CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9988|Reply: 15

Solat Sambil Duduk...

[Copy link]
Post time 1-9-2009 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Bolehkah seorang yang boleh menapak ke masjid, tiba di masjid apabila sembahyang dia sembahyang duduk. Sesudah sembahyang boleh pula dia menapak keluar dan berjalan balik. Pada saya, kalau sudah boleh menapak ke masjid, maka bolehlah sembahyang secara biasa, berdiri. Tiadalah dia mengalami keuzuran yang membolehkan dia sembahyang duduk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by danedzya at 1-9-2009 17:06

Kena kaji dulu permasalahan dia..mcm member aku nie masalahnya kaki tak leh bengkok sebelah..dari peha ke betis straight..sepatutnya boleh bengkok kat lutut...tapi tak bleh dan memaksa dia bersembahyang duduk...(atas bangku)

Memang boleh berjalan,bawak keta pun boleh...tapi sujud ada problems...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 06:28 PM | Show all posts
aku sendiri solat atas bangku...(aku eksiden tahun 2003)

aku boleh bawa kete...boleh jalan, tapi terjengkot2 sikit...

masalah aku, kalau duduk, aku tak boleh bersila...kalau duduk kat bawah, aku kena melunjurkan kaki kanan aku...

aku nak duduk di antara dua sujud pun tak boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 06:16 AM | Show all posts
islam tu kan mudah...ikut kemampuan masing2 tak semestinya boleh berjalan dia blh solat berdiri...saya jumpa one lady kat masjidil haram...dia memang blh berjalan tapi tak boleh bengkok kaki sbb baru lepas accident..so dia kena solat duduk...kat masjid macam2 style orang solat..ada yg part berdiri..dia berdiri sampai rokok pun blh tapi sampai sujud dia duduk atas kerusi lipat yg memang dibekalkan di masjid...
solat sunat boleh duduk...tapi degree of pahala tu yang berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by danedzya at 1-9-2009 17:06

Kena kaji dulu permasalahan dia..mcm member aku nie masalahnya kaki tak leh bengkok sebelah..dari peha ke betis straight..sepatutnya boleh bengkok kat l ...
danedzya Post at 1-9-2009 17:05


Yang pentingnya adalah orang yang nak buat tu kenalah jujur  adakah dia boleh solat secara normal ataupun tidak. Untuk solat sunat mungkin tak strict sangat tapi solat fardhu ni kalau kita saja-saja solat duduk tanpa sebab yang kuat, tak sah solat tersebut. Kena belajar tahu tata caranya.

Tanya diri sendiri, betulkah tak boleh duduk, betulkah tak boleh sujud, betulkah tak boleh berdiri - atau hanya saja-saja mengikut orang. Berdiri itu sendiri rukun yang penting. Kalau mampu berdiri, adalah diwajibkan orang itu berdiri secara biasa semasa berdiri dalam solat dan duduk di atas kerusi hanya ketika rukun yang tak mampu dilakukannya secara normal seperti ruku' ataupun sujud.

Malah ada kitab2 fekah yang menceritakan kalau tak boleh berdiri tapi mampu mengupah orang memapahnya (untuk mendirikan dirinya)  atau boleh berdiri bersandar pada tiang, perlulah berdiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 09:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by tokwan_jantan at 2-9-2009 09:48

Post Last Edit by tokwan_jantan at 2-9-2009 09:48

Tambah... saya faham, kalau sembahyang duduk atas kerusi ada kemungkinan dia ada masalah lulut... yang ini tidak, datang elok menapak ke masjid, boleh pulak duduk bersila dalam masjid, tapi, bila sembahyang tak boleh sembahyang berdiri... ini yang saya musykil... yang begini, bolehkah dikatakan ada masalah? secara luarannya tidak menampakkan masalah untuk berdiri... tapi mengapa sembahyang duduk? banyak kali saya perhatikan perkara sebegini berlaku... khusus sewaktu jumaat... pernah saya jumpa, seorang pakcik, kudung sebelah kakinya, tapi sewaktu sembahyang, dia sembahyang berdiri, boleh rukuk boleh sujud elok tak tergoyang2 pun... Subhanallah! Berbanding dengan hamba Allah yang ini, kaki ada dua-dua belah, boleh menapak elok, boleh duduk bersila, tapi apabila sembahyang, sembahyang duduk... lepas sembahyang boleh bangkit elok berjalan macam biasa!...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2009 10:08 AM | Show all posts
Soal solat secara duduk/baring ini pernah dibicangkan dlm thread yg lepas2. Ini adalah ulangan tulisan saya dlm hal ini yg mana saya perolehi dari kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris Al-Marbawi.

