View: 85143|Reply: 1206
|
Tiz Zaqyah Fan Club. (utk member: sila dftr di website rasmi k)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 23-8-2009 12:26
Tiz Ingin Jadi Terbaik
by Miss Ayu | 29 May 2009
| | | | | Tiz Zaqyah Razak, nama ini mungkin masing asing lagi di kalangan peminat hiburan tanah air. Maklumlah, gadis ini merupakan pendatang baru yang masih mencari-cari tapak untuk melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan.
Pertama kali bersua dengannya, GUA sendiri tertanya-tanya siapakah gerangan gadis berkulit cerah ini. Rasa macam pernah terlihat kelibatnya di mana-mana, tetapi tidak pasti pula di mana. Bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran, GUA bertemu gadis ini untuk mendapatkan jawapan.
Menurut pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Tiz ini, dia pernah muncul dalam drama bersiri ‘Gol & Gincu’ dan ‘Impian Illyana’ tidak lama dahulu. Dalam ‘Impian Illyana’, dia memegang watak Ika, rakan sebilik Illyana di kolej. Oh! patutlah GUA macam pernah melihatnya.
Lakonannya agak bagus walaupun hanya memegang watak pembantu. Lenggok tubuhnya memberitahu yang dia memang selesa dengan lakonan. Mungkin ini yang dapat dilihat oleh sutradara Khabir Bhatia apabila menawarkan watak utama kepada Tiz untuk drama terbarunya yang berjudul ‘Nur Kasih’. Untuk drama ini Tiz telah digandingkan bersama Remy Ishak dan Fiz Fairuz.
Hendak tahu apa watak yang dipegang oleh Tiz? Dia memegang watak Nur Amina, seorang gadis yang taat kepada agama dan ibu bapa. Dia juga seorang yang lemah-lembut dan bercita-cita tinggi tetapi terpaksa melakukan pengorbanan besar demi menjaga hati kedua ibu bapa. Nur Amina terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang jahil tentang agama dan tidak menyintai dirinya.
Bercerita kepada GUA ketika majlis pelancaran drama ini kelmarin, Tiz memberitahu yang dia sebenarnya bagaikan tidak percaya apabila watak Nur Amira diberikan kepadanya.
“Pertama kali mendapat tahu yang saya berjaya mendapat watak Nur Amira, saya rasa macam tidak percaya dan berasa agak takut kerana ini pertama kali saya memegang watak utama. Bukan setakat itu, watak ini juga berat kerana ia banyak bermain dengan perasan. Bukan seperti watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Selain itu, saya juga perlu memakai tudung bagi menjayakan drama ini. Tapi perkara ini tidak menjadi masalah, saya anggapnya sebagai satu cabaran,” jelas Tiz.
Dalam pada itu, Tiz turut diminta berkongsi pengalamannya bekerja dengan Khabir Bhatia. Ini kerana ramai yang sudah maklum, pengarah yang tidak boleh berbahasa Melayu ini agak sukar untuk dipuaskan hatinya.
“Saya senang bekerja dengan Khabir. Dia banyak memberi tunjuk ajar dan banyak ilmu yang telah saya perolehi daripadanya. Kalau saya tidak faham tentang sesuatu, Khabir boleh dibawa berbincang dan dia juga mahu mendengar pendapat orang lain. Setakat ini saya memang tiada masalah dengan Khabir. Malah, saya berasa cukup bertuah kerana bukan mudah mendapat peluang berlakon di bawah pengarah bernama besar ini,” tambah pelakon yang mengakui sukar melakonkan babak-babak menangis ini.
Sementara itu, sebagai seorang pendatang baru sudah pastilah Tiz akan diminta bercerita tentang harapannya dalam dunia lakonan dan ini jawapan yang diberikan oleh Tiz.
“Saya harap kerjaya dalam bidang lakonan ini akan terus berkembang sehingga boleh meletakkan nama saya sebaris dengan pelakon-pelakon yang ada sekarang ini. Saya ambil serius dengan kerjaya ini dan kalau boleh saya mahukan jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.”
Bagi yang ingin melihat sejauh mana kebolehan gadis ini berlakon jangan lupa saksikan ‘Nur Kasih’ bermula hari ini, jam 9 malam di saluran TV3.
kredit to: gua.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 23-8-2009 12:28
Nur Kasih Remy, Tizz
Tawarannya sentiasa dinanti ramai, termasuk dua anak muda berbakat besar, Remy Ishak dan Tizz Zaqyah. Mereka mengakui bertuah menjadi pilihan Kabir sebagai teraju utama siri popular Nur Kasih yang bersiaran di TV3 setiap Jumaat.
