|
[i=s] Post Last Edit by daila_019 at 2-9-2009 10:16 [/i]
Salam Ramadhan.
Malam tadi aku macam dapat instinct yang thread Aku Yg Sentiasa Lone Ranger Part 1 akan di delete atau dikunci sbb pages dah lebih 100. Bak kata lagu jiwang zaman2 dulu 'Ramalan Ku Benar Belaka' masa tengah2 bz tadi aku menerima kiriman sms daripada kenalan thread lone ranger yg memaklumkan bahawa thread ini telah dikunci. Beliau juga telah melahirkan kekecewaan sbb tak sempat nak baca post yang semalam. Sebelum aku membuka thread lone ranger part 1- aku beranggapan bahawa aku lah wanita yang lone ranger di Malaysia ini yang serba serbi aku buat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Aku just nak meluahkan bukan nak meraih simpati pon tapi tanpa disangka2 rupa2nya begitu ramai wanita yang bertitle lone ranger di dalam thread part 1. Alhamdulilah, thread part 1 itu benar2 memberi sokongan kepada aku sekarang. Walaupun masih tidak berteman tapi aku rasa mcm aku ramai kenalan walaupon hanya kenal melalui Thread Aku Yg Sentiasa Lone Ranger - Part 1. Justeru itu, aku memohon agar Part 2 ini dapat meneruskan legasi yang ada di Part 2. Kepada rakan2 seperti rikashi, amka, lana lang, annur, agul, nenektua, arwien, airisya, daila019, untie tina, lantana, cik eiin, diana, MS Querida, glass, stingbeh, mocha, bottombikini, casper, wekwek, meesai, itik magic, Hana, RX3, dune, koko, freekey dan rakan2 yang tak disebut disini aku ingin ucapkan setinggi penghargaan kpd korang semua kerana sudi berkongsi dan bersama2 di dalam thread Aku Yg Sentiasa Lone Ranger - Part 1. Jasa kalian semua akan tetap dikenang jua. Dengan lafaz bismillah aku dengan ini merasmikan Thread Aku Yg Sentiasa Lone Ranger - Part 2. Sharing is Caring.
Thanks u all. |
|