CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3949|Reply: 14

Kadar zakat fitrah 2009

[Copy link]
Post time 21-8-2009 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 21-8-2009 00:27

ARKIB : 20/08/2009

Kadar zakat fitrah antara RM5 hingga RM8

20/08/2009 7:57pm

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Kadar zakat di seluruh negara tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8 seorang mengikut negeri yang berdasarkan harga beras yang terdapat di pasaran.


Berikut jumlah bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan dan Wilayah):

Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7

Terengganu - RM5, RM7 dan RM8

Johor - RM5 dan RM7.50

Sabah - RM6.60

Negeri Sembilan - RM6.50

Melaka - RM6.30

Sarawak dan Perlis - RM6

- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 04:31 PM | Show all posts
thanks syd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2009 10:18 AM | Show all posts
Kelantan tetapkan zakat fitrah RM6.90

KOTA BAHARU: Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM6.90 tahun ini berbanding RM7.60 tahun lalu, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd Zin.

Beliau berkata, keputusan penetapan kadar zakat fitrah itu dibuat setelah mendapat persetujuan jemaah ulama dan diperkenankan oleh Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.

"Berdasarkan kadar baru itu, Maik menjangkakan dapat memungut RM7.5 juta daripada zakat fitrah tahun ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Selain itu, Kamaruddin berkata Maik juga melantik 579 amil terdiri daripada imam dan pegawai masjid, termasuk pegawai agama di kem tentera, polis, penjara dan pusat-pusat tahanan di seluruh negeri untuk mengutip bayaran zakat.

"Bagi memberi kemudahan kepada orang ramai membayar zakat harta dan zakat pendapatan, kita (Maik) juga membuka kaunter khidmat rundingan di tempat-tempat tumpuan awam, termasuk di Pasar Raya Tesco mulai 1 hingga 12 Sept," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 03:51 PM | Show all posts
A'kum,

Saya pertanya tentang pembayaran zakat fitrah. Kalau saya menetap di Kuala Lumpur tetapi membuat bayaran zakat fitrah kepada amil yg berada di Seremban, boleh  ker atau kena buat bayaran di Kuala Lumpur juga?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:00 AM | Show all posts
bayar zakat atau zakat fitrah yg afdal di tempat di mana kita beroleh rezeki itu... kalau kita beroleh rezeki itu di KL... afdalnya zakat/fitrah tu dikeluarkan di KL... lagi satu, zakat/fitrah ni kita kena bayar kpd amil bertauliah yg dilantik oleh pihak berkuasa agama... tak dikira sbg zakat/fitrah... kalau kita keluarkan zakat/fitrah kpd bukan amil yg dilantik... kerana, negara kita ada pihak yg dilantik utk menguruskan zakat/fitrah, dan organisasinya terancang... begitu kaedahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:24 AM | Show all posts
Tokwan,
Terima kasih atas nasihat... akan saya laksanakan di KL sahaja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2009 12:42 PM | Show all posts
Nak tanya...

Kawan aku pinjam duit aku utk buat bisness. Dia janji akan bg keuntungan tetap setiap bln 10% dari duit yg dia pinjam (walaupun yg sebenarnya dia xbayar pun) dah hampir 3 tahun, nak buat mcmana. Adakah aku kena bayar zakat atas jumlah duit yg dia pinjam atau dia yg kena bayar zakat tu. Lagi satu aku ada juga kongsi bisness dgn kawan lain tapi hingga kini xadapun dpt hasil dari duit tsbt. Mcmana ye...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 12:56 PM | Show all posts
Nak tanya...

