|
Salam.
macam mana solat witir ... niat n cara laksanakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Solat Sunat Witir merupakan solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat Sunat Tarawih.Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir(ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahaiahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.
"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
- Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
- Perbanyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan,rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar Allah ampunkandosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa danpermintaan kita.
Zikir Selepas Solat Witir
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripadakemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Makasegala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai." |
|
|
|
|
|
|
|
niat 2 rakaat n 1 rakaat kena baca sekali ker...?
doa iftitah nak baca x ?? |
|
|
|
|
|
|
|
semalam berjemaah, niat 2 rakaat, tapi jemaah buat 3 rakaat non-stop.. haru jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
3# minded
Buat 2 rakaat, niat lain. Buat 1 rakaat, niat lain.
Doa iftitah - sunat.
Tapi Rasulullah SAW paling pendek baginda buat sampai ayat "Wa Asiila..", dan rasul tak pernah meninggalkan iftitahnya dalam solat.
allahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih banyak |
|
|
|
|
|
|
|
solat 2 rakaat pertama......bacalah ayat alkafirun rakaat pertama, rakaat kedua ayat al-ikhlas
solat 1 rakaat baca ayat 3 kul lps fatihah....baca al-ikhlas dulu lps tuh al-falaq dan an-naas.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala."
ada pendapat yang mengatakan bahawa untuk solat 2 rakaat witir perlu ditambah huruf 'min' sebelum witr.... seperti 'usolli sunnatam minal witri' kerana 2 rakaat bukanlah bilangan yang ganjil, sedangkan maksud witir itu sendiri ialah ganjil. so kena la niat 'sahaja aku solat sebahagian dari witir...'
Allah Knows Better |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat 1 rakaat jek boleh kan... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je.... 1 kan ganjil... dah tentu boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
salam nak tanya..kalau lepas solat terawih kita solat witir n kita tido..pastu bgn balik solat sunat tahjud n witir balik..
takpe ke 2 kali? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat 3 rakaat ngan 1 salam... mcm mana ? boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mejik at 25-8-2009 07:34
11# fantaghero1818
boleh... tak jadi hal... |
|
|
|
|
|
|
|
12# minded
boleh gak... watje mcm solat mghrib
Allah Knows Better |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke takde 2 solat witir dalam satu malam?? |
|
|
|
|
|
|
|
15# zamnie
Bolehkah kita melakukan solat sunat selepas melakukan solat sunat witir (penutup)?. Saya ada terbaca hadith menyatakan bahawa Nabi s.a.w melakukan sunat ringkas selepas beliau bangkit dari tidur sebelum melakukan solat sunat tahajjud. Apakah solat sunat tersebut.
Sekian dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. jawapan:
Sebelum diteruskan perbincangan elok rasanya kita lihat hadis2 yang berkaitan.
1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]
2. Ibn Umar ra menerangkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari.”[HR Jamaah kecuali Ibn Majah]
3. Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny]
Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.”
4. Dari Aisyah ra, “Bahawa Rasulullah saw mengucap salam sampai kita dapat mendengarnya, lalu bersembahyang 2 rakaat lagi sehabis bersalam tadi sambil duduk.”[HR Muslim. Albani juga mengatakan hadis ini sahih]
5. Said bin Musayyab menerangkan bahawa Abu Bakar dan Umar berbahas soal witir di depan Nabi saw. Abu Bakar berkata; “Aku bersembahyang sesudahnya aku berwitir. Apabila aku bangun aku bersembahyang genap2 sebelum subuh.” Umar pula berkata; “Aku tidur sesudah sembahayng genap, kemudian aku berwitir di akhir sahur.” Nabi berkata kpd Abu Bakar, “telah berhati2 yang ini” Dan kpd Umar pula, “kuat yang ini.”[HR Abu Sulaiman al-Haqaby]
Berdasarkan hadis pertama, jumhur ulama’ telah mengatakan bahawa hanya satu witir sahaja yg boleh dilakukan dalam satu malam. Adapun mengenai mengerjakan witir di awal waktu dan kemudianya melakukan lagi solat sunat selepasnya, terdapat perbedaan pendapat mengenainya di kalangan ulama. Secara umumnya terdapat dua kaedah sekiranya ingin melakukan solat sunat selepas dikerjakan solat witir iaitu:
1) Menggenapkan witir yang awal itu dgn melakukan satu rakaat dgn tujuan merosakkan witir yg awal itu. Kemudiannya dilakukan solat sunat serperti biasa dan diakhiri dgn witir yg baru. Ini merupakan pendapat Utsman, Sa’ad bin Malik, Ibn Umar, Ibn Abbas, Usamah ibn Zaid dan Urwah Ibn Zubair. Mereka berdalilkan hadis yg ke-2 di atas.
