|
Assalamualaikum..
nak tanya kawan2 yang arif.. jika dalam keadaan haid.. bolehkah kita bangun bermunajat di mlm hari menggantikan tahjud. dan apakah amalan2 yang dilakukan ketika haid.? |
|
|
|
|
|
|
|
Berzikir dan Membaca al-Qur’an
Wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan a-Qur’an.
Jelas di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu 'anha sambil membaca al-Qur’an padahal ‘A’isyah di saat itu sedang haid.
Di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda menyuruh keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah kepada solat dua hari raya (Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).[Lihat Shahih al-Bukhari – no: 324 (Kitab al-Haid)]
Juga diharuskan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca al-Qur’an dengan cara melihat dengan mata atau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah. Boleh juga meletak mushaf al-Qur’an di hadapannya lalu melihat ayat-ayatnya dan membacanya dengan hati. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Majmu’ Syarh al-Muhazzab: Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.
Adapun membaca dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaan pendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh Imam Malik dan Imam al-Syafi’e dalam pendapatnya yang lama. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari. Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha’e (seorang tokoh tabi‘in) bahawa: “Tidak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.”
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jld. 26, ms. 191 :
Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-Qur’an. Hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Qur’an” adalah hadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati oleh para ahli hadis.
Lebih dari itu, diketahui wanita-wanita di zaman Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sedia mengalami haid. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca al-Qur’an sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia diterangkan oleh Nabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda. Hal ini kemudiannya akan tersebar kepada manusia.
Namun tidak seorang jua yang meriwayatkan pengharaman seumpama daripada Nabi. Maka tidak boleh menghukum ia sebagai haram sedangkan baginda Nabi sendiri tidak pernah mengharamkannya. Justeru apabila Nabi tidak menegah daripada demikian padahal ramai wanita yang haid di zamannya, bererti diketahui bahawa tidaklah haram bagi wanita haid membaca al-Qur’an.
Di antara perselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid tidak membaca al-Qur’an dengan lidahnya melainkan jika perlu, seperti guru yang mengajar al-Qur’an, murid yang menduduki peperiksaan dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
penah baca n dgr sebelum ni... apa pn thnx 4 d info |
|
|
|
|
|
|
|
tp kalo tuan tanah slalu amalkan mathurat sewaktu suci, boleh jgk amalkan mathurat sewaktu dlm hadas besar. |
|
|
|
|
|
|
|
tp kalo tuan tanah slalu amalkan mathurat sewaktu suci, boleh jgk amalkan mathurat sewaktu dlm hadas besar.
aladin Post at 30-9-2009 17:27
oh? i see...yer lah kan mostly zikir doa selain daripada ayat ayat quran tu....hmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
oh? i see...yer lah kan mostly zikir doa selain daripada ayat ayat quran tu....hmmm....
mbhcsf Post at 30-9-2009 10:00 PM
dlm mathurat tu bkn ada zikir aje. kan ada ayat2 alquran jgk eg: al-baqarah, ali-imran, etc. tp dlm hadas besar, kita di bolehkan baca keseluruhan mathurat..tp dgn syarat, kita selalu amalkan mathurat samada pg, ptg or mlm sewaktu msih suci.ok? kalo x amalkan, xle la baca ayat alQ tu. cuma bleh bc zikir nyer aje. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm mathurat tu bkn ada zikir aje. kan ada ayat2 alquran jgk eg: al-baqarah, ali-imran, etc. tp dlm hadas besar, kita di bolehkan baca keseluruhan mathurat..tp dgn syarat, kita selalu amalkan math ...
aladin Post at 30-9-2009 23:24
yes , of course ...al mathurat tu ada ayat ayat al quran ....tapi ada banyak zikir jugak...understood tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
syarat tu ? hmm where does this coming from? yg syarat tu saya tak pernah dengaq pulak? mmg yg kita aware al mathurat tu ada doa untuk pagi dan petang....yes..but the syarat tu ? ada nas ker..., rasanya yer? |
|
|
|
|
|
|
|
syarat tu ? hmm where does this coming from? yg syarat tu saya tak pernah dengaq pulak? mmg yg kita aware al mathurat tu ada doa untuk pagi dan petang....yes..but the syarat tu ? ada nas ker..., ra ...
mbhcsf Post at 1-10-2009 03:51 AM
nas tu kita x perasan la awak.
doa pagi & petang xde masalah utk di baca dlm keadaan hadas besar. tp dlm mathurat tu jgk ada ayat2 alQ. ayat2 tu hanya boleh di baca waktu suci sahaja.
kirenye awak slalu amalkan mathurat dah dijadikan makanan harian awakla.
cth: awak slalu bc al-fatihah. jd, altho awak dlm hadas besar, awak masih boleh baca alfatihah (slalu bc alfatihah ms buka majlis kan?). jd, time ni diharuskan utk awk bc fatihah.
awak dpt x maksud kita? sbb nye, kita pn penah tya kat naqibah kita. dia x berani nk bg anak usrah dia bc mathurat time hadas melainkan dia tau anak usrah dia tu sering amalkan tiap kali lepas solat.
nanti kita try carikan nas kalau ada ok? maybe other forumers pn bleh bg penjelasan skit. mod ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dlm majalah solusi edisi terbaru ni ada soal jawab agama, ust tu jawab perempuan sedang haid blh baca zikir mathurat walau pun dlm tu ada beberapa petikan dari surah2 dari alquran...ia dikira zikir juga....saya pun baru tau je ni..biasa masa haid tak baca zikir ni mathurat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu for the info kat atas nih... very useful!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dlm majalah solusi edisi terbaru ni ada soal jawab agama, ust tu jawab perempuan sedang haid blh baca zikir mathurat walau pun dlm tu ada beberapa petikan dari surah2 dari alquran...ia dikira zikir ju ...
sunsuria3 Post at 1-10-2009 08:38 AM
betul..yg zikir tu dibolehkan utk baca. tp petikan surah alQ tu yg xboleh melainkan awk slalu amalkan sewaktu awk suci. sy xjumpa la nas.
sy cari lg k. |
|
|
|
|
|
|
| |
|