View: 3772|Reply: 34
|
Suami2... Isteri2 Juga Mahu Taraweh...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by tokwan_jantan at 2-9-2009 10:07
Malam bulan Ramadhan, berbondong2 jemaah ke surau dan masjid utk solat Isya dan teraweh & witir secara berjumaah... Kebanyakannya golongan lelaki... para suami dan para ayah... selain remaja dan kanak-kanak lelaki... Jemaah perempuan, ibu-ibu yang sudah setengah baya yg membawa cucu-cucu perempuan mereka... ibu-ibu muda, anak-anak gadis... dapat dibilang dgn jari kehadirannya...
Abang2... yang punya isteri, pakcik2 yang ada makcik2... ingatlah, mereka juga hendak bersolat jemaah, bertaraweh & berwitir... apakan daya, anak2 kecil menggendalakan hajat mereka, kerja rumah tak beres2 merencatkan niat mereka... abang2, pakcik2... sedar tak?... balik dari surau dan masjid, ada sambung buat tarawih & witir dgn isteri/makcik di rumah? atau balik-balik, langsung mintak kopi, mintak disediakan minum malam pulak!...
Abang2/Pakcik2 ... apakata malam ini kita bersama-sama keluarga, berjemaah Isyak langsung bertarawih dgn isteri/makcik, anak-anak, bibik... di rumah, tak payah pergi surau!... Sayangilah mereka... isteri/makcik... anak-anak gadis/perempuan anda... Mereka juga ingin akan pahala yang dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan ini... |
|
|
|
|
|
|
|
sokong...
walaupun sy lum kawen lg,tp tgk kt surau penuh ngn golongn lelaki itu..
huhu..
dan anak2 mereka yg berbuat bising smpai mengganggu ibadat..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik i ada bibik...boleh la ank2 kecik ditinggalkan kt rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
alllooo cik kak....orang pompuan takyah susah2 la nak pegi surau ke masjid ke...korang niat iktikaf kat umah pun bleh la.pahala same je cam iktikaf kat masjid.lagipun orang pompuan ni better duk umah jer..selalu aku tengok yang pegi masjid naik motor tu sampai nampak betis.kan aurat tu...even kau naik keta pun bleh jaga ke aurat tu??duk umah je la tunggu suami balik...jangan lupe suami tu 1st priority..wajib ikot kata2 dia selagi tak bercanggah ngan suruhan agama..terawih jer kat umah,pastu ngaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan yang sentiasa gigih menyuruh suami g sembahyang ke masjid pon pahala dah cukup banyak mcm org lelaki g masjid.or maybe even more.x ingat aku.
gunakanlah and syukuri kelebihan anda.jangan nak jadi feminist jek.
bulih je korang betafakur,bertasbih kat umah. |
|
|
|
|
|
|
|
para2 isteri ni nak masuk syurga cukup2 mudah sebenarnye...nak masuk neraka pun senang gak...korang just listen wut ur husband say selagi tak bercanggah ngan suruhan agama..kalau dia kata tak yah ikot pegi masjid,tak yah la...bukan dosa pon isteri tak pegi masjid... |
|
|
|
|
|
|
|
3# HOTlips
solat berjemaah bersama keluarga di rumah pahalanya sama aje ngan solat berjemaah di surau. |
|
|
|
|
|
|
|
alllooo cik kak....orang pompuan takyah susah2 la nak pegi surau ke masjid ke...korang niat iktikaf kat umah pun bleh la.pahala same je cam iktikaf kat masjid.lagipun orang pompuan ni better duk umah ...
zaujahzauji Post at 2-9-2009 10:45
memang ler wajarnya di rumah tapiiiii kalu kat umah tu...kejap mak! nak itu.....mak! adik kaco....mak! air tumpah.....mak! nak tgk tb citer lain........camno?? |
|
|
|
|
|
|
|
tulah kalau nak solat kat rumah tak leh lama2 sbb anak2 sebok kacau, keluar masuk bilik so selalunya sy buat yg wajib jek!! |
|
|
|
|
|
|
|
Hotlips...
tuan/puan... sapa pulak kata yg berjemaah ini hanya boleh di surau/masjid sahaja?... selain dari surau/masjid tak boleh berjemaah?... sembahyang jumaat, ya... kita tak boleh buat berjemaah di rumah, w/pun rumah kita besar macam mahligai... kena buat di masjid, itu pun bukan ketetapan agama, tapi ketetapan pejabat agama... namun kita kena ikut sebab itu peraturan pihak berkuasa agama...