2) Witir yg dilakukan di awal waktu tidak perlu dirosakkan. Memadai witir tersebut dan tidak perlu diulangi lagi witir walaupun jika ingin melakukan solat sunat selepasnya. Pendapat ini dipegang oleh Abu Bakar, Ammar bin Yassir, Rafi’ bin Khudaij, Abu Hurairah, Talq bin Ali dan Aisyah ra. Manakala dikalangan Tabi’in ialah Said bin Musayyab, Al-Qamah, Asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhaiy, Said bin Jubir, Makhul dan Hasan al-Basri. Ini juga merupakan pendapat Malik, Ahmad, Syafi’I, dan lain2 lagi.
Saya memilih pendapat yang kedua. Hadis 3,4 dan 5 menunjukkan bahawa boleh melakukan solat sunat walaupun telah dilakukan solat witir. Menurut Imam Nawawi, 2 rakaat yg dilakukan oleh Rasulullah saw selepas witir dalam keadaan duduk adalah bertujuan utk menerangkan keharusan dan tidaklah menjelaskan bahawa Rasulullah saw sentiasa melakukan. Ulama’ dan Muhaqqiqin dr kalangan ahli usul, kalimah ‘Kaana’ tidaklah semestinya membawa maksud sentiasa berlaku.
Persoalan yang seterusnya, yang manakah lebih afdhal, di awal dan di akhir malam. Kebanyakan ilmuwan memilih di akhir malam. Ibn Hajar al-Asqallani berkata bahawa witirnya Rasulullah saw di awal waktu adalah krn halangan utk bangun di akhir malam; Beliau berwitir di pertengahan malam bila beliau terbangun di waktu itu; seterusnya beliau melewatkan utk bangun di akhir malam ialah disebabkan waktu afdhalnya; sedang bersembahyang pada seluruh masa itu sebg menunjukkan keharusannya. Ibn Nasr mengatakan hadis ke-2 di atas menunjukkan hukum sunat bukannya wajib. WA.
Wassalam
Rujukan
Koleksi Hadis2 Hukum 5
TM Hasbi
Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim
Intisari Bahrul Madzi Jilid 2
Sheikh Idris al-Marbawiy
The Night Prayers Qiyam & Tarawikh
Muhammad al-Jibali
Fikih Sunnah Jilid 2
Sayyid Sabiq
The prophet’s Prayer Described
Sheikh Nasiruddin al-Albani |
|
|
|
|
|
|
|
wajib ke witir pas terawih??...semalam xsempat teraweh balik lmbt..ms weekend ritu g teraweh...pelik xde witir...patutnya pas 8 rakaat teraweh terus witir 3 rakaat kan??..tp pak imam terus duduk bg ceramah....hmm takot lambt sgt so terus jela balik...xsempat nak makan moreh pun...so witir tu wajib ke? |
|
|
|
|
|
|
|
16# mejik
salam mejik,
akak ada baca kat sini yang mengatakan sia2 solat sunat jika dilakukan selepas solat witir tanpa membuka solat itu dahulu.
tapi di sini ia menerangkan sebaliknya.
boleh tak mejik terangkan sikit sebab akak confuse dalam hal ini.
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
witir bukannya wajib dan terawih pon bukan wajib.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad dan merupakan salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan . Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|