View: 9709|Reply: 9
|
Waris Jari Hantu [Selasa, 10pm @ TV2]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 25-11-2009 11:05
Teruja dipilih Shuhaimi
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
IMPIAN pendatang baru, Lana Nordin untuk bekerjadi bawah pengarah terkenal, Datin Paduka Shuhaimi Baba tercapai apabila ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Waris Jari Hantu terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, yang kini dalam penggambaran.
Kata pelakon kelahiran Kuching, Sarawak ini, dia membawa watak pembantu bernama Natasha atau Nate yang juga penyanyi rakaman dan bercinta dengan Ramon (lakonan pelakon baru Nas T) yang obses kepada ilmu hitam dalam drama itu.
"Selain Allahyarham Yasmin Ahmad,saya juga sudah lama impikan untuk bekerja dengan Shuhaimi. Mulanya,saya tidak percaya apabila diberitahu pihak pengurusan, Shuhaimi menawarkan saya berlakon dalam dramanya itu tanpa melalui proses ujibakat.
"Maklumlah, saya masih baru dalam bidang seni berbanding dengan pelakon popular lain yang sering bekerja dengannya sebelum ini. Namun, selepas diyakinkan pihak pengurusan, saya terus menerima tawarannya tanpa berfikir dua kali. Sekalipun ia hanya watak pembantu,ia cukup bermakna buat pelakon baru seperti saya," katanya.
Lana berkata, dalam drama Waris Jari Hantu, dia ditawarkan watak Nate yang juga peranan baru diwujudkan dalam drama itu. Ia juga sambungan filem Waris Jari Hantu yang menggandingkan Rusdi Ramli (Ari) dan MayaKarin sebelum ini.
"Rusdi masih watak utama dalam cerita ini ini, tetapi Maya pula hanya penampilan khas kerana dia tidak dapat memberikan komitmen dalam penggambaran drama ini. Pelakon lain ialah Linda Hashim dan Bob.
"Sebelum penggambaran dimulakan, saya juga menjayakan sesi latihan selama tiga hari di bawah bimbingan Shuhaimi.
"Pada pandangan saya, Shuhaimi adalah pengarah yang sangat teliti danterperinci orangnya. Saya tidak takut untuk bekerja dengannya sebaliknya berasa hormat selaku pengarah drama.
"Antara babak menarik, saya perlu menyanyi dalam filem ini dengan suara sendiri. Selain itu, saya juga perlu menjayakan babak Nate dipukul dan ditarik rambut oleh teman lelakinya yang dikuasai ilmu hitam itu.
"Penggambaran drama ini bermula 18 Julai lalu dan dijangka diteruskan sehingga Ramadan ini.
"Selepas drama ini, saya juga mendapat tawaran beberapa projek drama lain selepas Ramadan," katanya.
Sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan, Lana, 30, mengakui sering diberikan watak antagonis dalam drama mahupun filem.
"Saya sering dibawakan watak jahat, perempuan simpanan dan perampasteman lelaki orang. Menurut pengarah, wajah saya yang garang ini memangsesuai dengan karakter sedemikian.
"Terbaru, saya pernah bawawatak perempuan simpanan kepada pelakon Tony Eusoff dalam dramaPerempuan yang sudah disiarkan di kaca televisyen," katanya.
Lana berkata, antara drama yang menampilkannya sebagai watak utamaialah drama bersiri 13 episod Cintaku Di Mukah pada Februari lalu.Drama ini juga belum ditayangkan di televisyen lagi.
"Saya bawa watak utama bernama Dayang dalam drama arahan Md Nor Bujang untuk saluran RTM2 itu..
"Apa yang menarik, saya bawa watak gadis bertudung dan perlu bercakaploghat Sarawak dalam cerita ini. Memang saya berasal dari sana, tetapisaya sudah lama menetap di Kuala Lumpur.
"Bagi menjiwai watakini, saya terpaksa belajar semula loghat Sarawak dengan kaum keluargayang menetap di sana. Pelakon lain ialah Fazren Rafi dan Rizal AF,"katanya.
Drama lain lakonannya ialah telefilem Tuntutan Maut arahan Fairuz Loy untuk TV3.
Sementara itu, kata Lana, dia masih menanti filem lakonannya Gentayangan arahan Zulkiflee M Osman menjengah pawagam tempatan.
"Sebenarnya, penggambaran filem ini sudah siap dua tahun lalu. Selainsaya, watak utama filem ini ialah Yasmin Hani, Sheera Iskandar danHasnol Rahmat. Saya difahamkan filem ini masih dalam proses suntingan,"katanya.
Terus terang, kata Lana, dia kecewa dengan masalah yang berlaku membabitkan filem Gentayangan.
"Maklumlah, saya dan pelakon filem ini terpaksa berkampung di lokasipenggambaran Gentayangan selama sebulan di Melaka. Saya juga buat babaklagak ngeri sendiri dalam filem yang membabitkan 80 peratus babak aksiini.
"Selepas Gentayangan, saya dapat tawaran bawa watakutama dalam filem Taiko, tetapi sampai sekarang, saya belum diberitahubilakah filem ini akan memulakan penggambarannya," katanya yang turutmenjadi pelakon undangan dalam filem Rempit. |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni kan citer tu start....kat tv2 kui 10....ari tu tengok dia punye gazzet kat tv2... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk semalam, tajuk waris jer, rusdi ganti tempat nek wan cari akar kayu sambil mengubat orang sakit dan jadi tukang jahit sekali, ok la 1st episod.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat tayang tv3 ganti tower 13 rupenye tv2...alamatnye x tengok la... |
|
|
|
|
|
|
|
ada tertengok first five minutes.
tajuk nya waris je.
ada linda hashim n zahiril adzim! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Citer nie..ok jugak laa.. Rusdi nie kiranya penyelamat laa.. kalau ada berlaku apa2 kekacauan.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde sape ke follow citer nih???adakah di sebabkan dia ditayang di tv2, jadi sume orang tak tengok?hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
heroine die maya karin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
8# lonso
x de la..maya karin penampilan istimewa je. kdg2 je ada.
skang heroin dia aira (kavita )la kot.
cter ni ok gak.. tp mungkin sbb kat tv2 org x brape tahu atau x ingt nak tgk. aku pun slalu lpe. |
|
|
|
|
|
|
|
aku follow cte ni coz zahiril adzim jek ...tv2 pun xpela...ok gak jln cte dier pe |
|
|
|
|
|
|
| |
|