Kawan aku pinjam duit aku utk buat bisness. Dia janji akan bg keuntungan tetap setiap bln 10% dari duit yg dia pinjam (walaupun yg sebenarnya dia xbayar pun) dah hampir 3 tahun, nak bu ...
aikee04 Post at 8-9-2009 12:42


ni dah masuk pasal zakat perniagaan agaknya.  nak kena tanya orang yang faham ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 01:06 PM | Show all posts
8# ibnur

Siapa yg arif ye...atau nak masuk tread mana? Atau kena pegi pusat zakat? Hmmmm tu yg masaalah sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 03:01 PM | Show all posts
salaam... nak tanya.. boleh ke isteri yang bayar zakat fitrah untuk diri dia dan anak2 guna hasil pendapatan isteri walaupun suami mampu (dalam kes ni, suami bekerja di luar negara)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 03:25 PM | Show all posts
try tanya kat sini.

http://www.e-zakat.com.my/baru/organisasi/kaunter.asp

dorang ok jerk, bila kita call.
tanya ini tanya itu.
nanti dia transfer pada orang berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 03:57 PM | Show all posts
11# Syd


Ok...Tq Syd
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 11:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by tokwan_jantan at 11-9-2009 11:22

syarat mengeluarkan zakat... (bukan fitrah), Islam, Merdeka, Cukup Nisab, Cukup Haul, Sempurna Milik... Cukup Nisab... harta yg kita ada melepasi had kena zakat, contoh wang tunai, kena zakat kalau melebih had yg nilainya setara dgn 85g emas...  sekarang emas 1g = RM120... jadi kalau ada RM10,200, kena zakat... dengan syarat kedua, Cukup Haul... iaitu cukup tempoh setahun hijrah, kita pegang/memiliki harta tersebut... kalau belum cukup setahun (Hijrah)... tak kena, dan kemudian Mestilah Sempurna Milik... maksud, harta itu 100% di dalam tangan/kekuasaan kita... kalau ada dalam tangan orang, misalnya orang pinjam, tak kenalah zakat... kalau simpan di bank, kita ada kuasa untuk keluar/masuk, kena zakat... tapi kalau kat KWSP... pasal keluar masuk dia tak semudah di bank, tak dikira sempurna milik selagi tak diserahkan oleh KWSP kpd kita sepenuhnya... begitu kaedahnya yg tokwan faham!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 01:54 PM | Show all posts
sy nak tnya...

smlm sy ada terdengar perbualan somi sy...

dia nak bayar kn zakat untuk tok nya...tok seblh ma nya keje sndri n ada ank lelaki yg sll beri duit la..sorg lagi cme terima pencan arwah sominya...

pak sedare dia yg xbekerja..

ma dia pon bekerja, adik2..adik2 dia nie ada yg bekerja tp xmo bayar zakat..

soalan nya...mber sy ada gtau kalo dorg mampu nape nak suh somi sy bayarkan...

lagi pon mcm tok nya...masing2 ada anak..nape nak suh cucu tgg...

mereka sll minta duit ngan somi sy walhal somi sy bukannya ada duit pon...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 03:57 PM | Show all posts
cakap pasal zakat fitrah ni kalau kita belajar dulu waktu paling afdal sebelum solat raya...tapi ustad kat puzat zakat kata kalau bagi lambat mcm mana nak serah kat asnaf...
saya pun tak bayar lagi husband soh bayarkan dulu sbb dia balik sini pun dah jumaat next week baru sampai..petang ni kena cari kat bazar ramadhan tu
bab bayar zakat bayar je lah utk tok ke nenek ke..sedekah bulan ramadhan ni pahala berlipat kali ganda...pak mentua saya pun selalu bayarkan zakat utk saya sekeluarga..sebenarnya dia takut suami saya tak sempat balik nak bayar zakat fitrah so dia selalu bayarkan dulu..then hsband pun biasa bayar mlm raya..sbb memang biasa balik dah nak raya...  jadi double lah bayar zakat fitrah tu ..sedekah lebih2 kan..
anak saya yg sulung umur 19 tahun tanya baru ni dia kena bayar sendiri ke zakat? saya kata selagi tak keja bawa tanggungan parents..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.632715 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list