CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2893|Reply: 14

Salam Ramadhan Al Mubarak

[Copy link]
Post time 19-8-2009 01:56 PM | Show all posts |Read mode










Sempena tibanya bulan Ramadhan yang mulia ana memohon maaf sekiranya ana ada berbuat kesalahan, baik yang sengaja atau tidak disengajakan. Ana juga mohon dihalalkan segala kata-kata ana buat ente-ente, juga makan dan minum. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah SWT, Insyaallah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 02:02 PM | Show all posts
1# icelemontea
Salam ramadhan buat seme geng bod mawi.... selamat mengempiskan perut hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 02:26 PM | Show all posts
selamat berpuasa untuk semua, semoga puasa kali ni menambahkan pahala kepada kita smua, selamat kan malaysia yang kini tenat dari segi economy, politik dan social (H1N1).  Semoga Allah membuka pintu rezeki setiap umat Islam, semoga anak-anak yatim mendapat pembelaan yang sewajarnya, semoga warga tua yang ditinggalkan di rumah orang-orang tua dapat berbuka puasa dengan makanan yang berkhasiat, semoga zakat lebih dari mencukupi untuk disumbangkan kepada setiap insan yang memerlukan, semoga rakyat Islam Malaysia bebas dadah, seks bebas dan menghormati ibu bapa. Semoga setiap rakyat Islam di Malaysia berjaya dalam semua bidang, mampu hidup berdikari dan membalas jasa ibu bapa dan semoga setiap umat Islam di dunia tidak lagi di tindas oleh orang-orang kafir dan selamatkanla saudara mara kami yang berada di Palestin - Amin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 02:37 PM | Show all posts
3# Pygmalion


Aminnnnnn........
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 02:40 PM | Show all posts
selamat berpuasa semua
terutama kpada org2 trsyg
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 02:56 PM | Show all posts
Saya  juga memohon maaf   jika saya ada posting2 saya yang menyakitkan hati kalian, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,   insyaallah. Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan  "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:   

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.   

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2009 03:17 PM | Show all posts
salam ramadhan utk semua
terutama geng di bod ini..bod mawi

semuga puasa kita kali ini lebih baik drpd thn sebelumnya

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 03:20 PM | Show all posts
1# icelemontea


sama-samalah abe ice


pssstttt... pandai anta berbahasa 'arab. Tapi word ente ente tu ada ke? unta-unta adalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 03:22 PM | Show all posts
3# Pygmalion



amin  amin ya rabbalalamin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 03:26 PM | Show all posts




SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 03:34 PM | Show all posts
8# niy
ente suka teringin nak mkn daging unta
berente ente ala2 akhil hay la nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 04:29 PM | Show all posts
11# dino

ante mengidam ka?..sudah berapa bulan ante bunting?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 04:31 PM | Show all posts
12# tikusmondok
takde la bunting mmg sedia buncit
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 04:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by chekshu at 19-8-2009 16:43


assalamualaikum....

buat semua pengunjung bod mawi khasnya
yg selalu bersama2 bergelak ketawa
bergurau senda....

andai kata ada salah dan silap
ada tersentuh hati.. terguris kalbu
dengan apa yg saya kata dan tulis selama ini
ampun dan maaf di pinta...





Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 12:59 PM | Show all posts
السلام عليكم ورحمة الله
  
     Andai Ini Ramadhan Terakhir
     --------------------------------------
     wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
     wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
     wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

     andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
     buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
     tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
     pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
     kematian...adalah sesuatu yang pasti
     
     andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu
     siangnya engkau sibuk berzikir
     biarpun anak tekak kering kehausan air
     tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
     mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
     
     andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
     tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
     solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
     tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
     mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
     "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
     [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
     kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
     
     andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
     tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
     setiap masa tak akan dipersia begitu saja
     di setiap kesempatan juga masa yang terluang
     alunan Al-Quran bakal kau dendang...
     bakal kau syairkan
     
     andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
     tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
     berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
     mengadu...merintih...meminta belas kasih
     "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
     tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
     oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini
     
     andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
     tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
     ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
     kita buru...kita cari...suatu malam idaman
     yang lebih berkat dari seribu bulan
     
     andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
     tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
     mempersiap diri...rohani dan jasmani
     menanti-nanti jemputan Izrail
     di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
     duhai Ilahi...
     
     andai ini Ramadhan terakhir buat kami
     jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
     menerangi kegelapan hati-hati kami
     menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
     semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
     
     namun saudari muslimat...
     tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
     samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
     hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
     berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
     andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
     
     Selamat Menyambut Ramadhan. –
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.160437 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list