Menerusi drama yang menjalani penggambaran sekitar Tanjung Karang (Selangor), Jordan dan Australia itu menjadi medan dua pendatang baru ini untuk lebih mengenali Kabir.
Kata Remy, ramai kenalan berpesan, andai ada tawaran daripada pengarah filem Setem ini, jangan sesekali ditolak. Nasihat itu kukuh tersemat di hatinya, malah apabila dipanggil menghadiri uji bakat tertutup untuk watak Adam, dia terus bersetuju.
“Saya menonton semua karya Kabir dan sangat suka dengan filem Cinta, Sepi dan siri Kekasihku Seru. Bagi saya, dia insan yang sangat kreatif dan lain daripada lain. Di kalangan rakan seangkatan, Kabir antara pengarah idaman yang disebut-sebut, rugi kalau saya tolak tawaran ini.
“Untung bekerja dengan Kabir kerana dia sangat terbuka dan sentiasa memberi peluang kepada pelakon untuk mencorak watak yang dibawa mengikut keselesaan masing-masing.
“Awal penggambaran memang mencabar kerana saya tidak tahu apa akan jadi kepada watak Adam disebabkan skrip belum siap sepenuhnya.
“Watak Adam turut menuntut saya fasih berbahasa Inggeris. Sebelum ini saya pernah bekerja di hotel dan bila ada dalam bidang ini, bahasa Inggeris sangat penting tetapi tidaklah lancar sangat.
“Saya risau bila mendapat tahu penggambaran akan dilakukan di Australia. Bagaimanapun, masalah kurang yakin dapat diatasi berkat sokongan Kabir,” kata Remy yang menyifatkan Nur Kasih sangat istimewa di hatinya.
Jelas jejaka kelahiran Melaka ini, watak Adam dekat di hatinya kerana mereka banyak persamaan. Di sebalik wajahnya yang tenang, siapa sangka Remy kuat memberontak satu ketika dulu, malah dia pernah ada dalam persimpangan dilema seperti mana Adam.
“Serba sedikit kehidupan saya sama seperti Adam. Digambarkan Adam hilang jati diri dan kecewa apabila sering dibandingkan dengan abangnya, Aidil, yang jauh lebih baik dalam semua perkara.
Adam terpaksa memenuhi permintaan orang tuanya biarpun dia sebenarnya tidak rela. Dalam kehidupan sebenar, saya tidak suka dipaksa. Kalau bukan pilihan sendiri, saya akan tolak, tetapi kalau itu permintaan terakhir ibu, saya akan buat. Ini berbalik kepada soal tanggungjawab dan ketaatan seorang anak terhadap ibu bapanya.
“Sama seperti Adam, saya suka memendam perasaan, bila tidak tertanggung, saya akan kusut dan memberontak,” katanya.
Adam turut meninggalkan impak besar kepada dirinya apabila menjadi sebutan peminat, malah rata-rata yang bersua muka dengannya akan meluahkan perasaan geram dan benci dengan sikap Adam yang degil. Baginya, apapun maklum balas yang diberi penonton, ia petanda baik.
“Bila orang benci dengan watak yang kita bawa, maknanya ia menjadi. Saya pernah bawa watak durhaka tapi kali ini berlainan, di mana Adam patuh dengan permintaan ibu bapanya.
“Ketika melakonkan watak ini, saya ikut saranan Kabir supaya tidak terlalu keras berusaha, biar penjiwaan itu datang dari hati, baru lakonan nampak lebih bersahaja,” katanya.
Mengulas pengalaman menjalani penggambaran di Australia dan Jordan, Remy berkata, banyak perkara baru dipelajarinya, lebih-lebih lagi hakikat betapa beruntungnya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
“Saya berkampung di Jordan selama 10 hari manakala Australia pula enam hari. Saya kagum dengan keindahan kota Petra dan padang pasir yang saujana mata memandang di Wadi Ram dan berpeluang merasai sendiri mukjizat air telaga nabi Musa di Wadi Musa.
“Ketika penggambaran, saya mengalami alahan kulit tetapi bila basuh dengan air telaga itu, semua rasa gatal hilang.
“Saya dapat melihat kehidupan muda-mudi di Australia. Daripada situ timbul kesedaran betapa bertuahnya saya dilahirkan di Malaysia yang aman dan tidak mengalami keruntuhan sosial yang kronik. Tidak sabar-sabar mahu pulang ke Malaysia bila ada di sana,” katanya.
