View: 5179|Reply: 34
|
Mawi sedia hilang aura
[Copy link]
|
|
Mawi sedia hilang aura
Oleh IBRAHIM ISA
[email protected]
BATU PAHAT: Mawi yang pernah mencetuskan fenomena tsumawi ketika menyertai Akademi Fantasia ke-3 (AF3) pada 2005 seolah-olah mengetahui aura dan popularitinya kian merudum, terutama selepas berumahtangga.
“Sudah menjadi lumrah dalam bidang nyanyian, seseorang artis akan mengalami masa di atas dan ada kalanya di bawah. Oleh itu, lebih baik saya bersedia dengan membabitkan diri dalam bidang penerbitan apabila berjaya menulis dua lagu sendiri.
“Selain sebagai persediaan, saya melihat pembabitan ini (penerbitan) untuk mengembangkan kerjaya seni dan mula memberi tumpuan sejak awal tahun ini,” katanya yang menyedari keadaan sudah berubah berbanding zaman tsumawinya pada masa dulu.
Pada 2005, dalam sekelip mata, anak muda dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu menjadi ikon yang mencetus fenomena tsumawi dalam dunia hiburan.
Sebagai juara AF3, Mawi membolot hadiah mencecah RM250,000, antaranya sebuah kondominium dan kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch.
Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha itu kemudian menjadi artis paling banyak menerima undangan dan duta sekurang-kurangnya 10 produk syarikat besar dan kecil yang melihat fenomena tsumawi mampu membawa keuntungan kepada mereka.
Mawi yang digelar Raja SMS turut dinobatkan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tiga tahun berturut-turut dari 2005 hingga 2007.
Penampilan ringkas serta imej lelaki alim faktor utama membuatkan Mawi bukan saja diminati dan digilai remaja, tetapi juga golongan dewasa berjawatan profesional.
Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Saliha Hassan, ketika itu menyifatkan Mawi mencerminkan cita rasa dan nilai keperibadian masyarakat Melayu terkini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai tahap populariti Mawi sekarang kerana tidak mengikuti perkembangannya.
Mengembangkan kerjaya seni mahupun bersedia menghadapi penurunan populariti, Mawi bangga bergelar penerbit menerusi produksinya sendiri, MW Entertainment.
Mawi yang ditemui di lokasi penggambaran ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ di Kampung Parit Tambak, Peserai, di sini, baru-baru ini, mengakui persediaan menghadapi masa surut menyaksikan dia mula bergiat di belakang tabir.
Menurutnya, MW Entertainment ditubuhkan dua tahun lalu, namun hanya mampu memberi tumpuan sepenuhnya tahun ini dengan menerbitkan dua telemovie, termasuk komedi bertajuk ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ yang akan disiarkan di Astro Prima pada hari raya kedua.
Selain itu, pihaknya menerbitkan rancangan berbentuk pelancongan bertajuk ‘Langkah Mawi’ yang membuat penggambaran di Melbourne, Australia, India dan Hong Kong.
Mawi berkata, MW Entertainment turut dalam perancangan menerbitkan satu drama bersiri 13 episod.
Katanya, jadual kerja dan jemputan mengadakan persembahan masih padat seperti tahun sebelum ini, cuma selepas beberapa tahun bergelar artis, dia kini dapat menguruskan masa dengan lebih baik.
“Saya mempunyai jadual selama tiga bulan dan dalam tempoh itu dapat merancang apa yang perlu dilakukan, manakala masa terluang boleh diberi tumpuan untuk menerbitkan drama mahupun telemovie.
“Alhamdulillah, rezeki tetap sama walaupun sudah beristeri dan saya berharap MW Entertainment menghasilkan lebih banyak produk tahun depan,” katanya.
Selain menulis dua lirik iaitu lagu raya berjudul Ayah dan lagu berjudul Hijau yang akan diselitkan di album keduanya, dia bercadang menulis skrip tidak lama lagi.
Selain dapat menyaksikan lakonan Mawi dalam telemovie ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ di Astro Ria, pada jam 6 petang raya pertama, Mawi tampil di pawagam menerusi filem ‘Jin Notty’ bermula raya pertama.
Menurutnya, peminat setia jangan lepaskan peluang menonton ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ kerana telemovie berbentuk musikal itu akan menampilkan lagu terbarunya untuk kali pertama.
