CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16324|Reply: 72

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu

[Copy link]
Post time 27-8-2009 11:17 AM | Show all posts |Read mode
mod, kalau dah ada thread ni sila merge atau delete saja..aku cuma nak share artikel ni..
tolong jangan campur adukkan dgn politaik...
kalau ada permintaan, baru aku paste kan siri2 seterusnya..

artikel ni semua aku copy dari dari mistifiles.blogspot..
pada yg pro, amatur, no idea pasal sejarah tapi berminat nak tahu, di persilakan join..
kritikan membina juga di alu2 kan.. kondem tanpa isi, boleh jalan..
pada yg anti-sejarah, aku harap boleh masuk bod gossip artis sana, byk thread2 yg menarik..
jangan buang masa dalam thread nih.. TQ..

so semua boleh diskas di sini..
kindly reminder, ini bukan isu perkauman..
cuma aku nak share artikel supaya bangsa melayu Islam ni ada kesedaran dan berada pada tempat asalnya..
sistem Islam itu jika di praktikkan SEPENUHNYA, akan memuliakan SEMUA bangsa, regardless your religion..
yg penting, bangsa Melayu Islam (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore, Filipina, Thailand) perlu BERSATU...
sebab di sini lah tapaknya kebangkitan Islam kedua dari TIMUR !

for your reading pleasure..

------------------------------------------------------------------------------------------


Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1

MengapaIsrael bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya diSingapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakahterdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkankakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan BangsaYahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semuapersoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatikini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dantemuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.



-M.O

[size=180%]
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU





"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."  

(Genesis 25:6 New International Version)



Diatas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakanpenyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timurdunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkanTuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsaAsia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di manadari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yangmerupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yangpernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperanganagung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telahpupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisahpengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebihpanjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Untukmengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dandirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemuimereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkankepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktoryang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakahyang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalahpersonaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akanmuncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnyaberasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelahseseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnyateknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabilaseseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadiakan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairandengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kalipertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Jugajika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secaratiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkarayang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam bukuNorman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisahyang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzikyang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannyadengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celoyang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakanuntuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Diasangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan diamemerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelassemasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan denganmengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam kedepan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Diakelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".

"Sebelumwaktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yangCasals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkandirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusahauntuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papantanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengantiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Diatelah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa diamelakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerakdan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yangsepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat danfleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinyaterbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano sepertitunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnyaditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuhbadannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benarbebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkanpiano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-muladuduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;diaberjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-mertaberjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudiankeluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunyatersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-altertadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di manapersonaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tibamuncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alterlain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pulaalter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utamasubjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiaporang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yangsebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyakberubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan danSumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selamaberibu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraanyang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju kearah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada NabiIbrahim a.s.


Menurutkajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyaitiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarahtelah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkanIsmail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaituZimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkanbangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakanteks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayatkedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula denganKeturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertaliankeluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaaniaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal darikeluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi danKristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknownnationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Darimana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlahbangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yangmewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya darikalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth binKanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakankelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israeldari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsaYahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejamyang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayatmereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dansebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasukiTanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinyakerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggupmengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini"  (Kisah Nabi Musa)


bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2009 11:19 AM | Show all posts
sambungan..


Perludiingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibulioleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri merekaKeturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isterinabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife)manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihatdi dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di manamereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.SesungguhnyaNabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidakpernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantarSiti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa piludan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecilterdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetapdilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalahRumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismailkelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammads.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebutgundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanitayang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya padasaat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkerasmengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengansuaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malahperasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret denganmengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hambaFiraun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.PadahalSiti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahimuntuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosaSiti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya.Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa SitiSarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Darisitu barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orangdan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasabersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskankedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan mudayang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada NabiIbrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulangdi mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambilbertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yangdihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan SitiSarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalahanak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati NabiIbrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yangsememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadiketurunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalahberketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewatiAnatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung denganFiraun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dariRamses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkanbahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagaiYahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.NabiIbrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsaHittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi)yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itukepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklahRamses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahaiahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim,pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripadazaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahumenggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agamaYahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)


BangsaYahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknyaYaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malamakibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakubini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Disini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudiseperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adikkesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelahsekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatantinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir padawaktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudimasih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purbalain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaansendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada ituketurunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi darisebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yangsama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas daribangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yangcanggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dantebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik sertamenyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perludingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina danBenua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanyakaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusiapurba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara keIndia dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalamhutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dankota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypsearahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudimasih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsanbangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah merekabertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media(Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampastanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.


BangsaYahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebatyang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa inipernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikanhamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaanEmperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantaikaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telahdibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjayamenyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.



Diwaktupemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauhdengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekuranganajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan dirikepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akanmembantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahanbangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yangmenjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarotdan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut danMarut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.



Kegilaanbangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka darihidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagimembetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Merekapeka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percayakepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisispiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalikkepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidakbanyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan manaataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal darikelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaumkerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masihsamar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteriini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch'(gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yangsekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yangterhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan sukuterhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknyayang gagah-gagah dan hebat.

bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2009 11:21 AM | Show all posts
sambungan..


[size=85%]*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.


Keturahbermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakandalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsaMelayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapaKeturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturahberasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia(namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturahberasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkanmenyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri inisememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana ArabQuraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yangmemerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlahdibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibinaberkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yanglepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramidini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramaipengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakatdunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yangmembina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambarantentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksamelihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana padamasa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujumIstana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalahbertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat kearah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarahkemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaanPiramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besaryang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakanbintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesiradalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalahpenunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yangmenciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membinapiramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan geniusdan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih majudari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkankehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkankehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dankotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFOyang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yangcanggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua ituberguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMASEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya denganmanusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesistumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawaprofesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi jugapakar sains zoologi yang handal



NabiNuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yangtidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dankanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuhteramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dariorang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membinakapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakandalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkanpengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibinaoleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuanNabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelumBanjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kinisekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membinabahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan danmesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masihtidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kitadapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasadari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isahidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiranNabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwaBanjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (inianggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertamaturun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ributahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan majuketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akanterkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta KerajaanRama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan punmelibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui diMohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNAAPABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelambersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.tsetelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologiyang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaandan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapatparti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan difestival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkanseringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapansembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuhdikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkinanda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana andamemikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam danmengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisanmisteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purbatentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawahtanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakerapadat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentukCD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang palingmenggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahundi Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umurumat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkankajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminatidan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segalakenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Makasetelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di mukabumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dancanggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mulaberburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkinmereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orangtua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatuketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut NabiNuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka jugamenceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudahtentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng'ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Makakeluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dantidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mulaberangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang danberperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati darikitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yangmerumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaanRama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cubaperhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhursemuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakahyang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacakturun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadiakan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepadaorang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yangdigambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana danMahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan NabiNuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakankisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawatterbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti MercedesSport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2009 11:22 AM | Show all posts
sambungan..




akan datang dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu...

-Siapakah Keturah?
-Melayu dikalangan anak-anak Keturah
-Melayu dikalangan cucu cicit Nuh bangsa penakluk dan raja-raja agung
-Menjejak asal-usul raja-raja Melayu sehingga Cyrus The Great
-Cura si Manjakini bukti warisan Darius Emperor Parsi
-Negarakota Melayu di era Ur,Kish dan Uruk
-Hubungan Melayu dan Yahudi di era peperangan bangsa Sumeria
-'Bangsa Gunung'
-Pengembaraan ke Timur Jauh
-Perjalanan melalui jalan darat
-Jalan Sutera dan Kapak dari Asia Tengah
-Epik pengembaraan di padang pasir dan salju dingin
-Kenangan kehidupan silam di pergunungan Himalaya dan perkampungan Tibet yang damai
-Perjalanan melalui jalan laut
-Bahtera dan ilmu pelayaran bangsa misteri
-Astronomi dan rahsia bintang-bintang
-Bodhidharma,Dharmakirti,Sakyakirti dan pendeta-pendeta Melayu lainnya
-1000 rahib,sami dan arahat di Bukit Suci
-Misteri bangsa terahsia
-Siapakah dia Malai?
-Bumi Mala
-The Promised Land
-Tempat menyimpan rahsia
-Kunci-kunci rahsia
-Cucu-cicit Nabi


-TAMAT siri 1-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2009 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 27-8-2009 11:35

mintak maap kalau ada teks yg menyakitkan mata..
aku tak dapat nak edit satu2 sebab artikel ni agak panjang..

baca slow2 n take ur time.. baca, faham dan fikirkan...
kesedaran pada sejarah silam yg sebenar adalah satu isu kritikal..
pemahaman berkenaan sejarah sebenar akan menentukan bentuk generasi akan datang..

orang buta sejarah mudah jadi bahan manipulasi..
harap CZ, aizverus dan geng2 lain dari forum atasbawah boleh join thread ni dgn info2 baru..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 11:54 AM | Show all posts
ade link tk? nak jgk bace sampe habis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2009 12:16 PM | Show all posts
Macam pernah dgr cter n.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 12:36 PM | Show all posts
tapi di mane ya...??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2009 12:42 PM | Show all posts
menarik nie..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:04 PM | Show all posts
wahh best lahh artikel ni.. tp aku pegi blog tu asal tak bleh pun.. cannot be found
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:14 PM | Show all posts
ooh dah jumpa.. kat sini rupenyer

http://mistisfiles.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 03:29 PM | Show all posts
ini adalah fantasi aku,