Sementara itu, Tizz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menganggap peluang diberi Kabir sebagai pembuka jalan kepadanya untuk terus memahat nama dalam industri. Menerusi Nur Kasih, dia lebih dikenali dan mula mendapat perhatian penggiat filem dan drama.
Bagi yang tidak mengikuti perkembangan gadis manis ini, Nur Kasih bukan drama pertamanya, sebaliknya karier sebagai pelakon bermula sejak lebih dua tahun lalu.
Awal pembabitan, remaja berusia 21 tahun ini pernah membintangi drama Gol & Gincu dan diikuti Impian Ilyana, selain menjayakan telefilem Bernafas Dalam Lumpur serta Puaka Topeng Putih.
“Alhamdulillah selepas muncul dalam Nur Kasih, rezeki saya semakin murah. Kalau dulu saya perlu menghadiri uji bakat, tetapi kini beberapa pengarah bertanya sama ada saya berminat berlakon di bawah arahan mereka.
“Sebagai pendatang baru, tentu saya gembira dengan perkembangan ini. Setakat ini saya menerima beberapa tawaran, tetapi saya mahu fokus dulu perhatian kepada pembikinan Nur Kasih yang berakhir minggu ini dan selepas ini baru boleh saya pertimbangkan tawaran itu,” katanya sopan.
Menurutnya, dia senang bekerja dengan Kabir dan Faizal Ishak yang banyak membantu menghidupkan watak Nur Amina. Ketenangan dan sikap terbuka Kabir membuatkannya lebih bersemangat, biarpun watak dibawa berat untuk dihayati.
“Saya menerima panggilan supaya menghadiri uji bakat drama ini ketika masih di lokasi penggambaran Impian Ilyana. Ketika itu saya sangat gembira, maklumlah siapa tidak mahu berlakon di bawah arahan Kabir.
“Pertama kali bertemunya, saya berdebar-debar. Macam tak percaya pula bila dia memaklumkan saya layak memegang watak Nur Amina. Ini kerana saya masih baru dalam industri dan diberi kepercayaan menggalas watak utama.
“Kabir baik orangnya. Di lokasi dia bukan saja pengarah, tetapi boleh jadi kawan dan ayah. Kerja dia sangat teliti dan syot pun cantik. Dia tahu syot apa yang dimahukan dan ia memudahkan pelakon memahaminya,” katanya yang mahu lari daripada imej bertudung dan berharap diberi peluang melakonkan watak seram atau gila.
Kali pertama membaca skrip Nur Kasih, Tizz dapat rasakan ia karya bagus dan mampu menarik perhatian ramai kerana sarat dengan suntikan kasih sayang yang digambarkan menerusi hubungan ibu bapa dan anak, suami dan isteri dan adik beradik.
Nur Kasih bukan drama cinta semata-mata, tetapi diperindahkan dengan penerapan nilai Islam yang boleh dijadikan panduan ramai.
“Penceritaannya mampu buat penonton sama-sama tersenyum, ketawa dan menangis,” katanya
kredit to: www.hmetro.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 23-8-2009 12:30
Penangan Nur KasihOleh Zaidi Mohamad
[email protected]
Tiz dan Remy.
|
Kehadiran drama 26 episod arahan Kabir Bhatia, lakonan Remy Ishak dan Tiq Zaqyah melonjakkan nama kedua-dua pelakon ini
JODOH Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam skrin memang kuat. Setelah digandingkan dalam telefilem Bernafas Dalam Lumpur arahan Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-22, James Lee pada 2007, mereka kembali disatukan dalam drama penuh emosi dan meruntun jiwa, Nur Kasih.
Impak drama 26 episod itu pun bukan sedikit kerana sejak bersiaran pada 29 Mei lalu, peminat hiburan tanah air mula memperkatakan mengenai drama terbitan Filmscape itu yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam. Malah kerana kehadiran drama itu, ramai pihak termasuk rakan selebriti memilih untuk pulang awal dan tidak keluar rumah kerana enggan ketinggalan menontonnya di TV3.
Entah apalah agaknya formula yang digunakan pengarahnya, Kabir Bhatia dibantu Faisal Ishak sehingga mampu membuatkan penonton terpaku di depan kaca TV. Buah tangan suami kepada penulis skrip Mira Mustaffa ini nampaknya terus-terusan memikat hati penonton malah terus diingati sebagai karya berseni dan cantik.
