya tanya dia..dia kata jarang ada tahi hidung sbb hidung sellau berair...memang dia jarang gak basuh hidung time wuduk tu sbb katanya sakit oooh nak sedut air tu...tapi kena amalkan juga utk kebaikan kan..
alhamdulillah, insyallah esok akan berangkt ke tanah suci boleh beli habatul sauda kat sana byk2...thanks a lot |
|
|
|
|
|
|
|
semalam sembang dgn sorang cikgu cina senior lah kira..i asked her i wonder why towkeh babi and those memang makan babi tak ada yg meninggal ...mostly the malays..dia kata its not from the animal anymore..dia dah mutate and bercantum dgn virus lain....virus selsema lain lah maksudnya...dulu dlm tahun 1960an penah kena sekali katanya...ni kena lagi..
no woonder baru ni pi klinik dr kata ubat version lama h1n1 adalah di pasaran itu pun dah out of stock..ubat version baru ni lebih power bulan 12 ni baru keluar... |
|
|
|
|
|
|
| |
|