Hadis Nabi SAW mengenai berdiri/duduk/baring ini adalah hadis yg dikelarkan oleh Imam Abu Isa At-Termizi :

Diriwayatkan dari Imran bin Husin, seorang sahabat Nabi SAW yg menghidap penyakit buasir. Katanya telah aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal sesaorang yg bersembahyang fardhu atau sunat dalam keadaan duduk itu bagaimanakah pahalanya jika dibandingkan dgn sesaorang yg bersembahyang berdiri ? Apakala didengar oleh Rasulullah  soalan ku itu dijawab baginda :

Barangsiapa yg bersembahyang dalam keadaan berdiri maka itulah yang lebih afdhal pahalanya ( mempunyai pahala yg lebih berbanding dgn orang yg bersembahyang duduk atau baring ). Dan barangsiapa yg bersembahyang dlm keadaan duduk maka pahalanya setengah dari pahala orang yg bersembahyang berdiri, Dan barangsiapa yg bersembahyang dlm keadaan berbaring maka pahalanya menyamai orang yg sembahyang duduk.
( ~ Adalah hadis dari Imran bin Husin ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dan Anas bin Malik. Dan disifatkan hadis ini sebagai hadis yg hasan lagi sahih )

Ada juga satu riwayat lain dari Imran bin Husin yg pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai hal sembahyang orang yang sakit. Maka sabda Nabi SAW:

Maka hendaklah engkau sembahyang berdiri, maka jika tidak kuasa berdiri maka hendaklah sembahyang duduk. Maka jika tidak kuasa sembahyang duduk maka hendaklah sembahyang baring.
( ~ Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya )

Kedua2 hadis ini adalah asas yg membolehkan sesaorang yg sakit atau uzur utk bersolat dlm keadaan duduk. Imam Nawawi dlm Syarah Muslim menyimpulkan mengenai solat duduk ini spt berikut :

1.) Orang yg sakit atau uzur dibenarkan utk solat fardhu atau sunat secara duduk atau baring. Pahala solat mereka yg berbuat demikian adalah SAMA dgn orang yg bersolat dlm keadaan berdiri.

2.) Orang yg TIADA sakit atau uzur boleh SOLAT SUNAT secara duduk atau baring, namun pahala solatnya itu adalah setengah jika dibandingkan dgn orang yg solat dlm keadaan berdiri.

3.) Orang yg TIADA sakit atau uzur sekiranya sekiranya ia mendirikan solat dlm keadaan duduk atau baring sedangkan dirinya berkuasa utk berdiri nescaya TIDAK SAH solatnya, tidak mendapat apa2 pahala bahkan perbuatanya itu mendatangkan dosa utknya.

Hukum di atas ini menurut Imam Nawawi adalah tafsil mazhab Syafie dan juga diakui oleh jumhur ulamak.

**** Bagaimana pula halnya jika sesaorang yg menghalalkan solat fardhu dgn dibuat secara duduk sedangkan dirinya kuasa utk berdiri ?
Berkata Imam Nawawi : Telah berkata azhab kita Syafie bahawa jika sesaorang itu menghalalkan solat fardhu dgn duduk spt mana hukum orang yang solat berdiri nescaya jadi kafir dirinya, spt mana jatuhnya dirinya murtad atas sebab menghalalkan zina, riba dll yg diketahui haram pekara2 tersebut.

**** Keadaan orang yang berkuasa utk solat fardhu berdiri pada satu atau dua rakaat.
Imam Nawawi menjelaskan jika sesaorang itu mampu utk berdiri pada permulaan solat ( spt orang mengandung/orang yg cacat anggota dll ) kemudiannya ia tidak berkuasa meneruskan solat dgn berdiri maka bolehlah ia solat dgn duduk.

KESIMPULANNYA : orang yang mampu utk solat secara berdiri maka wajib utknya utk berdiri walaupun utk satu rakaat. Seboleh2nya gagahkan diri samada dgn bertelkan dgn menggunakan kerusi utk solat berdiri. Kelonggaran utk solat duduk atau baring adalah utk orang yg benar2 tidak berkuasa utk berdiri. Solat dgn tiada keuzuran dlm keadaan duduk atau baring akan cuma mendatangkan dosa dan tidak sah solat tersebut.