Lalu tidak hairan, percubaan pertama Remy dan Tiz bekerja buat pertama kalinya dengan pengarah itu memberikan penangan yang cukup mengesankan. Watak Adam dan Nuramina yang dipegang mereka hadir dengan impak tersendiri hingga membuatkan penonton ingin terus mengetahui apa kesudahan yang bakal berlaku nanti.
Bukan saja Remy dan Tiz berasa bertuah dapat menimba pengalaman di sisi pengarah itu, bahkan ramai lagi anak seni menyimpan hasrat yang sama. Pertaruhan Kabir menggandingkan mereka di sisi pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Liza Othman dan Ayu Raudhah ternyata menjadi ramuan terbaik.
| Rezeki Tiz untuk menyerlah hanya pada tahun ini selepas berlakon drama Nur Kasih biarpun dia sudah membabitkan diri dalam bidang seni sejak 2005.
|
Bagi Tiz, drama ini mula memberikan transisi lain kepada pacuan kerjayanya yang mula bercambah sejak 2005. Malah secara kebetulan juga watak Nuramina memerlukannya bertudung seperti watak Kak Ika yang dilakonkan dalam drama Impian Ilyana musim kedua dan ketiga. Kerana tuntutan watak sebegitu juga sudah mula ada yang menyangka gadis berkelulusan SPM ini sebenarnya bertudung.
“Saya harus bersyukur kerana watak Nuramina secara tidak langsung mula membuka mata ramai orang terhadap kehadiran saya. Ia memberi dimensi baru dalam lonjakan kerjaya saya. Ibaratnya seperti baru bermula perjalanan seni saya. Pendedahan dan promosi diri yang saya terima juga begitu berbeza sama sekali.
“Saya sangat terhutang budi kepada Kabir yang memberi peluang dan kepercayaan untuk saya terus meneroka sisi bakat yang ada. Saya diuji bakat di depan Kabir sendiri, malah drama Hartamas arahannya sebelum ini pun pernah dia meminta saya lakukan uji bakat.
“Saya tahu ramai yang tersalah anggap menyangkakan saya bertudung. Malah dalam kenyataan saya sebelum ini pun saya selesa melakonkan watak bertudung. Cuma demi kepelbagaian watak, saya mahu mencuba lagi watak lain. Bukan bermaksud saya mahu lari daripada watak bertudung, sebaliknya saya tidak mahu terus terikat dengan watak yang sama,” kata anak tunggal ini yang akan genap 21 tahun pada 25 Oktober ini.
| Jodoh Remy dan Tiz berlakon sebagai pasangan suami isteri terus berlarutan daripada telefilem Bernafas Dalam Lumpur hingga ke drama Nur Kasih. |
“Insya-Allah, kena pada waktunya nanti, siapa tahu saya juga akan bertudung tanpa paksaan sesiapapun. Tuhan Maha Adil, lalu saya harus sentiasa mensyukuri rezeki kurniaan-Nya. Apa yang saya kecapi kini atas keberkatan-Nya juga,” kata Tiz lagi sambil memuji Kabir yang dianggap macam abang sendiri.
Beralih bicara kepada Remy, 27, watak Adam sekali lagi membuatkan namanya kembali menjadi sebutan. Perkara yang sama turut terjadi kepada drama sulung lakonannya, Sindarella kerana watak Tengku Haidar yang dipegangnya. Selama tiga tahun membabitkan diri dalam bidang seni, peluang berlakon di bawah arahan Kabir seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
Katanya, seiring dengan peredaran masa, Remy percaya kematangan diri terus membuatkannya berazam menjadi lebih bagus daripada semalam. Hadir dengan pakej lengkap, Remy melihat apa yang dilaluinya kini sebagai proses perubahan besar untuk terus memahat nama sebagai pelakon.
“Saya bersyukur kerja keras saya selama ini akhirnya berbayar juga. Namun itu bukan alasan untuk saya terus mendabik dada, sebaliknya ia terus menjadi azimat untuk saya tegar bertahan mencari rezeki sebagai anak seni. Seperti Tiz, saya juga harus berterima kasih kepada Kabir kerana banyak membantu saya mendalami serta mengembangkan watak Adam.
“Kerana Adam juga, biarpun saya berjalan memakai topi dan kaca mata di tempat awam, masyarakat masih perasaan kelibat saya. Pengalaman saya nak ke lokasi pun membolehkan saya bertemu dengan pelbagai ragam orang dan ada di antara mereka turut menghargai bakat saya.