Lagu berjudul ‘Barangkali’ itu hanya akan diperdengarkan secara eksklusif menerusi telemovie itu yang mengisahkan seorang anak yang sudah lama tidak pulang ke kampungnya di Batu Pahat. |
|
|
|
|
|
|
|
ooppsss...lupa
dari harian metro
oklah tu... ada kerja ada gaji
boleh tanggung keluarga... melaksanakan tanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
TaK minat dari dulu...no komen... |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi
Hilang aura xpe..
Hilang suara jangan...
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
4# dabei_presh yg penting aku tahu mawi ade bakat dah ler... hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
dalam harian metro..hartati hasan basri tulis antara aura siti dan mawi....
( entahlah...bukan nak kata apa mmg tak patut ukur populariti siti dan mawi kerana tempoh
kerjaya siti lebih lama.....mawi baru je 4 tahun...)
siti dah kukuh latar belakang seninya..sedangkan mawi baru mula belajar....
memang siti ada aura dan bakat...tapi janganla nafikan bakat mawi...... |
|
|
|
|
|
|
|
6# wangi08 dr dulu lg org dah nafikan bakat mawi.. .ape nak heran... yg penting tahu apsl nak minat ke ape... takde la bila mawi tak spt yg dipikirkan pastu meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
dalam harian metro..hartati hasan basri tulis antara aura siti dan mawi....
( entahlah...bukan nak kata apa mmg tak patut ukur populariti siti dan mawi kerana tempoh
kerjaya siti lebih lam ...
wangi08 Post at 24-8-2009 08:09
mawi mmg ada bakat
tapi mcm sayang sbb skrang ni dah kurang tunjukkan bakat nyanyian dia
aku suka
walaupun dia sibuk ngan kerja belakang tabir
dia masih juga teruskan nyanyian dia
belajar n terus belajar <mcm MJ ai > |
|
|
|
|
|
|
|
mawi mmg ada bakat
tapi mcm sayang sbb skrang ni dah kurang tunjukkan bakat nyanyian dia
aku suka
walaupun dia sibuk ngan kerja belakang tabir
dia masih juga teruskan nyanyian dia
belajar n ...
niy Post at 24-8-2009 08:20 tp ok la ade gak lagu sujud kat tv tuh.... hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
tp ok la ade gak lagu sujud kat tv tuh.... hikhik
dino Post at 24-8-2009 08:25
....raya nanti kan ada lagu baru Mawi...khas untuk rancangan " Habibi mawi" tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Yalah macam kehilangan je dalam bidang nyanyian dia, harap2 akan lebih aktip lagi dalam SENI SUARA ni, ari jumaat kat TV3 lepas ada program "KENANGAN RABBANI" dapatlah HILANG RINDU tengok dia duet ngan arwah ustaz Asri lagu 'SAKSI" , sedih betullah ada lagu 'INTIFADA", "PERGI TAK KEMBALI" ynag penting lagu2 tu dak motak dah penah nyanyi....... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
dalam harian metro..hartati hasan basri tulis antara aura siti dan mawi....
( entahlah...bukan nak kata apa mmg tak patut ukur populariti siti dan mawi kerana tempoh
kerjaya siti lebih lam ...
wangi08 Post at 24-8-2009 08:09
Melampau betul reporter ni, ada ke kata Mawi takde bakat ? kalau takde bakat nape ada gak dia menang beberapa anugerah kat Muzik2 & lain2 kalau nak kompare pun agak2lah....menjatuh betul.... kalau nak puji CT pun (kitepun minak gak ngan CT) jangan lah MENJATUH pihak lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Melampau betul reporter ni, ada ke kata Mawi takde bakat ? kalau takde bakat nape ada gak dia menang beberapa anugerah kat Muzik2 & lain2 kalau nak kompare pun agak2lah....menjatuh betul.... kalau ...
tien08 Post at 24-8-2009 12:25 kite dah biasa dgr org ckp mawi takde bakat ade aura jer... sah2 la ct tu dah puluh tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
mawi who? |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]mawi who?
mawi la |
|
|
|
|
|
|
|
16# sxam
nabs Post at 26-8-2009 00:39
testing |
|
|
|
|
|
|
|
16# sxam
testing
nabs Post at 26-8-2009 00:39 [/quote] |
|
|
|
|
|
|
| |
|