Wallahu A'lam
=============================================

Ini lanjutan dari penjelasan mengenai solat secara duduk/baring dari Kitab Barul Mazi :

Apakah hukum sembahyang dgn bantuan ( bertolongan ) dgn cara bertelkan ?
Menurut Imam Syafie : Jika sesaorang yg mempunyai sakit belakang sehingga tidak berkuasa utk rukuk atau sujud MELAINKAN dgn bantuan sesuatu maka bolehlah ia menggunakan bantuan ( spt kerusi, walking aid dsbnya ) utk membolehkan ia rukuk dan sujud.

Berdiri atas kadar rukuk sahkah sembahyang ?
Menurut Imam Syafie : Jika sesaorang itu berkuasa berdiri pada kadar rukuk ( maksud di sini tidak boleh berdiri lurus tetapi terpaksa berbongkok ) dan tiada kuasa atasnya utk berdiri betul maka adalah dianggap berdiri secara bongkok itu dianggap sebagai berdiri dlm solat. Maka apabila ia rukuk hendaklah rendahkan sedikit keadaan badannya dari posisi asal. Seterusnya ia melakukan sujud spt mana orang lain sujud.

KESIMPULANNYA : sesaorang itu cuma dibenarkan utk solat secara duduk atau berbaring dlm keadaan ia tidak mampu utk berdiri spt orang yg lumpuh atau sebarang penyakit yg tidak membolehkan ia berdiri. Selain dari itu dalam apa cara pun kita diwajibkan utk berdiri ketika menghadap Allah SWT dlm bersolat. Seboleh2nya kita cuba sedaya upaya.

Yang sedihnya kalau kita ke mesjid biasa kita jumpa sesaorang yg sebelumnya eluk boleh berjalan, boleh berdiri dan boleh bangkit dari duduk tetapi menggunakan alasan "Islam itu agama yg mudah dan memudahkan utk ummatnya" utk solat secara duduk. Benda nih semua kalau kita tak mengaji kita tak akan tahu, pakai redah buat hukum sendiri tanpa rujuk sumber yg sohih. Sedangkan akhirnya amalan yg kita buat itu tidak diterima oleh Allah SWT.

Malah ada kitab2 fekah yang menceritakan kalau tak boleh berdiri tapi mampu mengupah orang memapahnya (untuk mendirikan dirinya)  atau boleh berdiri bersandar pada tiang, perlulah berdiri.


Pernah difilemkan hari2 terakhir hidup Imam Ayatollah Khomeini ( Iran's Supreme Leader ) oleh orang2 yg terdekat dgnnya  sebelum beliau menghembus nafasnya yg terakhir. Apabila tiba waktu solat waktu Imam Khomeini ini akan melakukan solat secara berdiri walaupun keadaan beliau yg teramat uzur dgn dipapah oleh beberapa orang. Sungguhpun dari hukum syarak beliau boleh solat secara duduk kerana rukhsah (kelonggaran) keadaan dirinya yg sukar berdiri, namun kerana mengenangkan dirinya sebagai hamba yg hina yg hendak menghadap Allah SWT maka digagahkan juga tubuhnya utk berdiri.

aku sendiri solat atas bangku...(aku eksiden tahun 2003)

aku boleh bawa kete...boleh jalan, tapi terjengkot2 sikit...

masalah aku, kalau duduk, aku tak boleh bersila...kalau duduk kat bawah, aku kena melunjurkan kaki kanan aku...

aku nak duduk di antara dua sujud pun tak boleh...