“Malah, ketika terbabit promosi Jom Heboh di Sarawak dan ketika melihat diri saya dikelilingi ramai orang, saya berasa seolah-olah baru saja merasai nikmat sebagai artis. Selagi bakat saya diterima, Insya-Allah saya akan terus memberikan persembahan terbaik untuk dikongsi bersama dan memanjangkan terus legasi seni tempatan,” katanya yang akan terbabit dengan pementasan teater arahan Erma Fatima di Istana Budaya November depan.
Sisi berbeza Remy Ishak
REPUTASI Mohammad Zalimei Ishak pernah tercalar kerana dikatakan berlagak dan sukar memberi kerjasama dengan pihak media untuk melakukan sesi fotografi dan temu bual. Malah paling teruk, ada yang mengatakan Remy hanya layan fotografi muka depan saja. Namun sejak tiga bulan lalu, jadual dirinya sedikit teratur apabila mula menggunakan khidmat pengurus.
“Saya masih Remy yang dulu dengan sikap yang sama. Bezanya cuma peraturan masa dan penerimaan saya terhadap orang lain. Pengalaman tentunya mematangkan diri saya. Saya akui jenis keras kepala dan tak menafikan mungkin ada pihak yang tidak faham cara saya.
“Apabila saya berkata tidak terhadap perihal tertentu, saya dikatakan itu dan ini hingga menjadi isu. Dulu jika tidak berpuas hati, saya akan pendam saja. Sejak ada pengurus, saya lihat segala proses menjadi lancar termasuklah soal membabitkan sesi fotografi,” katanya yang besar kemungkinan tidak dapat terbabit sama untuk musim baru Awan Dania.
APA KATA REMY MENGENAI TIZ, UMMI: - Agak rumit juga meletakkan emosi terhadap Tiz. Tapi berkat keserasian, Remy berharap penonton akan merasai apa yang mereka ingin luahkan. Semuanya atas dasar profesionalisme.
- Mengenai Ummi pula, selepas beberapa bulan mengenali hati budi dan melihat kemungkinan hubungan itu akan pergi jauh, di dalam hatinya mula terbit rasa betapa sukar untuk meneruskan hubungan ini lagi.
- “Kami terus mencuba, namun tidak pasti sampai ke mana destinasinya. Jadi atau tidak, saya hanya berserah kepada Tuhan. Saya tidak mahu memberi komen berlebih-lebihan. Ini baru peringkat berkawan, kesudahannya saya sendiri tidak mampu mengagak,” katanya.
- Tetap tegas bahawa wanita bernama Nurul Huda Hamidon yang dikatakan kekasihnya sebelum ini hanyalah kawan.
APA KATA TIZ MENGENAI REMY: - Remy sangat komited dan serius di lokasi. Tidak lokek berkongsi ilmu lakonan. Seorang kawan yang baik dan bercakap lemah lembut.
- Tiz yang masih solo tidak menafikan kriteria yang dimiliki Remy sedikit sebanyak menjadi pilihannya.
- Tetapi untuk bercinta barangkali tidak mungkin kerana umum juga tahu gosip kini mengaitkan Remy dengan Ummi Nazeera yang turut berlakon dalam drama itu.
kredit to: www.bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
tuk ! tuk ! tuk! boleh masok?? |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum hijau88,
input me in the tizz fan club list. |
|
|
|
|
|
|
|
5# csuraya
mari2... tq2. jap aku add k. |
|
|
|
|
|
|
|
6# sakura2503
salam.
mari2... tq2. jap aku add k. |
|
|
|
|
|
|
|
salam.. nak joinnnnn!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
9# dragger
ok2... tq2... jap lgi aku add korg k. |
|
|
|
|
|
|
|
11# lisa_oren
sila2... jgn malu jgn segan, mari la kita bforum smbil mengeratkn silaturrahim sesama kita. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu menten pakai tudung trus lg lawa
aku join gak klub nih bule? |
|
|
|
|
|
|
|
13# amka
mesti la boleh. sila2.. tq... sama2 la kita bforum smbil mengeratkan silaturrahim sesama kita. |
|
|
|
|
|
|
|
mek nak join~!!
mek nk join...
mek akan bg sokongan sepenuhnya....:pompom::pompom:
jgn lupa masukkan nama mek sekali k! |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama peminat tegar nur kasih....of coz la ku join!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nak joinnn..dia nie mmg sebijik cm agnes..dlm bipop hari nie ada citer pasal tizz gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|