Sebelum manusia wujud dibumi sebenarnya setan telah diturunkan dulu iaitu di zaman dinosor.  Seperti manusia, setan telah diuji sehinggalah berlakukan zaman khiamat. Setan yang beriman diletakkan di syurga dan sebaliknya. Apabila manusia dicipta, setan jeles. Maka terjadilah peristiwa adam diturunkan ke bumi.

Ulangi, ini adalah fantasi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 05:43 PM | Show all posts
bleh tahan gak fantasi ko tu...hehehe...
tuan rumah,nk tanye sket...bleh?
kalo dari al-quran,disebutkan bhw nabi ibrahim mempunyai 2 org isteri sahaja iaitu siti sarah n siti hajar..
then tuan rumah ckp nabi ibrahim ada 3 org isteri plak..
so nie timbul sedikit kekeliruan pada saya..
AL-QURAN adalah kitab yg suci n terpelihara..
btul ke fakta2 yg tuan rumah dapat nie?
maaf,ini pertanyaan sahaja..
bkn niat nk merendahkan sesiapa..
tp saya mmg berminat nk tau pasal keturah nie,asal usul kite melayu..
dpt jugak sy tambah pengetahuan pasal nie...
tahniah tuan rumah sbb bkk rumah baru yg menarik nie...
xsabar nk baca the next chapter...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 07:44 PM | Show all posts
bleh tahan gak fantasi ko tu...hehehe...
tuan rumah,nk tanye sket...bleh?
kalo dari al-quran,disebutkan bhw nabi ibrahim mempunyai 2 org isteri sahaja iaitu siti sarah n siti hajar..
then tuan ruma ...
me_mitoss Post at 27-8-2009 17:43


betul tu...tuan umah..jawab le...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 09:35 PM | Show all posts
aah ek, aku pun baru terpk.. tak perasan lak.. tp dalam al-quran mang ada sebut dua eh.. ada ayat dia tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 10:01 PM | Show all posts
dia rujuk kitab yahudi kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2009 12:32 AM | Show all posts
aah ek, aku pun baru terpk.. tak perasan lak.. tp dalam al-quran mang ada sebut dua eh.. ada ayat dia tak?
akira_nagasaki Post at 27-8-2009 21:35


alamak...ayat quran pasal nabi ibrahim ke?
yg kene rujuk org yg alim la...
saye nie x bape pandai..
tau gitu-gitu je...

erm,bg sy la...
xsalah rasenye kite nk baca n tambah pengetahuan tapi jgn sampai tersesat dh la..
tuan rumah pn bgs sebenarnye..
die menerangkan dgn detail,start dari basic lagi sbb skrg nie x masuk lagi kn pasal melayu..
x sabar nk tggu yg seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 06:45 AM | Show all posts
"alter" tu maksudnya apa?? altar ke???
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 09:19 AM | Show all posts
Topik ni rasanya dah ada kena tanya otai - otai kat sini. Topik berkaitan future phenomena kot kalau rajin boleh cari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 09:47 AM | Show all posts
aah ek, aku pun baru terpk.. tak perasan lak.. tp dalam al-quran mang ada sebut dua eh.. ada ayat dia tak?
akira_nagasaki Post at 27-8-2009 21:35


Dia rujuk dari al Kitab kot.Taurat,Injil dan Zabur.Ada pernah dengar cerita yg masih ada lagi Taurah dan Injil yg berjaya diselamatkan dari di modifi.Katanya terletak di Afrika utara dan wujud masyarakat di sebelah situ yg mengaku sebagai ahlil kitab .Mereka tak mengaku mereka tu Kristian ataupun Yahudi.Berkenaan dengan Keturah pula seorang sejarawan terkemuka Arab yg mula menimbulkan nama ini hasil kajiannya terhadap sejarah dalam kitab-kitab tersebut.Cuma yg tidak pasti adakah Bani Keturah yg kemudiannya menjadi Bani Jawi itu adalah bangsa yg sama dengan Bani Qanthura yg akan menyerang Basrah seperti dicatat dalam hadith Nabi itu.Ataupun Keturah itu ibu segala bangsa di timur termasuk bangsa Melayu,Cina,Jepun, ataupun Bangsa Mongloid yg bertanggung jawab menyerang Kota Baghdad dan Basrah itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.080918 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list