gamaknya tuan/puan tak pernah buat berjamaah di rumah itu yg terasa pelik sangat apabila saya menganjurkan supaya solat Isyak, terawih dan witir buat berjemaah anak beranak di rumah...!!!... mintak maaflah kalau terkasar bahasa!
memanglah tidak berdosa orang perempuan tak pi masjid/surau... malah tak berdosa juga tak sembahyang terawih dan witir... yang saya bangkitkan, keinginan isteri/makcik2, anak2 perempuan utk merasai solat terawih dan witir itu... depa pun tak mau pi surau/masjid, yg depa nak peluang sembahyang terawih tu, sembahyang terawih ni cuma boleh buat bulan ramadhan saja, bulan2 lain tak ada terawih ni... witir bila2 malam boleh buat... sebagai suami/pakcik2/ketua keluarga... apalah salahnya kita berkongsi keseronokan, kenikmatan, keindahan mengerjakan solat terawih... bersama seisi keluarga... yg ada bibik, bibik pun Islam, nak merasa terawih juga, mana peluang dia nak bertarawih?... kalau tak buat di rumah... abang2/pakcik2... ada ingat ker... ramadhan tu sekali setahun jer... ramadhan tahun kadap belum tentu rezeki kita, rezeki isteri kita, rezeki anak2 kita lagi... begitu juga dgn si bibik... bagilah peluang semua orang dalam rumah kita merasai terawih yg hanya datang bersama ramadhan...
memang bukan terawih saja ibadat yang dalam bulan ramdhan yg boleh kita buat... macam2 lagi... tapi istimewanya terawih itu hanya dalam bulan ramadhan... ibadat lain yg kita susun kita sebut beratus malah beribu... boleh buat sepanjang masa dalam tahun ni, kecuali haji dgn fitrah! ada orang berasa semacam tak sempurna ramdahannya kalau dia tak dapat bertarawih biar sekali pun... mungkin, isteri/makcik, anak2 perempuan kita juga berasa sedemikian... jadi marilah kita bawa peluang bertarawih ini ke rumah kita, bersama-sama isi rumah kita... InsyaAllah ada berkatnya... |
|
|
|
|
|
|
|
menguruskan rumah juga adalah ibadat yang di tuntut. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapelah pulak yang nak mengimarahkan masjid tuh?
Tinggal Imam dengan Bilal jek ler kalau dah semua orang nak bersolat berjemaah di rumah. Bukankah gandanya dan terlebih afdholnya lelaki itu bersolat berjemaah di masjid? Anak-anak juga kena biasakan diri berjemaah di masjid kelak bila dah remaja/dewasa takde lah rasa canggung nak pegi masjid. Anak muda sekarang nak berjemaah kat masjid malu tapi tak malu pulak bergayut kat public phone sebelah masjid.
Untuk ibu-ibu belajarlah jadi Imam, mengimami anak-anak perempuan di rumah, sekali sekala golongan bapa bawalah isteri dan anak ke masjid dengar kuliah dan membiasakan keluarga dengan suasana masjid. Bahkan di sinilah masyarakat setempat dapat mengenali antara satu sama lain, beramah tamah dan berkenalan sesama sendiri. Tak adalah berlaku tidak mengenali jiran tetangga.
*just 2 anna. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapelah pulak yang nak mengimarahkan masjid tuh?
bintang Post at 2-9-2009 23:00
jawab tokwan...soalan bagus tu... |
|
|
|
|
|
|
|
8# leziahus
Ada dalilnya? Do share! |
|
|
|
|
|
|
|
11# tokwan_jantan
1st of all, my query was solely on Sembahyang isya' aka sembahyang fardhu. Read back my post.
Wokeh, mengenai terawikh, yup ada riwayat mengatakan baginda saw pernah bertarawikh di rumah, hikmahnya adalah spy umat ini tidak memberatkan terawikh ke taraf wajib spt mana solat fardhu.
Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a:
Bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat di masjid, maka bersolat pulalah bersama-samanya beberapa orang. Pada malam yang kedua baginda bersolat lagi, maka banyaklah orang-orang yang mengikuti solatnya. Kemudian orang ramai berkumpul di masjid pada malam yang ketiga atau yang keempat, tetapi Nabi s.a.w. bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu lakukan semalam. Tidak ada yang menghalangi aku keluar kepada kamu kecuali kerana aku takut ia diwajibkan ke atas kamu. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya no: 1129
Bersolat tarawih secara berjemaah di masjid dimulakan oleh Umar rhu. Sebab beliau tengok org bertebaran kat masjid solat sendiri2. Jadik beliau fikir lebih baik dihimpunkan di bawah satu imam. Dan kata beliau inilah sebaik2 bidaah.
