CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3026|Reply: 8

Al-Kisah Di Pasaraya Billion Kelantan

[Copy link]
Post time 29-8-2009 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?", tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

Sekian, Wallahu ‘Alam.


Sumber: http://www.detikdaily.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 01:35 PM | Show all posts
Teringat seorang ustazah yg dtg kat tempat aku n tegur cara customer aku berpakaian...Hanya kerana dia berseluar pendek atas lutut teruk dia kena nasihat ngan ustazah tu...Aku dgr pun pedih telinga,bukanya apa...Nak nasihat kena ada caranya..bukan main belasah ja..serupa pandai ilmu sgt..ego semacam ja..Padahal yg menerima teguran itu berkecil hati...Apa ustazah dapat?Apa pulak pahala yg dia dapat menegur sampai org kecil hati n terasa?Org yg menegur di depan org lain serupa macam riak..Bila dah jadi macam riak..tahu tahu saja la.....nak tambah pahala jadi tambah dosa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 04:13 PM | Show all posts
kerja dakwah ni bukan terletak hanya pada bahu kerajaan yang memerintah.
setiap individu itu sendiri ditaklifkan dgn tanggungjawab ini.
Uslub (kaedah, teknik, tektik & method) dakwah kena lah tahu. Kena belajar. Semberono, tak boleh.
Lagi satu untuk berdakwah, kena lah ada ilmu. Kalau dakwah takde ilmu, jadilah ketam mengajar
anaknya berjalan betul, tapi diri sendiri pun jalan senget dan mengereng...
Tegur-menegur lah dengan penuh hikmah. Masyarakat yg rencam dan kepelbagaian ini perlu dididik.
Sesape yg amik kursus dakwah, tentu ada 'uslub' sendiri bagaimana nak 'approach' masyarakat muslim taklid
dan non-muslim ini.
Kesabaran dalam menyampaikan dakwah islami juga penting. Tanpa kesabaran, kita akan cepat fed-up dan cepat melatah
serta mengalah...nak bagitau...bukan kerja senang nak mengajak orang buat baik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 04:52 PM | Show all posts
kerja dakwah ni bukan terletak hanya pada bahu kerajaan yang memerintah.
setiap individu itu sendiri ditaklifkan dgn tanggungjawab ini.
Uslub (kaedah, teknik, tektik & method) dakwah kena lah tahu.  ...
pandaniw Post at 29-8-2009 16:13


setuju sesangat apa yang kau cakap ni .
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:28 PM | Show all posts
Teringat seorang ustazah yg dtg kat tempat aku n tegur cara customer aku berpakaian...Hanya kerana dia berseluar pendek atas lutut teruk dia kena nasihat ngan ustazah tu...Aku dgr pun pedih telinga,bu ...
edaladiva Post at 29-8-2009 13:35


bagi haku haram utk tegur org di depan org lain..terang2 dah jatuhkan maruah dia...memang ustazah lahanat

awat ang tak bagitau ustazah perasan tuh, pebuatan dia tuh supa la dio bersetuboh di pagi ramadan...nk buat pahala kunun, tp dpt dosa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 11:42 PM | Show all posts
cm penah ku baca cerita ni.... tp yg tu versi ktg kelab malam lak... sama jek citer nye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2009 03:59 PM | Show all posts
cm penah ku baca cerita ni.... tp yg tu versi ktg kelab malam lak... sama jek citer nye..
larrazlan Post at 30-8-2009 23:42


tu sebab dalam thread yang sama lebih kurang baru-baru ni, saya katakan yang pandai bukan ustaz tu.  Yang pandai ialah orang yang buat karya ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 04:23 PM | Show all posts
tu sebab dalam thread yang sama lebih kurang baru-baru ni, saya katakan yang pandai bukan ustaz tu.  Yang pandai ialah orang yang buat karya ni.  
ibnur Post at 31-8-2009 15:59

mod...merge ajelah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 03:28 PM | Show all posts
kita kalau nak menegur, biarlah secara tertutup dan secara baik. jadi yg ditegur tu, takdelah malu sangat. jadi boleh masuk kepala otak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.139079 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list