Maka berdasar hadis dan tafsiran Imam An-Nawawi apa yg sdr perlu buat ialah utk solat berdiri sekurang2nya pada rakaat pertama dan menyambung bakinya secara duduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 04:11 PM | Show all posts
terima kasih atas penjelasan yg panjang lebar yg diberikan... mudah2an akan menjadi panduan dan pedoman kpd kita semua... semoga Allah memberikan kerahmatan kpd puan dan semua forumer yg terlibat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 12:21 PM | Show all posts
Bolehkah seorang yang boleh menapak ke masjid, tiba di masjid apabila sembahyang dia sembahyang duduk. Sesudah sembahyang boleh pula dia menapak keluar dan berjalan balik. Pada saya, kalau sudah boleh ...
tokwan_jantan Post at 1-9-2009 16:35


kdg2 mereka ni berdiri boleh berjalan boleh

tapi bila time solat kan nak kene bongkok rukuk sujud

mungkin bila bhg tuh drg mengalami kesakitan..kau mana tau?

tuh pasal drg mampu duduk jer adoiii..aku dulu aksiden moto

solat duduk jer..nak rukuk gan sujud sakit sgt..jalan ok tapi sakit sikit jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 03:34 PM | Show all posts
Maka berdasar hadis dan tafsiran Imam An-Nawawi apa yg sdr perlu buat ialah utk solat berdiri sekurang2nya pada rakaat pertama dan menyambung bakinya secara duduk.
noriabdullah Post at 2-9-2009 10:08

kalau aku solat berdiri, aku kena berdiri dengan kekuatan kaki sebelah kiri aje...kaki kanan aku hanya tampung supaya aku tak jatuh je...

dan...imam suka baca ayat panjang2...tak larat aku nak berdiri lama2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 09:28 PM | Show all posts
aku plak sakit tulang belakang hingga menyukarkan aku untuk membongkok apatah lagi nak sujud dan bangun..mengutip duit syiling yg jatuh di lantai pun satu azab buat aku.wpun aku boleh drive dan berjalan tapi..kaki aku mudah kebas kalau berdiri lama-lama.so, aku terpaksa sembahyang duduk.kalau nak ke masjid..terpaksa aku bawak kerusi lipat(dah macam sejadah aku)
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 11:51 AM | Show all posts
tumpang tanya..... boleh tak kita solat secara duduk kerana halangan cuaca?  

situasinya camni... pergi camping dlm hutan yg mmg hutan betul.  mmg tak ada kemudahan dewan atau tandas spt sesetengah campsite. contoh pegi daki gunung kat hutan Belum.  kalau cuaca ok... mmg sembahyang kat luar berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. tp kalau hari hujan plak camna? hujan yg teramat la lebatnya.  

Boleh dak sembahyang dlm khemah secara duduk sebab khemah yg ada di pasaran mmg rendah. tak boleh berdiri dalam khemah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 06:40 AM | Show all posts
Boleh...aku pernah tengok org buat sebab keadaan sekeliling yg tak mengizinkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2009 06:40 PM | Show all posts
sembahyang dgn berdiri... kalau fizikal mengizinkan utk kita berdiri... kalau keadaan fizikal tak mengizinkan kita sembahyang berdiri, kita kenalah sembahyang dgn cara lain, yg dianjurkan oleh syarak... keadaan fizikal ni bukan saja keadaan fizikal orang, termasuklah juga tempat dan keadaan... contoh, dlm kapal terbang, tak boleh sembahyang cara berdiri, kena cara duduk... walaupun kita yg hendak sembahyang ni berupaya benar utk berdiri... kita kena fikir sembahyang yg dituntut ni mudah pelaksanaannya... itu saja, kalau kita fikir sulit, maka ada kebarangkalian yg tinggi kita meninggalkannya... maka ambillah fikir yg mudah, jangan dipersulit...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:29 PM | Show all posts
Tu macam dah kira darurat...boleh saja...jangan tak solat sudah...
Aku pun ada gak solat duduk masa dalam khemah.
Tapi bukan dalam hutan masa tu...kat Port Dickson...tepi pantai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:33 PM | Show all posts
aku plak sakit tulang belakang hingga menyukarkan aku untuk membongkok apatah lagi nak sujud dan bangun..mengutip duit syiling yg jatuh di lantai pun satu azab buat aku.wpun aku boleh drive dan berjal ...
Lordraziel Post at 5-9-2009 21:28


Belajar tentang pernafasan.
Kemudian lakukan solat dengan cara duduk.
Pastika ruku' dan sujud ditertibkan.

kemudian berdoa semasa sujud (untuk menghilangkan sakit tuh)
Insya'Allah sembuh..

Saya pernah kena slip disc- dokter bagi cadangan-bedah atau biar saja.
Bedah 50 - 50 saja.

So aku mengambil keputusan untuk tidak.
Itulah aku lakukan selama tujuh hari-alhamdulillah...sembuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060145 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list