Wallahualam
Mengenai solat fardhu, as far as i'm concerned, tiada riwayat yg menyatakan baginda saw bersolat jemaah bersama ahli keluarga (isteri) di rumah. Hatta semasa gering pun Baginda meminta Abu Bakar rhu memapah Baginda ke masjid.
Byk hadis yg mencela lelaki yg bersolat di rumah tanpa berjemaah di masjid/surau. Hanya keadaan tertentu shj lelaki dibenarkan tidak berjemaah di masjid/surau spt uzur, hujan lebat, jauh dr masjid iaitu x dgr azan. Dah x sempat, kalau pergi pun org dah habis solat. Malah lelaki buta pun diminta berjemaah di masjid sekiranya masih mendgr azan dilaungkan. Jadi ajaran siapa yg menyuruh lelaki berjemaah dgn anak2 dan isteri di rumah? Sila berikan dalil atau riwayat baginda saw pernah bersolat fardhu secara jemaah dgn anak isteri di rumah. I'm not a muhadisin. Tp most hadis yg me baca menggalakkan lelaki sihat dan tanpa uzur/halangan bersolat berjemaah di masjid. Again, ini merujuk solat fardhu ya!
May be awak ada hadis atau sirah Baginda bersolat fardhu bersama ahli keluarga. So, share with us.
And back to tarawikh, again kalau ada hadis or sirahnya, pls do share.
Namun apa yg me yakini, solat berjemaah di masjid/surau lebih digalakkan. Malah bila tiba 10 mlm terakhir ramadhan, kita (lelaki esp) digalakkan iktikaf di surau/masjid.
Yg me tahu, walau pun baginda ada bersolat terawikh di rumah, namun Baginda lebih menggalakkanya dilakukan secara berjemaah di masjid/surau Lihat hadis ini:
Abu Dzar al-Ghafiri r.a berkata: “Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan. Baginda tidak mengerjakan solat (tarawih) bersama kami sehingga tinggal lagi tujuh malam terakhir (bulan Ramadan). Lalu (pada malam itu) Baginda mengerjakan solat (tarawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian, baginda tidak keluar mengerjakan solat (tarawih) bersama kami pada malam yang keenam (sebelum akhir Ramadan). Kemudian, baginda mengerjakan solat (tarawih) bersama kami pada pada malam kelima (sebelum akhir Ramadan) sehingga seperdua malam. Aku (Abu Dzar) berkata: Ya Rasulullah! Alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami untuk mengerjakan solat pada sisa-sisa malam ini. Rasulullah s.a.w menjawab: Sesungguhnya sesiapa yang mengerjakan solat tarawih bersama imam sehingga selesai, Allah menulis (ganjaran) baginya umpama mengerjakan solat sepanjang malam.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 1587.
Well, talking about mengimarahkan masjid. Bukankah rumah Allah seharusnya dipenuhi? Pandangan me, anda sepatutnya menyeru org ramai mengimarahkan masjid terutama di bulan ramadhan dan bencana like H1N1 yg kian meruncing. Sebaliknya anda berbuat sebaliknya atas alasan anak isteri pun nak merasa berjemaah. Astaghfirullah! |
|
|
|
|
|
|
|
16# HOTlips
Akak sayang,
Surau tu wujudnya di kepulauan melayu ni ajek. Yang benarnya masjid, yang...
Maksudnya pahala berlipat ganda berjamaah di masjid bukannya di surau. Tapi pahala berjamaah tu tetap dapat. Nak tekan kan, di masjid itu lebih utama dari surau. |
|
|
|
|
|
|
|
17# bintang
hu hu hu.. ye la dek non! Masjid atau surau atau di mana2 tempat azan diazankan dek non. Ada setengah kws x de semejid. Jgn nanti buat alasan x do masjid. Ada sesetengah tmn baru bukak, rumah kediaman sendiri dijadikan surau utk berjemaah. Kat luar negara yg majoriti bukan Islam, ada juga komuniti kecil muslim berjemaah dlm rumah jah!
So, in summary, berjemaahlah di tempat azan diazankan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah bersabda" Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut."
(Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat Ibnu Majah) |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bukankah pahala berjemaah samada di masjid atau dirumah sama ialah 27 kali ganda?? sy rasa sesekali suami kita pun boleh gak berjemaah dirumah bersama keluarga kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|